Thursday, July 23, 2009

Posting!


Alhamdulillah..penantian kami berakhir..debaran yang larut ini makin mendebarkan juga kian surut..akhirnya segala persoalan dan ramalan di mana bakal kami mencurah bakti terjawab semalam..dan jika tiada aral dan halangan, InsyaAllah minggu hadapan kami akan melapor diri sebagai pegawai farmasi di tempat yang telah ditentukan..

Macam-macam respon dan cerita dari kawan-kawan yang lain..ada yang dapat berbakti di hometown sendiri termasuk aku..ada yang dapat tempat berkhidmat yang langsung tidak ada dalam pilihan..ada yang dapat pilihan kedua dan ketiga..ada yang jauh sangat..ada yang dekat sangat..dan semuanya pasti terselit hikmah yang mana Allah sahaja yang mengetahui..untuk yang masih ragu-ragu..takut..risau..untuk 'pergi' jauh dari kampung halaman..ingatlah, Allah sentiasa bersama kita..

Terkesima.Semalam selepas aku tahu di mana aku bakal bekerja, mak orang yang paling gembira..sampai menangis!dalam menangis tu mak kata;

"Allah dengar doa mak siang malam..mak memang tak mau dah akak pergi jauh2..cukupla 4 tahun.."

Alhamdulillah..yang paling penting sekarang..perkhabaran ini sangat menyenangkan hati mak dan abah aku..rupanya selama ni..bila aku gurau-gurau nak keja di Sabah..mak kecik hati..tapi, mak diam je..bila berborak pasal posting..aku akan cakap..

"Mak, ntah2 akak dapat Sabah.."

Tiada respon.

Abah?cool je..

"Kalau akak dapat Sabah, kita semua pindah pegi Sabah"..
kata abah

Akhirnya, semua sangkaan dan tekaan itu terjawab..aku masih setia disini..bakal berkhidmat di negeri sendiri..Penang!

Persoalan sekarang..hospital mana??kalau di GH Penang, aku tetap kena stay rumah sewa..kerana lokasinya adalah di sebelah pulau..jika di Hospital Bukit Mertajam atau Hospital Seberang Jaya..dengan seronoknya aku tidak perlu menyewa rumah..!mana-mana pun aku terima..

Untuk semua kawan-kawan..selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berhemah..

Maha Suci Allah..hanya Engkau Yang Maha Berkuasa dan Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu..



2 comments:

Manar said...

pasti ada hikmah di atas setiap yang terjadi =)
dekat, jauh itu hanya jarak yg memisahkan sementara dgn org tersayang...yang penting kita semua ikhlas bekerja, ameen =)

INTAN MASYITAH RUMLI said...

Ameen..apa yang penting..kita bekerja kerana Allah..cuba ikhlaskan diri dan redha dengan segala yang ditetapkan...yang lain tawakal pada Dia..InsyaAllah..segala rancangan dari Allah pasti yang terbaik buat kita, no doubt..

So, selamat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi..