Saturday, May 30, 2009

Tuhan Manusia..


Antara buku terbaru yang sempat aku habiskan..’Tuhan Manusia’ hasil tulisan saudara Faisal Tehrani..ilustrasi kulit buku yang juga mempunyai maksud tersirat seperti ulasan pelukisnya, saudara Khairul Azuwan, diakhir buku ini..menarik,berisi dan ambisius!aku membeli buku ini di KLIBF 09 lepas..kepala terasa berat selepas membaca buku ini..kerana pengisiannya..novel, namun, buku ini sarat fakta dan penyampaiannya seakan khutbah untuk menyampaikan sesuatu kepada pembaca..dan memang itu adalah kebiasaan untuk kalian yang biasa membaca hasil penulisan saudara FT..

Buku ini mengisahkan perjuangan sebuah keluarga..seorang adik, Ali Taqi yang secara serius dan halus cuba memahami kemurtadan abangnya, Talha..walaupun masih di sekolah menengah, pemikirannya matang dan dia bukan seperti remaja-remaja lain seusianya yang hanya tahu untuk berseronok dan tidak ambil peduli masalah yang melanda masyarakat dan ummah khususnya..pesonanya bukan pada buku-buku cinta dan hanyut mengejar cinta manusia..Ali Taqi seorang yang suka berfikir dan bertanya..tidak keterlaluan aku klasifikasikan dia salah seorang karakter yang mewakili gen-y yang suka bertanya untuk mencari kebenaran dan memahami Islam dengan lebih mendalam berpandukan ilmu dari Al-Quran dan As-Sunnah..

Di sekolah..dia gemar berdialog dengan Ustaz Mujtaba..dia bertanya untuk memahami kemurtadan abangnya..dan dalam pencarian itu..pelbagai pemikiran manusia yang ternyata mencabar hakikat ketuhanan yang ditemui..bagaimana konsep kemajmukan agama atau pluralisme itu..apa yang diperjuangkan pihak yang menyokong idea pluralisme ini..pluralisme yang ternyata sesat!antara tokoh yang kuat menyokong idea pluralisme ini adalah Encik Aris Iskandar, bapa kepada temannya disekolah, Zehra..dan kerana itu..Zehra dan Ali Taqi kerap berdialog dan berdebat di sekolah..Zehra semestinya mempertahankan hujahnya untuk mempertahankan pluralisme seperti yang diperjuangkan ayahnya..banyak konflik yang berlaku kepada Zehra dan Ali Taqi sepanjang itu..


Selain Ustaz Mujtaba..Abang Abbas adalah sumber rujukan Ali Taqi dalam mendapatkan jawapan yang dia cari..Abang Abbas ialah naqib dalam kumpulan usrahnya di sekolah..semakin lama..semakin banyak yang dipelajari oleh Ali Taqi..dan dia semakin bijak menangkis serangan minda oleh Zehra yang sentiasa mahu mengelirukan pemikirannya..dia akhirnya memahami bagaimana taktik puak pluralis ini yang ingin memesongkan akidah umat Islam..dia tidak mahu umat Islam menjadi seperti abangnya, Talha..!

Isu murtad juga banyak diceritakan di dalam buku ini..apa itu murtad..pembahagiaanya..bagaimana mengklasifikasikan murtad itu..kenapa umat Islam semakin jauh dengan Islam..bagaimana puak pluralis ini kreatif memutar belitkan ayat-ayat Allah mengikut kefahaman dan logic akal mereka..apa yang dibincangkan dalam buku ini sering aku kaitkan dengan hujah-hujah hebat dari Sheikh Ahmad Deedat..Dr Zakir Naik yang hebat mematahkan pendapat dan hujah pihak pluralismedalam kebanyakan ceramah-ceramah mereka..Subhanallah..Maha Suci Allah, Tuhan yang memberikan segala ilmu dan melapangkan dada-dada manusia dan menguatkan akal fikiran..

Aku amat tertarik dengan penjelasan ini..kerana aku pernah mendengar sesetengah orang yang aku tidak pasti apa tujuannya berhujah menggunakan ayat la ikraaha fi ad-din untuk melakukan sesuatu yang dilarang agama..

‘Dan paling malang, ayat la ikraaha fi ad-din telah dijadikan alat untuk mencapai sesuatu maksud keduniaan dan kebatilan, untuk memenuhi kepentingan dan nafsu dalam lapangan sosial, politik mahupun ekonomi, sehingga penafsiran dan kaedahnya telah diabaikan. Seolah-olah idea kebebasan sahaja yang penting’....petikan dari Tuhan Manusia, halaman 246..

Bagi yang minat ilmu falsafah..perbandingan agama..memahami serba sedikit tentang taktik puak-puak yang ingin menjatuhkan Islam..aku mencadangkan buku ini..buku ini sarat mesej..masalah ummah dan penyakit ingin mencabar Tuhan yang kian menular dalam masyarakat secara senyap dan tidak mustahil akan membiak-biak kemudian hari..

Wallahua'lam..

Wednesday, May 27, 2009

Death by Prescription



Buku ini dibeli semasa aku berada di tahun pertama pengajian..satu-satunya buku yang macam berkait rapat dengan apa yang aku belajar di kuliah..”Death by Prescription-The Shocking Truth Behind an Overmedicated Nation”..oleh Ray D. Strand, seorang doktor perubatan..baru semester ini aku menghabiskan buku ini..kerana baru sekarang segala terminology dan istilah-istilah di dalamnya dapat difahami dengan baik jika dibandingkan semasa berada di tahun 1..segalanya medical jargons yang alien!

Buku ini sarat dengan fakta dan kisah-kisah benar yang semuanya adalah berkaitan dengan ubat-ubatan..sama ada ubat-ubatan yang diperoleh berdasarkan preskripsi yang diberikan oleh doktor atau pun ubat-ubatan yang dibeli sendiri oleh pesakit secara ‘over-the-counter’..dulu, aku membaca fakta-fakta ini dengan penuh tidak berminat dengan tanpa perasaan ingin tahu dan ingin belajar..namun.setelah belajar..perkara dan fakta ini sangat mengejutkan untuk tidak diambil peduli..

Banyak kes-kes yang diceritakan dalam buku ini adalah melibatkan kes-kes yang semuanya berakhir dengan kematian akibat penggunaan ubat-ubatan tidak kiralah sama ada prescribed medicines atau pun over the counter medicines..menurut statistic, kematian yang disebabkan oleh kesan interaksi ubat-ubatan yang tidak diduga itu adalah lima kali ganda menyebabkan kematian berbanding AIDS atau kemalangan jalan raya!

Buku ini sebenarnya tidak begitu ‘medical’..lebih kurang macam MERCK manual, namun buku ini sarat kisah-kisah benar..banyak ubat-ubat yang dijadikan contoh dalam buku ni, telah ditarik penjualannya oleh FDA..(Foods and Drugs Administration)..sesuai dijadikan bahan bacaan santai untuk korang yang bakal-bakal farmasi ni..kalau korang tak suka sangat baca buku-buku yang bebentuk skema penulisannya..boleh baca buku ni..sebab buku ni banyak dialog..banyak monolog..tidak membosankan..namun, penuh dengan fakta tentang ubat-ubatan..bagaimana FDA berfungsi..

Remark:Agak susah untuk buat review sebab masalah ingin menterjemah medical terms kepada BM..huh..berusaha Intan!

Wallahua'lam..

Sunday, May 24, 2009

Gen-Y??


Alhamdulillah..
Sebahagian hari Sabtu aku dihabiskan menghadiri program diskusi santai.. “Sepetang Bersama Ustaz Hasrizal” di Institut Latihan Perindustrian, Kepala Batas..syabas dan terima kasih kepada penganjur..diskusi itu bertajuk..`Cabaran Beragama Gen-Y`..

Gen-Y tu apa?
Itu soalan pertama yang berlegar difikiran tatkala meneliti poster program itu..mungkinkah soal genetic yang menentukan jantina seseoang tu ke?tapi apa kena mengenanya dengan cabaran beragama..pasti seronok dan menarik diskusi ini..!

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal..pelawaan seorang kawan untuk membantu mendaftarkan nama bagi program ini sangat2lah di hargai..hehe..jkk ya Amal..juga adikmu..Kauthar..

Gen-Y
Oh..ini rupanya maksud gen-y itu..maknanya adalah generasi why..ataupun..generasi sekarang yang gemar bertanya..kenapa begitu?kenapa begini?Gen-Y ini adalah diberikan kepada generasi yang lahir pada tahun 1980 dan ke atas..generasi yang kebanyakan mereka dinilai kecemerlangannya adalah berdasarkan berapa bilangan A yang diperoleh..

Penceramah ini memang terkenal dengan terminologi-terminologi baru dan segar..aku suka dengan fikrah dan idea-idea beliau..idea yang simple, namun digarap kreatif untuk menarik kita berfikir secara serius..slide pembentangannya juga menarik!syabas ustaz!

Pengisian..
Hasil dari penyampaian beliau..banyak yang boleh difikir bersama..dan tentunya dalam membetulkan diri sendiri..bagaimana mendefinisikan erti kecemerlangan diri..melihat semula erti hidup..”Apa sumbangan aku untuk orang lain?”..betapa aku hidup dalam keadaan serba ada..namun, sejauh mana aku bersyukur pada Dia..?bagaimana menghayati kehidupan untuk hidup di akhirat?..bagaimana yang dikatakan ilmu yang berstruktur?dan pelbagai perkara yang betul-betul mencernakan fikiran..

Generasi-Y..bertanyalah untuk mendapatkan jawapan..jawapan yang boleh mendekatkan kita dengan Tuhan..

Soalan cepumas;
“Adakah kita hebat untuk masuk syurga”??

Wallahua’lam..

Wednesday, May 20, 2009

Jiranku sayang..

Pagi-pagi lagi kami sekeluarga dikejutkan dengan bunyi jeritan entah dari jiran yang mana..tiba-tiba saja suaranya yang kuat dan semacam orang hilang pedoman memecah keheningan pagi..Astagfirulahala'zim..kenapa lagi..?tidakkah pernah terfikir suaramu yang kuat dan nyaring itu sangat mengganggu jiran-jiran?sebenarnya kami sangat lama bersabar..dan kadang-kadang kesabaran itu ada batasnya.."noise pollution"!

Dan hasil jeritan dan makiannya yang memang sangat jelas itu..menyebabkan kami adik-beradik yang sudah lama 'hidup' dengan karenah itu kekadang bercakap sesama sendiri..

"Tolonglah..bising..tak malu ke?"
"Tak reti nak respect jiran la dia nih.."

Itu kan..sudah mengumpat! Astagfirullahala'zim..

Mungkin kerana kami masih anak-anak ini, sabarnya kurang berbanding mak dan abah kami..abah aku paling cool..seingat aku..abah tidak pernah membuat ulasan sendiri..abah hanya senyum mendengar dialog-dialog 'drama' tersebut..sambil menggeleng..

Kekadang aku dengar yang dimaki adalah cucunya..seorang kanak-kanak lelaki yang hanya berusia 4 tahun!dimarah kerana tidak mahu tido..dengan suara yang sangat menakutkan...aku yang mendengar ni pun ngeri..apatah lagi budak itu..entahla..mungkin aku belum jadi ibu atau nenek..tapi, aku tidak rasa dengan menengking dan memukul tanpa sebab yang munasabah itu adalah cara didikan yang terbaik..kerana kanak-kanak..psychology mereka lebih memerlukan pendekatan secara lemah-lembut dari penjaganya..

Aku pernah bertanya mak.."Mak, kenapa dia suka marah-marah cucu dia ek..budak tu bukan faham pe pun..nak maki-maki macam tu..kesian la.."

Contohilah Rasulullah s.a.w..Baginda seorang yang sangat penyayang kepada semua orang..sangat sayang kepada cucu-cucunya, Hasan dan Husin..satu ketika Baginda sedang sujud, cucunya telah naik ke belakang Baginda..dan Baginda terus sujud dengan sangat lama sehingga cucunya itu turun dari belakang Baginda..

"Sayangilah untuk disayangi"..

Hormati jiran-jiranmu dan ketahuilah hak-hak mereka ke atasmu..nescaya hidup kita akan aman,,InsyaAllah..

Wallahua'lam..

Tuesday, May 19, 2009

Cikgu..



Walaupun sudah agak terlewat..

Selamat Hari Guru kepada semua para guru yang pernah mengajar dan mendidik aku sedari dulu tanpa jemu..semua guru bermula aku pra-sekolah di PASTI..sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua..sekolah menengah di SMKA Al-Irshad..matrikulasi di Kolej Matrikulasi Pulau Piang..dan UiTM..untuk tok guru ngaji Quran aku..arwah Cuminah..semoga tenang di sana..untuk arwah Cikgu Mardhiah Salleh, cikgu sewaktu PASTI,buat arwah cikgu Bani, guru tuisyen Kimia aku..al-fatihah buat mereka..

Untuk kawan-kawan..yang bakal menjadi pendidik..Amal, Siti Nabillah Shahida, Maryam Jamilah, Siti Syafawati, Siti Khadijah etc..semoga menjadi guru yang baik dan passionate..InsyaAllah..

Terima kasih cikgu..

Jasa cikgu-cikgu sentiasa akan dikenang, InsyaAllah..

You guys are all the best!!

Wallahua'lam..

Monday, May 11, 2009

KAWAN: Datang dan pergi..

Itu biasa..namanya juga kehidupan..kita hidup tidak boleh sendirian..pasti berteman!berkawan!

Kawan datang dan pergi..bertukar ganti..hanya yang betul-betul sejati akan kekal dalam jiwa, hati dan sanubari..

Berkawanlah keranaNya..demi mencari hidup mencapai redhaNya..kerana dengan itu..kita pasti tidak jemu jika sentiasa bertemu dan tidak resah jika berpisah..

Khas untuk Haida, Fiza, Balkis, Syafiqka..
::Terima kasih untuk segala-galanya..sesungguhnya korang akan jadi sebahagian long term memory aku..InsyaAllah::

Untuk semua coursemates:
ABDUL FATAH BIN HAMBALI
ABDUL HAFEEZ BIN AHMAD HAMDI
AHMAD BIN SHAFIE
AHMAD FIRDAUS BIN MOHD AZHAR
AHMAD NASHRIQ BIN SETAPA @ MUSTAPHA
AHMAD SYAFIQ BIN MOHD FAUZI
ASMIRAH BINTI MD. REDZUAN
AZLIN NAFISA BINTI ANUAR
AZNI AZIRA BINTI AHMAD
BINTUL HUDA BINTI ISMAIL
CHE WAN NOOR AZWA BINTI ABDULLAH
FARADIA BINTI MOHMAD
GLADYS BTE JOSEPH
HAIRUNNIZA BINTI MOHD YUSOFF
HANIFF BIN MOHD NAWI
HAZLIN BINTI OTHMAN
HERYOHANA BINTI JAMULIDIN
HIDAYATI BINTI TAJUL RAHIM
INTAN SHAFIZA BINTI ROMLI
IZZATI BINTI MOHD FAROK
JASMIN BINTI MOHAMED ARIFF
KHAIRUNNISA BT ZURADI
KHALIDAH BINTI MARUAN
MAHIRAH ABDUL RAZAK
MAIZATUL ALIAA BINTI ALIAS
MAJIDAH BINTI ABD RAHMAN
MANAR BINTI MOHD IZAM
MARIA BINTI EMBONG
MARIAM BINTI RUSHDAN
MARY ENDAU ANAK SUMBAI
MASLIZA BT MD ALI
MD FARHAN BIN AB RAHMAN
MOHAMAD FAHMI BIN HASHIM
MOHD AMIZIE BIN IBRAHIM
MOHD FADHLI BIN RAZALI
MOHD FAZLI BIN KAMARUZAMAN
MOHD HAFIZI BIN MOHAMADDAN
MOHD SYAFIQ BIN MOKHTAR
MOHD ZAHRAN BIN MD FAZIL
MUHAMMAD DZULFADLI BIN ROHAIZAD
MUHAMMAD FARID BIN MOHD ZAHID
MUHD IZZAT BIN ISHAK
MUHD SYAZWAN ARIF BIN NEAMAT
MUNIRAH BINTI MUHAMAD
NAJWANA BT HASSAN
NOOR AZIMAH BT. ABDULLAH
NOOR RAZILAH BT ABDUL RAFAR
NOOR SHAKILA BINTI MOHD RODI
NOOR SYAFAWATI BINTI ABU BAKAR
NOR ASHIQIN AIMAN BINTI ROSLAN
NOR AZIZAH BTE MOHD ABIDI
NOR AZRA BT. SHOKSI
NOR HAZWAN BIN ALI
NOR SUHAILAH BINTI MOHD HASAN
NORAHSIKIN BTE MOHD SAMAN
NORAZIDA BT AB RAHMAN
NORAZLI SYARIFAH BT. AZIZ
NORFAHMI BIN MOHD YUSOF
NORFATEEHAH BINTI MOHD SARGAWI
NORHANIZA ABDUL LATIB
NORHIDAYAH BT KASIMAN @ KAMISAN
NORSURYAHANI BINTI RAHMAN
NUR AMALIN BINTI ISHAK
NUR HAZIRAH BT KAMARUDIN
NUR HIDAYAH BT KAMARUZAMAN
NURAH BINTI ZAINAL ABIDIN
NURHAFIZA BINTI RAHMAN
NURRAFIZAH BINTI AHMAD
NURUL AIN BTE MUSA
NURUL ASHIKIN BINTI MUSTAFA
NURUL HIDAYAH BINTI HARUN
NURUL HIDAYAH BT ADNAN
NURUL IZWANI BT. ISMAIL
NURUL NADIAH BT OTHMAN
NURUL SHAZALINA BINTI ZUBIR
NURUL SYAHIRAH BINTI MOHAMAD SARIB
NURUL SYAZFEEZA BINTI SAMSUDIN
NURUL YUMIZA BINTI MD YUSOF
NURULHIDAYAH BINTI ABDUL KADER
NURULHUDA BINTI MAZLAN
NURULHUDA BINTI MESBAH
RADHIA AZIA BINTI REDZUAN *
RAHMAT BIN MOHAMED TAHIR
RAIHANAH BT AYOB
RAUDHATUN SA'ADIAH BINTI ITHNIN
RAUDHOH BINTI SHAARI
ROS AIMI BINTI OSMAN
ROZIWATY BINTI ANZARA AZMAN
SAIFUL MUJAHEED BIN YUSOFF
SHAFINAZ BINTI AHMAD
SHAHFINI BINTI ISHAK
SHAHRIZAL BIN SAAD
SHAHRUL REZA BIN MOHD GHAZALI
SHAIRA SHUWAIRI BIN SHA-ALADIN
SHAIRAH BINTI DAUD
SHARIZA BT SHAARI
SITI FATIMAH BT HUSSIN
SITI JUWAHIR BTE JUMI
SITI MARIAM BINTI JUSOH
SITI NADIA ADILAH BT MD NOR
SITI NUR UMI AMINAH BINTI ZAINAL BAHRI
SITI ROHAIZA BINTI MD SAAD
SITI SALINA BINTI MUNANDAR @ ABDUL AZIZ
SITI SARBIMI BINTI CHE BARU
SITI ZARINA BT MOHD SALI
SITINOR ALINA BINTI MOHD ROSSELLY
STELLA CAROLINE J BANGGUAN
SURIANA HANIM BT ARIFFIN @ SUKRI
SYED MOHD AZLAN B. SYED KAMARUDDIN
SYUHAIDA BINTI MOHD YASIN
TG. NORFATIMAH KARTINI BT TG. ABDUL AZIZ
WIDIAYANNA BINTI A RAHIM
ZAKIYAH MOORBANNOO
ZAWIAH BINTI AHMAD

Terima kasih untuk setiap kenangan yang korang tinggalkan untuk aku sepanjang 4 tahun ni..aku sentiasa akan doakan korang berjaya dunia dan akhirat InsyaAllah..

Selamat melangkah ke alam pekerjaan dan alam dewasa..semoga kita sama-sama menjadi seorang manusia yang lebih baik serba-serbi, InsyaAllah..semoga sentiasa di bawah rahmatNya..selamat menjadi seorang pharmacist yang beretika, berdisiplin,bertanggungjawab, mesra, menjaga sahsiah, peribadi,menjadi hamba Allah yang lebih baik, anak yang soleh dan solehah..

Ukhwah fillah abadan aabadaa...

Wallahua'lam..

Sunday, May 10, 2009

Sayang mak!

Selamat Hari Ibu khas untuk Puan Jamaliah Ismail (my ter'best' emak),Puan Juliana Ismail (makcu ku sayang), Puan Siti Juriah Ismail(mak sedara),Puan Meriam (maknjang-seorang ibu yang sangat tabah), Puan Azriah Mohd Noor (ex-cikgu), Puan Siti Zubaidah Abdul Hamid (ex-cikgu), Puan Noor Aida Ahmad (ex-cikgu), Pn Zarni Asnita (ex-cikgu), Puan Siti Sarah (ex-cikgu), Puan Tengku Nadiah (ex-cikgu), Puan Hanisah (mak kepada Balkis), Puan Ismara Mohamed (mama kepada Haida), Puan Mariam (mak kepada Fiza), Puan Hayati (mama kepada Shafiqka), Puan Norliyana Musa (kakak ipar),mak kepada Amal(maaf Amal,tak ingat nama),Puan Madihah(ex-cikgu),Puan Masariah Meor Raflan (ex-cikgu),Prof Aisyah Adam (pensyarah di UiTM), Puan Najihah Anisah,Puan Rashidah (ex-cikgu), Puan Niswati (ex-cikgu), Puan Azizah(ex-cikgu), Puan Hashimah (ex-cikgu),Puan Rohaya Che Sab(ex-cikgu),Puan Ija(ex-cikgu)..dan ramai lagi..

Kalian ratu hati kami..terima kasih tidak terhingga kerana bertarung nyawa untuk membawa kami ke dunia ini..terima kasih kerana menjaga kami sebaik-baiknya, membesarkan kami sehingga kami sebesar ini, mendidik kami dari kami tidak tahu apa-apa, mengajar kami hitam dan putih kehidupan, menguruskan kami serba-serbi,kerana sentiasa tersenyum pada kami setiap kali kami memerlukan, kerana sentiasa menjadi pendengar yang sangat baik 'meminjamkan' telinga untuk mendengar masalah-masalah kami yang tidak pernah habis, kerana menjadi seorang kawan yang sangat sejati, menjadi peneman kami sewaktu kami kesunyian,menangis kerana kami,dan semuanya..

Sesungguhnya segala jasamu ibu..mak..mama..ummi..mami..sangat-sangat kami hargai..sangat-sangat bererti dalam hidup kami..sangat-sangat besar impaknya untuk hidup kami..kami terhutang nyawa padamu!

Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas semuanya..

Semoga kehidupanmu para ibu..sentiasa rahmati Allah s.w.t..

Kami perlukan kalian selamanya..doa-doa kalian yang makbul seperti janji Tuhan itu..

"Ya Allah..KAU ampunkanlah segala dosa kedua ibu bapa kami..dan kasihanilah mereka melebihi kasih mereka kepada kami sewaktu kami kecil..KAU tempatkanlah mereka di kalangan hamba-hambaMu yang beriman..KAU masukkanlah mereka ke dalam syurga FirdausMu..mereka insan-insan mulia Ya Allah..KAU permudahkanlah segala urusan-urusan mereka di dunia dan di akhirat..KAU berikanlah ketabahan kepada mereka sepanjang mereka membesarkan anak-anak mereka Ya Allah..KAU berikanlah kesihatan yang baik kepada mereka..KAU lindungilah mereka sentiasa..Ya Rabbi, KAU jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah..anak-anak yang mengenang budi dan berterima kasih dan taat kepada kedua orang tuanya..KAU berikanlah kami kesempatan untuk kami sentiasa berada disisi mereke di saat-saat mereka memerlukan kami Ya Allah..KAU hidupkanlah kami dalam kehidupan yang sentiasa mendapat redhaMu dan redha ibu kami..dan KAU matikanlah kami dalam keadaan yang mendapat keampunan mereka..amiin"


Sayangi ibumu selagi mereka tidak dijemput Allah..mereka tiada ganti..tiada makhluk Tuhan yang mempunyai hati seperti mereka..Allah..sungguh indah ciptaanMu..

Untuk semua para ibu..aku dedikasikan hari ini untukmu..apapun,setiap hari adalah hari ibu..

Wallahua'lam..

Monday, May 04, 2009

One more!


Alhamdulillah..

Lagi 1 paper je..

Paling last sepanjang 4 tahun ni..

Tapi, aku harap, ini bukan petanda pengakhiran suatu perjuangan..bahkan, ini sebagai permulaan untuk suatu mujahadah yang lebih istiqamah dan berkekalan..InsyaAllah..

Ya Allah..Kau tetapkanlah hatiku di atas jalanMu..Kau kurniakanlah kepadaku rasa cinta kepada ilmuMu yang maha luas ini..

Wallahua'lam..