Monday, November 28, 2011

Kembali~

Assalamualaikum..

Saya kembali. Setelah hampir 2 tahun blog ini saya biarkan tanpa apa-apa entri baru. Faktor masa..gangguan internet yang memang kadang-kadang menduga kesabaran saya..akhirnya sekarang saya menggunakan line yang satu ni..harap-harapnya berkekalan..insyaAllah..

Entri saya yang terdahulu saya ada bercerita tentang abah saya yang tiba-tiba diserang sakit jantung hingga mengakibatkan kaki beliau dipotong. Alhamdulillah..syukur tidak terhingga pada Allah s.w.t kerana memudahkan segala urusan-urusan kami. Dan sekarang hampir 2 tahun perkara itu berlalu..abah sekarang semakin sihat dan ceria juga expert memakai kaki palsu. Abah seorang yang sangat kuat semangat. Abah tidak mudah mengalah dengan keadaan beliau yang memang nampak benar teruji. Namun, abah pasrah. Abah redha dengan dugaan yang Allah beri pada abah dan kami. Abah pernah berkata :

Alhamdulillah..abah masih diberikan peluang kedua untuk hidup. Allah masih beri abah peluang untuk terus beribadah sebelum dipanggil jumpa DIA. "

Saya banyak belajar dari abah. Sabar walau dalam apa jua ujian yang diberi. Senyum saja. Abah jarang mengeluh, malahan saya rasa saya lebih banyak mengeluh dari abah. Itu tak kena. Ini tak cukup. Ini tak betul. Sungguh, saya merasakan tarbiah Allah adalah melalui abah. Allah mahu mengajar saya erti sabar. Sabar. Sabar.Kadang-kadang, saya melihat abah menangis apabila mendengar laungan azan di surau..saya terusik. Saya faham benar kenapa abah menangis. Abah mahu berjemaah di surau. Abah mahu menggunakan usia tua ini dengan mendekati rumah Allah itu..mengumpul pahala berjemaah yang memang kita sedia maklum berlipat kali ganda pahalanya.

Saya bukan anak yang baik barang kali. Saya rasa saya masih belum berbakti pada abah. Saya sentiasa menyusahkan abah. Namun, abah sentiasa senyum dan beliau adalah pendengar yang terbaik untuk semua masalah saya.


Ini abah saya.Masa ni, abah sedang giat training dengan kaki palsu baru.Sungguh bersemangat!

Saya gerun setiap kali meneliti kupasan ini :

Israa [23] Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).


Selama 25 tahun saya hidup..entah bagaimana nilaian Tuhan tentang hubungan saya dan abah.Adakah saya seorang anak yang baik? Takut memikirkannya.

Ya Allah..berikan aku kesempatan berbakti pada kedua mak dan abah. Berikan aku kesabaran dalam menjaga mereka sebagaimana mereka sangat sabar menjaga aku sejak aku kecil. Semoga aku diberi ruang untuk berada disisi mereka di saat mereka memerlukan aku. Aku tidak sanggup menghadapi azab api nerakaMu kerana menjadi anak derhaka wahai Tuhan Yang Maha Mendengar..amin..

Wallahua`lam..

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)