Monday, August 31, 2009

1st on call..

Kembali..

Saja nak cerita pengalaman on call pertama pagi tadi..kelakar..tapi, mengajar..kerana, pengalaman dan dungu itu sangat mengajar untuk tidak mengulang kesalahan yang sama..untuk menjadi lebih baik di masa depan, InsyaAllah..

Minggu lepas, Jumaat..semua jadual ditambal di information board pharmacy..debaran yang sangat bagi kami terutamanya PRP yang baru-baru ni..minggu ini bermula on call! dan aku orang pertama di antara PRP yang baru..minggu depan aku akan kerja direct hingga Ahad..ada yang sampai malam..

Ya Tuhan..KAU berikanlah kekuatan fizikal dan kecerdasan mental pada aku..juga memudahkan aku untuk bekerja di samping melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadhan ini..

Pagi ini, hari pertama on call..jam 7..handphone aku berbunyi..

"Cik Intan..TDM on call pharmacist minggu ni kan?Saya dari ward....bla..bla...doktor mintak buat PCM/salicyclate level untuk patient ni.."panjang dia bercakap..

Aku terkebil.

"Maaf, saya masih baru..apa yang saya perlu buat?"selamba aku bertanya nurse tu

"Check PCM/salicyclate level cik.."

"OK.."ringkas aku menjawab.

Talian dimatikan. Apa aku nak buat ni?Nak pegi hospital?Nak pegi mana?Nak buat apa?Macam mana nak buat?Tak tau nak buat apa..dan yang lebih meng'gabra'kan..PRP yang agak senior itu tiba-tiba berada di luar kawasan..tidak dapat dihubungi..Ya Allah..bantu aku..

Tiba-tiba aku teringatkan seorang pegawai lain yang mana aku agak rapat dengannya..selepas bertanya apa yang perlu dibuat..aku hanya bertindak mengikut arahan..

7.30 aku keluar dari rumah memandu menuju ke hospital dan tiba pada pukul 8 pg..bersama seorang kawan yang menggantikan PRP yang bercuti itu..kami membuat ujian ke atas darah pesakit itu..9.30..segalanya selesai..

Aku mula bergerak pulang ke rumah..dengan penuh harapan..agar semuanya Allah permudahkan..

Aku menanti dengan penuh sabar dan debaran minggu ini..setiap panggilan telefon yang masuk..harus dijawab dan diselesaikan dalam masa 2 jam..

Melihat planner diri untuk bulan september ini..tiada kata yang dapat menggambarkan bagaimana perasaan aku..penuh dan padat..

Ya Allah..permudahkanlah segala urusan-urusan aku di dunia dan di akhirat..

Amiin..

Wallahua'lam..

3 comments:

Ieka JoeyLia said...

gud luck my dear..aja! aja! fighting! :)

INTAN MASYITAH RUMLI said...

thanks sayang..

doakan aku dari jauh..hehe

looking 4ward 2 see..

havana @ medicapharmacy said...

Salam,

itu adalah antara cabaran yg bakal dihadapi oleh kita semua sbg Pharmacist.. tu belum lagi ward round dgn Doktor2 pakar lagi tuu.. hehehe.. apa2 pun 1. jgn panik, relax 2. jgn nampak sgt yg kita pharmacist ni x tahu pe bende pun.. actually kita tahu, cuma x kluar jer bila time diperlukan.. be smart & sabar.

jgn malu bertanya; w/pun pd nurse, pesakit dll; mesrakan diri dgn org sekeliling k, dari situ kita akan bnyk belajar pasal ubat