Showing posts with label ::MonoloG::. Show all posts
Showing posts with label ::MonoloG::. Show all posts

Saturday, January 10, 2009

The Kite Runner..


"For you, a thousand times over."
Dialog ini diungkapkan Hassan kepada Amir sewaktu zaman kanak-kanak mereka ketika Hassan berlari untuk mendapatkan layang-layang untuk diberikan kepada Amir..

Filem ini adalah filem berbentuk fiksyen dari Afghanistan..dua watak utama dalam kisah ini adalah Hassan dan Amir..Amir ialah seorang budak lelaki daripada etnik Pashtun manakala Hassan ialah anak kepada orang gaji mereka, Ali daripada suku Hazara...kedua-dua mereka begitu gemar dan mahir bermain layang-layang..keseluruhan filem ini banyak menekankan tentang persahabatan Amir dan Hassan..bagaimana tingginya pengorbanan Hassan sebagai seorang kawan kepada Amir yang sanggup melakukan apa sahaja demi Amir..’apa sahaja’..!



Ternyata, persahabatan yang ditunjukkan oleh Hassan tidak begitu dihargai oleh Amir..malahan Amir berasa cemburu kepada Hassan yang juga turut disayangi oleh bapa Amir kerana bersifat lebih ‘manly’ berbanding Amir..Hassan adalah pelindung Amir ketika dia dibuli..salah satunya ketika Amir dibuli oleh Assef, salah satu watak antagonist dalam filem ni..perasaan cemburu Amir semakin memuncak sehingga dia sanggup memfitnah Hassan dengan menuduhnya mencuri jam pemberian ayahnya..betapa baik hati Hassan, dia sanggup mengaku perkara tersebut walaupun dia tidak melakukannya..akhirnya, Hassan dan ayahnya meninggalkan rumah Amir..dan itu adalah pertemuan akhir mereka berdua..pemergian Hassan melegakan Amir..kerana dia tidak perlu risau akan kasih sayang ayahnya akan terus dikongsi dengan Hassan..tetapi, dia terus terperangkap dengan perasaan serba salah..dan sentiasa dibayangi kenangan-kenangan bersama Hassan..

Lima tahun kemudian, tentera Soviet Russia telah menceroboh Afghanistan..maka Amir dan bapanya terpaksa meninggalkan Afghanistan dan mereka menuju ke Peshawar, Pakistan..dan kemudian ke Fremont, California..kehidupan mereka diteruskan di sana..ayah Amir bekerja di stesen gas, dan setiap hujung minggu mereka akan menjual barang-barang terpakai di ‘flea market’ untuk mendapatkan perbelanjaan tambahan..di sana Amir bertemu dengan Soraya Taheri, yang berjaya memikat hati Amir..dan akhirnya mereka dinikahkan..sebelum mereka berkahwin, ayah Amir telah didiagnos menghidapi sejenis kanser ..dan setelah beberapa hari mereka berkahwin ayah Amir meninggal dunia kerana penyakit tersebut..perkahwinan Amir dan Soraya tidak memungkinkan mereka untuk mendapatkan zuriat sendiri…dan pada suatu hari..Amir telah mendapat panggilan daripada Rahim Khan,seorang kawan baik kepada ayah Amir..



"there is a way to be good again."..Rahim Khan meminta Amir untuk pulang ke Pakistan kerana dia juga sedang sakit dan dia berhasrat menceritakan sesuatu kepada Amir sebelum dia meninggal..maka, Amir pulang ke pakistan dan bertemu dengan Rahim Khan..hasil pertemuan tersebut, Amir mendapat tahu bahawa Hassan itu adalah saudaranya..Hassan bukan anak kepada Ali tetapi adalah anak kepada ayahnya!dan yang menyedihkan..Hassan telah mati sebelum terlebih dahulu mereka kembali bertemu..tanggungjawab Amir bermula apabila dia dikehendaki pergi ke Afghanistan untuk menyelamatkan Sohrab, anak kepada arwah Hassan di sana..

Dan..Amir pulang ke Afghanistan untuk menyelamatkan Sohrab di rumah anak-anak yatim di sana..sesampai di sana, Amir terpaksa mengenakan misai dan janggut palsu suapaya menyerupai orang-orang Taliban untuk mengelakkan kesangsian daripada puak-puak Taliban yang menguasai Kabul ketika itu..malangnya, lawatan Amir ke rumah anak-anak yatim tidak menjumpai Sohrab seperti yang diberitahu oleh Rahim Khan..Sohrab telah di’beli’ oleh seseorang..Amir berang..!dia merasakan pemilik rumah anak yatim itu pentingkan diri sendiri dan mengaut keuntungan dengan menjual kanak-kanak di situ..namun, sangkaannya meleset..hakikatnya, duit itu digunakan untuk membeli makanan kepada kanak-kanak disitu..pemilik rumah anak-anak yatim itu menyuruh Amir menghadiri perlawanan bola sepak jika mahu berjumpa dengan lelaki yang telah membeli Sohrab..

Amir berjaya mengatur pertemuan dengan lelaki yang dimaksudkan..tetapi, pada hari yang dijanjikan, lelaki yang lain yang datang bertemu Amir..lelaki tersebut bertanya mengenai Ali, Baba (bapa Amir) dan Hassan..dia memperkenalkan diri sebagai Assef, musuh Amir semasa zaman kanak-kanaknya..ternyata, misai dan janggut palsu yang dipakai oleh Amir tidak menghalang Assef untuk mengecamnya sejak dari hari perlawanan tempoh hari lagi..ternyata, Sohrab telah dilayan seperti kanak-kanak perempuan dengan tujuan untuk mereka berseronok apabila Sohrab dipakaikan pakaian perempuan dan diminta menari untuk menghiburkan mereka..(lebih mudah, sexually assaulted)..dan penari yang memakai pakaian tarian perempuan ini dikenali sebagai bacchá..atau dancing boy..Amir meminta mahu membawa Sohrab pulang bersamanya ke Amerika..dan ini menyebabkan Assef bertindak kasar memukul Amir dengan teruk..Sohrab menyelamatkan keadaan dengan melastik tepat ke muka Assef dengan menggunakan lastiknya..kemudian, mereka berdua berlari keluar dari tempat tersebut dan akhirnya mereka berjaya lolos dari Kabul dengan bantuan seorang pemandu pelancong bernama Farid..

Justeru itu, Amir membawa Sohrab pulang ke Amerika..dia berhasrat untuk menjadikan Sohrab sebagai anak angkatnya memandangkan dia dan isterinya tidak dikurniakan anak..sesampai di Amerika, Sohrab agak dingin dengan Soraya, isteri kepada Amir..dia memerlukan masa untuk menerima Soraya kata Amir..Sohrab terus berdiam diri sehingga pada suatu hari..Amir mengajak Sohrab untuk bermain layang-layang..Amir mengambil kesempatan untuk mengambil hati Sohrab dengan menceritakan kepada Sohrab tentang ayahnya, Hasaan..dia menggambarkan kehebatan Hassan ketika bermain layang-layang pada waktu dulu sehingga dicemburui oleh kanak-kanak lain..Sohrab akhirnya mula menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan Amir..semasa Amir berlari untuk mendapatkan layang-layang untuk Sohrab..dia kembali menyebut.. "For you, “a thousand times over." ..itu pengakhirannya..

Filem ini diadaptasi dari novel pertama hasil tulisan Khalid Hosseini..banyak isu dan mesej di sebalik jalan cerita filem ini..aku bukan pengkritik filem professional, ini sekadar pandangan dan huraian peribadi aku..mungkin banyak yang aku terlepas pandang terutamanya filem ini adalah sebuah filem Afghanistan..banyak yang ditonjolkan terutamanya dari segi sejarah Afghanistan itu sendiri..dan apa yang pasti, ini sebuah filem bertemakan persahabatan sejati..sanggup berkorban apa sahaja untuk kawan yang tersayang..aku berkira-kira..ada ke kawan sebaik dan seikhlas itu..?entahlah..tambah-tambah di zaman sekarang apabila kemewahan dunia lebih menjadi keutamaan..filem ini juga menonjolka amalan songsang rakyat Afghanistan seperti minum arak..berzina..berseronok..walaupun mereka bergelar Muslim..di samping itu, turut ditekankan perhubungan yang erat antara seorang anak dan ayahnya di mana seorang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan dan kebahagiaan seorang anak..

Ini hanya sebuah filem..untuk mengetahui apa yang aku maksudkan dengan 'apa sahaja' seperti di atas tu, tontonlah filem ini..atau baca saja novelnya..

Friday, January 02, 2009

Monolog harapan


Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Aku mohon petunjukMu Ya Allah untuk aku dan rakan-rakan mengharungi semester ini..KAU lapangkanlah dada kami untuk menerima segala ilmu yang diajar..semoga segala ilmu itu membawa manfaat bagi kami untuk kehidupan sementara di dunia ini dan kehidupan di sana yang lebih abadi..


Perjuangan kami telah bermula bagi semester baru ini..peluang terakhir untuk kami melakukan kesilapan..dikritik..dipantau..ditegur dan dimarah oleh lecturer-lecturer sebelum masing-masing melangkah ke alam pekerjaan..terasa berat memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul..juga mula membayangkan diri-sendiri yang bakal menjadi decision maker yang juga akan mempengaruhi orang lain..apapun cabarannya,itu semua amanah buat kami..amanah yang akan ditanya nanti..

Semoga segalanya Allah permudahkan..Amin..

Jom hayati!
'doa Rabitah'..
Munsyid : Izzatul islam

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela


Wallahua`lam..

Thursday, December 18, 2008

Result O result..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi maha Penyayang..

1. Tidakkah Kami(Allah) telah melapangkan dadamu (ya Muhammad).
2. Dan telah Kami ringankan daripadamu beban-beban yang berat.
3. Yang memberatkan tanggunganmu. (Yang berupa tugas menyampaikan risalah wahyu yang diturunkan oleh Tuhanmu, meskipun kau mendapat tantangan dari kaummu).
4. Dan Kami naikkan (tinggikan) sebutan (nama) mu. (sehingga sebutan namamu selalu disebut di samping nama Allah dalam dua kalimat syahada).
5. Maka sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan.
6. Sesungguhnya disamping kesukaran adan kemudahan.
7. Maka apabila engkau telah selesai (daripada suatu amal soleh) maka bersusah payahlah (berusaha melakukan amal soleh yang lain pula).
8. Dan hanya kepada Tuhanmu engkau berharap.

Surah Al-Inshirah (ayat 1-8)

Begitu indah tafseer kalam Tuhan ini..setiap kali kita nervous..tertekan..kusut minda..pasti ayat ini yang akan selalu kita baca kan..inilah makna surah Al-Inshirah yang selalu kita-kita sebut sebagai surah Alam nashroh..sangat menyentuh hati dan perasaan aku..betapa janji Tuhan itu bagi yang bersabar dengan setiap kesulitan dan masalah yang dihadapi..pasti akan diberikan jalan keluarnya.. “Maka sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan”..

Debaran aku dan kawan-kawan berakhir jugak hari ni..debaran dan kegelisahan yang hebat...benar kata orang..penantian itu satu penyeksaan..result o result..keluar jugak akhirnya..apapun keputusannya, PASTI itulah yang terbaik untuk kita..kerana sesungguhnya setiap ketentuan itu terdapat hikmah disebaliknya..sama-sama kita fikir..bagi yang terfikir untuk menyoal dan meragui ketentuanNya..hayati firman Allah ini:
"Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan? Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah, ayat 216..

Tiada yang lebih berhak untuk segala pujian atas kesempurnaan dan nikmat ini..hanya DIA..Allah Az za Wajalla..Maha Mengatur segalanya..terima kasih tidak terhingga untuk mak dan abah terutamanya yang selalu menjadi tempat curahan perasaan dan debaran aku..beberapa hari sebelum result keluar..aku kerap bercakap dengan mak..”Mak..kalau akak kena repeat camne..”..mak hanya menjawab..”Jangan la fikir camtu..insyaAllah..mak yakin akak tak kena repeat apa-apa pun..kalau kena repeat pun, takpalah, yang penting akak dah usaha dan buat yang terbaik..berserah semuanya pada Allah..”..jawapan stereotype..tapi, mampu mengurangkan kerisauan aku mungkin kerana yang bercakap itu adalah mak aku..”Abah, akak takut la bah..hari tu ada satu paper macam merapu sangat je jawab..ntah2 kena repeat..”lagi aku mencurahkan kerisauan pada abah..abah mengusap kepala aku dan menjawab..”Anak abah..jangan risau..akak boleh..abah tau macamana akak dah usaha..”



Hari ni aku dan adik diraikan kerana adik aku juga baru menerima keputusan peperiksaan akhir tahun..memang tradisi keluarga kami meraikan kejayaan masing-masing..tidak kiralah cemerlang, kurang cemerlang atau sebaliknya..sebagai perangsang kepada yang lain..terima kasih untuk kek dan treatnya..=)

Pada kawan-kawan..tahniah semuanya..tidak kiralah bagaimana pun keputusannya..berapa pun pointernya..sama-sama kita syukur..usah taksub menilai kejayaan diri hanya dengan pointer dan pencapaian dalam akademik..mungkin ramai yang dah semakin excited untuk meneruskan final semester termasuk aku..cuti berbaki 2 minggu..lepas ni, bergelut lagi dengan semester akhir..perjuangan dan perjalanan kita masih terlalu jauh..insyaAllah mudah-mudahan kita sentiasa dipandu olehNya..allahumma robbi yassir wala tua`ssir..



Wallahua`lam..

Sunday, December 14, 2008

Ku dambakan 'spirit' itu..

Cuti semester sudah hampir 3 minggu berlalu..aku menghabiskan cuti kali ni di rumah..setiap hari bersama mak dan adik tersayang di rumah..sebabnya yang lain semuanya bekerja..yang seronoknya, kami bertiga berkongsi hobi yang sama..membaca!mak selalu mengadap majalah-majalah kegemaran dia..tidak ketinggalan buku-buku yang aku cadangkan untuk mak baca..kelakarnya, baru-baru ni mak pun turut membaca novel “Syabab Musafir Kasih”..oleh saudari Fatimah Syarha..adik aku juga membaca..so, bila berborak, kami bertiga selalu mengaitkan dengan Syabab, watak utama dalam novel itu..mak selalu cakap..`Geram betul bila baca buku tu..abang-abang Syabab tu jahat sungguh!’mak cakap dengan penuh emosi..tiba-tiba air mata mak meleleh..Alahai..emotional pulak mak ni..biasalah, naluri seorang ibu..mana-mana je akan tersentuh..walaupun sekadar watak dalam novel..dan selalunya kakak-kakak aku akan terpinga-pinga tentang apa yang kami bualkan..hihi..




Aku sudah menghabiskan beberapa buku cuti ni..antaranya Ketika Cinta Bertasbih 1 (kali ke-2 aku membaca), Ketika Cinta Bertasbih 2, Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna, Impian Palestin, 3 naskah bulanan majalah Milenia Muslim, Majalah I edisi Disember, Muslimah dan Penelanjangan Syaitan dan beberapa buku motivasi berbahasa Inggeris..aku masih belum puas..belum menemui kepuasan yang aku nak..jika disebut tentang novel berbentuk Islami..ternyata, temanya hampir sama..mungkin yang terkesan adalah kerana bahasanya yang indah..temanya, tidak pernah lari dari cinta..persahabatan..tapi, alhamdulillah..semua itu tetap ilmu..

Terbaru, alhamdulillah vcD ‘Sang Murobbi’ telah aku terima..jazakallah kepada supplier (Nihlah & Mujahid-www.sangmurobbimalaysia.blogspot.com)..aku mencadangkan kepada semua umat Islam..sama ada kalian adalah para dai`e atau tidak..filem ini mesti ditonton..banyak ilmu dan isu dalam filem ni..ni aku cerita sikit sinopsisnya..filem ini adalah sebagai memperingati Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah.. salah seorang pimpinan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang dicintai oleh seluruh pendukung dakwah di Indonesia..beliau meninggal dunia pada 14 Jun 2005.. sebagai seorang Mujahid Dakwah, dia memiliki karakter yang unik..kemampuan dan semangat beliau yang tinggi serta dihiasi oleh sentuhan sastera yang unik, sentiasa membuat para pendengar menangis sebagaimana kemampuan ia membangkitkan semangat yang menggelora ketika ia mengangkat isu tentang jihad..




Filem ni banyak berkisar tentang kehidupan beliau bermula dari beliau muda hinggalah saat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, di atas jalan dakwah yang memang sangat dicintainya..segala halangan dan ujian dalam dakwah juga dipaparkan sehingga ada yang pernah mendakwa ajaran yang dibawa oleh almarhum ustaz sebagai ajaran sesat..mungkin agak berkesan penyampaian mesej oleh produksi filem ni sebab pelakon utama yang membawakan Ustaz Rahmat sangat berkesan..banyak dialog-dialog yang diungkapkan dalam setiap karakter mengandungi pengajaran dan mesej ke arah kebaikan..kesungguhan beliau dalam menyampaikan dakwah patut dicontohi oleh para dai`e sekarang..atau kita..yang bergelar muslim..bukankah menjadi kewajipan sesama kita untuk mengingatkan antara satu sama lain walaupun kita tidak bergelar dai`e..?Ayuh, sama-sama tonton filem ni..daripada kalian beratur panjang di pawagam untuk sesuatu yang sia-sia..mungkin filem ini dapat menjadi permulaan untuk sesuatu yang lebih baik..Insya`Allah..

Semoga Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang soleh..al-fatihah untuk allahyarham..semoga usaha dakwahnya demi membangunkan umat ini dapat kita contohi dan dihayati..

Wallahua`lam..

Tuesday, November 25, 2008

::Selesai suDah..::


Alhamdulillah… semester 07 sudah melabuhkan tirai..pejam celik..habis..terasa betul-betul masa sangat pantas berlalu.. Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan segalanya bagi kami..tanpa izinMu,tidak mungkin segala perancangan dan harapan menjadi reality..

Apa yang paling mengujakan..cuti semester akan bermula..hampir sebulan..inilah masa untuk ‘recover’ semangat, ‘wash-out’ segala bebanan dan ‘mental torcher’ semester nih..menghabiskan masa cuti bersama family dan buku..wah..indahnya dunia..segala pujian hanya layak bagi DIA..sungguh Allah itu Dzat Yang Maha Agung..Maha Penyayang..Maha Pemurah..

Semester 07..antara semester yang paling sibuk tapi sangat seronok..semester yang banyak meninggalkan kesan sepanjang pengajian aku di universiti..aku belajar erti kawan dan pengorbanan..erti memberi dan menerima..mencari dewasa bersama teman-teman seperjuangan..antara pengalaman kehidupan kampus yang akan aku ingat sepanjang hidup..!pengajian aku berbaki satu semester..InsyaAllah.sedih pulak bile pikir semester depan adalah semester yang terakhir..

Di kala cuti ini ramai yang akan menghantar khyalan dan fikiran ke kampung yang berbulan-bulan telah di tinggalkan dan kepulangan kita ini akan di isi dengan aktiviti bersama teman-teman lama dan yang paling utama untuk melepaskan rindu pada keluarga… Untuk semua kawan-kawan..selamat pulang dan selamat bercuti semua..!juga, Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha..pulanglah ke pangkuan keluarga yang sentiasa merindui dan menunggu kepulangan kalian..

Wassalam..

Friday, November 21, 2008

Debaran viva..

Hanya Allah yang tahu macam mana perasaan aku sekarang..menghitung hari sebelum viva..!bercampur-baur..antara takut..risau..tetapi kecenderungan hati nak menghabiskan segalanya secepat mungkin lebih mendominasi..tatkala menulis entry ini..aku berselang-seli mengedit slide untuk presentation nanti..walaupun presentation yang hanya memakan masa 15 minit itu..tapi,persediaan untuk menghadapinya bagaikan menuntut tumpuan 24 jam sehari..segala buku-buku dan bahan bacaan kegemaran aku dah letak ke tepi..semuanya bagi menumpukan perhatian pada viva yang satu ni..Ya Allah..hanya ketenangan fikiran dan kelapangan minda dan jiwa yang aku mohon sekarang..kerana kekalutan dan kegelisahan sudah pasti meyeliratkan situasi yang sudah sedia kala tersimpul..

Bagi mengurangkan kerisauan dan menyedapkan hati..aku selalu merecall nasihat seorang pensyarah..”You all jangan lah stress sangat..tak berbaloi nak stress untuk 10 markah..kalau nak kena bantai pun, time tu je..”jika mampu aku seselamba itu..bukan stress, tapi,berusaha memberikan yang terbaik..InsyaAllah..jika ada izinNya..

Puas dipujuk diri sendiri..buat apa nak takut Intan..present depan siapa pun..mereka semua manusia biasa..dan setiap manusia tidak ada yang sempurna..tapi..mereka-mereka manusia berIQ luar biasa..bagaikan Ensiklopedia bergerak..!



Apapun, segalanya belum berlaku..tetapi,kerisauan aku memang di tahap hampir-hampir maksima..Ya Allah..KAU permudahkanlah segalanya..entah kali ke berapa aku meminta padaNya..kerana tiada Dzat lain yang mampu menenangkan gundah-gulana aku..kerana KAU memahami semuanya tentang diri aku..lebih dari aku mengenal diri sendiri..

Entah bagaimana debaran dan keadaan di ‘sana’ nanti tatkala menunggu giliran untuk menerima buku amalan semasa di dunia..menghadapi HAKIM yang sebenar-benarnya..menjawab soalan-soalan yang bisa menggegar jiwa..!!apa yang pasti,keadaannya takkan sama..kerana di ‘sana’lah kita akan kekal selama-lamanya..

Ya Tuhan..KAU permudahkanlah segala urusan-urusan kami di dunia dan di akhirat sana..

Wallahua`lam..

Thursday, November 20, 2008

Kenapa BLOG??


“Kenapa ko buat blog?”Antara soalan yang selalu ditanya kawan-kawan bila diorang tahu aku ada blog sendiri..lebih-lebih lagi sejak akaun Friendster sudah didelete..sudah bosan berfriendster aku jawab..dalam hidup ini kita perlu mencari suatu alasan bagi setiap tindakan kita, suatu sebab kerana setiap apa yang kita lakukan, walaupun kecil pasti memberi kesan atau akibat, mungkin kecil tapi boleh jadi menjadi besar juga..Apa pun, tujuan berblogging bukan sebagai “diari peribadi”..tetapi, terpanggil melaksanakan tanggungjawab untuk memberitahu..mencetus minat..berkongsi rasa..sesuai dengan Sabda Rasulullah s.a.w..

“Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat”

Apa yang ditulis bukan satu gambaran “aku”..tetapi, lebih kepada “kita”..semuanya ke arah mencari redha Yang Satu..InsyaAllah..sesungguhnya, satu perkara kebaikan yang kita lakukan, maka kita beroleh satu pahala...bila kebaikan itu memberi manfaat pada orang lain, dapatlah kita satu pahala lagi. .maka setiap kebaikan itu tentulah terus bertambah menjadi dari satu, kepada lebih dari satu, jika ia terus membawa kebaikan pada orang lain..bukan tujuan menilai diri sendiri..tetapi,berusaha mencari siapa diri sendiri..kerana segalanya mestilah diniatkan hanya keranaNya..semoga segala-gala yang kita lakukan adalah sebagai ibadah kepadaNya..menulis itu mencetus insaf dan menenangkan kadang-kadang..kerana,hakikat aku, tidak semua dapat diluah secara lisan..(bukan la protes)..

Kenapa? Suatu soalan falsafah..jawapannya boleh menjadi apa-apa sahaja..tapi hakikatnya?..sama ada benar atau tidak, itulah permulaannya..yang penting kita perlu pastikan ia terus berkembang dalam keadaan yang sepatutnya…
Falsafah itu sendiri sukar difahami, tp dalam bahasa mudahnya, itulah persoalan yang boleh menjadi apa sahaja jawapannya…

Ya..aku masih mencari erti dan hakikat diri sabagai manusia dan hamba..tanggungjawab sesama kita dan Pencipta..sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui jawapannya..
Ya Allah Ya Rabbi..janganlah KAU tinggalkan kami walaupun sedetik..KAU pandulah hidup kami ke jalanMU..

Wallahua`lam..

Kesibukan yang berhikmah..



Selesai final exam..5 paper semuanya..puas menelaah..penuh terisi study week (sebab sebelum ni tak study sangat)..alhamdulillah..kesibukan dunia demi jihad keranaNya..belajar..teliti..berfikir..kesibukan yang berhikmah..! kesibukan yang diharapkan dapat mengurangkan masa daripada terbuang sia-sia..terisi pada perkara yang bukan masanya..Ya Tuhan..sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan kesibukan ini..

Habis exam..thesis pula menyusul..menunggu untuk diselesaikan..we burn the candle at both end again..menyiapkan thesis memang sangat memerlukan kesabaran, ketekunan, kerajinan, kesungguhan, ketelitian, kerjasama,toleransi disulami dengan rasa tanggungjawab..toleransi dengan diri sendiri..bagi memilih antara nikmat tido yang mesti dicukupkan 7-8 jam sehari atau memilih mengadap laptop, sambil mata berpinar-pinar..otak berputar ligat..tekun dalam memastikan segala kesalahan diminimakan sebanyak mungkin..semua itu pengorbanan..!

Tinggal beberapa jam sebelum draft thesis mesti dihantar..harap-harap draft tu jugak bakal dijadikan final jilid nanti..tanpa banyak pembetulan dan penambahan..apapun, bukan kuasa aku..belum layak menjadi seorang researcher..baru kena suruh edit, aku dah sakit kepala..entah macam mana gaya jika aku ditakdirkan Allah sambung study nanti..mampu ke..? wallahua`lam..Next big event for us, viva..!

Salam viva untuk semua kawan-kawan..viva itu fun..!

Saturday, November 15, 2008

The RoaD Not Taken..


Tiba-tiba sahaja aku teringat kenangan belajar literature English masa form 4..bersama Madam Aida..antara bekas cikgu yang masih kekal berhubung sampai sekarang..mesti sebab aku baru je bermesej-mesej ngan dia..bertanya khabar..bila diteliti balik (sebab dulu aku tak berapa kisah)..semua poems yang kena belajar masa sekolah menengah dulu banyak yang memberi pengajaran..ye lah, dulu aku belajar untuk cemerlang dan skor dalam SPM..bukan kerana apa yang nak disampaikan si penulis..antara yang menjadi favourite aku..poem "The Road Not Taken" oleh Robert Frost nih..

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference


Ya..hidup itu memerlukan kita membuat pilihan..segala-galanya..maka,pilihlah..dan redhalah atas pilihan itu..bertawakallah padaNya..Maha Penentu segala-galanya..kita memilih, tetapi DIA menentukan apa akhirnya..usah resah..usah sesal..hakikat hidup,harus sentiasa pandang ke depan..menyesali tanpa mahu berubah,itu merugikan..

~I took the one less traveled by~

Wallahua`lam..

Monday, October 27, 2008

KehendakNya tok wan pergi..

Jenuh jugak aku nak kumpul kekuatan terutamanya kekuatan emosi sebelum aku boleh tulis untuk entry kali ni..sebab tatkala aku menulis pasal ini..bermakna, aku mengenang kembali saat pahit manis aku dengan tok wan..salah sorang insan yang paling aku sayang di dunia ni..secara jujur, memang kenangan-kenangan itu “melemahkan” aku..tapi, memikirkan, mungkin ada yang boleh memberikan pengajaran walaupun sedikit bagi yang membacanya..Alhamdulillah aku diberikan kekuatan untuk berkongsi dengan korang..

Malam Jumaat lepas, salah seorang insan yang paling aku sayang, telah dipanggil mengadap Ilahi..mesej ringkas dari adik aku bagitau tok wan aku baru meninggal..memang terasa lemah seluruh badan..otak berhenti berfikir..tambah-tambah time tu pukul 10pm..macam mana aku nak menyempatkan diri nak sampai ke rumah sebelum pengebumian..Alhamdulillah..kepadaNya sahaja tempat aku memohon petunjuk dan pertolongan..aku dapat tiket malam tu jugak setelah sejam stand by kat stesen bas.. sepanjang perjalanan..hanya tok wan yang bermain dalam fikiran..aku mohon Allah permudahkan segalanya..aku jugak dalam keadaan terkejut dengan pemergian tok wan..tapi, kasih sayang aku pada tok wan tidak setanding kasih Allah pada tok wan..Allah tersangat sayangkan tok wan..aku sangat redha..Cuma sedikit terkilan sebab segalanya berlaku dengan pantas..aku tak sempat berbakti pada tok wan di akhir sisa-sisa hidupnya..

Berita tok wan masuk hospital lepas raya tu permulaannya..bermula dengan diarrhea dan muntah-muntah..doktor akhirnya mengesahkan tok wan mengalami masalah pada paru-paru dan jantung tok wan bengkak (cardiomegaly)..sampai sekarang aku masih mencari korelasi antara symptom-symptom tu dengan hasil diagnosis tersebut..hanya ingin tahu..apapun, itu hanya asbab pemergian tok wan..apa yang lebih pasti, semuanya telah ‘tertulis’..tok wan pergi mengadap Penciptanya pada usia 91 tahun..tepat jam 9.50 malam hari Jumaat, 24/10/2008..apa yang lebih sayu dan amat menginsafkan aku, 2 jam sebelum tok wan meninggal, jiran belakang rumah aku terlebih dahulu menghembuskan nafas terakhir..maknanya, terdapat dua kematian dalam kampung aku pada hari yang sama..Maha Suci Allah..DIA Maha Berkuasa ke atas sesuatu..sangat menginsafkan aku..Sayu sangat bila tengok dua keranda diangkat bersama ke tanah perkuburan pagi Sabtu tu..namun hanya doa yang boleh aku sedekahkan untuk mereka berdua..itulah, kita hanya mampu merancang..tetapi, segalanya Allah yang menentukan..aku memang bercadang untuk balik tengok tok wan sebelum present thesis..memandangkan selepas raya aku terus balik ke universiti..mak kata, beberapa jam sebelum tok wan meninggal, tok wan ada makan dadih..sebab mak kata dia macam teringin sangat nak makan..jadinya, mak pun suapkan..lepas makan tu, tok wan muntah-muntah dan keluar darah jugak..lepas muntah-muntah tu tok wan penat..mak kata, betapa tok wan tak nak menyusahkan anak menantu dia, bila dia muntah darah tu, tok wan cepat-cepat ambik kain nak cover mulut so that orang lain tak tahu dia muntah..tapi, sebab dah banyak dan mak tengok pun lain macam..terus lepas tu tok wan dihantar ke hospital..apa yang buat aku betul-betul terkesan..bila mak cakap..dalam tok wan muntah-muntah darah tu..tok wan sempat sebut nama aku..tok wan cakap..”Intan mesti tak sempat jumpa aku..Aku dah nak mati ni..”tok wan dihantar ke hospital..dalam beberapa ketika..tepat jam 9.50 malam..tok wan pergi buat selama-lamanya..Innalillahi wainna ilaihirrajiu’n..daripadaNya kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali..

Lepas ni takde lagi tok wan yang akan sambut aku bila aku balik rumah..takde lagi tok wan yang akan datang rumah aku cerita-cerita pasal sakit demam dia kat aku..takde lagi tok wan yang selalu duduk atas sofa depan rumah dia yang selalu tanya aku..mana aku nak pergi..bila aku nak habis belajar..bawak tok wan jalan-jalan ngan keta baru nanti..merasa duit gaji pertama aku bila aku dah keja..ubatkan tok wan kalau tok wan sakit..itu semua kenangan yang boleh “membunuh” aku..Ya Allah..kekadang aku sangat lemah dengan semua kenangan tu..KAU berikanlah aku kekuatan yang sebenar-benar kekuatan untuk aku teruskan hidup aku tanpa tok wan..hari raya haji nanti tanpa tok wan mesti terasa janggal dan tak lengkap..apapun, aku redha Ya Allah..tok wan bukan milik aku selamanya..malah aku juga pasti menyusul tok wan ke sana..cuma bila..itu hanya Allah yang Maha Mengetahui..YaRabbi, aku mohon. KAU berikanlah aku kesempatan untuk berada disisi mak dan abah dikala mereka memerlukan aku..KAU jadikanlah aku anak yang solehah dan mengenang budi..

Pengajaran disini:
-kematian itu adalah sesuatu yang pasti..maka, sentiasalah ingat akan kematian itu yang bila-bila masa sahaja akan datang menjemput
-salah satu bentuk ujian dari Allah kepada kita hambaNya adalah dengan mengambil orang-orang yang kita sayang,untuk menguji sejauh mana tahap iman kita padaNya
-sentiasalah merasakan bahawa sesuatu pertemuan itu mungkin adalah pertemuan kita yang terakhir kali dengan seseorang itu,maka sebelum berpisah,sucikanlah diri dengan memohon maaf atas segalanya
-sentiasalah berterima kasih dan mengucapkan sayang pada orang-orang yang kita sayang(yang halal bagi korang) terutamanya mak dan ayah selagi berkesempatan
-terimalah Qada` dan Qadar Allah dengan penuh rasa insaf dan takut padaNya..

Kepada yang membaca entry ini, mohon disedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Haji Saad bin Haji Awang dan Allahyarhamah Nah binti Abdul Aziz..Semoga tok dan tok wan tenang dan bahagia di sana bersama dengan mereka yang soleh dan solehah..

Antum saabiqun wa nahnu laahiqun..

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya..

Saturday, October 18, 2008

FinaL exam..towards the END..

Penghujung semester 07 bakal tiba dengan bermulanya peperiksaan akhir untuk semester ni..baru je nak start study..susun nota..tapi kena bijak bahagi masa dengan nak menaip thesis jugak..sebab exactly selepas habis final exam..viva utk final project pulak akan menyusul..semoga semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan kekalutan untuk aku dan kawan-kawan..memandangkan subject ni adalah 5 jam kredit..keseluruhan pointer sangat dipengaruhi oleh grade subjek ni..peluang nak naikkan pointer hanya tinggal semester ni dan semester hadapan..nak jugak cemerlang macam orang lain..at least naik ke pentas graduasi dengan pointer 3 dan ke atas..Insya`Allah..sama-sama kita berusaha ke arahnya..mungkin pointer yang baik tu boleh jadi target untuk jangka masa pendek ni..dan selepas tu..wallahua`lam..Allah yang lebih mengetahui..ke mana arah tuju kita..

Nasihat dan peringatan keras untuk aku..FOKUS!!!gunakan study week sebaik mungkin..jangan buang masa dengan perkara-perkara yang tak penting..lagha..ingat..segala impian dan target sekarang..belajar kerana Allah..berusaha untuk cemerlangkan diri..supaya dapat memberi sesuatu kemudian hari..ustaz kata jadikan peperiksaan sebagai sesuatu yg kita suka untuk mengelakkan stress..insya`Allah..sama-sama kita usaha ke arah itu..tercabar jugak bila mentor aku challenge untuk dapatkan Dean’s List semester ni..itu bukan target utama aku..bukan tak nak..tapi, bukan target utama..kalau dapat,alhamdulillah itu kelebihan..untuk semua kawan-kawan yang membaca blog ini..selamat berjuang!!semoga segalanya Allah permudahkan..semoga kita semua sentiasa di bawah lembayung dan RahmatNya..

Sangat seronok hari ni..dari pagi bawak ke malam aku mengadap laptop..banyak jugak keje yang dah siap..semuanya dengan izin Allah s.w.t..Alhamdulillah..as a reward, malam ni nak tengok tv..hehe..cerekarama “Kehangatan Lantana”..cerita yang mungkin boleh di ambil pengajaran sedikit sebanyak..


Wallahua`lam..

Wednesday, October 15, 2008

>><<


Alhamdulillah..presentation side project untuk hospital attachment dah selesai..sejuta kesyukuran dan pujian sama-sama kita panjatkan ke hadrat DIA yang memudahkan segalanya..memang terasa lapang sikit lepas dah habis tadi..semua kawan-kawan sangat bagus dan mantap masa presentation tadi..semua terserlah kesungguhan dan determination diorang tinggi untuk memberikan yang terbaik..tu lah..kalau dah usaha sekerasnya dan bertawakal..Allah won't dismay..congratz everyone!!Lepas ni..kita sama-sama all out pulak untuk the next viva..the real thesis viva..moga terus istiqamah untuk terus berjihad menuntut ilmu keranaNya..

Wallahua`lam..

Monday, October 13, 2008

Teruskan berjuang..

Tadi dapat satu lagi assignment yang perlu kitorang present esok..takpe..dah tanggungjawab..buat je..to be positive..assignment tu for our own sake sebab assignment tu based on case study..masa lecturer tu bagi masa kitorang untuk jawab soalan assignment tu..group aku ke makmal computer..dan bile sampai rupanye ramai jugak kawan-kawan lain yang ber’kampung’ kat situ..masa tengah buat keja..aku ada dengar ada kawan-kawan yang merungut..dan mungkin sebab stress sangat dengan keje yang menimbun..dan ada satu dua yang membuatkan aku terkejut..ada yang cakap rasa nak bunuh diri..nak terjun bangunan..nak kena langgar dengan kereta..dengan harapan biar masuk hospital atau pun mati..dan semua masalah akan setel!!??Yeke..??kawan, kalau pun nak bergurau atau nak lepas perasaan..bila dah selalu cakap..bukan ke jadi doa tu..setahu aku kalau dah terdetik walaupun sikit dalam hati..nak bunuh diri tu..hukumnya dah jatuh..

Kawan..banyakkan bersabar ye..jangan ikutkan hati..itu semua ujian Allah yang tak seberapa..lagipun, kita kan pelajar..dah memang begitu la tanggungjawabnya..sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan..betulkan niat masing-masing..kalau rasa nak marah..stress..give up..istighfar banyak-banyak..ingat Allah..kalau nak menangis ke..meraung..mengadulah pada Yang Maha Esa..DIA kekasih kita yang Maha Hebat..Pendengar Yang Maha Setia..segala pujian hanya layak bagi DIA..kawan-kawanku..kita dah makin hampir..kita dah lebih dari ¾ nak grad..jangan putus asa..jangan menyesal memilih jalan ini..percaya pada Allah dan diri sendiri..bittaufiq wannajah..


Wallahua`lam..

Thursday, October 09, 2008

Kita kan KAWAN..

Banyak yang aku belajar minggu ni..belajar dalam erti kata menilai keperibadian seseorang tu jangan hanya pada luaran..sebab memang penilaian luaran tu tidak semua yang betul.. memang susah nak puaskan hati semua orang..entah, bila difikirkan..kenapa perasaan hasad dengki dan tidak puas hati tu boleh wujud sesama kita yang dalam satu kapal..semuanya menuju ke satu destinasi yang sama..kenapa boleh terfikir nak menjatuhkan orang lain..sedangkan hal diri sendiri tidak terjaga..kenapa perlu gelisah dan cemburu dengan apa yang orang ada..tapi tak pernah nak bersyukur dengan apa yang kita ada..mungkin memang sikap manusia..tidak mudah puas hati tengok orang lain di atas..mungkin itu salah satu sebab kenapa kita susah nak maju ke depan..sebab kejayaan orang lain seolah-olah ‘membunuh’ ..!

Betul-betul menghairankan..disaat-saat sekarang..dikala tekanan yang bertimpa-timpa..keja yang menggila..segalanya adalah tanggungjawab..tapi, masih ada segelintir yang lebih suka mengambil sikap tak puas hati dengan kejayaan orang lain…hasad dengki..cemburu..bukan ke sepatutnya kita meraikan kejayaan sesama kita.. ?saling memberikan semangat dan galakan untuk lebih maju ?sesungguhnya ini adalah dugaan dari Allah..bagi menguji sejauh mana kesabaran dan toleransi kita sesama manusia..jagalah hubungan sesama manusia (hablulminannas)..kerana kita sesama Islam..kalau saling mendengki dan nak menjatuhkan..sampai bila ??kembalilah pada ajaran agama..sesungguhnya Islam itu agama yang syumul..segalanya diajar..buang yang keruh..ambil yang jernih..hidup ni terlalu singkat untuk saling membenci dan bermusuhan..

Tip menolak permusuhan..

1)maafkan tanpa mengira pihak siapa yang benar atau salah
2)jika tidak mampu memaafkan, cepat berlalu dan diam, tanpa membalas
3)kenangkan detik-detik manis atau kebaikan yang pernah dilalui bersama
dengan 'musuh' kita tu
4)muhasabah hubungan kita dengan Allah.Mungkin Allah mendidik kita melalui
karenah musuh kita tu
5)sedarlah, kita hanya hamba,penuh kekurangan dan kesalahan.Kita layak
disakiti,disalahtafsirkan dan sebagainya..

Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu)dengan cara yang lebih baik;apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu,dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
(Surah Fussilat : 34)

Wallahua`lam..

Monday, October 06, 2008

Get well soon tok wan!!

“Akak, tok wan masuk hospital..mak baru nak g tgk cmna..”

Mesej ringkas mak aku semalam. Belum sempat bertanya lanjut, sesungguhnya aku memang brittle..terus berlinang air mata..dalam fikiran aku hanya ingat tok wan..macam-macam soalan berputar ligat dalam kepala..kenapa tok wan masuk hospital? Bila? Teruk ke? Ahh..nak balik!! Aku terus dail number mak..tak angkat..number abah..jugak menghampakan..aku mesej kakak2 aku..sorang pun tak berjawab..mane pegi semua orang??Ape yang jadi sebenarnya?Diorang tak ingat ke aku kat sini?Terkontang-kanting sensorang dengan penuh tanda tanya..Ya Allah..kuatkan hati aku untuk menerima segala ketentuanMu..

Setelah berpuluh-puluh call dan mesej..baru la mak aku reply..mak cakap tokwan mengadu cirit-birit masa hari raya kedua..bile dah banyak kali keluar masuk toilet..kesannya..dehydrate..tp itu diagnosis sendiri..bukan dari doktor yang bertauliah..sebabnya doktor masih dalam mood cuti raya..esok baru tahu apa sebenarnya sakit tok wan..Aku salahkan diri sendiri!!sebelum balik kampung mak sebelum raya hari tu..mak njang cakap tok wan demam..tak larat..so, tok wan tak puasa hari tu..sempat aku jenguk tok wan sekejap..masa nak bertolak balik ke Pahang tu..kitorang adik-beradik pegi rumah dia..niatnya nak beraya ngan tok wan..tapi, masalah pendengaran tok wan buat mesej sebenar tak sampai..tok wan ingat kitorang nak keluar jalan-jalan je..sedaya mungkin aku cakap..”Wan, kami dah nak balik Pahang..”tapi tok wan nampak blurr bile kitorang salam ngan dia..jangkaan aku tepat..tok wan memang tak expect kitorang nak balik Pahang..

Memang menjadi kebiasaan pagi-pagi raya tok wan akan singgah rumah aku sebelum pegi sembahyang raya..tok wan akan bagi duit raya kat kitorang adik-beradik..memang terbalik..sepatutnya kitorang yang pegi rumah tok wan dulu..tapi itulah tok wan..sebelum kitorang pegi dia yang datang dulu.. dan yang sedihnya..memang tok wan pegi rumah aku pagi raya tu..tapi..kitorang takde..memang terasa janggal beraya tanpa tok wan kat Pahang..selalu yang memeriahkan keadaan..tok wan..yang suka makan..tok wan..yang banyak bersembang..tok wan..emmm..aku masih menunggu dengan penuh sabar apa doktor nak cakap..apepun, doa aku, tok wan baik-baik je..alhamdulillah tok wan dikurniakan anak-anak yang baik..mak kata semalam anak-anak dia semua ada kat hospital..Wallahua`lam..

Wednesday, September 24, 2008

=)

Segala puji bagi Allah..Tuhan sekalian alam…kesempatan ber’blog’ malam terakhir sebelum balik kampung untuk seminggu ,Insya`Allah pada esok petang..semoga segalanya dipermudahkan..setelah 2 minggu bertungkus-lumus dengan semua tanggungjawab dan amanah..sesungguhnya belajar itu ibadah..semoga apa yang kita lakukan adalah ibadah keranaNya..maka esok,dapat jugak balik kampung..untuk seminggu semestinya untuk sambut Syawal..bulan kemenangan kita!!Sedih pikirkan Ramadhan yang bakal pergi..ntah2 dapat lagi ke peluang bertemu dengan Ramadhan seterusnya..aku selalu berpikir..macamanelah puasa aku..amalan aku..diterima ke??Wallahua`lam..Innallaha a`lakullisyai inqodiir....banyakkan doa..agar segala amalan kita diterima oleh Allah s.w.t..sesungguhnya hanya RahmatNya yang kita harapkan..

Seronok pikirkan nak balik..jumpe family..tapi..bile pikir ape yg menunggu selepas bercuti tu..MasyaAllah..antaranya..final exam untuk semester ni..secara ikhlas dan jujur aku memang belum bersedia..banyak yg belum cover..site project presentation..presentation untuk subjek2 tertentu..thesis writing..presentation thesis..replacement class yang berderet2..semua yang memang menuntut komitment dan kesabaran yang tinggi..Insya’Allah..sama-sama kita berikan yang terbaik..semester ni bakal berakhir dalam 2 bulan je lagi..betapa masa pantas berlalu..

Pastinya..raya tahun ni agak berbeza..setelah beberapa tahun tak balik kampung mak..akhirnya..rezeki tahun ni..akan sambut raya kat Bentong, Pahang..sedih sebab tak dapat raya kat Penang..ngan kawan-kawan sekolah..tak dapat jumpa Amal..jumpe cikgu-cikgu..tapi,takpelah..yang penting mak happy..dah berapa tahun kebelakangan ni mak sacrifice ikut kitorng yg prefer beraya kat Penang..jadinya tahun ni..kitorang la pulak berkorban..ada hikmahnya..mungkin raya tahun ni..akan merapatkan lagi silaturrahim antara sedara2 sebelah mak yang memang sebelum ni kitorang tak kenal sangat..mungkin sebab jarang jumpa..

So, pada semua kawan-kawan..muslimin dan muslimat..saudara-saudara seagamaku..”Eid Mubarak”!!Selamat Hari Raya Aidilfitri..maafkan segalanya..kita manusia biasa, kesilapan dan ketelanjuran kata tu kekadang tanpa sedar kita buat..apepun, dalam keseronokan kita beraya nanti jangan lupa pada saudara-saudara kita di Palestin..Iraq..Lubnan..yang terpaksa berjuang untuk meneruskan kelangsungan hidup..sentiasalah bersyukur dengan segala nikmat yang Tuhan bagi ni..jangan nanti kita ditanya “Fabiayyiaalaairabbikumaatukazziba”(maka nikmat Tuhan yang manakah telah engkau dustakan)..Surah Al-Rahman
Alhamdulillah..Allahuakbar..Subhanallah..=)

Wallahua`lam..

Wednesday, September 10, 2008

untitleD..

Minggu ni attachment kat hospital macam biase..Selasa dan Rabu..minggu ni giliran group aku pulak kat in-patient department..sangat seronok..memang banyak yg kitorng belajar..rasenye the core of a hospital tu..memang kat in-patient department kot..pengalaman 1st day..kitorng kena wat bedside counseling..ni ..bedside counseling ni maknenye kena g ward, antar discharge medicines then bagi kaunseling kat pesakit macamane nak gune ubat tu, bila nak makan, kalau ade yg kena inject insulin, bgtahu dy macamane nak gune injector tu..banyak g lah..aku org last yg kena counsel patient kat situ..at first macam tak nak sebab tak confident..tu la..said is easier than done!!memula kitorng ke nephro ward..bile masuk..Allah..sebak pulak tgk pesakit-pesakit kat situ yg memang majority orang-orang tua..kesian sangat..ade yg tengah hemodialysis..ade yg macam mengerang maybe sebab sakit..ade yg tido terlantar..macam-macam gaya..memang agak menginsafkan aku..terkejut bile tgk dyrng punye stok ubat berkotak-kotak..sangat banyak dan jangan ingat kita yg muda-muda ni tak leh dapat sakit2 kronik macam tu..jadinya, hargailah kesihatan kita selagi belum sakit mane2 ni..kalau Allah dah tarik mane2 nikmat kesihatan tu..memang kena depend ngan ubat je la..masa kat nephro ward tu aku tak counsel mane2 patient sebab sibuk dok observe patient kat situ..hehe..

Then, kitorng ke VIP ward..disebabkan aku belum counsel sape2..tetibe kat ward VIP tu..Ms Pharmacist tu suruh aku pulak g counseling patient tu..ingt dah terlepas..nape aku pengecut semacam ek hari tu??ntahla..sebab dah disuruh..aku try la jugak..alamak, bile dah name VIP ward tu..org2 yg kat dalam tu pn memang VIP lah..patient yg aku kena counsel tu pn memang educated!!aku ingt list drugs dy..perindopril(conversyl), aspirin, omeprazole, glicazide, lovastatin, regular dan NPH insulin, cefuroxime..memang nampak simple..tp bile dah kat situ..Tuhan je yang tahu..macamane nervous n berpeluhnye aku walaupun ward tu fully air-cond..lagi bertambah kalut bile aku perasan patient ni memang jenis yg suke membaca magazine kesihatan..hoho..byk dy tahu nih.. sesi kaunseling bermula.. Bismillahirrahmaanirrahim..aku pn merapu2 cakap..hehe..ok je..ade jugak yg encik ni betulkan aku sebab dy memang biase amek Conversyl tu..malu pulak rase..then, dy siap tnye mechanism of actions glicazide..Alhamdulillah aku ingt jugak.. thanks groupmates aku yg tlg2 time tu..ye la, dyrng ade yg kena counsel pasal cara nak amek PCM je..patient VIP ni ade gak tnye pasal kenapa statin drug ni buat dy sakit2 badan..pharmacist tu kate memang tk leh nak elak..itu memang side effect ubat tu..maknanya..benefits outweigh the undesired effects..nasib baik Humapen takde time tu, kalau tak menggelabah lagi aku nak kena demo cmne nak gune Humapen plak..apepun, sangat seronok..kitorng betul2 belajar..

2nd day..kitorng dapat chance jadi ward supply pharmacist..kitorng kena screen PS, then, isi trolley ubat utk surgical ward..memang kelakar..ade yg cari ubat tk jumpe..tersilap dosage..baru buat PS yg simple, tp gempak n havoc satu pharmacy department ngn suara ktrng..sangat2 buat aku sedar..belajar betul2 sebelum keje..sebab everything yg aku bakal buat, semuanya melibatkan nyawa org..kite dah diberi kepercayaan dan amanah..jgn sia2kan..kalau tersalah langkah..pesakit yg tanggung risiko..ade satu mende yg ktrng akan ingt sampai bila2..Metronidazole tu bukan antifungal!!!!sebenarnya antibiotic..memang selama ni aku ingt antifungal sebab azole group..actually bukan, salah konsep rupenye aku..kitorng abes awal 2nd day tu..kul 12..terus tekad nak balik UiTM sendiri ngan teksi..dapat pulak uncle teksi yg kaki berborak..sepanjang jalan ke Shah Alam kitorng borak2 ngn dy..uncle tu ajar kitorng berbahasa..uncle tu fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Hakka, Kantonis, Tamil, Benggali, loghat Kelantan, Siam ckit2, Jepun skit2,macam2 la..seronok dgr dy membebel..n jugak menimbulkan minat nak belajar bahasa2 lain esp Mandarin ke..bukan ape..nanti dah keje akan gune..sebab tu masa bed side counseling bile ade patient yg Chinese yg agak berumur, pharmacist tu yg buat..sebab patient tu tk paham B.Malaysia..rugi jugak sebab tk paham ape mende dyrng cakap..belajar bahasa pn kire ilmu jugak..tk rugi belajar..sebab akan gune..boleh elak dari kena tipu dgn bangsa lain..dan yg penting kite Malaysian mesti international..boleh berbahasa-bahasi..insya`Allah kalau ade peluang dan kesempatan kenapa tidak..

Thursday, August 28, 2008

Bahasa Arab:Rindunya..

“Bahasa Arab itu bahasa syurga, bahasa Al-Quran”..Dah hampir 5 tahun aku meninggalkan zaman sekolah..maknanya hampir 5 tahun jugak aku tak belajar Bahasa Arab secara formal..rindu sangat nak belajar balik..sepanjang kat universiti, ade la belajar Bahasa Arab untuk 3 semester tapi cuma Bahasa Arab Komunikasi..lebih kurang silibusnya same macam belajar Bahasa Arab masa Form 1..naik Form 4 ngan Form 5 start belajar Bahasa Arab TInggi..memang seronok even agak susah nak catch up semua..aku penah ke MRSM sekejap, seminggu je masa Form 4 sebab kononnya tak nak belajar Bahasa Arab Tinggi..itu memang fenomena biasa kat sekolah aku..sebab masa tu ramai senior kate susah nak bawak..Alhamdulillah, berkat doa mak abah yang memang nak aku stay kat sekolah lame, dan mungkin aku memang ditakdirkan untuk terus belajar kat situ, aku balik sekolah lama..memang agak susah mula-mula tu sebab Bahasa Arab Tinggi ni memang sangat lain dari yg aku belajar mase Form 1-3..aku belajar pasal balaghah,I’rab,nahu..macam-macam lagi..makin lama makin seronok belajar..dan rupa-rupanya taklah sesusah yang digambarkan..sebab konsepnya, kena la rajin bertanya ngan ustazah..”di mana ada kemahuan di situ ada jalan”..balaghah paling susah tapi paling seronok!Balaghah tu macam sastera Arab la..kalau dalam English tu lebih kurang macam belajar literature..bayangkan kalau Bahasa Arab biasa pun gaya bahasanya sangat cantik dan sedap didengar..ni pulak kalau bahasa sastera..sangat2 indah..tambahan pulak ustazah yang mengajar tu..Allah..sangat fasih dia cakap Arab..rase2 macam belajar ngan orang Arab pure je..

Banyak kelebihan kalau tahu Bahasa Arab ni..tambah-tambah kalau kite baca Al-Quran..senang nak faham ape yang kite baca tu..jangan ingat Bahasa Inggeris tu je bahasa ilmu macam sesetengah orang kate, tapi kalau tahu berbahasa Arab,lagi banyak ilmu kite boleh dapat..sebab semua ilmu ade dalam Al-Quran..kalau tak takkan saintis-saintis Barat pun mengkaji Al-Quran kan..Aku pernah terbaca, Imam Syaheed Hasan Al-Banna mengatakan yang belajar Bahasa Arab tu “wajib” untuk umat Islam..Wallahua`lam..tak rugi pun belajar Bahasa Arab..bahkan dapat pahala tau..so, bagi kawan-kawan yang boleh berbahasa Arab ke..even sikit-sikit macam aku ni..kenapa tidak kite praktis..at least sikit..untuk elak daripada lupa terus!!Aku makin tak paham bile ade yang bertanye..”kenapa nak belajar Arabic?kat Malaysia boleh apply ke?”..jawab la sendiri..tepuk dada tanya iman..rasanya tak salah kalau kite pentingkan kepentingan di dunia tapi mestilah diseimbangkan dengan perolehan di akhirat nanti..


Wallahua'lam..

Monday, August 25, 2008

Minyak dah murah la..

Bukan nak cakap pasal harga minyak ke harga diesel yang baru diturunkan harga baru-baru ni, tapi ade la jugak kena ngena ngan minyak..hihi..kesabaran aku dicabar lagi hari ni..takpelah.."Innallahamaassobirin.."..pagi2 dah dapat SMS kate ade test Radiopharmacy..Allah..tak bersedianye aku..tp,ape boleh buat,jawab tetap kena jawab..daripada stress pikir mende yg memang akan jadi,lebih baik study..tp tu lah..kecanggihan teknologi yg diharapkan memudahkan urusan serba-serbi..ade kekurangannya..oleh sebab test tu online, result pun online jugak..tup2 result aku takde..ntah error ape..bile check dalam system,memang takde rekod..so,as a result,lecturer kate kena join group lain untuk reDo test tu..takpelah,aku redha je..maybe ini peluang untuk lebih well prepared..Alhamdulillah..petangnye ade keje kat fakulti..so,lepas Asar,datang balik ngan moto..sampai depan depo..tetibe terase macam lain macam je motor aku..sesungguhnya pengalaman mengajar..aku rase minyak abes lagi!!so,pantas aku bagi signal light ke kiri utk masuk ke dalam depo..sampai depan gate depo terus mati enjin motor..aku dah terase geli hati yg sangat sebab ni dah kali kedua mende yg same berulang!memikirkan reaksi kawan2 aku yg memang cnfirm akan gelakkan aku kalau aku bagitau..by hook or by crook memang kena call Balkis..sebab fiza ngan haida ke putrajaya..memang sah..Balkis tergelak dengar aku cakap tu..ntah pape la aku ni..menyusahkan orang dan diri sendiri..harap2 lepas ni aku lebih alert!!diorang kate nak tampal sticker reminder nak ingatkan aku isi minyak..hehe..boleh2..mase nak isi minyak tu ade sorang hamba Allah ni kate.."Dik,kenape?motor rosak ke?"Aku kate.."taklah,minyak abes"..pastu dy jawab.."Ala,minyak dah murah la dik.."..dengan muke selambe dy blah..Gulp..what a shame!!

Tuesday, August 19, 2008

Terima kasih Ya Allah..

Terima kasih Ya Allah untuk semua nikmat dan kebahagiaan yang Kau kurniakan untuk aku..walaupun aku kerap lupa padaMu..sesungguhnya,Kau Maha Pengasih dan Maha Penyayang..Terima kasih kerana memberikan aku sebuah keluarga yang sempurna..terima kasih kerana memberikan aku ibu dan bapa yang terbaik untuk aku..

Seronok dapat balik kampung..lame jugak tak balik..aku naik bus hari sabtu dari Shah Alam pkul 10.30 mlm..tido je sepanjang jurney..penat sangat agaknya..dalam pukul 3.30pagi sampai Butterworth..Alhamdulillah segalanya Allah mudahkan..sesampai je dah nampak abah kat situ menunggu..abah kate pukul 3 dah sampai nak tunggu aku..huhu kesian abah kena tunggu aku setengah jam kat situ..menyusahkan abah je..tak banyak sempat aku borakkan ngan abah dalam keta nak balik umah tu..sebab aku masuk je keta terus tido..ntah kenapa..penat sgt2..sampai kat rumah..lagi bertambah kegirangan aku bile nampak ade keta abang..maknenya both my niece and nephew ade kat rumah!!sangat rindu nak peluk budak2 tu..pagi tu mak bukakan pintu..aku terus peluk mak..terase hilang semua masalah dan stress keja..mak kate aku dah makin "berisi" sikit..hehe..aku rase biase je..maybe sebb dah lame tak tgk..tp tkpe..aku iyekan je..aku kate asyik makan makanan tk berkhasiat je..sebb tu la..

Bangun je pg tu dah dngr suara budak2 berdua tu berlari-lari kat luar..tk bole jadi ni..aku mesti join dyrng..nampak je Along dy terus datang peluk aku!!dah semakin besar budak2 ni..yela..budak2 kan cepat skit tumbesaran dyrng berbanding kite yg dewasa nih..Angah pn dah makin pandai cakap..tembam plak ttu..tp identiti kepala botak dy tu tetap dikekalkan..pagi tu abeskan mase melayan Along ngn Angah je..suke dgr cter2 Along..even umur dy baru nak masuk 3 tahun..tp dy agak matang..byk yg dy nak cter..dalam byk2 tu..yg buat aku happy dan bersyukur sgt bile dy kate dy sembahyang ngan ibu n abah dy..Alhamdulillah..at least dy dah belajar2 solat even masih kecik..

Mase tengah borak-borak tu..tetibe tokwan datang..terkejut tokwan tgk aku ade kat rumah..aku plak terkejut tgk tangan tokwan luka teruk..macam bekas jahitan..aku tanye mak..mak kate tokwan jatuh mase nak ke toilet hari tu..aku tnye tokwan sendiri..tokwan kate mase nak ke toilet tu tetibe dy rase pening..terus pitam jatuh dan tangan dy terkena besi katil..huhu..ngeri..Alhamdulillah kena kat tangan..kalau kat kepala..huhu tak nak la aku imagine..teruk jugak..dari pergelangan tangan hingga ke siku terkoyak teruk..abah kate malam tu pkul 12.30 tengah malam abah bawak tok wan pegi hospital sebab bleeding teruk..terase jugak aku sebab tkde sape pn yg bagitahu aku tok wan jatuh..mak kate tk nak aku risau..hmm..aku nampak tokwan dah tua sangat..cakap pn tk brape clear..tp tu la..bila aku cakap suh rehat kt rumah..dy kate dy ok..umur tokwan sekarng dah lebih kurng 100 tahun..Alhamdulillah Allah bagi kesihatan yang baik untuk tokwan..tokwan tk penah sakit kuat seingt aku..cuma kekadang tu demam2 je..naik basikal kuat lagi tok wan tu..aku kagum ngan tokwan..kalau dy sakit macam mana pun..dy tetap nak sembahyang jemaah kat surau..nasib bak surau dekat je ngn rumah..huhu..kite yang mude2 ni pn malas kekadang nak g surau kan..??

Tok wan sangat baik..tok wan sangat concern ngn kitorng anak-anak cucu dy..tok wan tk penah nak nyusahkan kitorng..ade satu hari ni ade org nampak tokwan tunggu bas sensorng sebab nak pg beli ubat..kitorng anak cucu dy langsung takt tahu..sebak aku bile pikir..aku ni nama je cucu dy..tapi tak byk yg aku wat utk tok wan..penah dulu tok wan datang pujuk aku..dy kate.."Intan,tak yah la pegi belajar luar negeri..nanti tok wan mati tak sempat nak tgk.."huhu..memang sedih..mungkin itu salah satu sebab kenapa aku tk nak pegi belajar jauh2..aku agak rapat ngn tok wan..tokwan memang nak tgk aku jd DR one day..tp rezeki aku dalam farmasi..sampai sekarang tokwan memang ingt aku belajar medik..aku iyekan je sebab susah nak cerite farmasi tu macam mane..harapan aku..Allah panjangkan umur aku dan tokwan..aku nak sangat bawak tokwan mase aku grad nanti..tokwan nak sangat tgk aku belajar kat mana..Insya`Allah..aku mohon padaMu Ya Allah..berikan aku kesempatan untuk berbakti pada mak..abah..dan tok wan selagi masih ada kesempatan..Amiin..