Tuesday, July 22, 2008
10 ETIKA ANAK SOLEH YG BERKESAN..
Ini anak-anak buah aku..yang perempuan,namenye Nur Aleeia Umairah bt Mohd Khairul Nizam,umurnye 3 tahun..yg lelaki namanye Muhammad Adam Luqman Al-Hakim bin Mohd Khairul Nizam,baru 1 Tahun 5 bulan..aku sayang sgt kat budak berdua ni..dah macam anak-anak aku dah..nakal memang nakal..sampai kekadang aku tak tahan huhu..penah satu hari aku tanye mak aku.."Mak,dulu akak masa kecik nakal akak hebat macam tu ke?Mak tahan tak ngan perangai akak"?Mak aku senyum je pastu mak aku kate.."Akak kan anak mak,nakal macamane pun,mak sayang.."Huhu,boleh ke aku jage mak ngan abah aku sebaik diorang jg aku dulu..terlalu banyak pengorbanan diorang yang mustahil utk aku balas..Ya Allah,Kau jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah serta yang mengenang budi..Amiin..
Antara 10 Etika ANAK SOLEH Berkesan seperti Yg Diambil Dari Surah AL-Luqman..
1) Tidak mempersekutukan Allah SWT, Syirik dan Murtad
- Merupakan kesalahan dan dosa yang amat besar.
2) Berbuat baik kepada kedua ibubapa.Kenangilah penderitaan ibu yang mengandung
kita dengan segala susah payah.
-Apabila kita dilahirkan, kita disusunya sehingga
berusia kira-kira 2 tahun.
-Banyak bersyukur kepada Allah SWT kerana diciptakan kita untuk hidup di dunia
ini.
-Doakanlah kesejahteraan ke atas mereka dan semoga Allah SWT akan menjaga
mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa.
3) Yang tidak boleh kita taati suruhan kedua ibubapa hanya apabila dipaksa syirik
atau menyembah yang lain daripada Allah SWT (namun 'ketidaktaatan' ini harus
dilakukan dengan cara yang baik - penuh hikmah, dakwah, siasah dan diplomasi)
Ketaatan kepada ibubapa yang bukan Islam sekalipun (walaupun anaknya itu mualaf)
masih diwajibkan (bukan taatkan suruhan mensyirikkan Allah SWT)
4) Memahami bahawa segala amal ibadat kita diketahui oleh Allah SWT walau sekecil
mana sekalipun
5) Mendirikan solat
6) Menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan (Amar Makruf Wa Nahyu
Anil Mungkar) - dakwah lidah, hati dan anggota.
7) Bersabar dan redha diatas segala dugaan
8) Tidak menyombong dan membanggakan diri samada kaya atau miskin, berpangkat
ataupun tidak, berilmu atau tidak, tua atau muda atau berketurunan
(orang baik-baik) dll.
9) Bersederhana dalam segala perkara.
10)Bersikap lemah lembut dan beradab sopan
Selagi ada kesempatan dan waktu,mari sama-sama kita berbakti pada mak ayah..mak ayah takde ganti,kalau diorang dah dipanggil menghadap Ilahi,kira dah takde dah mak ngan ayah yang lain..Jangan ketepikan mak ayah walau dalam ape sekalipun selagi ape yang dorang suruh kite buat tak melanggar syariat.Ingat..hidup tak berkat kalau mak ayah tak restu apa yang kite buat..
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment