Monday, December 15, 2008
Cinta di rumah Hasan Al-Banna
Selesai membaca ”Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna” oleh Mohammad Lili Nur Aulia..buku yang memang santai dan bersahaja, namun sangat menambahkan pengetahuan aku tentang As-Shaheed yang agung ini..mungkin buku ini sebagai permulaan untuk kita berkenalan dengan imam Hasan Al-Banna.. buku ni sangat mudah difahami..tidak terlalu berat isunya..secara keseluruhan..berkisar tentang peribadi Hasan Al-Banna sebagai seorang ayah dan pada masa yang sama seorang pendakwah ulung seperti yang kita sedia maklum..sebelum ni, aku agak tercari-cari buku yang menceritakan tentang imam Hasan Al-Banna..mungkin kerana sumber yang agak terhad..alhamdulillah, mungkin buku ni adalah sebagai permulaan..
Sinopsisnya, Hasan Al-Banna sentiasa disayangi dan disanjungi oleh anak-anaknya..walaupun beliau ialah seorang dai`e besar dan sangat sibuk, beliau tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dan suami dengan baik..beliau berlemah-lembut dan bijaksana dalam mendidik anak-anaknya..alhamdulillah hasilnya..ke semua anak-anaknya berjaya dalam lapangan masing-masing..buku ni menceritakan perwatakan dan peribadi Hasan Al-Banna dari kaca mata anak-anaknya..betapa penting peranan seorang ayah dalam membentuk seorang insan..seperti salah satu tajuk dalam buku ni..”Bagaimana ayah,begitulah anaknya..”
Buku ini membahaskan tentang bagaimana seorang muassis gerakan Ikhwanul Muslimin, dalam kesibukan yang amat sangat, namun beliau tetap melaksanakan hak dan kewajiban keluarganya terhadap dirinya..juga dikisahkan pula tentang seorang suami yang sangat menyayangi dan menghormati isterinya..digambarkan bagaimana Hasan Al-banna dengan penuh kasih sayang mendidik anak-anaknya, memberikan pemahaman tanpa kekerasan, membuat anak-anaknya cinta dengan Al-qur’an dan ilmu pengetahuan..
Apa yang paling terkesan bagi aku..Hasan Al-Banna, menanamkan nilai-nilai kesederhanaan, keikhlasan dan pengorbanan dalam keluarganya, sehingga isterinya dengan hati yang senang dan rela menyumbangkan banyak perabot rumahnya untuk markas da’wah ikhwanul muslimin, sehingga dengan ikhlas dan rela, anak-anaknya menjadi orang-orang yang paling dahulu berkesedaran dan memperjuangkan umat Islam di Palestin dan di Mesir, sehingga dengan lapang, isterinya menerima hujjah sang suami yang menjawab saat ia memintanya membeli sebuah rumah kecil ” Wahai Ummu Wafa, sesungguhnya istana kita sedang menunggu kita di surga-Nya….”. Alangkah indahnya …. Sehingga dengan ikhlas dan redha, keluarganya melepas pemergian suami dan ayah mereka, dalam kesyahidan di jalan Allah…
Banyak yang menyentuh perasaan apabila aku membaca buku ni..tentang seorang ayah dan anak-anaknya..mungkin kerana aku juga sangat rapat dengan abah aku.. Sungguh..abah salah satu anugerah terindah dan terhebat dari Allah s.w.t untuk aku..bukan kerana abah terlalu memanjakan aku..tapi, kasih sayang abah mempengaruhi karakter aku..abah bukan sahaja seorang bapa pada aku..tapi, abah juga seorang kawan dan pendengar yang setia untuk aku..setiap kali aku hilang keyakinan diri, rasa give up dalam sesuatu..abah selalu mengembalikan semangat aku..abah betul-betul percaya pada kemampuan aku..walaupun abah tidaklah sehebat Hasan Al-Banna kerana abah bukanlah seorang dai`e..namun, abah memang berjaya membentuk aku menjadi aku yang sekarang..aku tidak mungkin ada di dunia ni tanpa abah..azam aku, aku akan berbakti untuk mak dan abah sebaik-baiknya selagi aku belum berkahwin, sebab apabila aku berkahwin, keutamaan taat itu adalah lebih kepada suami..
Kenanglah jasa ibu bapa kita selagi Allah belum memanggil mereka atau kita..tika saat itu..kita sudah tidak ada ibu bapa lagi..kita sebagai anak, tidak punya alasan untuk berkata ‘tidak’ pada suruhan mak atau ayah selagi mana ia nya tidak membelakangkan Allah dan Rasulullah, juga tidak menyimpang dari ajaran agama..senangkanlah hati mereka..jaga maruah dan nama baik mereka..dan dengan itu tidak mustahil..kita juga boleh membina ‘cinta di rumah’ sendiri..
Wallahua`lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
oh rupanya kau lebih awal membuat ulasan buku ini. menarik lagi mantap..bakal menyusul ulasanku pula..terkesima aku part kejutkan ayah 7 minit lagi,permntaan assyahid hassan albanna pada wafa'
pastinya ulasanmu akan lebih baik dariku..lepas ni aku nak tahu pasal Sayid Qutb pulak..insyaAllah..
Post a Comment