Tuesday, April 28, 2009

Nota Hati Seorang Lelaki..


Buku yang cantik ilustrasi covernya..hijau!sejuk mata memandang..buku ini tidak terlalu kompleks untuk difahami..kerana pendekatan penulis ini berkongsi ideanya adalah melalui penceritaan..ternyata, lebih mudah difahami dan tidak membosankan..masuk buku ini, ini buku ketiga oleh penulis yang sama sempat aku baca selepas Tentang Cinta dan Satu Rasa Dua Hati..aku meminati hasil tulisan penulis ini kerana beliau tidak pernah kering idea dan istilah-istilah baru..beliau kreatif dalam menyampaikan maksud tersirat disebalik sesuatu cerita itu..pasti ada yang mahu kita sebagai pembaca fikirkan..hanya dari seekor binatang seperti cicak..ikan..semut..banyak pelajaran yang boleh dipelajari..imaginasinya tinggi mewujudkan watak maya berupa refleksi watak reality manusia hari ini..

Berdasarkan tajuk, buku ini seakan lebih tertumpu kepada golongan lelaki..”Nota Hati Seorang Lelaki”..hasil garapan kreatif Ustaz Pahrol Mohd. Juoi..namun, setelah habis dibaca kulit ke kulit, ternyata tidak wujud ‘gender oriented’ seperti yang aku fikirkan..kepada kalian yang biasa membaca hasil tulisannya, pasti tidak akan melepaskan peluang membeli buku terbaru beliau ini..buku ini dibahagikan kepada 4 tajuk utama :
-Nota Hati seorang anak
-Nota Hati seorang suami
-Nota Hati seorang ayah
-Nota Hati seorang dai’e

Buku ini semacam perkongsian nota hati si penulis..merangsang cara pemikiran masyarakat supaya lebih ‘berfikir’..mempositifkan pemikiran dan menyingkap hikmah dalam setiap ujian dan dugaan hidup oleh Allah s.w.t..ujian Allah boleh meningkatkan kebijaksanaan, kesabaran dan kekreatifan kita untuk menyelesaikan masalah..muhasabah diri sebagai hamba padaNya..adakah kita kembali kepada Allah dalam menghadapi ujian ini..?bagaimana dengan implementasi sifat-sifat mahmudah dalam diri?

Buku ini sarat dengan peristiwa..dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar peristiwa..dan mungkin antara peristiwa yang diceritakan penulis pasti ada yang pernah berlaku, atau terlintas difikiran kita..peristiwa yang membawa nilai yang tersendiri dalam hidup kita. Siri-siri peristiwa yang berlaku dalam hidup lah yang banyak membawa perubahan dalam diri seseorang..bergantung bagaimana kita menghadapi dan menyelesaikannya..

Bahkan episod itu boleh membentuk persepsi dan corak pemikiran seseorang.. kekadang gelanggang ceritanya sekangkang kera, namun peranannya saujana mata memandang..adakalanya pangkat mereka cuma kuli dan petani sahaja tapi jasanya mengatasi negarawan,hartawan dan sarjanawan..ramai manusia yang hebat, mereka menulis menerusi amalan..mereka melakar sejarah, tapi orang yang mencipta sejarah jarang-jarang mampu menulis sejarah...

Ini sekadar perkongsian hati aku berdasarkan apa yang mampu aku tulis..namun, apa yang tidak mampu ditulis itu, tidak bermakna ianya tidak terkesan..jadinya, untuk lebih penghayatan, aku sarankan kalian membaca buku ini..dan bukan hanya membaca, tetapi juga menghayati dengan mata hati dan ketajaman fikiran..

Wallahua’lam..

2 comments:

ummu muhammad said...

mohon kebenaran untuk copy synopsis buku yg ditulis ni ye... TQ.

Musafir Dunia said...

mohom copy