Tuesday, December 30, 2008

Impian Palestine..impian kita?

“Gaza terus bermandi darah”..antara berita yang menarik perhatian aku..mungkin kita sudah immune dengan berita-berita sebegini..antara yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, Dena Balosha dan 4 ahli keluarganya terbunuh dalam serangan terbaru oleh rejim Israel terkutuk itu..susulan daripada serangan-serangan itu, pelbagai reaksi daripada pemimpin-pemimpin dunia yang mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan itu..hanya reaksi..kutukan demi kutukan dilemparkan..
Israel melakukan holocaust, sementara dunia hanya memerhati dan tidak berbuat apa-apa untuk menghentikannya,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum.

”Impian Palestin”


Buku ini hasil tulisan Randa Ghazy..buku yang agak nipis..tapi, aku mengambil masa hampir 2 minggu untuk menghabiskannya..buku ni sarat dengan emosi..mungkin ini yang dirasakan oleh rakyat-rakyat Palestin..setiap kali mereka diserang..alasan Yahudi Laknatullah itu adalah kerana mereka ’terrorist’..sedangkan situasi memaksa..apa daya dan perasaan seorang anak apabila melihat ibu..bapa..kawan-kawannya mati dibunuh didepan mata?apa dengan bertindak tekad membalas serangan itu dan dengan tekadnya sanggup mengorbankan diri sendiri itu dikatakan terrorist?Buku ini menceritakan segalanya..penindasan dan penghinaan yang amat teruk ke atas rakyat-rakyat Palestin..dan yang lebih menyayat hati..hak mereka untuk terus hidup di bumi sendiri dinafikan..

Walaupun ini adalah novel yang mungkin ada yang beranggapan ia adalah rekaan si penulis..namun, itulah situasinya..mereka sudah muak dengan janji-janji kosong perdamaian..kematian itu bagaikan perkara biasa bagi mereka..pemandangan harian mereka adalah pemandangan yang dipenuhi dengan kematian-kematian menyedihkan..aromanya juga tidak seenak kita..akan tetapi, iman mereka tetap teguh..mereka tidak pernah menyalahkan takdir atas apa yang berlaku..mereka menerima segala yang berlaku sebagai dugaan dari Allah s.w.t..mereka percaya dan yakin akan janjiNya pada mereka-mereka yang bersabar..Ihfazillah yahfazuka..mereka berjuang demi ad-deen!demi maruah agama..

Ya Allah..semoga pengorbanan mereka mempertahankan bumi suci itu tidak sia-sia..KAU tempatkanlah mereka di kalangan para syuhada’ dan mujahidin..

"Peranan kita"

Apa peranan kita..?sebagai saudara seaqidah..melihat kepada keganasan ini..kita juga bakal dipertanggungjawabkan nanti oleh Allah s.w.t..sama-sama muhasabah diri sendiri..tepuk dada tanya iman..



Wallahua`lam..

Thursday, December 18, 2008

Result O result..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi maha Penyayang..

1. Tidakkah Kami(Allah) telah melapangkan dadamu (ya Muhammad).
2. Dan telah Kami ringankan daripadamu beban-beban yang berat.
3. Yang memberatkan tanggunganmu. (Yang berupa tugas menyampaikan risalah wahyu yang diturunkan oleh Tuhanmu, meskipun kau mendapat tantangan dari kaummu).
4. Dan Kami naikkan (tinggikan) sebutan (nama) mu. (sehingga sebutan namamu selalu disebut di samping nama Allah dalam dua kalimat syahada).
5. Maka sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan.
6. Sesungguhnya disamping kesukaran adan kemudahan.
7. Maka apabila engkau telah selesai (daripada suatu amal soleh) maka bersusah payahlah (berusaha melakukan amal soleh yang lain pula).
8. Dan hanya kepada Tuhanmu engkau berharap.

Surah Al-Inshirah (ayat 1-8)

Begitu indah tafseer kalam Tuhan ini..setiap kali kita nervous..tertekan..kusut minda..pasti ayat ini yang akan selalu kita baca kan..inilah makna surah Al-Inshirah yang selalu kita-kita sebut sebagai surah Alam nashroh..sangat menyentuh hati dan perasaan aku..betapa janji Tuhan itu bagi yang bersabar dengan setiap kesulitan dan masalah yang dihadapi..pasti akan diberikan jalan keluarnya.. “Maka sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan”..

Debaran aku dan kawan-kawan berakhir jugak hari ni..debaran dan kegelisahan yang hebat...benar kata orang..penantian itu satu penyeksaan..result o result..keluar jugak akhirnya..apapun keputusannya, PASTI itulah yang terbaik untuk kita..kerana sesungguhnya setiap ketentuan itu terdapat hikmah disebaliknya..sama-sama kita fikir..bagi yang terfikir untuk menyoal dan meragui ketentuanNya..hayati firman Allah ini:
"Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan? Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah, ayat 216..

Tiada yang lebih berhak untuk segala pujian atas kesempurnaan dan nikmat ini..hanya DIA..Allah Az za Wajalla..Maha Mengatur segalanya..terima kasih tidak terhingga untuk mak dan abah terutamanya yang selalu menjadi tempat curahan perasaan dan debaran aku..beberapa hari sebelum result keluar..aku kerap bercakap dengan mak..”Mak..kalau akak kena repeat camne..”..mak hanya menjawab..”Jangan la fikir camtu..insyaAllah..mak yakin akak tak kena repeat apa-apa pun..kalau kena repeat pun, takpalah, yang penting akak dah usaha dan buat yang terbaik..berserah semuanya pada Allah..”..jawapan stereotype..tapi, mampu mengurangkan kerisauan aku mungkin kerana yang bercakap itu adalah mak aku..”Abah, akak takut la bah..hari tu ada satu paper macam merapu sangat je jawab..ntah2 kena repeat..”lagi aku mencurahkan kerisauan pada abah..abah mengusap kepala aku dan menjawab..”Anak abah..jangan risau..akak boleh..abah tau macamana akak dah usaha..”



Hari ni aku dan adik diraikan kerana adik aku juga baru menerima keputusan peperiksaan akhir tahun..memang tradisi keluarga kami meraikan kejayaan masing-masing..tidak kiralah cemerlang, kurang cemerlang atau sebaliknya..sebagai perangsang kepada yang lain..terima kasih untuk kek dan treatnya..=)

Pada kawan-kawan..tahniah semuanya..tidak kiralah bagaimana pun keputusannya..berapa pun pointernya..sama-sama kita syukur..usah taksub menilai kejayaan diri hanya dengan pointer dan pencapaian dalam akademik..mungkin ramai yang dah semakin excited untuk meneruskan final semester termasuk aku..cuti berbaki 2 minggu..lepas ni, bergelut lagi dengan semester akhir..perjuangan dan perjalanan kita masih terlalu jauh..insyaAllah mudah-mudahan kita sentiasa dipandu olehNya..allahumma robbi yassir wala tua`ssir..



Wallahua`lam..

Wednesday, December 17, 2008

Buku lagi..

Hari ni kami sekeluarga berkesempatan ke Karnival Buku 2008 bertempat di Perpustakaan Negeri Pulau Pinang, di Seberang Jaya..karnival buku ni bakal berlangsung selama 4 hari bermula hari ni..kepada penggemar buku, dan para pencinta ilmu yang tidak pernah jemu mencari ilmu Allah yang serba luas ini, jika berkesempatan..hayya!! Hari pertama, aku telah membeli 7 buah buku :

1 ) Travelog Haji-Mengubah Sempadan Iman oleh Prof Muhamad Kamil Ibrahim..buku ini antara buku yang menjadi ‘waiting list’ aku..alhamdulillah, baru hari ni dapat beli..harga : RM 26.00


2 ) Khalid-Memburu Syahid oleh Abdul Latip Talib..buku ini adalah sebuah novel sejarah Islam..ia adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Khalid merupakan hero penyelamat dalam perang Muktah sehingga layak mendapat anugerah tertinggi panglima tentera dengan gelaran pahlawan Pedang Allah..niat awalnya aku nak beli Salahudin-Penakluk Jerusalem..tapi, malangnya tak jumpa kat karnival tu..harga : RM 32.90


3 ) Cinta Sang Ratu oleh Ramlee Awang Murshid..ini adalah novel thriller Melayu..namun, penulis ini tidak pernah ketinggalan dalam menyelitkan unsur-unsur Islami yang mendekatkan manusia lebih kepada Tuhan dalam setiap tulisannya. Daripada kisah-kisah nukilan Ramlee, pembaca seharusnya dapat membuat kesimpulan bahawa dalam dunia ini, kebaikan pasti akan mengatasi kejahatan jika jiwa dan roh kita sentiasa diisi dengan tawaduk kepada Tuhan Segala Pencipta Alam. Penggunaan sihir dalam mendapatkan apa yang diingini ini bukan hanya berlaku dalam zaman purba penghujung kurun 15 tetapi juga dalam masyarakat kini yang gilakan kuasa dan dendam untuk mendapatkan apa yang diingini..harga : RM 19.90


4 ) Dalam Mihrab Cinta oleh Habiburrahman El Shirazy..saat entry ini ditulis, aku sudah menghabiskan separuh buku ini..dalam novel ini terdapat 3 kisah pendek bertajuk ;
1) Takbir Cinta Zahrana, 2) Dalam Mihrab Cinta, dan 3)Mahkota Cinta.. Meskipun buku itu terdiri dari tiga cerita, namun antara cerita yang satu dan yang lain mempunyai kesimpulan yang sama pada akhir setiap ceritanya..harga : RM 25.90


5 ) Curahan Cinta Niagara oleh Maya Iris..ini sebuah novel Islami yang menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai sumber rujukan..masih terlalu awal untuk dikomen..dihadapan cover buku ni..ada tertera kalam Allah : Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan? Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah, ayat 216..aku makin tertarik apabila dibelakang buku ini disertakan dengan penerangan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang digunakan dengan agak terperinci..harga : RM 26.00


6 ) Warkah Cinta Berbau Syurga oleh A.Ubaidillah Alias.. “Buku ini mahu mengajar cara berfikir dan cara membuat keputusan mengikut Islam. Secara jujur, ceritanya tidak terlalu ‘indah’. Cerita ini mahu mengajar remaja Islam untuk membentuk prinsip dalam pergaulan, cara memilih pasangan dan bagaimana bertindak apabila masalah perasaan datang bertimpa-timpa. Juga memahamkan konsep takdir dan jodoh. Kita sebagai manusia, hanya mampu berikhtiar dan jodoh itu kita serahkan kepada tuhan. Jangan terlalu mengharap sehingga membuatkan kita kecewa melampau...”(penulis)..harga : RM 23.50


7 ) Andai itu takdirNya oleh Siti Rosmizah..novel ini dicadangkan oleh dua kawan aku..Balkis dan Haida..diorang kata seronok dan sedih sangat novel ni..penulis ni adalah seorang peguam..dikhabarkan, novel ini adalah ilham dari mimpi si penulis buku ini..kagum jugak..dari mimpi..tapi, mampu dijadikan sebuah novel yang memang mendapat sambutan hangat terutamanya di kalangan pembaca wanita..harga : RM 19.90



Wallahua`lam..

Monday, December 15, 2008

Cinta di rumah Hasan Al-Banna


Selesai membaca ”Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna” oleh Mohammad Lili Nur Aulia..buku yang memang santai dan bersahaja, namun sangat menambahkan pengetahuan aku tentang As-Shaheed yang agung ini..mungkin buku ini sebagai permulaan untuk kita berkenalan dengan imam Hasan Al-Banna.. buku ni sangat mudah difahami..tidak terlalu berat isunya..secara keseluruhan..berkisar tentang peribadi Hasan Al-Banna sebagai seorang ayah dan pada masa yang sama seorang pendakwah ulung seperti yang kita sedia maklum..sebelum ni, aku agak tercari-cari buku yang menceritakan tentang imam Hasan Al-Banna..mungkin kerana sumber yang agak terhad..alhamdulillah, mungkin buku ni adalah sebagai permulaan..

Sinopsisnya, Hasan Al-Banna sentiasa disayangi dan disanjungi oleh anak-anaknya..walaupun beliau ialah seorang dai`e besar dan sangat sibuk, beliau tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dan suami dengan baik..beliau berlemah-lembut dan bijaksana dalam mendidik anak-anaknya..alhamdulillah hasilnya..ke semua anak-anaknya berjaya dalam lapangan masing-masing..buku ni menceritakan perwatakan dan peribadi Hasan Al-Banna dari kaca mata anak-anaknya..betapa penting peranan seorang ayah dalam membentuk seorang insan..seperti salah satu tajuk dalam buku ni..”Bagaimana ayah,begitulah anaknya..”

Buku ini membahaskan tentang bagaimana seorang muassis gerakan Ikhwanul Muslimin, dalam kesibukan yang amat sangat, namun beliau tetap melaksanakan hak dan kewajiban keluarganya terhadap dirinya..juga dikisahkan pula tentang seorang suami yang sangat menyayangi dan menghormati isterinya..digambarkan bagaimana Hasan Al-banna dengan penuh kasih sayang mendidik anak-anaknya, memberikan pemahaman tanpa kekerasan, membuat anak-anaknya cinta dengan Al-qur’an dan ilmu pengetahuan..

Apa yang paling terkesan bagi aku..Hasan Al-Banna, menanamkan nilai-nilai kesederhanaan, keikhlasan dan pengorbanan dalam keluarganya, sehingga isterinya dengan hati yang senang dan rela menyumbangkan banyak perabot rumahnya untuk markas da’wah ikhwanul muslimin, sehingga dengan ikhlas dan rela, anak-anaknya menjadi orang-orang yang paling dahulu berkesedaran dan memperjuangkan umat Islam di Palestin dan di Mesir, sehingga dengan lapang, isterinya menerima hujjah sang suami yang menjawab saat ia memintanya membeli sebuah rumah kecil ” Wahai Ummu Wafa, sesungguhnya istana kita sedang menunggu kita di surga-Nya….”. Alangkah indahnya …. Sehingga dengan ikhlas dan redha, keluarganya melepas pemergian suami dan ayah mereka, dalam kesyahidan di jalan Allah…

Banyak yang menyentuh perasaan apabila aku membaca buku ni..tentang seorang ayah dan anak-anaknya..mungkin kerana aku juga sangat rapat dengan abah aku.. Sungguh..abah salah satu anugerah terindah dan terhebat dari Allah s.w.t untuk aku..bukan kerana abah terlalu memanjakan aku..tapi, kasih sayang abah mempengaruhi karakter aku..abah bukan sahaja seorang bapa pada aku..tapi, abah juga seorang kawan dan pendengar yang setia untuk aku..setiap kali aku hilang keyakinan diri, rasa give up dalam sesuatu..abah selalu mengembalikan semangat aku..abah betul-betul percaya pada kemampuan aku..walaupun abah tidaklah sehebat Hasan Al-Banna kerana abah bukanlah seorang dai`e..namun, abah memang berjaya membentuk aku menjadi aku yang sekarang..aku tidak mungkin ada di dunia ni tanpa abah..azam aku, aku akan berbakti untuk mak dan abah sebaik-baiknya selagi aku belum berkahwin, sebab apabila aku berkahwin, keutamaan taat itu adalah lebih kepada suami..

Kenanglah jasa ibu bapa kita selagi Allah belum memanggil mereka atau kita..tika saat itu..kita sudah tidak ada ibu bapa lagi..kita sebagai anak, tidak punya alasan untuk berkata ‘tidak’ pada suruhan mak atau ayah selagi mana ia nya tidak membelakangkan Allah dan Rasulullah, juga tidak menyimpang dari ajaran agama..senangkanlah hati mereka..jaga maruah dan nama baik mereka..dan dengan itu tidak mustahil..kita juga boleh membina ‘cinta di rumah’ sendiri..


Wallahua`lam..

Sunday, December 14, 2008

Ku dambakan 'spirit' itu..

Cuti semester sudah hampir 3 minggu berlalu..aku menghabiskan cuti kali ni di rumah..setiap hari bersama mak dan adik tersayang di rumah..sebabnya yang lain semuanya bekerja..yang seronoknya, kami bertiga berkongsi hobi yang sama..membaca!mak selalu mengadap majalah-majalah kegemaran dia..tidak ketinggalan buku-buku yang aku cadangkan untuk mak baca..kelakarnya, baru-baru ni mak pun turut membaca novel “Syabab Musafir Kasih”..oleh saudari Fatimah Syarha..adik aku juga membaca..so, bila berborak, kami bertiga selalu mengaitkan dengan Syabab, watak utama dalam novel itu..mak selalu cakap..`Geram betul bila baca buku tu..abang-abang Syabab tu jahat sungguh!’mak cakap dengan penuh emosi..tiba-tiba air mata mak meleleh..Alahai..emotional pulak mak ni..biasalah, naluri seorang ibu..mana-mana je akan tersentuh..walaupun sekadar watak dalam novel..dan selalunya kakak-kakak aku akan terpinga-pinga tentang apa yang kami bualkan..hihi..




Aku sudah menghabiskan beberapa buku cuti ni..antaranya Ketika Cinta Bertasbih 1 (kali ke-2 aku membaca), Ketika Cinta Bertasbih 2, Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna, Impian Palestin, 3 naskah bulanan majalah Milenia Muslim, Majalah I edisi Disember, Muslimah dan Penelanjangan Syaitan dan beberapa buku motivasi berbahasa Inggeris..aku masih belum puas..belum menemui kepuasan yang aku nak..jika disebut tentang novel berbentuk Islami..ternyata, temanya hampir sama..mungkin yang terkesan adalah kerana bahasanya yang indah..temanya, tidak pernah lari dari cinta..persahabatan..tapi, alhamdulillah..semua itu tetap ilmu..

Terbaru, alhamdulillah vcD ‘Sang Murobbi’ telah aku terima..jazakallah kepada supplier (Nihlah & Mujahid-www.sangmurobbimalaysia.blogspot.com)..aku mencadangkan kepada semua umat Islam..sama ada kalian adalah para dai`e atau tidak..filem ini mesti ditonton..banyak ilmu dan isu dalam filem ni..ni aku cerita sikit sinopsisnya..filem ini adalah sebagai memperingati Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah.. salah seorang pimpinan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang dicintai oleh seluruh pendukung dakwah di Indonesia..beliau meninggal dunia pada 14 Jun 2005.. sebagai seorang Mujahid Dakwah, dia memiliki karakter yang unik..kemampuan dan semangat beliau yang tinggi serta dihiasi oleh sentuhan sastera yang unik, sentiasa membuat para pendengar menangis sebagaimana kemampuan ia membangkitkan semangat yang menggelora ketika ia mengangkat isu tentang jihad..




Filem ni banyak berkisar tentang kehidupan beliau bermula dari beliau muda hinggalah saat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, di atas jalan dakwah yang memang sangat dicintainya..segala halangan dan ujian dalam dakwah juga dipaparkan sehingga ada yang pernah mendakwa ajaran yang dibawa oleh almarhum ustaz sebagai ajaran sesat..mungkin agak berkesan penyampaian mesej oleh produksi filem ni sebab pelakon utama yang membawakan Ustaz Rahmat sangat berkesan..banyak dialog-dialog yang diungkapkan dalam setiap karakter mengandungi pengajaran dan mesej ke arah kebaikan..kesungguhan beliau dalam menyampaikan dakwah patut dicontohi oleh para dai`e sekarang..atau kita..yang bergelar muslim..bukankah menjadi kewajipan sesama kita untuk mengingatkan antara satu sama lain walaupun kita tidak bergelar dai`e..?Ayuh, sama-sama tonton filem ni..daripada kalian beratur panjang di pawagam untuk sesuatu yang sia-sia..mungkin filem ini dapat menjadi permulaan untuk sesuatu yang lebih baik..Insya`Allah..

Semoga Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang soleh..al-fatihah untuk allahyarham..semoga usaha dakwahnya demi membangunkan umat ini dapat kita contohi dan dihayati..

Wallahua`lam..

Tuesday, December 09, 2008

"wake-up call"!

Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t yang Maha Memberi, Maha Berkehendak dan Maha segala-galanya..selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat..

Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan berita-berita sedih dan menginsafkan antaranya bencana banjir yang berlaku di pantai timur yang dikatakan terburuk dalam sejarah sejak 20 tahun ini..juga yang menggemparkan seluruh Malaysia, tragedi tanah runtuh yang berlaku berturut-turut..bermula dengan kejadian banglo yang ranap ditimbus runtuhan tanah di Ulu Yam Perdana..kemudian disusuli dengan kejadian tanah runtuh di Bangunan CIMB..dan yang paling terbaru kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang memusnahkan sama sekali 14 buah banglo dan meragut 4 nyawa penghuni banglo tersebut..Allahuakbar..segalanya adalah ujian dari Dia..sama-sama kita doakan agar saudara-saudara kita yang ditimba musibah dan diuji Allah s.w.t sekarang ini sentiasa di bawah rahmatNya dan mereka dikurniakan kekuatan yang tinggi untuk meneruskan kehidupan..

Mungkin apa yang berlaku adalah amaran dari Allah..Tuhan Sekalian alam..manusia adalah khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir bumi ini..tapi, kerakusan, ketamakan, kealpaan sesetengah pihak yang berkepentingan mengundang bahaya dan murka Allah Az zawajalla..sunnatullah diketepikan!nikmat dan keselesaan dunia terlalu dikejar sehingga lupa pada hakikat sebenar penciptaan kita..apabila sesuatu musibah telah berlaku, barulah kita sedar dari kesilapan..yang kita sudah jauh tersesat dariNya..terlalu jauh..kita mula mengkaji itu dan ini..segala pakar dirujuk..segala solusi digali..semuanya untuk mengetahui punca berlakunya bencana itu..namun, apapun, segala kebinasaan itu adalah disebabkan tangan-tangan manusia itu sendiri!seperti firman Allah;

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan (buruk) mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Surah al-Rum, ayat 41)


Memanglah..hakikatnya, kita manusia..pelupa!kita kerap lupa pada Allah dikala senang..kala nikmat melimpah ruah..kita jarang bersyukur..malahan, kita kufur..kerap tidak berpuas hati dengan nikmat yang diberi..tapi, bila kita ditimpa musibah..barulah kesedaran itu timbul..kita kembali rasa ingin ‘berTuhan’..semoga apa yang berlaku ini benar-benar memberi keinsafan dan menigkatkan ketaqwaan kita kepadaNya..

Innalillahiwainnailaihirraji`un..semoga Allah mengurniakan kesabaran dan kekuatan kepada mereka-mereka yang terlibat dalam bencana-bencana ini..hanya doa yang dapat dititipkan kepada kalian..Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa yang terkorban..fasubhanalladhi biyadihi malakuutu kullisyaiin wailaihiturja`un..

Wallahua`lam..