Saturday, May 30, 2009
Tuhan Manusia..
Antara buku terbaru yang sempat aku habiskan..’Tuhan Manusia’ hasil tulisan saudara Faisal Tehrani..ilustrasi kulit buku yang juga mempunyai maksud tersirat seperti ulasan pelukisnya, saudara Khairul Azuwan, diakhir buku ini..menarik,berisi dan ambisius!aku membeli buku ini di KLIBF 09 lepas..kepala terasa berat selepas membaca buku ini..kerana pengisiannya..novel, namun, buku ini sarat fakta dan penyampaiannya seakan khutbah untuk menyampaikan sesuatu kepada pembaca..dan memang itu adalah kebiasaan untuk kalian yang biasa membaca hasil penulisan saudara FT..
Buku ini mengisahkan perjuangan sebuah keluarga..seorang adik, Ali Taqi yang secara serius dan halus cuba memahami kemurtadan abangnya, Talha..walaupun masih di sekolah menengah, pemikirannya matang dan dia bukan seperti remaja-remaja lain seusianya yang hanya tahu untuk berseronok dan tidak ambil peduli masalah yang melanda masyarakat dan ummah khususnya..pesonanya bukan pada buku-buku cinta dan hanyut mengejar cinta manusia..Ali Taqi seorang yang suka berfikir dan bertanya..tidak keterlaluan aku klasifikasikan dia salah seorang karakter yang mewakili gen-y yang suka bertanya untuk mencari kebenaran dan memahami Islam dengan lebih mendalam berpandukan ilmu dari Al-Quran dan As-Sunnah..
Di sekolah..dia gemar berdialog dengan Ustaz Mujtaba..dia bertanya untuk memahami kemurtadan abangnya..dan dalam pencarian itu..pelbagai pemikiran manusia yang ternyata mencabar hakikat ketuhanan yang ditemui..bagaimana konsep kemajmukan agama atau pluralisme itu..apa yang diperjuangkan pihak yang menyokong idea pluralisme ini..pluralisme yang ternyata sesat!antara tokoh yang kuat menyokong idea pluralisme ini adalah Encik Aris Iskandar, bapa kepada temannya disekolah, Zehra..dan kerana itu..Zehra dan Ali Taqi kerap berdialog dan berdebat di sekolah..Zehra semestinya mempertahankan hujahnya untuk mempertahankan pluralisme seperti yang diperjuangkan ayahnya..banyak konflik yang berlaku kepada Zehra dan Ali Taqi sepanjang itu..
Selain Ustaz Mujtaba..Abang Abbas adalah sumber rujukan Ali Taqi dalam mendapatkan jawapan yang dia cari..Abang Abbas ialah naqib dalam kumpulan usrahnya di sekolah..semakin lama..semakin banyak yang dipelajari oleh Ali Taqi..dan dia semakin bijak menangkis serangan minda oleh Zehra yang sentiasa mahu mengelirukan pemikirannya..dia akhirnya memahami bagaimana taktik puak pluralis ini yang ingin memesongkan akidah umat Islam..dia tidak mahu umat Islam menjadi seperti abangnya, Talha..!
Isu murtad juga banyak diceritakan di dalam buku ini..apa itu murtad..pembahagiaanya..bagaimana mengklasifikasikan murtad itu..kenapa umat Islam semakin jauh dengan Islam..bagaimana puak pluralis ini kreatif memutar belitkan ayat-ayat Allah mengikut kefahaman dan logic akal mereka..apa yang dibincangkan dalam buku ini sering aku kaitkan dengan hujah-hujah hebat dari Sheikh Ahmad Deedat..Dr Zakir Naik yang hebat mematahkan pendapat dan hujah pihak pluralismedalam kebanyakan ceramah-ceramah mereka..Subhanallah..Maha Suci Allah, Tuhan yang memberikan segala ilmu dan melapangkan dada-dada manusia dan menguatkan akal fikiran..
Aku amat tertarik dengan penjelasan ini..kerana aku pernah mendengar sesetengah orang yang aku tidak pasti apa tujuannya berhujah menggunakan ayat la ikraaha fi ad-din untuk melakukan sesuatu yang dilarang agama..
‘Dan paling malang, ayat la ikraaha fi ad-din telah dijadikan alat untuk mencapai sesuatu maksud keduniaan dan kebatilan, untuk memenuhi kepentingan dan nafsu dalam lapangan sosial, politik mahupun ekonomi, sehingga penafsiran dan kaedahnya telah diabaikan. Seolah-olah idea kebebasan sahaja yang penting’....petikan dari Tuhan Manusia, halaman 246..
Bagi yang minat ilmu falsafah..perbandingan agama..memahami serba sedikit tentang taktik puak-puak yang ingin menjatuhkan Islam..aku mencadangkan buku ini..buku ini sarat mesej..masalah ummah dan penyakit ingin mencabar Tuhan yang kian menular dalam masyarakat secara senyap dan tidak mustahil akan membiak-biak kemudian hari..
Wallahua'lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment