Sunday, December 14, 2008

Ku dambakan 'spirit' itu..

Cuti semester sudah hampir 3 minggu berlalu..aku menghabiskan cuti kali ni di rumah..setiap hari bersama mak dan adik tersayang di rumah..sebabnya yang lain semuanya bekerja..yang seronoknya, kami bertiga berkongsi hobi yang sama..membaca!mak selalu mengadap majalah-majalah kegemaran dia..tidak ketinggalan buku-buku yang aku cadangkan untuk mak baca..kelakarnya, baru-baru ni mak pun turut membaca novel “Syabab Musafir Kasih”..oleh saudari Fatimah Syarha..adik aku juga membaca..so, bila berborak, kami bertiga selalu mengaitkan dengan Syabab, watak utama dalam novel itu..mak selalu cakap..`Geram betul bila baca buku tu..abang-abang Syabab tu jahat sungguh!’mak cakap dengan penuh emosi..tiba-tiba air mata mak meleleh..Alahai..emotional pulak mak ni..biasalah, naluri seorang ibu..mana-mana je akan tersentuh..walaupun sekadar watak dalam novel..dan selalunya kakak-kakak aku akan terpinga-pinga tentang apa yang kami bualkan..hihi..




Aku sudah menghabiskan beberapa buku cuti ni..antaranya Ketika Cinta Bertasbih 1 (kali ke-2 aku membaca), Ketika Cinta Bertasbih 2, Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna, Impian Palestin, 3 naskah bulanan majalah Milenia Muslim, Majalah I edisi Disember, Muslimah dan Penelanjangan Syaitan dan beberapa buku motivasi berbahasa Inggeris..aku masih belum puas..belum menemui kepuasan yang aku nak..jika disebut tentang novel berbentuk Islami..ternyata, temanya hampir sama..mungkin yang terkesan adalah kerana bahasanya yang indah..temanya, tidak pernah lari dari cinta..persahabatan..tapi, alhamdulillah..semua itu tetap ilmu..

Terbaru, alhamdulillah vcD ‘Sang Murobbi’ telah aku terima..jazakallah kepada supplier (Nihlah & Mujahid-www.sangmurobbimalaysia.blogspot.com)..aku mencadangkan kepada semua umat Islam..sama ada kalian adalah para dai`e atau tidak..filem ini mesti ditonton..banyak ilmu dan isu dalam filem ni..ni aku cerita sikit sinopsisnya..filem ini adalah sebagai memperingati Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah.. salah seorang pimpinan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang dicintai oleh seluruh pendukung dakwah di Indonesia..beliau meninggal dunia pada 14 Jun 2005.. sebagai seorang Mujahid Dakwah, dia memiliki karakter yang unik..kemampuan dan semangat beliau yang tinggi serta dihiasi oleh sentuhan sastera yang unik, sentiasa membuat para pendengar menangis sebagaimana kemampuan ia membangkitkan semangat yang menggelora ketika ia mengangkat isu tentang jihad..




Filem ni banyak berkisar tentang kehidupan beliau bermula dari beliau muda hinggalah saat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, di atas jalan dakwah yang memang sangat dicintainya..segala halangan dan ujian dalam dakwah juga dipaparkan sehingga ada yang pernah mendakwa ajaran yang dibawa oleh almarhum ustaz sebagai ajaran sesat..mungkin agak berkesan penyampaian mesej oleh produksi filem ni sebab pelakon utama yang membawakan Ustaz Rahmat sangat berkesan..banyak dialog-dialog yang diungkapkan dalam setiap karakter mengandungi pengajaran dan mesej ke arah kebaikan..kesungguhan beliau dalam menyampaikan dakwah patut dicontohi oleh para dai`e sekarang..atau kita..yang bergelar muslim..bukankah menjadi kewajipan sesama kita untuk mengingatkan antara satu sama lain walaupun kita tidak bergelar dai`e..?Ayuh, sama-sama tonton filem ni..daripada kalian beratur panjang di pawagam untuk sesuatu yang sia-sia..mungkin filem ini dapat menjadi permulaan untuk sesuatu yang lebih baik..Insya`Allah..

Semoga Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang soleh..al-fatihah untuk allahyarham..semoga usaha dakwahnya demi membangunkan umat ini dapat kita contohi dan dihayati..

Wallahua`lam..

3 comments:

Anonymous said...

perginya seorang murabbi, diganti dengan beribu lagi..anyway, aku nak tengok lagi.

erm..pembetulan..aku pernah dengar hadis, lebih kurang maksudnya, setiap muslim itu daie. jadi tidak ada frasa 'mereka daie atau tidak', bagi aku semua daie, tinggal nak buat atau tidak saja, sedar dan tidak saja.

ayuh mari kita sertai golongan kanan; 'ashaabul yamin' ;al-rahman

INTAN MASYITAH RUMLI said...

iye..betul,setiap dari kita adalah daie..tapi,tidak semua yang berkesedaran dan istiqamah pada jalan itu..koreksi diri,sama-sama saling mengingati..insyaAllah..

irshadian said...

aku takut menempuh jalan itu