Tuesday, November 25, 2008

::Selesai suDah..::


Alhamdulillah… semester 07 sudah melabuhkan tirai..pejam celik..habis..terasa betul-betul masa sangat pantas berlalu.. Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan segalanya bagi kami..tanpa izinMu,tidak mungkin segala perancangan dan harapan menjadi reality..

Apa yang paling mengujakan..cuti semester akan bermula..hampir sebulan..inilah masa untuk ‘recover’ semangat, ‘wash-out’ segala bebanan dan ‘mental torcher’ semester nih..menghabiskan masa cuti bersama family dan buku..wah..indahnya dunia..segala pujian hanya layak bagi DIA..sungguh Allah itu Dzat Yang Maha Agung..Maha Penyayang..Maha Pemurah..

Semester 07..antara semester yang paling sibuk tapi sangat seronok..semester yang banyak meninggalkan kesan sepanjang pengajian aku di universiti..aku belajar erti kawan dan pengorbanan..erti memberi dan menerima..mencari dewasa bersama teman-teman seperjuangan..antara pengalaman kehidupan kampus yang akan aku ingat sepanjang hidup..!pengajian aku berbaki satu semester..InsyaAllah.sedih pulak bile pikir semester depan adalah semester yang terakhir..

Di kala cuti ini ramai yang akan menghantar khyalan dan fikiran ke kampung yang berbulan-bulan telah di tinggalkan dan kepulangan kita ini akan di isi dengan aktiviti bersama teman-teman lama dan yang paling utama untuk melepaskan rindu pada keluarga… Untuk semua kawan-kawan..selamat pulang dan selamat bercuti semua..!juga, Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha..pulanglah ke pangkuan keluarga yang sentiasa merindui dan menunggu kepulangan kalian..

Wassalam..

Friday, November 21, 2008

Debaran viva..

Hanya Allah yang tahu macam mana perasaan aku sekarang..menghitung hari sebelum viva..!bercampur-baur..antara takut..risau..tetapi kecenderungan hati nak menghabiskan segalanya secepat mungkin lebih mendominasi..tatkala menulis entry ini..aku berselang-seli mengedit slide untuk presentation nanti..walaupun presentation yang hanya memakan masa 15 minit itu..tapi,persediaan untuk menghadapinya bagaikan menuntut tumpuan 24 jam sehari..segala buku-buku dan bahan bacaan kegemaran aku dah letak ke tepi..semuanya bagi menumpukan perhatian pada viva yang satu ni..Ya Allah..hanya ketenangan fikiran dan kelapangan minda dan jiwa yang aku mohon sekarang..kerana kekalutan dan kegelisahan sudah pasti meyeliratkan situasi yang sudah sedia kala tersimpul..

Bagi mengurangkan kerisauan dan menyedapkan hati..aku selalu merecall nasihat seorang pensyarah..”You all jangan lah stress sangat..tak berbaloi nak stress untuk 10 markah..kalau nak kena bantai pun, time tu je..”jika mampu aku seselamba itu..bukan stress, tapi,berusaha memberikan yang terbaik..InsyaAllah..jika ada izinNya..

Puas dipujuk diri sendiri..buat apa nak takut Intan..present depan siapa pun..mereka semua manusia biasa..dan setiap manusia tidak ada yang sempurna..tapi..mereka-mereka manusia berIQ luar biasa..bagaikan Ensiklopedia bergerak..!



Apapun, segalanya belum berlaku..tetapi,kerisauan aku memang di tahap hampir-hampir maksima..Ya Allah..KAU permudahkanlah segalanya..entah kali ke berapa aku meminta padaNya..kerana tiada Dzat lain yang mampu menenangkan gundah-gulana aku..kerana KAU memahami semuanya tentang diri aku..lebih dari aku mengenal diri sendiri..

Entah bagaimana debaran dan keadaan di ‘sana’ nanti tatkala menunggu giliran untuk menerima buku amalan semasa di dunia..menghadapi HAKIM yang sebenar-benarnya..menjawab soalan-soalan yang bisa menggegar jiwa..!!apa yang pasti,keadaannya takkan sama..kerana di ‘sana’lah kita akan kekal selama-lamanya..

Ya Tuhan..KAU permudahkanlah segala urusan-urusan kami di dunia dan di akhirat sana..

Wallahua`lam..

Thursday, November 20, 2008

Kenapa BLOG??


“Kenapa ko buat blog?”Antara soalan yang selalu ditanya kawan-kawan bila diorang tahu aku ada blog sendiri..lebih-lebih lagi sejak akaun Friendster sudah didelete..sudah bosan berfriendster aku jawab..dalam hidup ini kita perlu mencari suatu alasan bagi setiap tindakan kita, suatu sebab kerana setiap apa yang kita lakukan, walaupun kecil pasti memberi kesan atau akibat, mungkin kecil tapi boleh jadi menjadi besar juga..Apa pun, tujuan berblogging bukan sebagai “diari peribadi”..tetapi, terpanggil melaksanakan tanggungjawab untuk memberitahu..mencetus minat..berkongsi rasa..sesuai dengan Sabda Rasulullah s.a.w..

“Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat”

Apa yang ditulis bukan satu gambaran “aku”..tetapi, lebih kepada “kita”..semuanya ke arah mencari redha Yang Satu..InsyaAllah..sesungguhnya, satu perkara kebaikan yang kita lakukan, maka kita beroleh satu pahala...bila kebaikan itu memberi manfaat pada orang lain, dapatlah kita satu pahala lagi. .maka setiap kebaikan itu tentulah terus bertambah menjadi dari satu, kepada lebih dari satu, jika ia terus membawa kebaikan pada orang lain..bukan tujuan menilai diri sendiri..tetapi,berusaha mencari siapa diri sendiri..kerana segalanya mestilah diniatkan hanya keranaNya..semoga segala-gala yang kita lakukan adalah sebagai ibadah kepadaNya..menulis itu mencetus insaf dan menenangkan kadang-kadang..kerana,hakikat aku, tidak semua dapat diluah secara lisan..(bukan la protes)..

Kenapa? Suatu soalan falsafah..jawapannya boleh menjadi apa-apa sahaja..tapi hakikatnya?..sama ada benar atau tidak, itulah permulaannya..yang penting kita perlu pastikan ia terus berkembang dalam keadaan yang sepatutnya…
Falsafah itu sendiri sukar difahami, tp dalam bahasa mudahnya, itulah persoalan yang boleh menjadi apa sahaja jawapannya…

Ya..aku masih mencari erti dan hakikat diri sabagai manusia dan hamba..tanggungjawab sesama kita dan Pencipta..sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui jawapannya..
Ya Allah Ya Rabbi..janganlah KAU tinggalkan kami walaupun sedetik..KAU pandulah hidup kami ke jalanMU..

Wallahua`lam..

Kesibukan yang berhikmah..



Selesai final exam..5 paper semuanya..puas menelaah..penuh terisi study week (sebab sebelum ni tak study sangat)..alhamdulillah..kesibukan dunia demi jihad keranaNya..belajar..teliti..berfikir..kesibukan yang berhikmah..! kesibukan yang diharapkan dapat mengurangkan masa daripada terbuang sia-sia..terisi pada perkara yang bukan masanya..Ya Tuhan..sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan kesibukan ini..

Habis exam..thesis pula menyusul..menunggu untuk diselesaikan..we burn the candle at both end again..menyiapkan thesis memang sangat memerlukan kesabaran, ketekunan, kerajinan, kesungguhan, ketelitian, kerjasama,toleransi disulami dengan rasa tanggungjawab..toleransi dengan diri sendiri..bagi memilih antara nikmat tido yang mesti dicukupkan 7-8 jam sehari atau memilih mengadap laptop, sambil mata berpinar-pinar..otak berputar ligat..tekun dalam memastikan segala kesalahan diminimakan sebanyak mungkin..semua itu pengorbanan..!

Tinggal beberapa jam sebelum draft thesis mesti dihantar..harap-harap draft tu jugak bakal dijadikan final jilid nanti..tanpa banyak pembetulan dan penambahan..apapun, bukan kuasa aku..belum layak menjadi seorang researcher..baru kena suruh edit, aku dah sakit kepala..entah macam mana gaya jika aku ditakdirkan Allah sambung study nanti..mampu ke..? wallahua`lam..Next big event for us, viva..!

Salam viva untuk semua kawan-kawan..viva itu fun..!

Tuesday, November 18, 2008

Apa itu Ikhlas..?


Muhasabah diri sendiri..kerap kita bercakap soal ikhlas..tapi,apa itu ikhlas..bagaimana nilaian Tuhan tentang keikhlasan seseorang..aku mohon petunjukNya bagi memahami makna sebenar keikhlasan ini..setelah membaca artikel ini..begitu indah keikhlasan itu..ia satu istiqamah yang agak susah tapi tidak sia-sia disisi Allah s.w.t..apa yang penting,aku manusia biasa..yang memang sentiasa lupa dan leka..sebagai peringatan buat diri sendiri..mari ketahui "Apa itu Ikhlas..?"

IKHLAS..Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal. Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:

Membantu seseorang sambil berkata,”Ambillah, saya ikhlas…”
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. “Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..”
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, “Yang ikhlas” “Yang Benar.”
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas..cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah. ERTI IKHLAS.. Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain.. Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong,melakukan kerja yang bukan kerja kita, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:


1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerananya yang satu, tujuan satu , dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau
nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai “kerana-kerana” yang selain dari “kerana Allah”.

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti:
berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira,selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis
kedudukan:

1. awal
2. pertengahan
3. akhir

Kerosakan awal
Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah,hati kecilnya berkata,”Inilah masanya nak jadi popular.” “Aku akan jadi terkenal…” “Dengan ceramah ini dapatlah duit poket.” Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan
Niat untuk berceramah sudah baik te! tapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata,”Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis.”

Kerosakan akhir
Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata,”Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis.” Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.
Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat.
Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi.

Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu.”

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:
Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam dimalam yang gelap. tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Allah. Ikhlas ni adalah rahsia di dalam rahsia Allah..

~Artikel ini diambil dari deenulislam..dan aku telah memodified sedikit sesuai dengan keadaan dan bahasa standard..betapa tinggi nilaian keikhlasan seseorang itu..hanya Allah Yang Maha Mengetahui..bersama kita berusaha mencari redhaNya..~

Wallahua`lam..

Sunday, November 16, 2008

Insafi Diri..

Seusai menghabiskan buku Haji Muda hasil tulisan Ridzuan Bakar..aku betul-betul terdiam dan berfikir sendirian..muhasabah diri sendiri..betapa jahilnya aku..terasa diri sendiri sangat hina dan kerdil disisiNya..buku ini sarat dengan pengajaran dan panduan asas mengerjakan haji..seingat aku,paling akhir aku belajar ilmu haji dan umrah secara bersungguh ialah semasa menuntut di sekolah menengah..masa belajar subjek Pendidikan Syariah Islamiah..mungkin apa yang aku fikir..aku lambat lagi nak pergi menunaikan haji..so, kalau belajar pun..nanti lupa..tapi, hakikatnya..aku silap..siapa aku nak menetapkan bila aku nak ke sana..aku jahil..sangat jahil tentang rukun Islam kelima ini..aku mengutuk diri sendiri..mencari hikmah tersembunyi..mungkin Allah nak sedarkan aku..kenapa perlu memilih ilmu mana yang nak belajar dulu..nak belajar kemudian..entah2 nanti yang nak belajar kemudian tu, tak sempat ke..yelah, kematian itu bila-bila saja boleh datang menjemput..segala yang penulis ni gambarkan dalam buku ni..ada jugak mengena batang hidung sendiri..Astagfirullahal`azim..aku memohon keampunan dariNya..

Apa yang aku khuatirkan..semangat dan istiqamah untuk mendalami ilmu ini hanya maksimum di waktu-waktu sekarang memandangkan sekarang adalah musim orang ke tanah suci..mengerjakan haji itu disifatkan sebagai ‘tarbiyah tahunan’..tetapi, biarlah mempelajari ilmu haji itu dijadikan sebagai sesuatu yang berterusan dan bersungguh..ibadah yang dilakukan dengan panduan ilmu adalah lebih baik berbanding kita beramal tanpa ilmu didada..jangan taqlid..tapi,kaji dan teliti sesuatu itu tanpa membabi buta menerima semuanya..semuanya demi mendapatkan keredhaan dariNya dan penghayatan dalam melakukan sesuatu amal itu adalah lebih berkesan..semoga Allah sentiasa menetapkan hati aku dan hati kita untuk sentiasa beristiqamah dalam agamaNya..bukan mengikut musim..salah satu pengajaran yang aku dapat dari buku ni..menunaikan haji itu adalah fardhu bagi yang berkemampuan..tiada dalil yang menetapkan bahawa menunaikan haji itu hanyalah bila dah mencapai umur-umur tertentu..

Maha Suci Tuhan yang menentukan segalanya..semoga Engkau membuka dan menetapkan hati-hati kami diatas jalan ini..semoga kami tergolong di kalangan mereka-mereka yang Engkau pilih untuk menjadi tetamuMu kelak..Engkau permudahkan segala urusan-urusan kami di dunia dan akhirat..semoga semua jemaah-jemaah haji tahun ini mendapat haji yang mabrur dan maqbul..Amiin..

Labbaikallahummalabbaik..labbaikala syarikala kalabbaik..innalhamda wanni`mata lakawalmul..laa syarikalak..

Wallahua`lam..

Saturday, November 15, 2008

The RoaD Not Taken..


Tiba-tiba sahaja aku teringat kenangan belajar literature English masa form 4..bersama Madam Aida..antara bekas cikgu yang masih kekal berhubung sampai sekarang..mesti sebab aku baru je bermesej-mesej ngan dia..bertanya khabar..bila diteliti balik (sebab dulu aku tak berapa kisah)..semua poems yang kena belajar masa sekolah menengah dulu banyak yang memberi pengajaran..ye lah, dulu aku belajar untuk cemerlang dan skor dalam SPM..bukan kerana apa yang nak disampaikan si penulis..antara yang menjadi favourite aku..poem "The Road Not Taken" oleh Robert Frost nih..

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference


Ya..hidup itu memerlukan kita membuat pilihan..segala-galanya..maka,pilihlah..dan redhalah atas pilihan itu..bertawakallah padaNya..Maha Penentu segala-galanya..kita memilih, tetapi DIA menentukan apa akhirnya..usah resah..usah sesal..hakikat hidup,harus sentiasa pandang ke depan..menyesali tanpa mahu berubah,itu merugikan..

~I took the one less traveled by~

Wallahua`lam..

Friday, November 14, 2008

Gugurnya Muhammad dipelukan Ummi..


Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru . Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi
pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.

Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini.

Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat
kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata.
Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik.

Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiii i iiiiiiiiiiiiiiii d!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah
besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid.

Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk." Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya.

Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya
bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah.

Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali.

Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi.Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang.

Lepas abang pergi ummi cerita macam-macamperkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil.
Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak.

Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di
kepala adik peristiwa yang menimpa walid.

Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi.

Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya
dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.

"Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi.

Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmani r rahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik.

Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya
harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.

Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya
menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.Bukan. .Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang.

Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana . Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan.Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi
munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah.

Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad. .Ahad.

Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba... ..

"Muhammad!!! ! !!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis
semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran.

Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik..

Wednesday, November 12, 2008

Mesti baca..


Dua watak comel dalam The Kite Runner


Waiting list buku-buku yang bakal aku hadam cuti nih..InsyaAllah jika berkesempatan..tapi, tak semua yang aku dah beli..mostly memang tak jumpa kat kedai-kedai buku biasa..kalau korang tahu or penah nampak mana-mana satu out of this books, please, respon..thanks..

Antaranya..

1) The Kite Runner oleh Khaled Hosseini..tertarik dengan synopsis oleh Ustaz Hasrizal ( blogger;saifulislam.com) dan ada jugak baca dari blog-blog lain pasal buku ni..dengarnya dah difilemkan naskah ni..kalau berminat bole bc sinopsisnya di blog ni.. http://jimi-wiser.blogspot.com/2008/01/kite-runner.html

2) Al-Raheeq al-Makhtum (edisi Bahasa Melayu) oleh Al Saifur Rahman al-Mubarakpuri..buku ni banyak versi..diterjemahkan ke banyak bahasa..sebelum ni aku dah download yang edisi Bahasa Inggeris, The Sealed Nectar.. tapi, disebabkan ini adalah buku sirah, adalah lebih berkesan kalau boleh baca yang Bahasa Melayu..sebelum ni, penah mencari di semua bookfair yang aku pergi, tp tak jumpa..

3) Falsafah Ketuhanan oleh Prof Dr Hamka... ”Kehidupan manusia itu sendiri tidak dapat diceraikan dengan Alam itu”...buku ni pun belum penah terjumpa kat mana-mana kedai buku..Prof Dr Hamka atau pun Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah adalah ulama besar Nusantara yang sangat terkenal. Lebih-lebih lagi beliau berasal dari tanah Minangkabau yang mempunyai pertalian dengan masyarakat adat perpatih di Negeri Sembilan..hasil tulisannya memang tak pernah mengecewakan..aku baru nak berjinak-jinak dengan hasil tulisan Pak Hamka ni sejak banyak baca hasil tulisan beliau dalam majalah..

4) Setitis Embun Semarak Api oleh Shahnon Ahmad..aku tertarik dengan buku ni sebab subtopic dalam buku ni macam kelakar..ada satu tu..’Gelongnya Terpokah’..lagi..’Cacingku Bukan Cacingmu’..’ Intelektual, Belacan Bakar Dan Jiwa Raga Tuah ’..ape ntah...so, kena baca dulu baru bole tahu apa..

5) Haji Muda oleh Ridzuan Bakar..nama Ridzuan Bakar agak asing bagi aku..tapi, tajuk buku ni memang menarik..mesti baca jugak buku nih..thanks untuk kawan yang rekemen..ilmu untuk dikongsi..~




6) Salahudin-Penakluk Jerusalem oleh Abdul Latip Talib..Panglima Islam, Salahuddin Al-Ayyubi, seorang tokoh Perang Salib..aku agak buta sejarah..banyak yang tak tahu..sekadar tahu, sejarah Perang Salib secara umum..so, harap-harap dapat menambahkan ilmu sejarah Islam selepas baca buku ni.. ”Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai Dunia..”- Salahuddin Al Ayubi


7) Ku Warnakan Salji Hitam Kerana Aku Takut Pada Hari-Hari Mendatang oleh Alijah Gordon..buku keluaran 2001, macam susah je nak jumpa..tapi, aku takkan putus asa..!!Amal, jom jelajah buku cuti nih..buku ni more or less pasal Palestin..ada kisah-kisah pelarian-pelarian di kem Lebanon..bagi yang pernah membaca Dari Beirut ke Jerusalem oleh Dr Ang Swee Chai..mungkin juga patut membaca buku ni..


Wah2..tinggi betul cita-cita nak habiskan semuanya..hanya perancangan aku sebagai manusia yang lemah dan hina ini..segalanya Allah yang tentukan..ntah2 tak sempat pun nak baca..sebab cutinya 3 minggu je..keja-keja lain juga sedang menunggu....apapun, aku sekarang sedang belajar to put the first thing first..salah satu dari 10 muwasofat tarbiyah adalah pengurusan masa yang tepat dan betul..ayuh, Demi masa!! terasa lambatnya nak cuti hmm..mak, abah..tunggu kepulangan anakmu!!


Wallahua`lam..










Monday, November 10, 2008

Di sisi mujahid, ada mujahidah….

Oleh: Seruan

Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…”


Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu, impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?..

“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]


Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah haprapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!! Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..



Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??…sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???

Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah..sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??

Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih…. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak…. bersabarlah…..

Sumber : dakwah.info

Semoga bermanfaat untuk semua..
Jadikan diri solehah,jika mahukan yang soleh..
Cinta sejati adalah kepada yang "menganugerahkan" rasa cinta itu..
Sama-sama koreksi diri..
Cinta manusia tiada abadi..

Wallahua`lam..

Sunday, November 09, 2008

Dalam hidup manusia,yang PENTING ialah..

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU

manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat.
Bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?

Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?

Harta benda anta, dari mana anta dapat...?

Ilmu anta, adakah anta manfaat...?


Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat...

Sumber:
Ustaz Aqil Hayy

Wednesday, November 05, 2008

Sedarlah diri..



Ya ALLAH..benarlah ujianMu cukup pahit..cukup sakit...cukup getir..sehingga kdg2 kita rasa tak mampu untuk bangun, tak layak untuk mengecap kebahagiaan..tp, ketahuilah wahai diri, usah kegembiraan di dunia yg kau damba..telanlah kepahitan itu dan bawa ia mengadap Tuhanmu dengan penuh taqwa..jadikan ia sebagai pemacu semangatmu untuk berjuang demi kebahagiaan di sana walau kau tak kecapi ia di dunia..


Sedarla diri, Jika engkau memandang segalanya dari ALLAH,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakitnya hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusah-nyusahkan kehidupanmu,
pasti akan damailah hatimu

Kerana..
masakan ALLAH sengaja mentaqdirkan
segalanya untuk suatu yang sia-sia..

Bukan ALLAH tidak tahu akan derita hidupmu,
pecahnya hatimu...
tapi mungkin untuk menguji
sedalam mana pengorbananmu untukNYA..

Juga kerana DIA tahu,
hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak,
dan lebih mudah akrab denganNYA..

- Ya muqollibalqulub..sabbitqolbi a`ladiinik..-