Wednesday, May 27, 2009
Death by Prescription
Buku ini dibeli semasa aku berada di tahun pertama pengajian..satu-satunya buku yang macam berkait rapat dengan apa yang aku belajar di kuliah..”Death by Prescription-The Shocking Truth Behind an Overmedicated Nation”..oleh Ray D. Strand, seorang doktor perubatan..baru semester ini aku menghabiskan buku ini..kerana baru sekarang segala terminology dan istilah-istilah di dalamnya dapat difahami dengan baik jika dibandingkan semasa berada di tahun 1..segalanya medical jargons yang alien!
Buku ini sarat dengan fakta dan kisah-kisah benar yang semuanya adalah berkaitan dengan ubat-ubatan..sama ada ubat-ubatan yang diperoleh berdasarkan preskripsi yang diberikan oleh doktor atau pun ubat-ubatan yang dibeli sendiri oleh pesakit secara ‘over-the-counter’..dulu, aku membaca fakta-fakta ini dengan penuh tidak berminat dengan tanpa perasaan ingin tahu dan ingin belajar..namun.setelah belajar..perkara dan fakta ini sangat mengejutkan untuk tidak diambil peduli..
Banyak kes-kes yang diceritakan dalam buku ini adalah melibatkan kes-kes yang semuanya berakhir dengan kematian akibat penggunaan ubat-ubatan tidak kiralah sama ada prescribed medicines atau pun over the counter medicines..menurut statistic, kematian yang disebabkan oleh kesan interaksi ubat-ubatan yang tidak diduga itu adalah lima kali ganda menyebabkan kematian berbanding AIDS atau kemalangan jalan raya!
Buku ini sebenarnya tidak begitu ‘medical’..lebih kurang macam MERCK manual, namun buku ini sarat kisah-kisah benar..banyak ubat-ubat yang dijadikan contoh dalam buku ni, telah ditarik penjualannya oleh FDA..(Foods and Drugs Administration)..sesuai dijadikan bahan bacaan santai untuk korang yang bakal-bakal farmasi ni..kalau korang tak suka sangat baca buku-buku yang bebentuk skema penulisannya..boleh baca buku ni..sebab buku ni banyak dialog..banyak monolog..tidak membosankan..namun, penuh dengan fakta tentang ubat-ubatan..bagaimana FDA berfungsi..
Remark:Agak susah untuk buat review sebab masalah ingin menterjemah medical terms kepada BM..huh..berusaha Intan!
Wallahua'lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
macam besh...huhuhu...berminatnye...nak cari jugak 1 heheheehhe...
b strong dear =)
tq b..insyaAllah..Allah ma'ie..
selamat membaca..=)
Post a Comment