Wednesday, December 17, 2008

Buku lagi..

Hari ni kami sekeluarga berkesempatan ke Karnival Buku 2008 bertempat di Perpustakaan Negeri Pulau Pinang, di Seberang Jaya..karnival buku ni bakal berlangsung selama 4 hari bermula hari ni..kepada penggemar buku, dan para pencinta ilmu yang tidak pernah jemu mencari ilmu Allah yang serba luas ini, jika berkesempatan..hayya!! Hari pertama, aku telah membeli 7 buah buku :

1 ) Travelog Haji-Mengubah Sempadan Iman oleh Prof Muhamad Kamil Ibrahim..buku ini antara buku yang menjadi ‘waiting list’ aku..alhamdulillah, baru hari ni dapat beli..harga : RM 26.00


2 ) Khalid-Memburu Syahid oleh Abdul Latip Talib..buku ini adalah sebuah novel sejarah Islam..ia adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Khalid merupakan hero penyelamat dalam perang Muktah sehingga layak mendapat anugerah tertinggi panglima tentera dengan gelaran pahlawan Pedang Allah..niat awalnya aku nak beli Salahudin-Penakluk Jerusalem..tapi, malangnya tak jumpa kat karnival tu..harga : RM 32.90


3 ) Cinta Sang Ratu oleh Ramlee Awang Murshid..ini adalah novel thriller Melayu..namun, penulis ini tidak pernah ketinggalan dalam menyelitkan unsur-unsur Islami yang mendekatkan manusia lebih kepada Tuhan dalam setiap tulisannya. Daripada kisah-kisah nukilan Ramlee, pembaca seharusnya dapat membuat kesimpulan bahawa dalam dunia ini, kebaikan pasti akan mengatasi kejahatan jika jiwa dan roh kita sentiasa diisi dengan tawaduk kepada Tuhan Segala Pencipta Alam. Penggunaan sihir dalam mendapatkan apa yang diingini ini bukan hanya berlaku dalam zaman purba penghujung kurun 15 tetapi juga dalam masyarakat kini yang gilakan kuasa dan dendam untuk mendapatkan apa yang diingini..harga : RM 19.90


4 ) Dalam Mihrab Cinta oleh Habiburrahman El Shirazy..saat entry ini ditulis, aku sudah menghabiskan separuh buku ini..dalam novel ini terdapat 3 kisah pendek bertajuk ;
1) Takbir Cinta Zahrana, 2) Dalam Mihrab Cinta, dan 3)Mahkota Cinta.. Meskipun buku itu terdiri dari tiga cerita, namun antara cerita yang satu dan yang lain mempunyai kesimpulan yang sama pada akhir setiap ceritanya..harga : RM 25.90


5 ) Curahan Cinta Niagara oleh Maya Iris..ini sebuah novel Islami yang menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai sumber rujukan..masih terlalu awal untuk dikomen..dihadapan cover buku ni..ada tertera kalam Allah : Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan? Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah, ayat 216..aku makin tertarik apabila dibelakang buku ini disertakan dengan penerangan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang digunakan dengan agak terperinci..harga : RM 26.00


6 ) Warkah Cinta Berbau Syurga oleh A.Ubaidillah Alias.. “Buku ini mahu mengajar cara berfikir dan cara membuat keputusan mengikut Islam. Secara jujur, ceritanya tidak terlalu ‘indah’. Cerita ini mahu mengajar remaja Islam untuk membentuk prinsip dalam pergaulan, cara memilih pasangan dan bagaimana bertindak apabila masalah perasaan datang bertimpa-timpa. Juga memahamkan konsep takdir dan jodoh. Kita sebagai manusia, hanya mampu berikhtiar dan jodoh itu kita serahkan kepada tuhan. Jangan terlalu mengharap sehingga membuatkan kita kecewa melampau...”(penulis)..harga : RM 23.50


7 ) Andai itu takdirNya oleh Siti Rosmizah..novel ini dicadangkan oleh dua kawan aku..Balkis dan Haida..diorang kata seronok dan sedih sangat novel ni..penulis ni adalah seorang peguam..dikhabarkan, novel ini adalah ilham dari mimpi si penulis buku ini..kagum jugak..dari mimpi..tapi, mampu dijadikan sebuah novel yang memang mendapat sambutan hangat terutamanya di kalangan pembaca wanita..harga : RM 19.90



Wallahua`lam..

2 comments:

Anonymous said...

aku nantikan ulasan novel-novel tersebut..kalau best aku nak baca hehee..bukan apa serik beli novel..aku baca sakit kepala..missing dalam list ialah travelog dakwah penulis travelog haji..

INTAN MASYITAH RUMLI said...

travelog dakwah belum dibeli hehe..insyaAllah bakal menyusul..aku sudah habiskan beberapa novel..ternyata, masih sama..bosanlah dgn tema-tema yang serupa ja..aku rasa novel ni walaupun berbentuk islami tp kekadang mengkhayalkan jugak..rasanya kena banyakkan membaca buku2 fakta dan sosiologi..lebih menjana fikrah dan mental yang ke depan..