Sunday, May 24, 2009

Gen-Y??


Alhamdulillah..
Sebahagian hari Sabtu aku dihabiskan menghadiri program diskusi santai.. “Sepetang Bersama Ustaz Hasrizal” di Institut Latihan Perindustrian, Kepala Batas..syabas dan terima kasih kepada penganjur..diskusi itu bertajuk..`Cabaran Beragama Gen-Y`..

Gen-Y tu apa?
Itu soalan pertama yang berlegar difikiran tatkala meneliti poster program itu..mungkinkah soal genetic yang menentukan jantina seseoang tu ke?tapi apa kena mengenanya dengan cabaran beragama..pasti seronok dan menarik diskusi ini..!

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal..pelawaan seorang kawan untuk membantu mendaftarkan nama bagi program ini sangat2lah di hargai..hehe..jkk ya Amal..juga adikmu..Kauthar..

Gen-Y
Oh..ini rupanya maksud gen-y itu..maknanya adalah generasi why..ataupun..generasi sekarang yang gemar bertanya..kenapa begitu?kenapa begini?Gen-Y ini adalah diberikan kepada generasi yang lahir pada tahun 1980 dan ke atas..generasi yang kebanyakan mereka dinilai kecemerlangannya adalah berdasarkan berapa bilangan A yang diperoleh..

Penceramah ini memang terkenal dengan terminologi-terminologi baru dan segar..aku suka dengan fikrah dan idea-idea beliau..idea yang simple, namun digarap kreatif untuk menarik kita berfikir secara serius..slide pembentangannya juga menarik!syabas ustaz!

Pengisian..
Hasil dari penyampaian beliau..banyak yang boleh difikir bersama..dan tentunya dalam membetulkan diri sendiri..bagaimana mendefinisikan erti kecemerlangan diri..melihat semula erti hidup..”Apa sumbangan aku untuk orang lain?”..betapa aku hidup dalam keadaan serba ada..namun, sejauh mana aku bersyukur pada Dia..?bagaimana menghayati kehidupan untuk hidup di akhirat?..bagaimana yang dikatakan ilmu yang berstruktur?dan pelbagai perkara yang betul-betul mencernakan fikiran..

Generasi-Y..bertanyalah untuk mendapatkan jawapan..jawapan yang boleh mendekatkan kita dengan Tuhan..

Soalan cepumas;
“Adakah kita hebat untuk masuk syurga”??

Wallahua’lam..

2 comments:

irshadian said...

tapi memang tepat la, soalan tujuan hidup kita tu la the ultimate soalan among gen y.

aku mmg merasainya..

INTAN MASYITAH RUMLI said...

aah..you should read Cogito Allah Sum tu..

byk soalan2 gen y dalam tuh..