Sunday, May 10, 2009

Sayang mak!

Selamat Hari Ibu khas untuk Puan Jamaliah Ismail (my ter'best' emak),Puan Juliana Ismail (makcu ku sayang), Puan Siti Juriah Ismail(mak sedara),Puan Meriam (maknjang-seorang ibu yang sangat tabah), Puan Azriah Mohd Noor (ex-cikgu), Puan Siti Zubaidah Abdul Hamid (ex-cikgu), Puan Noor Aida Ahmad (ex-cikgu), Pn Zarni Asnita (ex-cikgu), Puan Siti Sarah (ex-cikgu), Puan Tengku Nadiah (ex-cikgu), Puan Hanisah (mak kepada Balkis), Puan Ismara Mohamed (mama kepada Haida), Puan Mariam (mak kepada Fiza), Puan Hayati (mama kepada Shafiqka), Puan Norliyana Musa (kakak ipar),mak kepada Amal(maaf Amal,tak ingat nama),Puan Madihah(ex-cikgu),Puan Masariah Meor Raflan (ex-cikgu),Prof Aisyah Adam (pensyarah di UiTM), Puan Najihah Anisah,Puan Rashidah (ex-cikgu), Puan Niswati (ex-cikgu), Puan Azizah(ex-cikgu), Puan Hashimah (ex-cikgu),Puan Rohaya Che Sab(ex-cikgu),Puan Ija(ex-cikgu)..dan ramai lagi..

Kalian ratu hati kami..terima kasih tidak terhingga kerana bertarung nyawa untuk membawa kami ke dunia ini..terima kasih kerana menjaga kami sebaik-baiknya, membesarkan kami sehingga kami sebesar ini, mendidik kami dari kami tidak tahu apa-apa, mengajar kami hitam dan putih kehidupan, menguruskan kami serba-serbi,kerana sentiasa tersenyum pada kami setiap kali kami memerlukan, kerana sentiasa menjadi pendengar yang sangat baik 'meminjamkan' telinga untuk mendengar masalah-masalah kami yang tidak pernah habis, kerana menjadi seorang kawan yang sangat sejati, menjadi peneman kami sewaktu kami kesunyian,menangis kerana kami,dan semuanya..

Sesungguhnya segala jasamu ibu..mak..mama..ummi..mami..sangat-sangat kami hargai..sangat-sangat bererti dalam hidup kami..sangat-sangat besar impaknya untuk hidup kami..kami terhutang nyawa padamu!

Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas semuanya..

Semoga kehidupanmu para ibu..sentiasa rahmati Allah s.w.t..

Kami perlukan kalian selamanya..doa-doa kalian yang makbul seperti janji Tuhan itu..

"Ya Allah..KAU ampunkanlah segala dosa kedua ibu bapa kami..dan kasihanilah mereka melebihi kasih mereka kepada kami sewaktu kami kecil..KAU tempatkanlah mereka di kalangan hamba-hambaMu yang beriman..KAU masukkanlah mereka ke dalam syurga FirdausMu..mereka insan-insan mulia Ya Allah..KAU permudahkanlah segala urusan-urusan mereka di dunia dan di akhirat..KAU berikanlah ketabahan kepada mereka sepanjang mereka membesarkan anak-anak mereka Ya Allah..KAU berikanlah kesihatan yang baik kepada mereka..KAU lindungilah mereka sentiasa..Ya Rabbi, KAU jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah..anak-anak yang mengenang budi dan berterima kasih dan taat kepada kedua orang tuanya..KAU berikanlah kami kesempatan untuk kami sentiasa berada disisi mereke di saat-saat mereka memerlukan kami Ya Allah..KAU hidupkanlah kami dalam kehidupan yang sentiasa mendapat redhaMu dan redha ibu kami..dan KAU matikanlah kami dalam keadaan yang mendapat keampunan mereka..amiin"


Sayangi ibumu selagi mereka tidak dijemput Allah..mereka tiada ganti..tiada makhluk Tuhan yang mempunyai hati seperti mereka..Allah..sungguh indah ciptaanMu..

Untuk semua para ibu..aku dedikasikan hari ini untukmu..apapun,setiap hari adalah hari ibu..

Wallahua'lam..

3 comments:

balkisomar said...

btol3...mak ratu hati saya....saya sayang mak....restuilah perjalanan hidup ini semoga lebih di berkahi..

irshadian said...

mak aku ialah prof noriah makin bz dr prof lain..

mak cekyam tadak ka hehee..mak dia pulun ajar aku elektrolisis huhu

hang tak rasa ka kita suka dok me'mak'kan mak orang sebagai mak sindri juga haahaaa

INTAN MASYITAH RUMLI said...

Alamak, aku terlupa..tp nama2 yg aku tertinggal bkn bermakna aku tak ingt..

Kita kan ramai mak-mak angkat haha..

Kalau nak tulis semua jenuh ak..