Friday, January 30, 2009

Hafalan Solat Delisa..


"Buku yang indah ditulis dalam kesedaran ibadah. Buku yang mengajak kita mencintai kehidupan, juga kematian, mencintai anugerah juga musibah, dan mencintai indahnya hidayah."Habiburrahman El Shirazy (Penulis best seller Ayat-ayat Cinta)

Buku comel ini antara buku yang sempat aku habiskan cuti kali ni..novel ringkas tapi penuh makna hasil tulisan Tere Liye..”Hafalan Solat Delisa”..kakak aku bertanya..kenapa tajuk buku tu macam tu?Teruja aku ceritakan ringkasan buku ni..buku ni cukup indah tapi tidak terlalu indah sehingga melalaikan..ini buku yang menggambarkan realiti hidup mangsa-mangsa tsunami..dan mungkin salah seorang dari mereka senasib dengan Delisa..watak utama cerita ini..membaca buku ni cukup untuk aku membayangkan wajah ‘real’ Delisa..watak ni memang hidup.mungkin itu kelebihan penulis ini..beliau sangat pandai dan sangat berkesan penyampaiannya dalam memperkenalkan sesuatu watak..

Buku ini cukup menyentuh perasaan aku..atau sesiapa sahaja yang membaca..tidak keterlaluan aku katakan kalian mampu mengalirkan air mata bila membaca buku ini..kerana kita semua sedia maklum bagaimana dasyatnya bencana tsunami yang menggegarkan dunia 4 tahun lalu..itu semua kuasa Tuhan..dugaan buat mereka..pengajaran bagi kita yang menonton..innalillah..segala yang terjadi tersembunyi hikmah yang sangat indah..Subhanallah..buku ini mengisahkan perjalanan hidup seorang kanak-kanak kecil bernama Delisa..bersama keluarganya..umi..Abi..Kak Fatimah..Kak Aisyah..Kak Zahra…Delisa seorang anak yang periang..manja..banyak bertanya kerana sifat ingin tahunya yang sangat mendalam..dia hidup penuh ceria dan bahagia bersama keluarganya..keluarga yang sangat mementingkan ajaran agama dalam kehidupan..dapat dirasakan bagaimana hubungan erat mereka terutamanya dari gambaran penulis tentang amalan solat berjemaah mereka..Delisa dalam proses menghafal bacaan solatnya..dia bersemangat kerana ada ‘habuan’ besar yang menunggu jika dia berjaya menghafal seluruh bacaan dalam solat..

kebahagiaannya bersama keluarga hanyalah sementara..Tuhan menguji hamba-hambaNya bagi menguji tahap kesabaran dan keimanan..juga sebagai pengajaran buat mereka-mereka yang mahu berfikir..26 Disember 2004..gelombang gergasi tsunami menelan banda Acheh dan wilayah sekelilingnya..hari itu, Delisa bersemangat mahu menunjukkan kepada gurunya, Cikgu Nur dan uminya bahawa dia berhasil menghafal bacaan solatnya..namun, takdir Tuhan telah tertulis..tsunami melanda..segalanya berlaku dengan sangat pantas..Delisa kehilangan keluarganya kerana kejadian itu..umi..Kak Fatimah..Kak Aisyah..Kak Zahra..Cikgu Nur..kawan-kawannya ramai yang terkorban..semuanya ‘pergi’ meninggalkan Delisa sendirian..Delisa juga berjuang habis-habisan untuk terus hidup..Tuhan sentiasa mendengar doa hambaNya yang kesusahan dan berserah diri padaNya..maka yakinlah..! Delisa terselamat..namun keadaanya kritikal..takdir menemukan Delisa dengan Abinya yang balik dari pelayaran mencari keluarganya..kesudahannya? Adakah benar bahawa uminya telah meninggal?Bagaimana kritikalnya keadaan Delisa?Bagaimana dengan bacaan hafalan solat Delisa?

Selamat membaca..

Malam sudah sempurna. Gelap. Bulan sabit hilang ditelan awan gelap. Hening. Hanya desir ombak terdengar berirama ditepi pantai. Dan daripada sebahagian hambaMu, ada yang tetap terjaga. MengingatiMu. Bersimpuh mengadu kepadaMu, wahai yang menerima semua pengaduan. Menangis kepadaMu, wahai yang paling berhak menerima tumpahnya air mata. Meminta petunjuk kepadaMu, wahai yang yang memiliki semua petanda. Meminta penjelasan kepadaMu, wahai yang memiliki rahsia langit, bumi, dan di antara kedua-duanya...

Terlalu indah saat bersamaMu ya Allah..

Wallahua`lam..

Wednesday, January 21, 2009

Clerkship : Minggu ke-2


Minggu ni group aku attach di Paed Ward..seronok!walaupun agak penat dan terkejar-kejar..ini pertama kali aku attach di hospital ni..salah satu hospital tersibuk di Malaysia..memang sangat sibuk..!sangat jauh beza dengan suasana di hospital yang aku biasanya attach semester lepas..”ini baru hospital”..aku bermonolog…pesakit ada di mana-mana..dan memang sangat sesak..compare dengan hospital dulu..suasananya berbeza!

Kami dibawa ke ward kanak-kanak..sesampai kat ward tu..baru kat pintu masuk..aku dah nampak kekalutan dalam ward tu..ward yang penuh sesak..sana-sani penuh dengan katil-katil pesakit..memandangkan ini ward kanak-kanak..suara tangisan dan rengekan kanak-kanak ini memenuhi wad..anataranya..”Ibu..tak nak makan ubat!!!”…”Nak ayah..nak balik”!!macam-macam..dan majority mereka ditemani oleh ibu bapa mereka yang setia menemani anak-anak tersayang..mereka tidak meninggikan suara atau hilang sabar dengan karenah anak-anak itu..malahan, mereka tetap setia..setia menemani anak-anak mereka..begitukah keadaannya jika yang sakit itu adalah ibu atau bapa mereka?harap-harap.. kami dikehendaki memilih beberapa kes untuk setiap orang dan selepas itu satu kes utama kami pilih untuk dibentangkan pada preceptor..dan yang seronoknya, kami diberi kebebasan untuk bercakap dengan adik-adik kat situ untuk mendapatkan beberapa maklumat berkenaan dengan keadaan mereka..aku memilih 2 kes..




Salah satunya kes seorang bayi berusia 1 tahun..yang dimasukkan ke hospital sebab jatuh dari buai..emm..bayi ni sangat comel!!dan apa yang memburukkan keadaan, dia memang telah menghidap ‘hydrocephalus’ sejak dari dalam kandungan ibunya..juga, minggu lepas, bayi ni telah didiagnos menghidap pneumonia..seronok berborak dengan ibu bayi ni..akak ni dengan senang hati untuk diinterview..dia peramah..dan ada jugak dia yang tanya soalan kat aku balik..antaranya pasal antibiotic..hihi..hebat jugak pengetahuan medical akak ni..banyak terminology perubatan yang dia tahu..bila dah lama berborak tu..barulah tahu..rupanya dia lecturer..

Alhamdulillah..clerkship kami minggu ni berjalan lancar..masing-masing berpuas hati..walaupun aku dengan jujurnya berasa sangat-sangat penat..sebab banyak berdiri dan berjalan-jalan..tapi, inputnya membuatkan kami tersenyum puas..dan nikmat Tuhan hari ni bertambah-tambah lagi..pagi-pagi semua ceria sebab biasiswa yang kami tunggu dah pun masuk..Alhamdulillah..segalanya adalah dari Allah..Dia Maha Tahu macam mana ramai yang tertunggu-tunggu..sungguh, tidak terhitung nikmat dariMu Ya Tuhan..moga-moga kita tidak kufur dengan segala nikmat-nikmat itu..sentiasalah bersyukur padaNya..juga, jangan lupa untuk infaq pada saudara-saudara kita di Palestin dan pada yang memerlukan..moga ada keberkatan padanya..InsyaAllah..


Wallahua'lam..

Friday, January 16, 2009

Peringatan bersama : 12 barisan di akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba'-18. Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....

Sekadar peringatan dan medium muhasabah diri sendiri..semoga kita tidak tergolong dalam salah satu barisan-barisan yang pertama hingga kesebelas itu..nau’zubillah..

Ya Allah..pandulah hidup kami sentiasa..jangan KAU tinggalkan kami walau sedetik pun..janganlah KAU palingkan hati-hati kami setelah KAU beri hidayah kepada kami..Amiin..





Wallahua`lam..

Wednesday, January 14, 2009

Clerkship : Minggu Pertama


Alhamdulillah..minggu pertama attachment kami di hospital berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan..segala pujian hanya layak untuk Allah s.w.t yang memudahkan segala-galanya bagi kami..untuk minggu ini, kami dikehendaki membuat report berdasarkan kes-kes yang dipilih dari Paediatric Ward..agak teruja sebab aku membayangkan kami akan jumpa kanak-kanak ni kat ward..tapi, rupanya..kami hanya merancang..alih-alih bila sampai di hospital, pharmacist untuk in-charge ward tu sedang bercuti..makanya, kami ditukarkan ke Neonates Intensive Care Unit (NICU)..

Hari pertama..kami diberi satu kes yang dipilih pharmacist bertugas..”I have one interesting case for you all to clerk in, very interesting”. Memang menarik..kes itu adalah kes referral dari hospital lain..apabila diteliti patient tu punya details..problem..therapy..and semua-semua tu..memang buat aku terkejut..kes itu adalah kes seorang bayi 3 bulan..tapi, bila tengok list of drugs sama ada past medications..current treatment..n everything..sangat mengejutkan kitorang..Maha Suci Allah..Dia berkuasa menentukan semuanya..bayi ni hanya berusia 3 bulan tapi medications dia sampai tak cukup form kitorang tu..pulak tu ubat-ubat tu kebiasaannya diambil oleh pesakit-pesakit yang dewasa contohnya Sildenafil (untuk treat pulmonary hypertension), Captopril dan Spironolactone (anti-failure drugs), Ranitidine (untuk treat GERD), oral Frusemide (diuretic), Combivent, Salbutamol, Dexamethasone, Hydrocortisone, Beclomethasone, Budesonide, Montelukast, Pulmicort (semua ni untuk treat respiratory failure), Nystatin (anti-fungal), Ciprobay (salah satu antibiotic dalam group fluoroquinolone), Maxolon (anti-emetic jenis metochlopromide), Sulferazone dan Cefepime(kedua-dua ini adalah antibiotic) dan lain-lain..

Selepas menyalin kes bayi ni..setelah berbincang sesame sendiri dan bersama preceptor, banyak issue yang timbul..kalau diikutkan pharmaceutical care issue (PCI), kami detect lebih kurang 10 PCI!itu belum masuk medical care issue..terasa berat jugak kepala memandangkan terlalu banyak ubat..maka akan banyaklah isunya..agak pening untuk mencari korelasi itu dan ini..kenapa ubat ni diberi..kenapa dosnya banyak ni..apa monitoring parameter..apa side effect ubat-ubat tu..memandangkan ubatnya saja, buat aku fikir..betapa kronik keadaan bayi ni..dan sungguh hebat dugaan Allah untuk mak dan ayah bayi ni..mengikut history, bayi ni dilahirkan dalam keadaan mengalami komplikasi yang agak teruk..dia lahir dalam keadaan jantung yang tidak normal apabila kedudukan aorta dan arteri jangtungnya telah bertukar posisi..dalam istilah ilmu perubatan dipanggil transposition of the Great Arteries.. bukan itu sahaja..dia juga mengalami masalah jantung berlubang (Patent Ductus Arteriosus), chronic lung disease yang telah menyebabkan dia juga mendapat pulmonary hypertension , respiratory depression dan pneumonia..dan masalah ini sudah tentu menyebabkan masalah pernafasan serius..oleh kerana itu, bayi ini bernafas sepenuhnya adalah bergantung pada oxygen supply dan mechanical ventilator..dan procedure ini adalah sangat berisiko untuk bayi ini mendapat bacteria infection kerana bayi adalah salah satu di antara immunocompromised group..dia juga telah dijangkiti dengan infeksi yang disebabkan oleh Klebsiella, Pseudomonas dan Stenotrophomonas maltophilia..membaca masalahnya sahaja membuatkan aku menggeleng kepala dan memikirkan..bagaimana masa hadapan bayi ni?apa perasaan mak ayah dia bila tengok anak diorang berada dalam keadaan yang kronik macam tu?Ya Allah..moga mereka diberi kekuatan dan kesabaran menerima segala ujian dariMu..

Bukan itu sahaja..selain masalah yang memang didiagnos oleh doktor..kesan-kesan sampingan dari ubat-ubat yang diberi tu jugak agak memburukkan keadaan..antaranya pengambilan oral Frusemide telah mengganggu kestabilan electrolyte dalam badan bayi ni dengan agak teruk..dan ini membawa kepada irreversible hearing impairment dan visual disturbances..kalau nak diceritakan satu persatu entah bila akan habis..lawatan kami ke ward tu untuk tengok sendiri bayi ni sangat memberi kesan pada aku..mungkin kerana ini pertama kali aku tengok real case yang macam tu..bukan tu je, bila kat dalam ward tu, banyak lagi kes-kes lain yang melibatkan bayi-bayi comel ni..sayu jugak hati bila tengok mak ayah diorang..masing-masing dengan wajah yang penuh dengan harapan untuk anak masing-masing..dan apa yang aku paling belajar..aku mesti melengkapkan diri sendiri dengan ilmu sebelum melangkah ke alam pekerjaan..sebab, segala yang dibuat, sangat mempengaruhi nyawa seseorang..dan sudah tentu..perkara itu akan memberi kesan pada orang lain disekelilingnya..apa yang penting, segala usaha haruslah disertai dengan doa dan tawakal pada Allah s.w.t yang di mana hanya Dialah yang berhak mengatur segala perjalanan sesuatu itu..

Intan..belajar!!

Wallahua`lam..

Saturday, January 10, 2009

The Kite Runner..


"For you, a thousand times over."
Dialog ini diungkapkan Hassan kepada Amir sewaktu zaman kanak-kanak mereka ketika Hassan berlari untuk mendapatkan layang-layang untuk diberikan kepada Amir..

Filem ini adalah filem berbentuk fiksyen dari Afghanistan..dua watak utama dalam kisah ini adalah Hassan dan Amir..Amir ialah seorang budak lelaki daripada etnik Pashtun manakala Hassan ialah anak kepada orang gaji mereka, Ali daripada suku Hazara...kedua-dua mereka begitu gemar dan mahir bermain layang-layang..keseluruhan filem ini banyak menekankan tentang persahabatan Amir dan Hassan..bagaimana tingginya pengorbanan Hassan sebagai seorang kawan kepada Amir yang sanggup melakukan apa sahaja demi Amir..’apa sahaja’..!



Ternyata, persahabatan yang ditunjukkan oleh Hassan tidak begitu dihargai oleh Amir..malahan Amir berasa cemburu kepada Hassan yang juga turut disayangi oleh bapa Amir kerana bersifat lebih ‘manly’ berbanding Amir..Hassan adalah pelindung Amir ketika dia dibuli..salah satunya ketika Amir dibuli oleh Assef, salah satu watak antagonist dalam filem ni..perasaan cemburu Amir semakin memuncak sehingga dia sanggup memfitnah Hassan dengan menuduhnya mencuri jam pemberian ayahnya..betapa baik hati Hassan, dia sanggup mengaku perkara tersebut walaupun dia tidak melakukannya..akhirnya, Hassan dan ayahnya meninggalkan rumah Amir..dan itu adalah pertemuan akhir mereka berdua..pemergian Hassan melegakan Amir..kerana dia tidak perlu risau akan kasih sayang ayahnya akan terus dikongsi dengan Hassan..tetapi, dia terus terperangkap dengan perasaan serba salah..dan sentiasa dibayangi kenangan-kenangan bersama Hassan..

Lima tahun kemudian, tentera Soviet Russia telah menceroboh Afghanistan..maka Amir dan bapanya terpaksa meninggalkan Afghanistan dan mereka menuju ke Peshawar, Pakistan..dan kemudian ke Fremont, California..kehidupan mereka diteruskan di sana..ayah Amir bekerja di stesen gas, dan setiap hujung minggu mereka akan menjual barang-barang terpakai di ‘flea market’ untuk mendapatkan perbelanjaan tambahan..di sana Amir bertemu dengan Soraya Taheri, yang berjaya memikat hati Amir..dan akhirnya mereka dinikahkan..sebelum mereka berkahwin, ayah Amir telah didiagnos menghidapi sejenis kanser ..dan setelah beberapa hari mereka berkahwin ayah Amir meninggal dunia kerana penyakit tersebut..perkahwinan Amir dan Soraya tidak memungkinkan mereka untuk mendapatkan zuriat sendiri…dan pada suatu hari..Amir telah mendapat panggilan daripada Rahim Khan,seorang kawan baik kepada ayah Amir..



"there is a way to be good again."..Rahim Khan meminta Amir untuk pulang ke Pakistan kerana dia juga sedang sakit dan dia berhasrat menceritakan sesuatu kepada Amir sebelum dia meninggal..maka, Amir pulang ke pakistan dan bertemu dengan Rahim Khan..hasil pertemuan tersebut, Amir mendapat tahu bahawa Hassan itu adalah saudaranya..Hassan bukan anak kepada Ali tetapi adalah anak kepada ayahnya!dan yang menyedihkan..Hassan telah mati sebelum terlebih dahulu mereka kembali bertemu..tanggungjawab Amir bermula apabila dia dikehendaki pergi ke Afghanistan untuk menyelamatkan Sohrab, anak kepada arwah Hassan di sana..

Dan..Amir pulang ke Afghanistan untuk menyelamatkan Sohrab di rumah anak-anak yatim di sana..sesampai di sana, Amir terpaksa mengenakan misai dan janggut palsu suapaya menyerupai orang-orang Taliban untuk mengelakkan kesangsian daripada puak-puak Taliban yang menguasai Kabul ketika itu..malangnya, lawatan Amir ke rumah anak-anak yatim tidak menjumpai Sohrab seperti yang diberitahu oleh Rahim Khan..Sohrab telah di’beli’ oleh seseorang..Amir berang..!dia merasakan pemilik rumah anak yatim itu pentingkan diri sendiri dan mengaut keuntungan dengan menjual kanak-kanak di situ..namun, sangkaannya meleset..hakikatnya, duit itu digunakan untuk membeli makanan kepada kanak-kanak disitu..pemilik rumah anak-anak yatim itu menyuruh Amir menghadiri perlawanan bola sepak jika mahu berjumpa dengan lelaki yang telah membeli Sohrab..

Amir berjaya mengatur pertemuan dengan lelaki yang dimaksudkan..tetapi, pada hari yang dijanjikan, lelaki yang lain yang datang bertemu Amir..lelaki tersebut bertanya mengenai Ali, Baba (bapa Amir) dan Hassan..dia memperkenalkan diri sebagai Assef, musuh Amir semasa zaman kanak-kanaknya..ternyata, misai dan janggut palsu yang dipakai oleh Amir tidak menghalang Assef untuk mengecamnya sejak dari hari perlawanan tempoh hari lagi..ternyata, Sohrab telah dilayan seperti kanak-kanak perempuan dengan tujuan untuk mereka berseronok apabila Sohrab dipakaikan pakaian perempuan dan diminta menari untuk menghiburkan mereka..(lebih mudah, sexually assaulted)..dan penari yang memakai pakaian tarian perempuan ini dikenali sebagai bacchá..atau dancing boy..Amir meminta mahu membawa Sohrab pulang bersamanya ke Amerika..dan ini menyebabkan Assef bertindak kasar memukul Amir dengan teruk..Sohrab menyelamatkan keadaan dengan melastik tepat ke muka Assef dengan menggunakan lastiknya..kemudian, mereka berdua berlari keluar dari tempat tersebut dan akhirnya mereka berjaya lolos dari Kabul dengan bantuan seorang pemandu pelancong bernama Farid..

Justeru itu, Amir membawa Sohrab pulang ke Amerika..dia berhasrat untuk menjadikan Sohrab sebagai anak angkatnya memandangkan dia dan isterinya tidak dikurniakan anak..sesampai di Amerika, Sohrab agak dingin dengan Soraya, isteri kepada Amir..dia memerlukan masa untuk menerima Soraya kata Amir..Sohrab terus berdiam diri sehingga pada suatu hari..Amir mengajak Sohrab untuk bermain layang-layang..Amir mengambil kesempatan untuk mengambil hati Sohrab dengan menceritakan kepada Sohrab tentang ayahnya, Hasaan..dia menggambarkan kehebatan Hassan ketika bermain layang-layang pada waktu dulu sehingga dicemburui oleh kanak-kanak lain..Sohrab akhirnya mula menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan Amir..semasa Amir berlari untuk mendapatkan layang-layang untuk Sohrab..dia kembali menyebut.. "For you, “a thousand times over." ..itu pengakhirannya..

Filem ini diadaptasi dari novel pertama hasil tulisan Khalid Hosseini..banyak isu dan mesej di sebalik jalan cerita filem ini..aku bukan pengkritik filem professional, ini sekadar pandangan dan huraian peribadi aku..mungkin banyak yang aku terlepas pandang terutamanya filem ini adalah sebuah filem Afghanistan..banyak yang ditonjolkan terutamanya dari segi sejarah Afghanistan itu sendiri..dan apa yang pasti, ini sebuah filem bertemakan persahabatan sejati..sanggup berkorban apa sahaja untuk kawan yang tersayang..aku berkira-kira..ada ke kawan sebaik dan seikhlas itu..?entahlah..tambah-tambah di zaman sekarang apabila kemewahan dunia lebih menjadi keutamaan..filem ini juga menonjolka amalan songsang rakyat Afghanistan seperti minum arak..berzina..berseronok..walaupun mereka bergelar Muslim..di samping itu, turut ditekankan perhubungan yang erat antara seorang anak dan ayahnya di mana seorang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan dan kebahagiaan seorang anak..

Ini hanya sebuah filem..untuk mengetahui apa yang aku maksudkan dengan 'apa sahaja' seperti di atas tu, tontonlah filem ini..atau baca saja novelnya..

Wednesday, January 07, 2009

Ayuh boikot..!

Entry ini lebih kepada untuk mengislahkan diri aku sendiri..takut jugak nak tulis entry ni..pasal isu boikot produk-produk Yahudi dan Amerika nih..sebab takut diri sendiri yang tak terbuat..tapi apabila difikirkan..terasa lagi gerun nak menjawab di sana nanti apabila ‘kewajipan’ menyampaikan dan mengingatkan sesuatu yang kita tahu hanya kerana takut dengan diri sendiri..aku jugak manusia biasa..realitinya, mungkin susah nak ubah sesuatu yang kita sudah biasa buat sekian lama..dan dalam konteks sekarang ni..nak boikot barang-barang dari pihak Yahudi dan Amerika nih..terutamanya produk-produk yang memang kita sudah sedia maklum..sudah sekian lama tersemat dalam diri antara kita..antara yang popular mestilah tabiat makan fastfood macam mcD..KFC..pizza..secret recipe..nikmat dunia! teruknya aku..selama ni aku sudah sedia maklum pasal ni..tapi, MasyaAllah..nafsu untuk mengecap kepuasan untuk kepentingan diri sendiri itu lebih mendominasi..Astaghfirullah..aku memohon keampunanmu Ya Allah..



Jadi, dengan penuh rasa rendah diri..di tahun baru ini..aku pun nak ajak korang yang membaca entry ni untuk kita sama-sama memboikot barang-barang dari Yahudi dan Amerika nih..jom kita sama-sama berjihad melawan nafsu diri sendiri yang memang susah nak kawal ni..mungkin ini salah satu cara kita nak membantu saudara-saudara Palestin kita yang teruk dizalimi..kita lantang bersuara, memprotes, mengutuk dan macam-macam bila Palestin kena serang..tapi pada masa yang sama kita menyokong diorang secara tidak langsung dengan terus menggunakan produk-produk itu..semoga Allah mengampunkan segala ketelanjuran kita..dah berapa banyakla yang kita sumbangkan untuk Yahudi terus menzalimi rakyat-rakyat Palestin ni..Ya Allah..ampunkan kami..

Berita pemboikotan barangan Israel dan US ini telah lama diperjuangkan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi dan oleh para ulama Islam yang lain, dan hal ini telah mula disebut dan didengari kembali sejak kebelakangan ini..dan alhamdulillah Malaysia juga sudah nampak mahu mengambil bahagian dalam isu sebegini..semoga kita terus diberi kekuatan untuk terus menyokong rakyat-rakyat Palestine..


Aku merenung tanpa kata..hanya doa penguat jiwa..

Siapa kita?

aku yang sering alpa,
nasihatkan aku sentiasa..
~intan masyitah~

Wallahua`lam..

Tuesday, January 06, 2009

Untukmu Palestin..




Terjemahan Doa qunut

Ya ALLAH, Segala Puji hanya untukMU
Engkaulah cahaya langit dan bumi
Dan bagiMU segala Puji
Engkaulah Pendiri langit dan bumi
Dan bagiMU segala Puji
Engkaulah Tuhan bagi semua langit dan bumi
Beserta segala yang ada di dalamnya
Engkaulah yang Haq (Maha Benar) dan JanjiMU benar
Dan berjumpa denganMU adalah suatu kebenaran dan SyurgaMU adalah benar
Dan NerakaMU adalah benar dan hari Kiamat itu benar
Ya ALLAH, kepadaMU kami berserah diri
Dan kepadaMU kami beriman dan kepadaMU kami bertawakal
Dan kepadaMU kami kembali dan bersamaMU kami berhujjah
Dan kepadaMU kami menegakkan hukum
Maka ampunilah kami dan dosa-dosa kami yang lalu dan yang akan datang
Dan dosa yang dilakukan tersembunyi (tidak sengaja) dan yang jelas (disengajakan)
Dan dosa-dosa yang Engkau lebih Mengetahui daripada kami
Engkaulah yang Pertama dan Engkaulah yang Terakhir
Dan Engkau Berkuasa atas segala sesuatu
Ya ALLAH, tunjukilah kami bersama-sama orang-orang yang Engkau tunjuki
Dan sihatkanlah kami bersama-sama orang-orang yang Engkau sihatkan
Dan pimpinlah kami bersama-sama orang-orang yang Engkau pimpin
Dan berikanlah berkah terhadap apa-apa yang Engkau anugerahkan kepada kami
Dan lindungilah kami dari keburukan ketentuanMU
Sesungguhnya Engkau memberikan ketetapan dan tidak ada satupun manusia yang membuat ketetapan terhadapMU
Sesungguhnya tidaklah hina orang yang menjadikanMU sebagai pelindung
Dan tidak akan memiliki kemulian orang yang menentangMU
Engkaulah pemberi berkah, wahai Tuhan kami dan Engkau pulalah yang Maha Tinggi
Segala Puji bagiMU atas segala ketentuanMU
Dan syukur bagiMU atas segala anugerahMU
Kami mohon ampun kepadaMU ya ALLAH atas segala dosa-dosa
Dan kesalahan-kesalahan dan kami bertaubat kepada Engkau
Ya ALLAH, anugerahkanlah kepada kami rasa takut kepadaMU
Sehingga dapat menjadi penghalang yang membatasi kami dari perbuatan maksiat kepadaMU
Dan anugerahkanlah kepada kami ketaatan kepadaMU yang menghantar kami ke dalam syurgaMU
Dan anugerahkanlah keyakinan yang dapat menjadikan mudah
Segala musibah dunia yang menimpa kami
Dan perkuatkanlah kami ya ALLAH dengan pendengaran dan penglihatan
Dan kekuatan kami selama Engkau memberi kehidupan kepada kami
Dan jadikanlah semua itu warisan bagi kami
Dan berikanlah balasan kepada orang-orang yang menzalimi kami
Dan berikanlah pertolongan kepada kami dari orang-orang yang memusuhi kami
Dan janganlah Engkau jadikan cubaan bagi kami pada Agama kami
Dan janganlah Engkau jadikan dunia menjadi cita-cita utama kami
Dan bukan sebagai tujuan akhir dari pengetahuan kami dan bukan kepada Neraka tempat kembali kami
Dan jadikan Syurga sebagai tempat tinggal kami
Dan jangan Engkau berikan kekuasaan kerana dosa kami
Kepada orang yang tidak takut kepada Engkau dan tidak mengasihi kami
Ya ALLAH, selamatkanlah Agama kami yang merupakan keselamatan urusan kami
Dan perbaikilah dunia kami yang merupakan tempat kehidupan kami
Dan perbaikilah bagi kami, akhirat kami yang merupakan tempat kembali kami
Dan jadikanlah hidup kami bertambah dalam setiap kebaikan
Dan jadikanlah kematian kami sebagai akhir dari setiap keburukan
Ya ALLAH, Sungguh kami memohon telaga rahmatMU
Dan berharap luasnya ampunanMU
Dan mendapat bahagian dari setiap kebaikan
Dan keselamatan dari setiap dosa
Dan kebahagiaan dengan (mendapatkan) Syurga dan diselamatkan dari api Neraka
Ya ALLAH, ampunilah kami dan rahmatilah kami
Dan bebaskanlah leher kami dari jerat api Neraka
Ya ALLAH, ampunilah kami dan rahmatilah kami
Dan bebaskanlah leher kami dari jerat api Neraka
Ya ALLAH, ampunilah kami dan rahmatilah kami
Dan bebaskanlah leher kami dari jerat api Neraka
Ya ALLAH, kepada Engkaulah kami beribadah, dan hanya untukMU solat dan sujud kami
Dan kepadaMU kami menuju dan kepadaMU kami tunduk
Kami mengharapkan rahmatMU dan kami takut terhadap seksaMU
Sesungguhnya seksaMU sangat menistakan terhadap orang kafir
Ya ALLAH, Engkaulah ALLAH tidak ada Tuhan melainkan Engkau
Engkau Maha Kaya sedangkan kami fakir
Turunkan kepada kami hujan (rahmat)
Dan janganlah jadikan kami segolongan orang-orang yang sombong


Ya ALLAH, tolonglah kami! 3X
Ya ALLAH, turunkanlah hujan rahmatMU
Bukan hujan yang membawa seksa, kehancuran dan banjir
Ya ALLAH, kami memohon kepadaMU dengan setiap namaMU
Yang Engkau telah memberikan nama itu atas DzatMU
Atau Engkau turunkan nama itu dalam kitabMU
Atau Engkau beritahukan nama itu kepada seseorang diantara makhlukMU
Atau Engkau muliakan nama itu pada `ilmu yang ghaib disisiMU
Agar Engkau jadikan al-Qur`an yang mulia sebagai penghibur hati-hati kami
Dan sebagai cahaya bagi dada-dada kami dan penghilang kesedihan-kesedihan kami
Dan penghilang kebingungan dan kesusahan kami
Ya ALLAH, wahai yang mendengar setiap bisikan
Dan wahai Dzat yang menjadi akhir segala pengaduan
Wahai Dzat yang Maha Agung kurniaanya
Wahai Dzat yang luas pengampunannya
Wahai Dzat yang lebih dahulu memberikan nikmat sebelum diminta
Wahai Pemimpin kami dan Penolong kami
Kami memohon kepadaMU supaya Engkau memberikan rahmat kepada kami dengan kemuliaan Al-Qur`an yang agung
Ya ALLAH, berikanlah kami rahmat dengan kemuliaan al-Qur`an yang agung
Dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk dan rahmat
Ya ALLAH, ingatkanlah kami dengannya apa-apa yang telah kami lupakan
Dan berikanlah kami pengetahuan dengannya apa-apa yang kami tidak tahu
Dan berikanlah kami rezeki untuk dapat membacanya pada malam dan siang
Dari arah yang Engkau redha atas kami
Ya ALLAH, berikan keteguhan pada pemimpin-pemimpin kami kepada hal yang Engkau cintai dan redhai
Dan bimbinglah jiwa-jiwanya untuk berbuat kebaikan dan ketaqwaan
Ya ALLAH, berikanlah kepadanya petunjukMU
Dan jadikanlah amalannya sebagai amal soleh untuk mencari redhaMU
Dan berilah dia orang kepercayaan (penasihat) yang soleh
Yang menunjukkannya kepada kebaikan dan menolongnya atas kebaikan itu
Ya ALLAH, Dzat yang menurunkan kitab
Yang menjalankan awan, menghancurkan musuh-musuh
Tolonglah saudara kami yang berjuang disetiap penjuru tempat 2X
Ya ALLAH, sesungguhnya musuh-musuh mereka tidak akan bisa mengalahkanMU dengan sesuatu pun
Maka perlihatkan kepada kami ya ALLAH keajaiban kuasaMU atas mereka
Ya ALLAH, seksalah mereka dengan seksaan yang kuat dan dahsyat 2X
Ya ALLAH, sesungguhnya kami menjadikan Engkau berada di leher-leher mereka
Dan kami berlindung kepadaMU dari kejahatan mereka
Ya ALLAH, perlihatkan mereka atas kami pada hari yang kelam (Kiamat) 3x
Ya ALLAH, berikan pertolongan kepada kami, kaum Muslimin yang tertawan 3x
Dan kembalikanlah mereka kepada keluarga dengan keselamatan dan kesihatan
Ya ALLAH, seluruhnya dari mereka wahai Dzat Pengasih dan Penyayang
Ya ALLAH, berikan tipu-daya atas orang-orang yang berbuat tipu-daya kepada mereka (kaum Muslimin) wahai Dzat yang Maha Kuat dan Maha Perkasa


Ya ALLAH, sesungguhnya kami memohon petunjukMU
Dan kami memohon ketaqwaan, harga diri dan kekayaan
Ya ALLAH, berikanlah kami kekayaan dari yang halal bukan yang haram
Dan berikanlah kekayaan dari keutamaanMU bukan dari selainMU
Ya ALLAH, sesungguhnya kami memohon kepadaMU untuk bisa berbuat baik
Dan jauh dari perbuatan mungkar serta berikan perasaan menyayangi orang miskin
Dan supaya Engkau mengampuni, merahmati serta menerima taubat kami
Dan apabila Engkau menghendaki fitnah pada suatu kaum
Maka dahulukanlah (wafat) kami kepadaMU dengan tidak mendapatkan fitnah tersebut
Ya ALLAH, sesungguhnya kami memohon cintaMU dan cinta orang-orang yang mencintaiMU
Dan mencintai amal yang akan mendekatkan kami kepada cintaMU
Ya ALLAH, terimalah amal kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui
Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang
Ya ALLAH, sesungguhnya kami berlindung dengan keredhaanMU dari kebencianMU
Dan kami berlindung dengan afiatMU dari seksaMU
Dan kepadaMU serta dariMU segala nikmat kami tidak bisa menghitung Pujian atasMU
Seperti Engkau telah memuji atas DzatMU
Dan limpahkanlah selawat atas Nabi kami Muhammad dan kepada ahli keluarga, sahabat dan para pengikutnya.

..ALLAHumma Amiin..

*sama-sama kita aminkan doa ini..sesungguhnya segala-galanya berlaku atas kehendakNya dan hanya Allah s.w.t yang boleh membebaskan Palestin dari musuh-musuh terlaknat itu..

Wallahua`lam..

Sunday, January 04, 2009

Apa dosa kami..?










Celaka Zionis!

::Untuk semua saudara-saudaraku..sama-sama kita tadah tangan..berdoa untuk mereka-mereka di Palestin ini..::

::Tiada Dzat lain..hanya Allah s.w.t yang dapat membantu..::

Laailahaillah muhammadurr rasulullah..

Wallahua`lam..

Friday, January 02, 2009

Monolog harapan


Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Aku mohon petunjukMu Ya Allah untuk aku dan rakan-rakan mengharungi semester ini..KAU lapangkanlah dada kami untuk menerima segala ilmu yang diajar..semoga segala ilmu itu membawa manfaat bagi kami untuk kehidupan sementara di dunia ini dan kehidupan di sana yang lebih abadi..


Perjuangan kami telah bermula bagi semester baru ini..peluang terakhir untuk kami melakukan kesilapan..dikritik..dipantau..ditegur dan dimarah oleh lecturer-lecturer sebelum masing-masing melangkah ke alam pekerjaan..terasa berat memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul..juga mula membayangkan diri-sendiri yang bakal menjadi decision maker yang juga akan mempengaruhi orang lain..apapun cabarannya,itu semua amanah buat kami..amanah yang akan ditanya nanti..

Semoga segalanya Allah permudahkan..Amin..

Jom hayati!
'doa Rabitah'..
Munsyid : Izzatul islam

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela


Wallahua`lam..

Thursday, January 01, 2009

Hukum Sambutan Tahun Baru Masehi..

Soalan

Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?


Jawapan Ust Zaharuddin

Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identity Islam yang tersendiri.


Adapun, menyambut tahun baru Masehi (yang dikira menurut awal kelahiran Nabi Isa as), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat. Syarat-syaratnya seperti berikut :-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam keagamaan, maka saya masih merasakan HARUSNYA kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat "

ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali di Kelantan atau dalam sebuah Negara yang pemimpin dan rakyatnya mempunyai ilmu agama yang baik. Justeru, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

Sekian


Ust Zaharuddin

www.zaharuddin.net