Tuesday, April 28, 2009

Nota Hati Seorang Lelaki..


Buku yang cantik ilustrasi covernya..hijau!sejuk mata memandang..buku ini tidak terlalu kompleks untuk difahami..kerana pendekatan penulis ini berkongsi ideanya adalah melalui penceritaan..ternyata, lebih mudah difahami dan tidak membosankan..masuk buku ini, ini buku ketiga oleh penulis yang sama sempat aku baca selepas Tentang Cinta dan Satu Rasa Dua Hati..aku meminati hasil tulisan penulis ini kerana beliau tidak pernah kering idea dan istilah-istilah baru..beliau kreatif dalam menyampaikan maksud tersirat disebalik sesuatu cerita itu..pasti ada yang mahu kita sebagai pembaca fikirkan..hanya dari seekor binatang seperti cicak..ikan..semut..banyak pelajaran yang boleh dipelajari..imaginasinya tinggi mewujudkan watak maya berupa refleksi watak reality manusia hari ini..

Berdasarkan tajuk, buku ini seakan lebih tertumpu kepada golongan lelaki..”Nota Hati Seorang Lelaki”..hasil garapan kreatif Ustaz Pahrol Mohd. Juoi..namun, setelah habis dibaca kulit ke kulit, ternyata tidak wujud ‘gender oriented’ seperti yang aku fikirkan..kepada kalian yang biasa membaca hasil tulisannya, pasti tidak akan melepaskan peluang membeli buku terbaru beliau ini..buku ini dibahagikan kepada 4 tajuk utama :
-Nota Hati seorang anak
-Nota Hati seorang suami
-Nota Hati seorang ayah
-Nota Hati seorang dai’e

Buku ini semacam perkongsian nota hati si penulis..merangsang cara pemikiran masyarakat supaya lebih ‘berfikir’..mempositifkan pemikiran dan menyingkap hikmah dalam setiap ujian dan dugaan hidup oleh Allah s.w.t..ujian Allah boleh meningkatkan kebijaksanaan, kesabaran dan kekreatifan kita untuk menyelesaikan masalah..muhasabah diri sebagai hamba padaNya..adakah kita kembali kepada Allah dalam menghadapi ujian ini..?bagaimana dengan implementasi sifat-sifat mahmudah dalam diri?

Buku ini sarat dengan peristiwa..dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar peristiwa..dan mungkin antara peristiwa yang diceritakan penulis pasti ada yang pernah berlaku, atau terlintas difikiran kita..peristiwa yang membawa nilai yang tersendiri dalam hidup kita. Siri-siri peristiwa yang berlaku dalam hidup lah yang banyak membawa perubahan dalam diri seseorang..bergantung bagaimana kita menghadapi dan menyelesaikannya..

Bahkan episod itu boleh membentuk persepsi dan corak pemikiran seseorang.. kekadang gelanggang ceritanya sekangkang kera, namun peranannya saujana mata memandang..adakalanya pangkat mereka cuma kuli dan petani sahaja tapi jasanya mengatasi negarawan,hartawan dan sarjanawan..ramai manusia yang hebat, mereka menulis menerusi amalan..mereka melakar sejarah, tapi orang yang mencipta sejarah jarang-jarang mampu menulis sejarah...

Ini sekadar perkongsian hati aku berdasarkan apa yang mampu aku tulis..namun, apa yang tidak mampu ditulis itu, tidak bermakna ianya tidak terkesan..jadinya, untuk lebih penghayatan, aku sarankan kalian membaca buku ini..dan bukan hanya membaca, tetapi juga menghayati dengan mata hati dan ketajaman fikiran..

Wallahua’lam..

Monday, April 27, 2009

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis


PWTC, Kuala Lumpur: Persatuan Belia ISLAM Nasional (PEMBINA)dan Aman Palestine Berhad akan menganjurkan Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis bertempat di sini, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Seminar sehari ini menyaksikan kehadiran panel-panel hebat yang dijemput khas dari luar dan dalam negara. Butiran lanjut tentang Konvensyen ini adalah seperti berikut.

Hari : Sabtu
Tarikh : 9 Mei 2009 (14 jamadil Awal 1430 Hijriyah)
Masa : 8 pagi - 5 petang
Yuran Penyertaan: RM 10.

Seminar yang bertujuan mengumpulkan para belia dari seluruh pelusuk tahanair agar menghayati dan memahami isu ini turut akan mengadakan pameran dan jualan sepanjang berlangsungnya konvensyen. Dengan kerjasama Aman Palestin, antara panelis yang dijemput serta tidak asing dalam isu ini di peringkat antarabangsa adalah seperti Dr. Azzam al- Tamimi (London), Assoc. Prof Dr. Mohsen Salleh (Lebanon) dan juga Dr. Roslan Mohamad Nor..

Jika berkesempatan dan mempunyai kelapangan waktu tanpa keutamaan lain yang lebih mendesak, jom pergi beramai-ramai..mungkin ini salah satu sumbangan kita sebagai 'Muslim Youth of Malaysia' sebagai tanda kepedulian dan kebersamaan kita dalam perjuangan bersama saudara-saudara Islam seperti di Palestin..InsyaAllah..

Maklumat lanjut : www.kbaz.net

Wallahua'lam..

Thursday, April 23, 2009

Salam imtihan..


Minggu berhibernasi kami berbaki 2 hari..hibernasi bersama buku-buku..nota-nota kuliah..ternyata begitu mencabar..hehe..semuanya bagaikan menuntut untuk disentuh..dan semestinya diingat dan disemai dalam hati juga minda sebelum 'dimuntahkan'..

Alhamdulillah..segalanya lancar..mengikut perancangan kita sebagai manusia yang sentiasa mengharapkan perancangan itu selari dengan ketentuanNya..terima kasih Ya Allah, kerana memberikan kesempatan kepada kami untuk tiba ke tahap ini..kerana sentiasa memberikan nikmat kepada kami yang terlalu banyak dosa dan lalai dalam mengucap syukur atas nikmat-nikmatMu..

Ahad ini, subjek pertama bagi peperiksaan akhir di semester terakhir ini akan bermula..

Perasaan aku bercampur-baur..hanya Dia yang Maha Tahu..mungkin kerana lumrahnya..fitrahnya..peperiksaan itu sesuatu yang sentiasa mengambil ruang dalam hati aku untuk difikirkan..untuk diusahakan sehabis baik dan mampu..

Kepada sahabat-sahabat yang membaca entry ini, jika kalian juga berada dalam situasi yang sama.."Salam Imtihan"..Salam Perjuangan..semoga sentiasa diberikan ketenangan olehNya dan dilapangkan fikiran oleh Dia Yang Maha Luas..sentiasa di bawah rahmat dan mendapat hidayahNya yang sepatutnya lebih utama kita rebut..

Selamat menghadapi peperiksaan..!

Semoga kita menjadi salah seorang yang bisa memartabatkan ad-deen ini dengan ilmu dariNya..

Doakan kejayaan bersama..kejayaan didunia ini dan diakhirat..berupaya menjawab soalan-soalan peperiksaan ini dan yang lebih penting soalan-soalan Tuhan di'sana'!

Wallahua'lam..

Tuesday, April 21, 2009

Bidadari dari Timur..



Alhamdulillah..
Buku terbaru yang sempat aku habiskan..
Buku yang cukup comel..
Ini antara buku yang sempat aku beli di PBAKL 2009..
Dalam komuter lagi aku sudah ‘melekat’ untuk terus membaca buku ini..

‘Bidadari Dari Timur’(Memoir isteri seorang pejuang)..hasil tulisan Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri tersayang kepada Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat..

Buku itu ditulis dengan penuh santai..bersahaja..namun, ketulusan rasa seorang pendamping setia bergelar isteri itu dapat dirasakan..bahasanya puitis..dan indah..penuh dengan rasa kehambaan kepada Allah s.w.t, maha Pengkurnia Nikmat..juga kesyukuran padaNya..kesyukuran atas segala nikmat..bagaimana bersyukur dan bahagianya beliau ditakdirkan dan dipertemukan Allah s.w.t untuk menjadi peneman hidup kepada ulama’ agung itu..beliaulah perempuan disebalik kejayaan seorang ‘lelaki itu’..

Aku juga turut terasa tempias 'bahagia' membaca buku ini..segala yang digambarkan begitu terkesan dihati..membaca buku ini terkadang membayangkan aku kepada mak aku dirumah..insaf mengenangkan betapa besar pengorbanan seorang ibu..resahnya membesarkan anak-anak..cabaran dari masyarakat sekeliling dek kerana perangai anak-anak yang pelbagai..’mother is still a mother’..menangis kerana kita..menahan perasaan kerana karenah kita..menerima semua ‘cakap-cakap’ orang kerana kita..sehingga nyawanya juga sanggup diberikan kepada kita, anaknya yang amat dicintai..Allahuakbar..betapa mulia seorang ibu..

Buku ini sarat nasihat berguna..bagaimana menjadi seorang yang penyabar..hamba yang sentiasa bersyukur..'live your life'..menjadikan diri seorang yang bermanfaat kepada orang lain walaupun tanpa harta yang melimpah ruah..menjadi seorang isteri yang solehah dan menyenangkan hati suami..menjadi seorang ibu yang baik kepada anak-anak..menjadi seorang anak yang membahagiakan kedua ibu bapa..terlalu banyak pengisiannya..'kecil-kecil cili padi'!

Antara quote yang menarik..

"Janganlah sesekali meremehkan sebiji kurma, sepotong kek, ataupun kopi,secangkir air atau sehelai kain untuk orang yang memerlukan dan hidup sengsara. Kerana ia mungkin segalanya buat mereka pada hari itu.."

Pengakhiran kata yang penuh makna..

Kata orang, "Kehidupan itu penuh dengan penderitaan dan kepahitan"
Tapi, aku kata, "Tersenyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit"..

Wallahua'lam..

Friday, April 17, 2009

10 Seksaan Wanita Diperlihatkan Semasa Israk Mikraj

Peringatan bersama..khas buat kawan-kawan..muslimah yang disayangi..

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan:

(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah
(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan
(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan
(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana
(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
Ada pula
(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan
dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat
dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu
mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu
dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.


Selain itu, Baginda melihat
(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat
(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah
(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang
(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Gerun..!nau'zubillahiminzaalik..

Wallahua'lam..

Wednesday, April 15, 2009

Siti Masyitah: Direbus kerana cinta..

“Ma ismu ki ya binti”? tanya seorang guru Bahasa Arab ketika aku di Tingkatan 1..
“Ismi Intan Masyitah binti Rumli ya ustaz..” aku menjawab pertanyaannya..
“Maa ma’na Intan Masyitah”? ustaz itu terus bertanya..
“Masyitah tu seorang tukang sikat rambut anak Firaun ustaz..” dengan jayanya aku menjawab dalam Bahasa Melayu..hihi

“Boleh cerita kat ustaz cerita tu..kawan-kawan pun nak tahu..”
“Nanti saya check dulu..saya tak pasti ustaz..”
Dan pertanyaan itu bagaikan tergantung disitu..kisah Masyitah menjadi inspirasi kepada aku..

::Siapa Masyitah?::

Masyitah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sikat Firaun. Keluarganya terpaksa menyembunyikan iman mereka kepada Allah, dengan itu mereka tidak akan diganggu. Tetapi pada satu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dia dengan tidak sengaja melatah dan menyebut "Allah". Puteri tersebut apabila mendengar perkataan "Allah", dia pun bertanya kepada Masyitah siapakah "Allah" itu. Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah memberitahu bahawa Allah itu adalah Tuhan yang Esa dan Tuhan sekalian Alam.

Puteri itu dengan serta-merta mengadu pada Firaun akan hal Masyitah itu. Firaun agak terperanjat bila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selain daripadanya. Maka Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintahkan menterinya yang bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan kaum keluarganya yang telah menyembah Allah. Firaun sedikit pun tidak mengenang jasa Masyitah terhadap keluarganya. Selain menjadi tukang sikat, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana Firaun. Tetapi tanpa usul periksa dan kejam Firaun menjatuhkan hukuman kepada Masyitah.

Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnya tetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhati perut itu. Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya untuk menyediakan sebuah kawah yang besar untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yang ingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali kepada Firaun. Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Maka dengan tegas Masyitah dan suaminya tetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhan yang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa.

Dengan keputusan itu, Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampak satu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Sambih ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir, Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain. Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu. Kini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.

Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihat anaknya yang masih kecil itu disiksa sedemikian rupa. Masyitah mula ragu-ragu samada hendak terjun ataupun tidak. Tetapi dengan kekuasaan Allah, tiba-tiba anak yang masih bayi itu berkata-kata kepada ibunya, Masyitah : "Wahai ibu, marilah kita menyusul ayah, sesungguhnya syurga sedang menanti kita".

Bila mendengarkan kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayi itu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah mereka sekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah. Tetapi Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati. Allah datangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitah dengan azab siksa yang sangat pedih. Allah runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir. Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagia di dalam syurga.


Sewaktu Rasulullah s.a.w Isra' dan Mikraj, baginda telah melalui sebuah makam. Makam itu sangat wangi dengan bauan kasturi. Lantas Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibril yang mengiringinya, maka jawab Jibril a.s : "Itulah Makam Masyitah, salah seorang wanita penghulu syurga." Begitulah keistimewaan yang Allah berikan kepada Masyitah. Walaupun tubuhnya dan tubuh keluarganya hancur, namun di sisi Allah mereka sangat mulia.

Siti Masyitah, beliau direbus kerana cinta kepada Allah s.w.t..
Aku?Hmm..
Masih 'fragile'..

Ya Allah..moga hidup aku terus dipandu mendekatiMu..


Wallahua'lam..

Saturday, April 11, 2009

"Jadi, maka jadilah!"

“Kalau kita sakit dimana kita cari?Doktor. Kalau kita lapar, apa yang kita cari?makanan..Allah Kareem. Hidup kita kalau punya masalah, punya hajat.. terus kita tak datang kepada Allah dengan sungguh-sungguh. Bererti kita tak mengenal Allah, sebaik kita mengenal doktor ketika kita sakit..Kita tidak mengenal Allah sebaik kita mengenal bengkel saat motor kita yang rosak..”

Pembuka cerita yang membuatkan aku lama memikirkannya..beberapa kali aku mengulang bicara itu..indah dan sarat dengan nasihat berguna..memahamkan konsep dan perkaitannya antara reality sebuah kehidupan dan Kun Fayakun dari Tuhan..

“Kun Fayakun”

Sebuah filem dari negara serantau, Indonesia..mendengar tajuknya sahaja tertarik untuk menonton filem ini..

إِنَّمَآ أَمْرُهُ إِذَآ أَرَادَ شَيْئاً أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ
Surah Yasin, ayat 82..

Filem ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga miskin yang mana si bapa ialah seorang penjual kaca..dan keluarga ini kais pagi, makan pagi..kais petang makan petang..rezeki itu bagi mereka bagaikan sangat susah untuk dinikmati..namun, iman, keberserahan dan keyakinan mereka kepada Ar-Razzaq tidak pernah luntur..namun, bagi aku..si suami itu bagaikan seorang yang kaya-raya bukan kerana harta dunia..tetapi kerana dikurniakan Allah s.w.t seorang isteri yang sangat memahami, menyokong dan sabar menghadapi kehidupan yang sangat serba kekurangan..mempunyai anak-anak yang soleh dan menyenangkan hati..itu malahan asset yang amat berharga..

Namun..tarbiyah Tuhan kepada hambaNya yang terpilih itu adalah pelbagai dan pastinya beruntunglah bagi mereka-mereka yang terpilih itu..keluarga ini diuji dengan kesempitan wang, kelaparan..walaupun si bapa itu berusaha keras bekerja..bukan itu sahaja..mereka sekeluarga sungguh-sungguh memohon dan meminta dari DIA Yang Maha Esa..memohon dibukakan dan dimudahkan rezeki bagi mereka..dan jalan memperolehnya ternyata sangat menguji iman dan kesabaran..dan fitrahnya kita sebagai manusia..kita akan teruji dan terkesan dengan ujian-ujian itu..si bapa itu juga..dia hampir berpaling dari Allah..terdetik dalam hatinya untuk mempersoalkan apa yang direncanakan Allah s.w.t padanya..

Keyakinan pada Allah s.w.t SUDAH PASTI tidak sia-sia..sebagai hamba kita tidak sepatutnya mempersoalkan tentang takdir Tuhan yang kekadang tidak seperti yang diharapkan..kerana DIA Maha Mengetahui..segala yang ditentukan..pasti terdapat hikmah disebaliknya..

Dan bagi keluarga ini..setelah mereka diuji dengan kesukaran..akhirnya, Allah s.w.t mengurniakan kesenangan kepada mereka..Allah mengutuskan orang-orang tertentu untuk membantu mereka..dilihat dari sudut biasa..ia bagaikan satu kebetulan..namun, kebetulan itu adalah salah satu rencana dari Tuhan..kerana tiada satu pun di dunia ini yang berlaku secara kebetulan tanpa ‘campur tangan’ dan ketentuan dariNya..kesabaran dan keyakinan mereka akan pertolongan Tuhan ternyata mempunyai nilaian yang sangat besar disisiNya..Allahuakbar..

Pengajarannya, sebagai hamba..kita wajib percaya pada kekuasaan Allah s.w.t..kenapa kita tidak berusaha mengenal Dia sebaiknya bagi mengetahui kebesaranNya?kenapa kita mudah berpaling dan menjadikan perkara-perkara lain sebagai sumber rujukan sekiranya kita ditimpa masalah?seperti kata Haji H.Mansur itu..kita tidak mengenal Allah sebaik kita mengenal doktor ketika kita sakit..tetapi, keberserahan itu bukanlah bermakna kita boleh santai-santai tidak berusaha kerana fikir kita jika sudah takdir..tiada siapa yang mampu mengatakan ‘tidak’..tetapi, kita sebagai manusia..bertawakal kepadaNya setelah berusaha dan berikhtiar itu adalah sebaik-baiknya..kerana Allah s.w.t menyukai hamba-hambaNya yang bertawakal setelah berusaha..

Kenapa aku..?

Soalan-soalan yang telah dijawab oleh Allah dalam Al Quran..

Kenapa aku sering diuji?
Firman Allah s.w.t maksudnya: ”Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut :2-3)

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Firman Allah s.w.t maksudnya: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengeetahui.” (Surah al-Baqarah:216)

Apa yang aku boleh dapat dari semua ini?
Firman Allah s.w.t maksudnya: ”Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka...”(Surah at-Taubah:111).


”Tiap udara yang aku hembuskan dari hati, berubah menjadi kalimat Tuhan yang berbunyi "Kun Fayakun! Jadi, maka jadilah!" Kemudian terciptalah aku yang kedua kalinya dengan bentuk yang lebih baik, hati yang berhiaskan sopan santun dan bijaksana. Sekarang aku tidak hanya melayang diatas bumi melainkan berada di singgasana Tuhan, perjalananku berakhir disinggahsananya, sekarang aku berada disampingNya dalam bentuk yang sempurna.Aku melihat bumi dari kejauhan mata dan hati, sekarang aku hidup disinggahsana Tuhan yang mulia. Aku turun ke bumi hanya sekadarnya saja guna memenuhi panggilan hidup, sedangkan sisanya akan kupersembahkan untuk selalu bercinta dengan Tuhan.”

Wallahua'lam..

Wednesday, April 08, 2009

Taare zaman par..



Muvie terbaru yang aku sempat tengok..touchable!
Ini sebuah movie Hindi..Taare Zameen Par-Every Child is Special..walaupun aku bukanlah peminat ceria Hindi, namun..cerita ini memang best!!
Bisa mengalirkan air mata..ini bukan movie cinta..bukan2..tidak ada adegan nyanyi2 aktor dan aktres sambil berguling-guling atas bukit ke..tarik menarik sari ke..ini sebuah cerita kehidupan..hubungan kekeluargaan..persahabatan..kemanusiaan..dan kasih sayang sesama manusia..bagi pencinta kanak-kanak..mungkin kalian akan jatuh cinta dengan cerita ini..

Cerita ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang menghidap ‘dyslexia’..bagi yang belum mengetahui, dyslexia adalah suatu penyakit yang menyebabkan penghidapnya menghadapi kesusahan untuk membaca dan menulis..menghadapi masalah menguruskan diri sendiri sekiranya sesuatu pekerjaan itu memerlukan focus..mengagak jarak..menggunakan kemahiran kognitif..tapi, sebaliknya..mereka kreatif! mereka memandang dunia tidak seperti kita manusia biasa memandang sesuatu..kerana itu penghidap dyslexia adalah luar biasa..

Kisahnya, Ishaan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun..seorang penghidap dysclexia tetapi tidak disedari oleh sesiapa disekelilingnya..termasuk ibu bapanya..dia kerap dihukum di sekolah oleh guru-gurunya kerana tidak tahu membaca..menulis..kerap berangan dalam kelas..kerana penghidap dyslexia sangat imaginative..di rumah, dia dimarahi bapanya kerana nakal dan selalu mendapat aduan dari jiran dan guru..bapanya mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya..mahukan mereka menjadi yang terbaik terutamanya dari segi pencapaian akademik..Ishaan berbeza dari abangya yang sentiasa menjadi yang terbaik di sekolah, tetapi, Ishaan selalu menjadi yang tercorot..tidak pandai menguruskan diri..segalanya terpaksa dilakukan oleh ibunya..ibu Ishaan seorang yang sangat tabah dan sabar melayan segala karenah dan keperluan Ishaan..sungguh mengharukan..

Dek kerana tidak tahan dengan karenah dan aduan yang sentiasa diterima..si bapa bertekad menghantar Ishaan ke sekolah berasrama..Ishaan menangis..merayu..dia berjanji akan berusaha memajukan diri kerana tidak mahu tinggal di asrama.. tetapi, Ishaan terpaksa akur dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh bapanya..pilu hati seorang ibu apabila anak yang telah selama ini dijaga dan diuruskan, walaupun Ishaan seorang yang sangat berkarenah..terpaksa ditinggalkan di asrama..bermula dari saat itu, Ishaan menjadi pendiam..minatnya pada melukis juga dilupakan..dia lebih gemar menyendiri dan mengasingkan diri..mungkin kerana dia tidak mahu ditertawakan..Guru-guru disekolah itu juga bagaikan mati akal dan seolah-olah give up dengan Ishaan..mereka merasakan Ishaan takkan maju dan akan terus begitu pencapaiannya..

Namun..kehadiran seorang guru baru ke sekolah itu bagaikan memberi sinar baru kepada Ishaan..kedatangan guru itu pada mulannya hanyalah sebagai menggantikan seorang guru yang lain..tetapi, ‘persinggahan’ itu sangat memberi impak besar pada Ishaan..guru itulah yang mengesan bahawa Ishaan bukanlah dungu seperti yang dikatakan..tetapi dia sebenarnya mengalami masalah yang melibatkan kemahiran kognitif iaitu ‘dyslexia’..si guru itu berusaha untuk membantu Ishaan..dia pergi menemui ibu bapa Ishaan untuk menyedarkan mereka bahwa Ishaan sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang mereka..apa yang si guru itu lakukan??????

Mahu tahu..sila tonton..!



Kalau korang nak tahu..Albert Einstein, Leonardo Da Vinci, Pablo Picasso, Thomas Eddison, Winston Churchill, Scott Adams, Alexander Graham Bell, Micheal Faraday, Henry Ford..bla..bla..bla..mereka semua adalah penghidap dyslexia!
Mereka berjaya dalam lapangan sendiri..

Apa-apa pun..Allah s.w.t itu Maha Pemurah pada semua makhluknya sama ada beriman atau tidak..jika Dia tarik disitu..Dia akan beri disini..

Jom belajar bersyukur..=)