Thursday, June 25, 2009

Siri merenung diri: Tafsir talkin

Hayatilah tafsir talkin dibawah ini supaya diri kita ada sedikit keinsafan pada diri kita bahawa satu hari nanti kita akan mati.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke dunia Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar
dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah nama kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku, malahan sembahyang, puasa, zakat dan
mengerjakan haji diwajibkan keatas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".


Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subha na rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalin walham dulillahi rabbil alamin.

Al-Fatihah

Setiap yang bernafas Pasti akan Mati

"Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt,

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."
Surah Al-Asr

Wallahua`lam..

Sunday, June 21, 2009

Bulan Rejab datang lagi..

Pejam celik..dah nak masuk bulan Rejab pun..insyaAllah hari Rabu ni..lepas ni, bulan Syaaban, then Ramadhan..mudah-mudahan dipanjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini insyaAllah..

Sekadar perkongsian..jom baca serba sedikit tentang bulan Rejab ni..=)

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj..

Peristiwa-peristiwa penting bulan Rejab..

1)Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia). Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2)Perang Tabuk.Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

3)3)Pembebasan Baitulmaqdis. Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

4)Lahirnya Imam Syafie RH.Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

sumber : www.al-azim.com

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Jom tingkatkan kualiti ibadah kita..=)


Wallahua`lam..

Saturday, June 20, 2009

Bapa..kehadiranmu sentiasa signifikan..


Kasih Ayah dan Ibu
(syair lama yang digubah oleh Dr Lim Swee Tin)

Hai segala anaknya Adam
kasihnya ibu tiada sempadan
kasihnya ayah rela berkorban
badan dan nyawa jadi taruhan

Ibu mengandung sembilan bulan
lebih dan kurang tak ditentukan
lahirkan dikau berapa kesakitan
berpantang pula minum dan makan

cukuplah masa sampai ketika
lahirlah engkau ke dalam dunia
barulah suka ibu dan bapa
kepada engkau sangat kasihnya

Harap ibumu bukan sedikit
tinggilah harap darinya bukit
lama ibumu berasa sakit
sembilan bulan tidak berbangkit

Setelah kamu sudahlah ada
siang dan malam ibumu jaga
tidur pun tidak barang seketika
makan dan minum tidak berasa

Berapalah dian dengannya tanglung
diangkat dituam lalu dibedung
sudahlah jaga lalu didukung
kasih dan sayang tidak tertanggung

Tidaklah tentu siang dan malam
bangun memangku di dalam kelam
terkejut jaga di tengah malam
tidur pun tidak lekat di tilam

Rela ibumu menanggung hutang
kain dan baju tidak dipandang
basah di ampai kering di pinggang
di dukung galas tidak berenggang

Kenang ayahmu anak bangsawan
barang katanya jangan dilawan
ibu bapamu hubungan Tuhan
baru sempurna anak budiman

Hai segala anaknya Adam
kasihnya ibu tiada sempadan
kasihnya ayah rela berkorban
badan dan nyawa jadi taruhan

“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah rela berkorban..” signifikan?? itu soalan seorang teman..bilakah kehadiran seorang ayah itu signifikan bagi anda??

Bagi aku..sentiasa signifikan..sentiasa..dan mungkin paling-paling signifikan adalah apabila ada antara kami yang sakit..abah paling risau..sangat ketara..abah sanggup tidak tidur sebab nak jaga kami..apa kami nak..dikala sakit..semua dapat..semua dicari..paling terbaru..kakak aku yang sulung dimasukkan ke hospital..kerana menjalani pembedahan penukaran injab jantung dan penggantian ascending aorta yang mana prosedurnya adalah selama 10 jam..abah langsung tidak tidur..tidak ke mana-mana..setia menunggu di hospital..kami yang lain semuanya balik untuk berehat seketika..muka abah tika itu..tidak sanggup untuk aku ingat kembali..abah pernah keluar statement..

“Kalaulah abah boleh ganti akak..”

Abah paling susah hati..makan tak lalu..tidur juga terganggu..dan keadaan itu merisaukan aku..

”Abah..jangan susah hati sangat..akak risau lah tengok abah..nanti abah pulak yang sakit..”
”Abah sakit tengok anak abah sakit..”


Aku terkedu..menangis..Ya Allah..mudah-mudahan pengorbanannya kami anak-anaknya akan ingat dan kenang sentiasa..semoga hari-hari esok..jika ditakdirkan abah sakit tua atau apa..kami mohon kesempatan untuk menjaganya..manjaganya sebaik beliau menjaga kami selama ini..

Untuk abah..Rumli bin Saad..kami semua sangat sayang abah..sangat menghargai abah..abah anugerah dan salah satu nikmat Allah yang maha hebat..abah terlalu baik dan lemah-lembut menjaga kami..abah terbaik didunia..abah hero kami..

Selamat Hari Bapa..untuk semua bapa-bapa sekalian..untuk abah..abang, Mohd Khairul Nizam Rumli, semoga menjadi bapa mithali pada Aleeia dan Adam..

Wallahua`lam..

Wednesday, June 10, 2009

Macam-macam ada..


Kebelakangan ini aku banyak menghabiskan masa di hospital..dan sepanjang masa itu..banyak yang aku belajar dari orang sekeliling..setiap hari pasti ada pelajaran baru..dan semua itu kekadang mengajar aku supaya lebih kuat untuk hidup..jika kita fikir kita susah..ada orang lain yang lebih susah..jika kita fikir kita sering diuji..ada orang lain yang lebih hebat ujian yang mereka terima..jika kita sedih dan kesunyian..ternyata, ada orang lain yang lebih sedih dan hidup sebatang kara..

Emosi aku agak terganggu dengan cerita-cerita itu..bukan aku mencari cerita, namun, situasi di sebauh hospital ternyata membuka ruang yang luas untuk saling berinteraksi walaupun tidak pernah mengenali..kerana, kita berkongsi cerita yang sama..diuji dan teruji dengan kesakitan..jika bukan kita, ahli keluarga..dan mudah-mudahan kita termasuk dalam hamba yang sentiasa bersabar dan redha dengan ujian Allah s.w.t..

Satu ketika, aku sedang duduk-duduk sambil membaca di satu sudut di hospital,tiba-tiba seorang wanita yang rasa aku umurnya lebih kurang 27 tahun datang menghampiri aku dan duduk disebelah..

”Suami kakak dah tak nak ngan kakak..kakak sakit..lepas ni kakak nak ke KL nak keja kat sana”..dia bercerita tanpa ditanya..
Aku?hanya mengangguk dan tersenyum..
”Semua orang dah tak sayang kakak..kakak tak boleh beranak..kakak sakit!”dia menyambung..

Aku makin seram..bukan apa..tiba-tiba dia ’emo’..mungkin dia stress dengan apa yang menimpa..apa aku nak jawab ni..
”Emm..kakak..sabar ye..insyaAllah ada hikmah..emm, maaf ye, saya naik dulu..”ringkas aku menjawab..

Dan aku meniggalkannya disitu..bukan tidak simpati..tapi, aku tidak terus melayan perasaannya yang ternyata sedang dalam kesedihan..

Dalam wad..
Seorang auntie berbangsa Cina tiba-tiba masuk dan terus menuju ke arah kami..
”Bole tak bagi sikit duit..nak beli milo untuk baby..rm24..dulu saya ada tolong orang Melayu jugak..kalau lu tolong saya, tokong tau..” dia berkata..
Kami memandang sesama sendiri dan menghulurkan sedikit duit kepadanya..mudah-mudahan dapat membantunya..
”Mana baby auntie?” aku bertanya..
‘Ada di bawah..saya mau beli milo..lu tolong saya nanti tokong tau..” dia menjawab dan terus meninggalkan kami..

Terpinga..

Pelbagai kisah lain di situ..ada keluarga yang datang dari jauh dan bermalam dikaki lima hospital kerana tiada tempat tinggal..mungkin kerana tidak mampu..atau mungkin kerana tiada tempat untuk mereka berteduh..moga mereka sabar dan kuat menghadapi dugaan dari Allah..
‘Makcik dah berapa hari disini?” aku bertanya seorang makcik sementara menunggu yang lain untuk pulang..
‘Makcik dah 14 hari kat sini..tunggu suami..tidoq pun dekat surau ja..suami makcik dalam ICU..tak sedaq g..” dia menjawab dengan tenang dan tersenyum..
‘O..lama jugak..insyaAllah..nanti suami makcik sedaq.” aku membalas..
‘InsyaAllah..kita kena sabaq..ni semua dugaan..makcik terima..hidup, mati, rezeki, jodoh semuanya DIA yang tentukan..kalau DIA kata kita hidup..kita hidup..kalau DIA tak izin..nak buat macam mana..kita ni hak DIA..”
Aku mengangguk dan tersenyum..mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan makcik ni..amiin..


Wallahua'lam..