Monday, November 28, 2011

Kembali~

Assalamualaikum..

Saya kembali. Setelah hampir 2 tahun blog ini saya biarkan tanpa apa-apa entri baru. Faktor masa..gangguan internet yang memang kadang-kadang menduga kesabaran saya..akhirnya sekarang saya menggunakan line yang satu ni..harap-harapnya berkekalan..insyaAllah..

Entri saya yang terdahulu saya ada bercerita tentang abah saya yang tiba-tiba diserang sakit jantung hingga mengakibatkan kaki beliau dipotong. Alhamdulillah..syukur tidak terhingga pada Allah s.w.t kerana memudahkan segala urusan-urusan kami. Dan sekarang hampir 2 tahun perkara itu berlalu..abah sekarang semakin sihat dan ceria juga expert memakai kaki palsu. Abah seorang yang sangat kuat semangat. Abah tidak mudah mengalah dengan keadaan beliau yang memang nampak benar teruji. Namun, abah pasrah. Abah redha dengan dugaan yang Allah beri pada abah dan kami. Abah pernah berkata :

Alhamdulillah..abah masih diberikan peluang kedua untuk hidup. Allah masih beri abah peluang untuk terus beribadah sebelum dipanggil jumpa DIA. "

Saya banyak belajar dari abah. Sabar walau dalam apa jua ujian yang diberi. Senyum saja. Abah jarang mengeluh, malahan saya rasa saya lebih banyak mengeluh dari abah. Itu tak kena. Ini tak cukup. Ini tak betul. Sungguh, saya merasakan tarbiah Allah adalah melalui abah. Allah mahu mengajar saya erti sabar. Sabar. Sabar.Kadang-kadang, saya melihat abah menangis apabila mendengar laungan azan di surau..saya terusik. Saya faham benar kenapa abah menangis. Abah mahu berjemaah di surau. Abah mahu menggunakan usia tua ini dengan mendekati rumah Allah itu..mengumpul pahala berjemaah yang memang kita sedia maklum berlipat kali ganda pahalanya.

Saya bukan anak yang baik barang kali. Saya rasa saya masih belum berbakti pada abah. Saya sentiasa menyusahkan abah. Namun, abah sentiasa senyum dan beliau adalah pendengar yang terbaik untuk semua masalah saya.


Ini abah saya.Masa ni, abah sedang giat training dengan kaki palsu baru.Sungguh bersemangat!

Saya gerun setiap kali meneliti kupasan ini :

Israa [23] Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).


Selama 25 tahun saya hidup..entah bagaimana nilaian Tuhan tentang hubungan saya dan abah.Adakah saya seorang anak yang baik? Takut memikirkannya.

Ya Allah..berikan aku kesempatan berbakti pada kedua mak dan abah. Berikan aku kesabaran dalam menjaga mereka sebagaimana mereka sangat sabar menjaga aku sejak aku kecil. Semoga aku diberi ruang untuk berada disisi mereka di saat mereka memerlukan aku. Aku tidak sanggup menghadapi azab api nerakaMu kerana menjadi anak derhaka wahai Tuhan Yang Maha Mendengar..amin..

Wallahua`lam..

Sunday, January 31, 2010

Light upon light..

Masuk kali itu..dah beberapa kali aku nampak abah menangis..menangis yang benar-benar..meruntun jiwa aku sebagai seorang anak..dan yang lebih terkesan..sebagai seorang hamba padaNya..

Setiap kali mendengar azan di surau..setiap kali tetamu dan sanak-saudara datang melawat abah..setiap-setiap itu abah pasti menangis..

"Cik Intan, we need your consent for your father`s bilateral BKA"..kata seorang pakar tulang yang mengendalikan kes abah dulu..

"Wait doc,can it be delayed for a few days?is it urgent?pentoxyfilline doesn`t work?but,he`s not diabetic!"..respon aku ketika diminta memberi keputusan sama ada mahu membenarkan kaki abah untuk dipotong atau tidak..

Kaki abah tiba-tiba berubah menjadi kebiru-biruan dan akhirnya menjadi gangrene sepenuhnya..sudah semacam tidak boleh berfungsi..makin hari makin teruk..

"Miss, please make your decision..before sepsis happen, and his condition maybe become more worsen.."..ahh..senangnya mereka mendesak..ini soal semua orang..dan segala keputusan yang dibuat akan memberi kesan kepada semua terutamanya abah..setelah hampir 55 tahun hidup "berkaki", namun dikala usia mencecah 55 tahun, kaki abah TERPAKSA dipotong untuk mengelakkan jangkitan kuman yang bleh menyebabkan keadaannya menjadi lebih teruk..

Itu saat paling sukar dalam hidup aku dan keluarga..kami didesak membuat keputusan yang sangat besar..selain keputusan membenarkan kaki abah dipotong atau tidak, kami juga terpaksa mempertimbangkan untuk membenarkan tracheostomy dilakukan dek kerana abah mengalami kesukaran untuk bernafas tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan.."prolong ventilation"..sukar..abah sangat bergantung kepada kami.."Ya" kata kami, maka ya kata mereka..

"Ya Allah..hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala hikmah disebalik semua ini..sesuangguhnya kami buntu.."

Setiap hari,pasti ada panggilan telefon yang akan terus bertanya keputusan kami..

"Akak, bagi ja depa potong..kalau simpan pun buat apa..kaki abah dah tak boleh pakai.." kata-kata abah yang menyebabkan aku benar-benar tersentap..jika kami terasa berat dengan ujian ini..apatah lagi abah..menerima hakikat bahawa kedua-dua belah kaki terpaksa dipotong bukanlah sesuatu yang mudah..namun, Allah mengurniakan hati yang kuat dan kesabaran kepada abah..

"Your dad is a real fighter!"..kata seorang doktor semasa pertemuan dengan beliau di satu kedai makan..

Ya,aku mengaku hakikat itu..abah memang seorang yang sangat tabah..2 bulan abah di ICU..ditempatkan di dalam isolation room..ditemani jururawat2 yang sangat bagus dan sabar menjaga abah kerana kami tidak dibenarkan menguruskan abah ketika di ICU..makan dan minum juga terbatas..apatah lagi bercakap kerana kesan tracheostomy, seseorang itu memang tidak dapat bercakap selagi lubang itu tidak ditutup..dan kesukaran itu ditambah lagi apabila diberitahu kedua-dua kaki terpaksa dipotong..Allahuakbar..ujian Tuhan..bertimpa-timpa..mudah-mudahan ujian itu menjadi penghapus dosa-dosa abah dan kami..amin..

"Allah tidak akan menguji kita dengan ujian yang tidak mampu kita pikul"..
kata seorang guru..

Aku hanya diam..

Allah sangat menyayangi abah..mungkin ini peluang yang Allah beri kepada abah dan juga kami untuk mendapat pahala..

Sebab?

Ujian itu untuk menguji sejauh mana seseorang hamba itu bersabar..

Dan untuk kami..ketidak upayaan abah itu memberi peluang kepada kami untuk berbakti dan menjaga abah..dan berbakti pada ibu bapa itu pahalanya sebanyak mana,hanya DIA Maha Tahu..

Situasi ini benar-benar mendidik aku menjadi "anak"..

Ya Allah..aku mohon..kurniakan sifat sabar dan redha kepada kami dalam menerima segala ketentuan dariMu..

Wallahua`lam..

Saturday, November 14, 2009

Allowance reduction unfair to pharmacists


IT is really disheartening to learn that pharmacists working in government hospitals will have their monthly critical allowance reduced by RM650, leaving only a small sum of RM100 if the Ministry of Health introduces this ruling soon.

If they have this intention, I do not understand why the reduction of the allowance applies only to government pharmacists and not other government servants as well. Doctors and nurses are said to be unaffected.

Can someone from the Health Ministry explain the logic behind this cost-cutting exercise?

On one hand, the prime minister has reduced income tax by 1% for the higher income group in the 10th Malaysian Budget but on the other hand the Government tries to collect back the money from a small population of government pharmacists.

This is unfair treatment and does not serve any purpose.

At the moment, graduate pharmacists have to be trained in government hospitals for one year and forced to work for another three years before they can opt for greener pastures outside. Their salary is already low when compared with the private sector.

Pharmacists are also subjected to on-call and overtime work like doctors, but they are not allowed to claim on-call allowances like doctors.

Pharmacists need their own transport to go to work in the wee hours of the night when they are on-call. The critical allowance is just enough for them to foot the car maintenance and petrol bill.

Also, critical allowance is crucial as they are among critical front-liners exposing them­selves to health hazards and risks when dispensing drugs to patients at the counters.

Then what about the cytotoxic department? Every day, pharmacists enter the clean room and expose themselves to the aerosol of cancer drugs (a single drop of cytotoxic drug can cause necrosis or mutation).

In the methadone department, pharmacists are also at risk. They have to park their cars far away from the department to avoid their cars being vandalised. There are threat cases as well when pharmacists meet the addicts outside.

Every day, pharmacists have to go in and out of wards to counsel patients with infectious diseases, not to mention the current H1N1 pandemic with many pharmacists reportedly suspected of being infected.

The RM750 critical allowance seems insignificant and insufficient when personal safety and health are in jeopardy.

The above are just the tip of the iceberg. I urge the Ministry Of Health to reconsider the allowance reduction.

CONCERNED RAKYAT,
Kuala Lumpur.


owner : whole-hearted agree with this..

Tuesday, September 29, 2009

Semua Kuasa DIA

Hari ini aku betul-betul rindu abah..

Rindu nak dengar suara abah..leteran abah yang memang jarang-jarang kedengaran..kata-kata nasihat abah yang selalu menjadi penguat semanagt aku di kala tercalar motivasi diri..

Rindu sangat..semuanya..dah hampir sebulan semua tu hilang dalam hidup aku..

Sepi..

Semuanya bermula pada hari tu..

Aku balik dari kerja macam biasa..tiba-tiba disambut dengan berita yang kurang enak..

“Akak, abah kena p check lagi esok dekat hospital Seberang Jaya..tadi doktor cakap jantung ada masalah..” abah memberitahu dalam nada berseloroh dan masih ceria tersenyum..

Aku membaca laporan doktor..macam serius..aku bermonolog..

Esoknya..

Setelah menjalani pemeriksaan..ternyata, keadaan abah kritikal..nampak sihat diluar..tapi, dalam kritikal..itu kata doktor..abah mesti dihantar ke Hospital Pulau Pinang pada hari tu jugak..abah berkeras nak balik rumah dulu then ke hospital P.Pinang pada malamnya..alasan?

1) Abah sensorang masa tu. Naik motor.Hari hujan.
2) Semua barang-barang keperluan nak duduk hospital tak bawak.Of cos la..sebab tak
expect nak kena tahan kat ward
3) Aku nak hantar abah malamnya ke hospital sebab aku kerja pada siang hari tu

Tapi, kata orang-orang di hospital..

“Kalau pakcik balik, ada apa-apa jadi, kami tak tanggung..”

Kata-kata pedas yang memang aku tidak boleh terima..

Sebab?

Jika mereka kata keadaan abah kritikal, kenapa tak hantar abah guna ambulans?Malah, abah dibiar ke hospital P.Pinang dalam keadaan hujan lebat dengan motorsikal!

Sampai disana..abah terus ke A&E..zon kritikal..bersendirian..

Keluar dari farmasi, aku tengok ada 15 missed call dari abah..

Maaf bah..dalam farmasi memang takde line telefon..

Aku terus ke kaunter A&E untuk trace rekod..ada!

Lepas puas tercari-cari dan menunggu..akhirnya aku jumpa abah..abah dah siap tukar baju pesakit..abah dimasukkan ke CRW..ward yang mengkhususkan untuk pesakit yang bermasalah jantung..

Sedih sangat tengok abah masa tu..aku terasa aku bukan anak yang baik masa tu..aku takde dengan abah saat-saat abah perlukan aku..aku mintak maaf sangat-sangat dengan abah masa tu..

“Abah, maaf bah..kesian abah kena naik motor, redah hujan nak mai sini..akak tak tau yang abah kena mai Penang..”

“Takpa la akak..abah pun tak tau nak jadi macam ni..abah tak dak apa2 la..akak tak yah risau..kerja elok2..” dialog stereotype abah yang memang selalu abah cakap setiap kali aku suruh abah ke hospital untuk periksa jantung..

Abah di CRW selama 10 hari..dan selama 10 hari tu..setiap pagi, abah akan tunggu aku di parking keta pagi-pagi sebelum aku masuk kerja..dia akan tanya kerja macam mana..on call ok ka..kawan2..boss..semuanya..

Terharu sangat..

Abah sakit..tapi, masih nak tunggu aku setiap pagi..abah akan hantar au ke farmasi..selepas bersalam dan memberi kata-kata semangat..abah akan berjalan semula balik ke ward..

Selepas 10 hari di CRW, abah akhirnya dibenarkan pulang..doktor bagitau akan buat operation besar lepas raya, InsyaAllah..

Abah sangat-sangat seronok..sangat2..sebab dah 10 hari kat ward..akhirnya abah boleh balik rumah..aku menjemput abah hari tu..

Balik rumah, masa bukak puasa, kami semua terkesima tengok abah makan dengan sangat banyak dan macam gelojoh..ya, mungkin melepaskan geram sebelum ni di ward, makan makanan hospital..banyak abah makan..

Lepas maghrib, abah ada mengadu kat amak, sakit perut katanya..macam kembung..mungkin sebab makan banyak tadi..jadi, abah hanya sapu minyak angin..

Esoknya, aku ke hospital, kerana ada on call..then, malamnya terus balik ke rumah sewa yang memang disewa khas untuk di diami time on call je..

Masa tu pukul 12.30 tengah malam..telefon aku berdering….

..maaf, bakal bersambung…

Monday, August 31, 2009

1st on call..

Kembali..

Saja nak cerita pengalaman on call pertama pagi tadi..kelakar..tapi, mengajar..kerana, pengalaman dan dungu itu sangat mengajar untuk tidak mengulang kesalahan yang sama..untuk menjadi lebih baik di masa depan, InsyaAllah..

Minggu lepas, Jumaat..semua jadual ditambal di information board pharmacy..debaran yang sangat bagi kami terutamanya PRP yang baru-baru ni..minggu ini bermula on call! dan aku orang pertama di antara PRP yang baru..minggu depan aku akan kerja direct hingga Ahad..ada yang sampai malam..

Ya Tuhan..KAU berikanlah kekuatan fizikal dan kecerdasan mental pada aku..juga memudahkan aku untuk bekerja di samping melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadhan ini..

Pagi ini, hari pertama on call..jam 7..handphone aku berbunyi..

"Cik Intan..TDM on call pharmacist minggu ni kan?Saya dari ward....bla..bla...doktor mintak buat PCM/salicyclate level untuk patient ni.."panjang dia bercakap..

Aku terkebil.

"Maaf, saya masih baru..apa yang saya perlu buat?"selamba aku bertanya nurse tu

"Check PCM/salicyclate level cik.."

"OK.."ringkas aku menjawab.

Talian dimatikan. Apa aku nak buat ni?Nak pegi hospital?Nak pegi mana?Nak buat apa?Macam mana nak buat?Tak tau nak buat apa..dan yang lebih meng'gabra'kan..PRP yang agak senior itu tiba-tiba berada di luar kawasan..tidak dapat dihubungi..Ya Allah..bantu aku..

Tiba-tiba aku teringatkan seorang pegawai lain yang mana aku agak rapat dengannya..selepas bertanya apa yang perlu dibuat..aku hanya bertindak mengikut arahan..

7.30 aku keluar dari rumah memandu menuju ke hospital dan tiba pada pukul 8 pg..bersama seorang kawan yang menggantikan PRP yang bercuti itu..kami membuat ujian ke atas darah pesakit itu..9.30..segalanya selesai..

Aku mula bergerak pulang ke rumah..dengan penuh harapan..agar semuanya Allah permudahkan..

Aku menanti dengan penuh sabar dan debaran minggu ini..setiap panggilan telefon yang masuk..harus dijawab dan diselesaikan dalam masa 2 jam..

Melihat planner diri untuk bulan september ini..tiada kata yang dapat menggambarkan bagaimana perasaan aku..penuh dan padat..

Ya Allah..permudahkanlah segala urusan-urusan aku di dunia dan di akhirat..

Amiin..

Wallahua'lam..

Thursday, August 20, 2009

Pesta ibadah..


Ahlan ya Ramadhan kareem...

Kepada semua, selamat berpesta ibadah..

Same2 rebut peluang ni untuk melipat gandakan amalan wajib dan sunat..

Siapa tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir..

Wallahua'lam..

Sunday, August 09, 2009

Rutin baru..

Akhirnya, persoalan di mana aku bakal berkhidmat terjawab..setelah melapor diri di JKN Pulau Pinang minggu lepas, surat lapor diri ke hospital diberikan..

“Ok cik, sila lapor diri ke Hospital Pulau Pinang..” kata pegawai itu..

“Hospital Penang”? seperti tidak percaya..

Aku keluar..dan tiba-tiba masuk semula..

“Encik, kalau saya nak mintak tukar hospital boleh?” belum apa-apa aku dah bertanya pasal nak tukar hospital..

“Maaf cik..tak boleh..sebab sudah ditetapkan oleh Timbalan Pengarah..semua latihan siswazah akan dibuat di Penang Hospital..”

“O..macam tu..ok..terima kasih..” terpaksa pasrah..dalam hati membayangkan traffic di Pulau Pinang yang memang tidak pernah lancar..

Aku pasrah..segalanya Allah yang tentukan..rezeki aku di sana..khidmat aku diperlukan di sana..walaupun terpaksa bersusah-susah dulu..pasti punya hikmah..InsyaAllah..

Aku melapor diri ke hospital pada pukul 11.45pm..diteruskan dengan sesi orientasi..penerangan mengenai hospital..organisasi..dan kami dibenarkan pulang untuk menyelesaikan EPF..

Hari seterusnya, dengan terkebil-kebil kami terus memulakan kerja..diletakkan di bahagian farmasi pesakit luar, sangat menguji kecekapan dan ketangkasan..kerana segalanya harus pantas..berfikir juga mesti pantas..tiada masa untuk bersenang-senang..masa betul-betul dirasakan pantas berlalu..

Rasanya masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan..masih banyak yang belum dilalui…masih banyak yang perlu aku belajar..apa yang pasti..tanggungjawab itu pasti sangat berat..berat jika tidak dijalankan seperti yang dikehendaki..berat untuk dijawab nanti…gerun..huhu..

Untuk sementara, aku berulang-alik ke tempat kerja..niat asal mahu menyewa rumah memandangkan tidak sanggup nak mengharung jalan yang memang akan sesak setiap hari..tapi, keadaan sekarang tidak mengizinkan untuk mencari rumah sewa..setiap hari, aku akan bertolak pada pukul 6.30 pg..dan sampai rumah lebih kurang pukul 7.15 malam..

Kepada yang membaca entry ini, mohon doakan Allah kuatkan hati dan berikan kesabaran kepada aku..

Luruskan hati dan betulkan niat..bekerja keranaNya..~amallullah~

Wallahua`lam..

Friday, July 31, 2009

Dont be a Litter Bug!


Aku agak tertarik dengan iklan radio yang satu nih..

“Nama saya Farhan. Saya berumur 8 tahun. Walaupun masih kecil, saya tahu bagaimana menjaga kebersihan. Contohnya, jika kita hendak membuang sampah ketika dalam kereta, kita hendaklah membuang melaui tingkap supaya tidak mengotorkan kereta. Tapi, di sekolah, cikgu saya kata, buang sampah merata-rata itu tidak bagus. Siapa yang betul? Adakah cikgu saya yang salah atau orang-orang itu yang betul?”

Reverse psychology yang membawa mesej tertentu..bagi yang waras, akan terasa mungkin ada yang kena dengan batang hidung sendiri jika benar menganggap perbuatan membuang sampah terutamanya ketika menaiki kenderaan itu SALAH!!

Kenapa ya?
Aku pun selalu sangat nampak..orang suka-suka hati je buang sampah dari kereta..annoying!paling teruk, aku pernah di belakang kereta ni yang tiba-tiba mencampak pampers budak!tin minuman!plastik!naik kereta besar, mewah..aku pasti semuanya educated..ada common sense yang perbuatan itu sangat tidak intellectual dan tidak bermoral..

Jika yang buat itu kanak-kanak..jangan salahkan dia..kerana mereka belajar dari sekeliling..dia melihat ibu..ayah..kakak..abang..semua buang sampah lelalui tingkap..jadi…dia pun akan buat perkara yang sama..
“Kan ayah kata..buang ikut tingkap..jangan simpan dalam kereta..takpe, nanti orang majlis perbandaran takde kerja pulak” kata seorang ayah dengan nada mendidik..

Secara relatifnya..kalau tetamu datang rumah korang..tiba-tiba dia buang sampah suka-suka hati dalam rumah korang..agak-agak korang marah tak?kalau tak marah pun, aku pasti korang akan melenting kat belakang..kan?

Dah tu, kenapa tak boleh kita praktiskan bila di luar?ini Bumi Allah s.w.t..Dia yang ciptakan bumi ni..segalanya hak Dia..kite hanya khalifah di bumi ni..dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mentadbir dengan baik..jadi, kenapa nak buang sampah merata-rata pada tempat yang bukan hak kita?

“Al nazhofatu minal iman”..Kebersihan itu sebahagian dari iman..

“Telah nampak kerosakan di darat dan dilaut akibat perbuatan tangan manusia,supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” (Surah ar-Rum [30]: 41).

Bagi aku, membuang sampah merata-rata tempat itu salah satu perbuatan jahiliah yang tersembunyi!

Wallahua`lam..

Sunday, July 26, 2009

Ataturk:Pengkhianat dunia Islam..


Sebenarnya buku ini telah lama aku beli..tapi, belum pernah dihadam.. kerana faktor masa dan kesibukan belajar ketika itu kononnya, buku berbentuk sejarah dan fakta ini agak kurang aku baca..Turki Negara Dua Wajah-Pengkhianatan Ataturk Terhadap Dunia Islam..oleh Dr Abdullah Azzam..buku yang berbentuk fakta, namun masih menarik dan tidak membosankan untuk dibaca terutamanya jika kalian mahu mengetahui bagaimana Turki di bawah pemerintahan Mustafa Kemal Ataturk yang sangat kejam itu..dan mengapakah Turki itu dikatakan ‘negara dua wajah’..

Kandungan buku ini menyentuh bagaimana Mustafa Kemal Ataturk berjaya menghapuskan sistem khalifah di Turki. Terus terang aku katakan, sebelum aku membaca buku ini aku hanya mengetahui bahawa Mustafa Kemal Ataturk adalah pengkhianat negara Turki, tetapi sejauh mana saya mengetahui perkara ini, sangat terbatas. Setelah berjaya hampir menghabiskan bacaan, baru aku fahami sedikit sebanyak kisah kejatuhan Khilafah Utmaniah.

Kejatuhan Khilafah Uthmaniah adalah berpunca daripada pengkhianatan Mustafa Kemal Ataturk. Namun, disebalik pengkhianatannya, pasti ada yang membantu menjayakan agenda kemusnahan pemerintahan Islam tersebut. Tidak lain dan tidak bukan adalah yahudi dan negara Barat. Untuk pengetahuan yang membaca, sebenarnya pihak yahudi dan barat yang berperanan besar merancang kemusnahan empayar Islam tersebut kerana mereka menggeruni kekuasaannya pada ketika itu dan mereka mempunyi agenda lain antaranya untuk menakluki bumi Palestin.

Sejarah telah menyatakan bahawa empayar ini pernah merangkumi tiga benua pada zaman keagungannya. Namun segalanya telah berakhir apabila Mustafa Kemal Ataturk telah berjaya menjadikan dirinya pemimpin negara turki dan sekaligus mengistiharkan kelahiran republik Turki.

Pemerintahan Kamal Ataturk telah menukarkan Turki menjadi sebuah negara yang mengamalkan ideologi sekular..sedikit demi sedikit, pemerintahan Islam yang diamalkan sewaktu pemerintahan kerajaan Uthmaniah telah digantikan dengan pemerintahan undang-undang Barat..undang-undang Syariah dihapuskan, azan yang memang dalam Bahasa Arab juga telah ditukarkan menjadi azan dalam Bahasa Turki, malahan Al-Quran juga diterjemah ke dalam Bahasa Turki..

Dan banyak lagi...!

Bagi aku, buku ini agak 'berat'..tapi, bahasanya mudah difahami..dan jika kalian yang baru hendak membaca tentang sejarah Turki juga InsyaAllah dapat memahami dan mendapat gambaran kasar mengenai negara Turki..

p/s :Aku mencadangkan kalian membaca buku Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinople..

Konstantinople=Istanbul


Wallahua`lam..

Thursday, July 23, 2009

Posting!


Alhamdulillah..penantian kami berakhir..debaran yang larut ini makin mendebarkan juga kian surut..akhirnya segala persoalan dan ramalan di mana bakal kami mencurah bakti terjawab semalam..dan jika tiada aral dan halangan, InsyaAllah minggu hadapan kami akan melapor diri sebagai pegawai farmasi di tempat yang telah ditentukan..

Macam-macam respon dan cerita dari kawan-kawan yang lain..ada yang dapat berbakti di hometown sendiri termasuk aku..ada yang dapat tempat berkhidmat yang langsung tidak ada dalam pilihan..ada yang dapat pilihan kedua dan ketiga..ada yang jauh sangat..ada yang dekat sangat..dan semuanya pasti terselit hikmah yang mana Allah sahaja yang mengetahui..untuk yang masih ragu-ragu..takut..risau..untuk 'pergi' jauh dari kampung halaman..ingatlah, Allah sentiasa bersama kita..

Terkesima.Semalam selepas aku tahu di mana aku bakal bekerja, mak orang yang paling gembira..sampai menangis!dalam menangis tu mak kata;

"Allah dengar doa mak siang malam..mak memang tak mau dah akak pergi jauh2..cukupla 4 tahun.."

Alhamdulillah..yang paling penting sekarang..perkhabaran ini sangat menyenangkan hati mak dan abah aku..rupanya selama ni..bila aku gurau-gurau nak keja di Sabah..mak kecik hati..tapi, mak diam je..bila berborak pasal posting..aku akan cakap..

"Mak, ntah2 akak dapat Sabah.."

Tiada respon.

Abah?cool je..

"Kalau akak dapat Sabah, kita semua pindah pegi Sabah"..
kata abah

Akhirnya, semua sangkaan dan tekaan itu terjawab..aku masih setia disini..bakal berkhidmat di negeri sendiri..Penang!

Persoalan sekarang..hospital mana??kalau di GH Penang, aku tetap kena stay rumah sewa..kerana lokasinya adalah di sebelah pulau..jika di Hospital Bukit Mertajam atau Hospital Seberang Jaya..dengan seronoknya aku tidak perlu menyewa rumah..!mana-mana pun aku terima..

Untuk semua kawan-kawan..selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berhemah..

Maha Suci Allah..hanya Engkau Yang Maha Berkuasa dan Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu..