Thursday, July 31, 2008

Pengajaran dari Peristiwa Isra` Mikraj..


Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan..

Satu lagi perayaan yang disambut oleh umat Islam ialah perayaan israk’ dan mikraj, peristiwa yang besar ini berlaku sendiri pada Nabi s.a.w. Marilah kita sama-sama mengambil pengajaran dari peristiwa mukjizat ini..

Isra’ ialah perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsa. Mikraj pula ialah perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Aqsa menembusi langit-langit ke sidratul muntaha yang tidak pernah di jejaki oleh sebarang makhluk untuk bertemu dengan Allah Taala…
Semua perjalanan ini berlaku dalam tempoh sehari semalam…

Peristiwa itu berlaku pada 27 Rejab tahun ketiga sebelum nabi hijrah.Ketika itu nabi sedang tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah yang diapit oleh 2 orang saudaranya bernama Jaafar bin Abi Talib dan Hamzah bin Abi Talib.
Kisah perjalanan ini disebutkan secara jelas oleh Muslim di dalam sohehnya. Di sebutkan bahawa perjalanan Nabi ini dengan menaiki seekor binatang yang dipanggil sebagai Burak. Binatang ini lebih beser dari keldai dan kecil sedikit dari unta. Binatang ini berjalan dengan pantas ibarat sekelip mata sahaja.
Disebutkan pula nabi s.a.w memasuki Masjidil Aqsa dan bersolat dua rakaat bersama dengan roh nabi-nabi. Lalu jibril datang kepadanya dengan membawa segelas arak dan segelas susu, lalu Nabi s.a.w memilih susu sebagai minumannya. Lalu jibril berkata kepadanya “bahawa engkau wahai Muhammad telah memilih suatu perkara yang menjadi fitrah bagi manusia. Kemudian di teruskan lagi perjalanan ke langit pertama, kedua, ketiga sampai lah seterusnya hinggalah ke Sidratul Muntaha. Disana lah di wahyukan kepada nabi syariat solat yang pada awalnya sebanyak lima puluh waktu.

Keesokkan harinya Nabi s.a.w menceritakan kepada penduduk Mekah tetapi ramai yang tidak mempercayai kata-kata nabi s.a.w. lalu Nabi di tertawakan sehingga Nabi s.a.w menceritakan gambaran di dalam Masjidil Aqsa secara jelas. Bukhari telah meriwayatkan secara jelas dalm sahihnya.

لما كذبتني قريش قمت فى الحجر فتجلى الله لى بيت المقدس فطفقت أخبرهم عن آيته وأنا أنظر إليه....

Maksudnya:
Ketika kaum quraisyh mendustakan aku, aku berdiri di hadapan Hijir (ismail). Lalu Allah memperlihatkan Baitul Maqdis kepada ku. Kemudian aku khabarkan kepada mereka tentang tiang-tiangnya dari apa yang aku lihat.

Sebahagian daripada kaum musyrikin mengambil peluang dari peristaiwa ini untuk menggoncang aqidah umat Islam pada ketika itu. Mereka juga mengkhabarkan kepada sahabat nabi s.a.w iaitu Abu Bakar r.a. Tetapi jawapan Abu Bakar mengecewakan mereka iaitu “jika Muhammad yang berkata demikian nescaya aku percaya, malah lebih dari itu pun aku percaya.” Dengan peristiwa ini lah Abu Bakar di gelar sebagai As-siddiq..

Makna di sebalik perjalanan Isra’ ke Baitul Maqdis ialah ingin menggambarkan betapa tinggi nya kedudukan tanah suci umat Islam ini. Baitul Maqdis bukan sahaja tanah bagi orang Palestin tetapi ianya juga merupakan tanah suci bagi umat Islam keseluruhan nya. Kita perlu sedar betapa pentingnya kita mempertahankan tanah suci ini dari di ceroboh oleh Yahudi yang tidak bertanggungjawab yang di sokong oleh Amerika dan negara-negara yang sekafir dengannya!!!! Adakah kita membutakan mata dan memekakkan telinga dalam masalah ini?? Apa sumbangan kita bagi membebaskan bumi Palestin ini dari Zionis Yahudi laknatullah?? Kita WAJIB memboikot semua barangan-barangan Yahudi dan sekutunya. Apakah umat Islam sedar masalah ini? Kita lihat pada hari ini dalam negara kita ramai mereka-mereka yang masih lagi tidak memboikot barangan-barangan ini. Professor Dr Yusoff Al-Qaradhawi dalam fatwanya menyebut, “ satu sen kita sumbangkan untuk zionis yahudi ini di ibaratkan kita telah memasukkan satu peluru untuk menembak umat Islam di Palestin. Kita harus merasakan bahawa tanah suci Baitul Maqdis merupakan tanah suci seluruh umat Islam!!!!!

Perajalanan dari Baitul Maqdis dan terus berjumpa dengan Allah Taala bagi menerima fardhu solat. Ini memberi faham kepada kita bahawa penting solat dalam kehidupan ini dan pentingnya menjaga solat. Bayangkan susahnya Nabi saw hendak menerima solat ini, tetapi malang ada diantara kita yang ambil sikap sambil lewa dalam solat ini. Cuba kita fikir, dalam usia yang Allah Taala beri kepada kita ini berapa kalikah kita rasa lazat ketika berjumpa dengan Allah swt. Jika kita tidak rasa lazat, bayangkan jika kita dimatikan oleh Allah swt esok hari??? Satu persoalan yang harus kita jawab. Kadang-kadang kita lebih mementingkan kerja dunia berbanding dengan solat. Tahukah anda semua, bahawa solat ini merupakan hubungan kita dengan Allah secara langsung. Betapa kasihnya Allah kepada kita semua sehingga Allah memberi peluang hambanya merayu untuk mengabdikan diri kepadaNya.
Nabi saw di beri pilihan oleh Jibril sama ada hendak meminum arak ataupun susu, namun Nabi saw memilih susu kerana ianya sesuai dengan fitrah dan naluri manusia itu. Semua agama melarang penganutnya minum arak, ini kerana ia sudah terkeluar daripada sifat manusia yang sebenar.

- Pada langit pertama,Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Adam a.s
- Pada langit kedua,Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Isa a.s
- Pada langit ketiga,Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Yusuf a.s
- Pada langit keempat,Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Idris a.s
- Pada langit kelima,Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Harun a.s
- Pada langit keenam,Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Musa a.s
- Pada langit ketujuh,Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s

Bersalaman Dengan Lelaki..

Ini merupakan fenomena yang kerap berlaku dan macam dipandang remeh oleh masyarakat terutamanya kaum wanita ketika bertemu dengan lelaki yang bukan mahram.Sudah menjadi tradisi masyarakat yang telah banyak mengenepikan hukum-hukum Allah.Banyak dapat kita lihat,seorang wanita bersalaman dengan anak pakcik,anak makcik,saudara ipar dan rakan kerjanya.Sangat-sangat mudah..!

Jika dilihat dengan jelas bahaya yang boleh terjadi,maka sudah tentu dia tidak akan melakukannya.Nabi s.a.w bersabda., "Lebih baik seseorang menusukkan jarum besi di kepala salah seorang di antara kamu daripada bersentuhan dengan wanita yang tidak halal baginya."

Tidak diragui lagi bahawa ini merupakan zina tangan,seperti yang disabdakan Nabi s.a.w., "Kedua-dua mata ini melakukan zina dan kedua-dua tangan ini melakukan zina.."

Apakah ada seseorang yang lebih suci daripada Nabi?Baginda berkata, "Aku tidak pernah bersalaman dengan wanita." Dalam sahih Muslim,Aisyah berkata, "Dan tidak!Demi Allah belum ada seorang wanita pun yang menyentuh tangan Rasulullah,walaupun baginda sedang membaiat mereka,namun baginda melakukannya dengan perkataan.

Maka,hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dan tidak mendengar seruan yang menyesatkan dengan alasan bahawa niat yang dilakukan adalah baik.Tidak ada niat yang baik dan suci,kecuali Baginda Rasulullah s.a.w..

Hendaklah diketahui bahawa dengan berlapik tangan ketika bersalaman,tidak mengubah hukum,malah ini tetap perbuatan yang diharamkan.

Wallahua`lam..

Petikan daripada buku;
"290 NASIHAT UNTUK MUSLIMAH"

Selamat membaca dan menghayati supaya dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian..

Tuesday, July 29, 2008

Something to SMILE about..

AMAL BINTI HARUN..

Amal..maknanya HARAPAN..ini kawan aku yang paling baik dan paling rapat..sekarang dia belajar kat UMS,amek education in Chemistry..kitorang kawan since sekolah menengah..dia ni datang dari Sabah..masa memula tu kenal dalam bas,sebab kitorang duduk sebelah2 dalam bas tu masa nak balik sekolah..masa tu form 2..mungkin dah tercatat..kitorang akan jadi kawan baik..tetibe masa form 4 satu kelas..memang happening la dia ni..makin lama kitorang makin rapat..kitorang boleh share everything..dia sangat open minded dan positive thinker walaupun kekadang aku pun cam susah je nak paham ape yang dia cakap..haha..masa form 5,kitorang satu group utk study group masa nak SPM..kitorang same2 ade impian nak jadi doctor..belajar same2..dan alhamdulillah aku ngan dia dapat jugak skor dalam SPM`03..tapi,tu lah..kite hanya merancang..tp ALLAH jualah yang menentukan segalanya..ntah kenapa,kitorang termasuk matrik..Amal kat Matrikulasi Kulim,aku plak masih area yang same,KMPP..kitorang terpisah jugak..!!tp tkpe,demi nak belajar..Amal selalu datang KMPP tu,sesuke hati dia pegi masuk lecture aku..haha..dia ni memang selambe abes..1 tahun kat matriks..mungkin rezeki masing-masing..aku dapat wat farmasi,Amal dapat education..dan paling mengejutkan..dia tercampak jauh ke UMS!!sekarang dah jarang-jarang kitorang jumpe..bile cuti semester je,kalau dia balik...kitorang mesti banyak borak-borak,makan-makan..pegi macam-macam tempat,cter2 pasal buku yang kitorang bace..cter pasal anak-anak murid Sabahan dia..Amal banyak pengaruhi aku..kitorang share interest yang same..dia pun sangat suka baca buku-buku yang aku suka baca..dia ajar aku jadi independent..dia ajar aku jadi positive..dia ajar aku jadi pasrah dan redha dengan semua dugaan..dia ajar aku mencintai Palestin..membenci Israel..melihat dunia dengan pandangan seorang muslimah sejati..dia pengkritik aku yang paling utama..walaupun kekadang sangat laser,tp takpe at least dia berterus-terang daripada hipokrit..dia kawan aku suka duka..walaupun kitorang jauh..selalu dia ingatkan aku setiap kali aku leka..tersasar..Alhamdulillah,Allah beri aku peluang untuk dapat kawan macam Amal..Insya`Allah,kitorang berkawan kerana DIA..sama-sama mencari redhaNYA..dia kawan sejati aku..sekarang dia ngah praktikal kat Sabah,rasanya lagi setahun baru dapat jumpa balik..Insya`Allah..jauh di mata dekat di hati..haha…’Amal,hang confirm akan kutuk aku lepas bace ape aku tulis nih..hehe..’..saja..menghilangkan penat otak dengan menaip mende-mende perasaan ni..Ukhwah fillah abadan aabada..Hidup Cikgu Amal..!!

Sunday, July 27, 2008

My Wish..



by : Rascal Flatts

I hope that days come easy and the moments pass slow,
And each road leads you where you want to go,
And if you're faced with a choice, and you have to choose,
I hope you choose the one that means the most to you.
And if one door opens to another door closed,
I hope you keep on walkin' till you find the window,
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile,

But more then anything, more then anything,
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it,
To your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more then you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

I hope you never look back, but you never forget,
All the ones who love you, in the place you live,
I hope you always forgive, and you never regret,
And you help somebody every chance you get,
Oh, you find God's grace, in every mistake,
And you always give more then you take.

Oh More then anything, Yeah, and more then anything,
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it,
To your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more then you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.


This is one of my favourite song,entitled "My Wish" by Rascal Flatts..So inspiratious,and full of good messages.I always look the advices in my own way..
1-life is full of uncertainties..always choose the best and pray the choice
is the best
2-NEVER GIVE UP..always be a grateful person
3-live up ur life!!
4-love everyone around you..
5-be friend with everybody
6-never regret with what you had chosen
7-never underestimate people
8-in every circumstances,Allah is our motivation
9-always give more than we can take
10-treat others as you like to be treated..(",)

Wallahua`lam..

Friday, July 25, 2008

Whatever Happened..Back To Allah..



Whatever Happened..

What happened to those days when my faith was strong?
When I wouldn't dare think of doing anything wrong
When my trust in Allah would lead me through
The good and bad, the old and new

What happened to the days when my prayer was sincere?
When there was absolutely nothing on earth I would fear
When I was certain that Allah was very near
And would run to Him and leave all else that is dear

What happened to those days when I could recite well?
When I bought Paradise and this world I would sell
When my heart was pure and all full of light
When my Salah was my source of strength and might

What's wrong my soul, why did you fall?
Don't you know that Allah hears your call?
A little test like this shouldn't beat you so
It shouldn't pull you down to a level so low
Don't you know that Allah always chooses what is best
And that this is all part of a previously planned test

Allah is Great, Allah is Al-Hakeem
His ways are just, no matter how hard it may seem
Hold on my soul, to the fireball in your palm
Hold on tight and when it burns, be calm

Whenever it falls, bend down and restart
Let out the tears and wipe clean that heart
Get back on your feet and go back to those days
You will soon see this is only a transient phase

Wednesday, July 23, 2008

7 Petanda Kebahagiaan Dunia..


Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

-Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
-Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
-Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
-Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
-Al malul halal, atau harta yang halal
-Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
-Umur yang barakah - ertinya […]

Aku mahu pulang..




Alhamdulillah..dah final year pun..saat yang paling aku dan kawan-kawan tunggu..kitorang kalau berborak je..mesti ade je yang cakap..”Weh,tak sabar rase nak final year,nak keje cepat2..masuk hospital..gaduh2 ngan doktor..”..Emm,pejam celik dah habis pun 2 minggu semester pertama untuk final year ni..memang dah nampak semua orang terkejar-kejar wat keje masing-masing..ade yang dah start menangis proposal tak siap,kene reject,keje banyak gak,dah start ngan klinikal lagi..bla..bla semua tu tanggungjawab yang memang kene buat,dah name pun student..takdela seronok sgt pun bile dah jd senior ni..lagi sakit kepala..tp takpe,aku selalu doa..Allah berikan kekuatan dan kesabaran utk aku ngan kawan-kawan bertahan sampai habis semuanya..mohon Allah bagi kekuatan utk aku ikhlaskan diri utk wat semua menda yang kekadang memang menguji kesabaran..sbb kalo dah tak ikhlas,nampak sia-sia je ape yang kite wat ni..selalulah ingt..belajar tu jihad..semua tu amanah yang akan ditanya nanti..
Apa yang buat aku sedih..aku dah tak banyak masa nak cakap ngan mak..ngan abah..aku rasa mesti mak ngan abah aku kecik hati..aku dah jarang call dorang..paling tidak pun dulu,kalau macamane busy pun aku mesti tetap akan mesej walaupun sekali..tapi,2 minggu ni,aku macam dah lame sangat tak dengar suara mak ngan abah..tetiba semalam akak aku mesej..”Intan, busy sgt ke?Walau macamane busy pun,mesej la mak sekali sehari pun dah ok..kesian mak,selalu tanya..”..Huhu kenapa mak aku yang tak mesej atau call aku tanya aku..so,semalam aku call mak..Semalam memang aku serabut..tak tenang hati..tension..sebab byk sgt menda nak kena wat,semua ada dateline yang memang kena ikut..Alhamdulillah, bila dengar je suara mak,rasa macam semua masalah aku hilang..otak jadi lapang..aku tanye mak,kenapa mak tak call atau mesej aku..pastu mak cakap..”Sory la akak..akak kan banyak keja..mak tak mau la kacau..sian akak nak kena balas mesej mak plak nanti..banyak lagi keja akak nak kena wat..”Huhu laju je air mata aku time tu..aku terasa macam nak balik rumah time tu jugak..kenapa mak aku yang nak kena mintak maaf..sedangkan dia langsung tak salah..aku ni je yang macam jahat tk ingt kat dorang..alasan yang paling stereotype yang selalu anak-anak yang macam malas nak balik tgk mak ayah guna..”sibuk la mak..”Na`uzubillah..mintak-mintak aku dijauhkan dari perangai macam tu..saja aku nak kongsi ngan korang..jgn bila dah terhantuk baru nak tergadah..selagi kita ada kesempatan dan peluang yang Allah bagi ni..selalu la telefon dan tanya khabar mak ayah tu..ingtlah..mak ayah takde ganti..kalau dah takde yang tu..maka yatim piatu lah kita..janganla jadikan kesibukan dengan urusan dunia ni alasan utk kita lari dari tanggunggjawab sebagai anak..Biarlah org nak kate kite anak manja ke..tak reti nak berdikari ke..sikit2 mak..sikit2 ayah..lantaklah..sekarang dah kena ubah konsep pemikiran dan penerimaan..jangan dok sibuk nak kisah ape org nak fikir pasal kite..tp utamakan ape yg Allah fikir pasal kite..yang penting kite tau ape yang kite buat dan apa yang kita buat tu pastikan tidak melanggar apa yg Islam tetapkan..

Tuesday, July 22, 2008

10 ETIKA ANAK SOLEH YG BERKESAN..





Ini anak-anak buah aku..yang perempuan,namenye Nur Aleeia Umairah bt Mohd Khairul Nizam,umurnye 3 tahun..yg lelaki namanye Muhammad Adam Luqman Al-Hakim bin Mohd Khairul Nizam,baru 1 Tahun 5 bulan..aku sayang sgt kat budak berdua ni..dah macam anak-anak aku dah..nakal memang nakal..sampai kekadang aku tak tahan huhu..penah satu hari aku tanye mak aku.."Mak,dulu akak masa kecik nakal akak hebat macam tu ke?Mak tahan tak ngan perangai akak"?Mak aku senyum je pastu mak aku kate.."Akak kan anak mak,nakal macamane pun,mak sayang.."Huhu,boleh ke aku jage mak ngan abah aku sebaik diorang jg aku dulu..terlalu banyak pengorbanan diorang yang mustahil utk aku balas..Ya Allah,Kau jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah serta yang mengenang budi..Amiin..

Antara 10 Etika ANAK SOLEH Berkesan seperti Yg Diambil Dari Surah AL-Luqman..

1) Tidak mempersekutukan Allah SWT, Syirik dan Murtad
- Merupakan kesalahan dan dosa yang amat besar.

2) Berbuat baik kepada kedua ibubapa.Kenangilah penderitaan ibu yang mengandung
kita dengan segala susah payah.
-Apabila kita dilahirkan, kita disusunya sehingga
berusia kira-kira 2 tahun.
-Banyak bersyukur kepada Allah SWT kerana diciptakan kita untuk hidup di dunia
ini.
-Doakanlah kesejahteraan ke atas mereka dan semoga Allah SWT akan menjaga
mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa.

3) Yang tidak boleh kita taati suruhan kedua ibubapa hanya apabila dipaksa syirik
atau menyembah yang lain daripada Allah SWT (namun 'ketidaktaatan' ini harus
dilakukan dengan cara yang baik - penuh hikmah, dakwah, siasah dan diplomasi)
Ketaatan kepada ibubapa yang bukan Islam sekalipun (walaupun anaknya itu mualaf)
masih diwajibkan (bukan taatkan suruhan mensyirikkan Allah SWT)

4) Memahami bahawa segala amal ibadat kita diketahui oleh Allah SWT walau sekecil
mana sekalipun

5) Mendirikan solat

6) Menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan (Amar Makruf Wa Nahyu
Anil Mungkar) - dakwah lidah, hati dan anggota.

7) Bersabar dan redha diatas segala dugaan

8) Tidak menyombong dan membanggakan diri samada kaya atau miskin, berpangkat
ataupun tidak, berilmu atau tidak, tua atau muda atau berketurunan
(orang baik-baik) dll.

9) Bersederhana dalam segala perkara.

10)Bersikap lemah lembut dan beradab sopan

Selagi ada kesempatan dan waktu,mari sama-sama kita berbakti pada mak ayah..mak ayah takde ganti,kalau diorang dah dipanggil menghadap Ilahi,kira dah takde dah mak ngan ayah yang lain..Jangan ketepikan mak ayah walau dalam ape sekalipun selagi ape yang dorang suruh kite buat tak melanggar syariat.Ingat..hidup tak berkat kalau mak ayah tak restu apa yang kite buat..

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)

Saturday, July 19, 2008

Perlukah yang begitu..

Hari ni aku dapat peluang ke salah sebuah pantai di Selangor.Join program fakulti,walaupun sebenarnya niat tu takdela nak join sangat,cuma lagi excited nak pg tengok pantai tu.Selalu je dengar nama pantai tu,mesti cantik..tu la persepsi aku sebelum sampai ke situ..Dari Shah Alam,kitorang bertolak..alhamdulillah segalanya Allah permudahkan.Lebih kurang lepas 1 jam 30 minit perjalanan,sampaila ke tempat yang nak dituju..on the way tu hujan agak lebat,so aku ngan kawan-kawan bertambah la excited sebab kitorang memang sangat la suka main hujan..al maklum la,dah lama sangat tinggal zaman kanak-kanak yang memang sangat la happening tu..bila sampai tu,MasyaAllah..aku macam terkesima..keadaan kat pantai tu tak macam apa yang dalam minda aku..sedih bila tengok tempat yang semulajadinya cantik tu sangat kotor!!sampah merata tempat..aku dah macam tak nak turun bas pulak..sebab dengan hujannya..korang mesti boleh bayangkan..maaf kalau ada yang terasa,aku bukan nak condemn mana-mana pihak..cuma aku sedih dengan perangai sesetengah kita ni yang tak tahu nak hargai alam sekitar yang memang Allah dah cipta cantik ni..inilah akibatnya kalau kita langgar hukum alam..yang lagi aku geram,masa aku kat situ,depan-depan aku,ada jugak sorang hamba Allah ni dengan tanpa segan silunya,dengan suke-suke hati dia buang sampah macan tu je..program hari tu adalah program orientasi students baru fakulti.Kire macam program suai kenal antara senior ngan junior la lebih kurang.Memang bagus idea pihak penganjur sebab pilih utk buat kat tepi pantai ni,sebab dapatla jugak main-main air ke..main pasir ke..takdelah bosan sangat kan..tapi dalam keseronokan tu,banyak benda yang kurang dan mungkin terlepas pandang oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab nih..pertama,dari aspek sahsiah rupa diri,maksud aku dari segi berpakaian..Astagfirullahala`zim,sangat tak menggambarkan identiti seorang pelajar.Entahlah,adakah aku yang out-of-date atau diorang yang terlebih maju dan gila nak berfesyen sampai dalam program macam tu pun,yang memang ada pensyarah,staf,orang-orang luar..ada yang pakai baby t-shirt,seluar yang macam tak cukup kain,especially student perempuan la kan..kalau kat luar tu,lantak la..masalahnya,ni program fakulti,bawah universiti plak kan..confirm2 lah org tau universiti mane sebab terpampang kat bas tu..ini ke identiti mahasiswa universiti yang kita bangga-bangga sangat??Pastu,pergaulan student lelaki ngan perempuan langsung takde batas!Ade yang bertepuk bertampar ngan lelaki,aktiviti plak memang confirm2 la join lelaki perempuan..kalau nak sebut dari segi tersentuh ke,sengaja sentuh ke..emm,tak yah cakap la..macan ni ke sepatutnya pelajar-pelajar baru yang mungkin masih 'suci' pemikiran dorang ni didedahkan dengan keadaan dan imej realiti kehidupan kampus?kehidupan universiti sepatutnya untuk memimpin dan memandu ke arah kebaikan,tapi..kalau dah time orientasi pun tak berapa nampak macam senonoh..masyaAllah..sangat membimbangkan..macam ni ke nanti mahasiswa yang kononnya menjadi harapan nusa,agama bangsa ni nak pimpin orang lain?sesungguhnya,aku sendiri pun takde jawapannya..same-same kita fikir dan renungkan..rasanya tak perlu kot nak mesra yang begitu antara lelaki dan perempuan ni..Segala yang baik itu datang dariMU Ya Rabbi,dan segala kekurangan itu adalah dari aku,insan lemah dan sentiasa berusaha mencari redhaMu..Ya Allah,ampunkan dosa-dosa aku dan rakan-rakan..sesungguhnya kami hamba-Mu yang sangat lemah dan leka dengan nikmat dunia yang maha hebat ini..KAU tetapkanlah hati kami dalam agamaMU..Amiin..