Saturday, July 19, 2008
Perlukah yang begitu..
Hari ni aku dapat peluang ke salah sebuah pantai di Selangor.Join program fakulti,walaupun sebenarnya niat tu takdela nak join sangat,cuma lagi excited nak pg tengok pantai tu.Selalu je dengar nama pantai tu,mesti cantik..tu la persepsi aku sebelum sampai ke situ..Dari Shah Alam,kitorang bertolak..alhamdulillah segalanya Allah permudahkan.Lebih kurang lepas 1 jam 30 minit perjalanan,sampaila ke tempat yang nak dituju..on the way tu hujan agak lebat,so aku ngan kawan-kawan bertambah la excited sebab kitorang memang sangat la suka main hujan..al maklum la,dah lama sangat tinggal zaman kanak-kanak yang memang sangat la happening tu..bila sampai tu,MasyaAllah..aku macam terkesima..keadaan kat pantai tu tak macam apa yang dalam minda aku..sedih bila tengok tempat yang semulajadinya cantik tu sangat kotor!!sampah merata tempat..aku dah macam tak nak turun bas pulak..sebab dengan hujannya..korang mesti boleh bayangkan..maaf kalau ada yang terasa,aku bukan nak condemn mana-mana pihak..cuma aku sedih dengan perangai sesetengah kita ni yang tak tahu nak hargai alam sekitar yang memang Allah dah cipta cantik ni..inilah akibatnya kalau kita langgar hukum alam..yang lagi aku geram,masa aku kat situ,depan-depan aku,ada jugak sorang hamba Allah ni dengan tanpa segan silunya,dengan suke-suke hati dia buang sampah macan tu je..program hari tu adalah program orientasi students baru fakulti.Kire macam program suai kenal antara senior ngan junior la lebih kurang.Memang bagus idea pihak penganjur sebab pilih utk buat kat tepi pantai ni,sebab dapatla jugak main-main air ke..main pasir ke..takdelah bosan sangat kan..tapi dalam keseronokan tu,banyak benda yang kurang dan mungkin terlepas pandang oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab nih..pertama,dari aspek sahsiah rupa diri,maksud aku dari segi berpakaian..Astagfirullahala`zim,sangat tak menggambarkan identiti seorang pelajar.Entahlah,adakah aku yang out-of-date atau diorang yang terlebih maju dan gila nak berfesyen sampai dalam program macam tu pun,yang memang ada pensyarah,staf,orang-orang luar..ada yang pakai baby t-shirt,seluar yang macam tak cukup kain,especially student perempuan la kan..kalau kat luar tu,lantak la..masalahnya,ni program fakulti,bawah universiti plak kan..confirm2 lah org tau universiti mane sebab terpampang kat bas tu..ini ke identiti mahasiswa universiti yang kita bangga-bangga sangat??Pastu,pergaulan student lelaki ngan perempuan langsung takde batas!Ade yang bertepuk bertampar ngan lelaki,aktiviti plak memang confirm2 la join lelaki perempuan..kalau nak sebut dari segi tersentuh ke,sengaja sentuh ke..emm,tak yah cakap la..macan ni ke sepatutnya pelajar-pelajar baru yang mungkin masih 'suci' pemikiran dorang ni didedahkan dengan keadaan dan imej realiti kehidupan kampus?kehidupan universiti sepatutnya untuk memimpin dan memandu ke arah kebaikan,tapi..kalau dah time orientasi pun tak berapa nampak macam senonoh..masyaAllah..sangat membimbangkan..macam ni ke nanti mahasiswa yang kononnya menjadi harapan nusa,agama bangsa ni nak pimpin orang lain?sesungguhnya,aku sendiri pun takde jawapannya..same-same kita fikir dan renungkan..rasanya tak perlu kot nak mesra yang begitu antara lelaki dan perempuan ni..Segala yang baik itu datang dariMU Ya Rabbi,dan segala kekurangan itu adalah dari aku,insan lemah dan sentiasa berusaha mencari redhaMu..Ya Allah,ampunkan dosa-dosa aku dan rakan-rakan..sesungguhnya kami hamba-Mu yang sangat lemah dan leka dengan nikmat dunia yang maha hebat ini..KAU tetapkanlah hati kami dalam agamaMU..Amiin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment