Wednesday, September 24, 2008
=)
Segala puji bagi Allah..Tuhan sekalian alam…kesempatan ber’blog’ malam terakhir sebelum balik kampung untuk seminggu ,Insya`Allah pada esok petang..semoga segalanya dipermudahkan..setelah 2 minggu bertungkus-lumus dengan semua tanggungjawab dan amanah..sesungguhnya belajar itu ibadah..semoga apa yang kita lakukan adalah ibadah keranaNya..maka esok,dapat jugak balik kampung..untuk seminggu semestinya untuk sambut Syawal..bulan kemenangan kita!!Sedih pikirkan Ramadhan yang bakal pergi..ntah2 dapat lagi ke peluang bertemu dengan Ramadhan seterusnya..aku selalu berpikir..macamanelah puasa aku..amalan aku..diterima ke??Wallahua`lam..Innallaha a`lakullisyai inqodiir....banyakkan doa..agar segala amalan kita diterima oleh Allah s.w.t..sesungguhnya hanya RahmatNya yang kita harapkan..
Seronok pikirkan nak balik..jumpe family..tapi..bile pikir ape yg menunggu selepas bercuti tu..MasyaAllah..antaranya..final exam untuk semester ni..secara ikhlas dan jujur aku memang belum bersedia..banyak yg belum cover..site project presentation..presentation untuk subjek2 tertentu..thesis writing..presentation thesis..replacement class yang berderet2..semua yang memang menuntut komitment dan kesabaran yang tinggi..Insya’Allah..sama-sama kita berikan yang terbaik..semester ni bakal berakhir dalam 2 bulan je lagi..betapa masa pantas berlalu..
Pastinya..raya tahun ni agak berbeza..setelah beberapa tahun tak balik kampung mak..akhirnya..rezeki tahun ni..akan sambut raya kat Bentong, Pahang..sedih sebab tak dapat raya kat Penang..ngan kawan-kawan sekolah..tak dapat jumpa Amal..jumpe cikgu-cikgu..tapi,takpelah..yang penting mak happy..dah berapa tahun kebelakangan ni mak sacrifice ikut kitorng yg prefer beraya kat Penang..jadinya tahun ni..kitorang la pulak berkorban..ada hikmahnya..mungkin raya tahun ni..akan merapatkan lagi silaturrahim antara sedara2 sebelah mak yang memang sebelum ni kitorang tak kenal sangat..mungkin sebab jarang jumpa..
So, pada semua kawan-kawan..muslimin dan muslimat..saudara-saudara seagamaku..”Eid Mubarak”!!Selamat Hari Raya Aidilfitri..maafkan segalanya..kita manusia biasa, kesilapan dan ketelanjuran kata tu kekadang tanpa sedar kita buat..apepun, dalam keseronokan kita beraya nanti jangan lupa pada saudara-saudara kita di Palestin..Iraq..Lubnan..yang terpaksa berjuang untuk meneruskan kelangsungan hidup..sentiasalah bersyukur dengan segala nikmat yang Tuhan bagi ni..jangan nanti kita ditanya “Fabiayyiaalaairabbikumaatukazziba”(maka nikmat Tuhan yang manakah telah engkau dustakan)..Surah Al-Rahman
Alhamdulillah..Allahuakbar..Subhanallah..=)
Wallahua`lam..

Friday, September 12, 2008
Erti sebuah tangisan..
“…dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis..”
(an-Najm:43)
Menurut Ibn Qayyim, terdapat 10 jenis tangis iaitu :
- menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
- menangis kerana rasa takut
- menangis kerana cinta
- menangis kerana gembira
- menangis kerana menghadapi penderitaan
- menangis kerana terlalu sedih
- menangis kerana terasa hina dan lemah
- menangis untuk mendapat belas kasihan orang
- menangis kerana terikut orang menangis
- menangis orang munafik-pura-pura menangis
Tangisan memadamkan api neraka..
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi, maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada satu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka”.
Air mata taubat Nabi Adam a.s yang menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana takut terhadap dosa yang telah dilakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air mata itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga sengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata Adam lalu berkata; “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu telah mempersendakannya, maka bertambah kuat dia menangis. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,
“ Hai Adam sesungguhnya belum pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubatmu!.”
Air mata yang tidak dituntut..
Jangan menangis jika tidak tercapai cita-cita. Jangan menangis ketika menonton filem-filem sedih yang ternyata hanya lakonan, Jangan menangis kerana cinta tidak berbalas kerana si dia mungkin bukan jodoh kita, jangan menangis kerana tidak mendapat pekerjaan yang diidamkan kerana mungkin kita kurang membuat persediaan, jangan menangis kerana kehilanhan harta dunia mungkin kerana kita kurang beramal dan bersedekah, jangan..jangan..dan jangan..
Dari situ simpanlah air mata sebagai bekalan untuk menginsafi di atas kesilapan dan kecuaian yang melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah Allah s.w.t. Serulah air mata itu dari penyembunyiannya agar menonjolkan dii bagi membersihkan hati dan agar ia dapat menyucikan dosa-dosa kita. Rasulullah bersabda yang bermaksud :
« Ada dua jenis mata yang tidak tersentuh api neraka iaitu mata yang menangis di waktu malam kerana takut kepada Allah SWT dan mata yang menjaga pasukan fi sabilillah di waktu malam »
Berkata Salman Al Farisi r.a : “ Aku menangis kerana 3 perkara :
1-Berpisah dengan Rasulullah
2-Ketakutan seseorang yang berkuasa melihat malaikat Izrail datang mencabut nyawanya
3-Aku tidak tahu sama ada aku diperintahkan untuk ke syurga atau neraka
Rasulullah s.a.w bersabda: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara berikut :
1-Apabila dahinya berpeluh
2-Air matanya berlinang
3-Hidungnya keluar cecair seperti hingus
Perkara tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mati (riwayat dari Salman al Farisi)
Wallahua`lam..
Wednesday, September 10, 2008
untitleD..
Minggu ni attachment kat hospital macam biase..Selasa dan Rabu..minggu ni giliran group aku pulak kat in-patient department..sangat seronok..memang banyak yg kitorng belajar..rasenye the core of a hospital tu..memang kat in-patient department kot..pengalaman 1st day..kitorng kena wat bedside counseling..ni ..bedside counseling ni maknenye kena g ward, antar discharge medicines then bagi kaunseling kat pesakit macamane nak gune ubat tu, bila nak makan, kalau ade yg kena inject insulin, bgtahu dy macamane nak gune injector tu..banyak g lah..aku org last yg kena counsel patient kat situ..at first macam tak nak sebab tak confident..tu la..said is easier than done!!memula kitorng ke nephro ward..bile masuk..Allah..sebak pulak tgk pesakit-pesakit kat situ yg memang majority orang-orang tua..kesian sangat..ade yg tengah hemodialysis..ade yg macam mengerang maybe sebab sakit..ade yg tido terlantar..macam-macam gaya..memang agak menginsafkan aku..terkejut bile tgk dyrng punye stok ubat berkotak-kotak..sangat banyak dan jangan ingat kita yg muda-muda ni tak leh dapat sakit2 kronik macam tu..jadinya, hargailah kesihatan kita selagi belum sakit mane2 ni..kalau Allah dah tarik mane2 nikmat kesihatan tu..memang kena depend ngan ubat je la..masa kat nephro ward tu aku tak counsel mane2 patient sebab sibuk dok observe patient kat situ..hehe..
Then, kitorng ke VIP ward..disebabkan aku belum counsel sape2..tetibe kat ward VIP tu..Ms Pharmacist tu suruh aku pulak g counseling patient tu..ingt dah terlepas..nape aku pengecut semacam ek hari tu??ntahla..sebab dah disuruh..aku try la jugak..alamak, bile dah name VIP ward tu..org2 yg kat dalam tu pn memang VIP lah..patient yg aku kena counsel tu pn memang educated!!aku ingt list drugs dy..perindopril(conversyl), aspirin, omeprazole, glicazide, lovastatin, regular dan NPH insulin, cefuroxime..memang nampak simple..tp bile dah kat situ..Tuhan je yang tahu..macamane nervous n berpeluhnye aku walaupun ward tu fully air-cond..lagi bertambah kalut bile aku perasan patient ni memang jenis yg suke membaca magazine kesihatan..hoho..byk dy tahu nih.. sesi kaunseling bermula.. Bismillahirrahmaanirrahim..aku pn merapu2 cakap..hehe..ok je..ade jugak yg encik ni betulkan aku sebab dy memang biase amek Conversyl tu..malu pulak rase..then, dy siap tnye mechanism of actions glicazide..Alhamdulillah aku ingt jugak.. thanks groupmates aku yg tlg2 time tu..ye la, dyrng ade yg kena counsel pasal cara nak amek PCM je..patient VIP ni ade gak tnye pasal kenapa statin drug ni buat dy sakit2 badan..pharmacist tu kate memang tk leh nak elak..itu memang side effect ubat tu..maknanya..benefits outweigh the undesired effects..nasib baik Humapen takde time tu, kalau tak menggelabah lagi aku nak kena demo cmne nak gune Humapen plak..apepun, sangat seronok..kitorng betul2 belajar..
2nd day..kitorng dapat chance jadi ward supply pharmacist..kitorng kena screen PS, then, isi trolley ubat utk surgical ward..memang kelakar..ade yg cari ubat tk jumpe..tersilap dosage..baru buat PS yg simple, tp gempak n havoc satu pharmacy department ngn suara ktrng..sangat2 buat aku sedar..belajar betul2 sebelum keje..sebab everything yg aku bakal buat, semuanya melibatkan nyawa org..kite dah diberi kepercayaan dan amanah..jgn sia2kan..kalau tersalah langkah..pesakit yg tanggung risiko..ade satu mende yg ktrng akan ingt sampai bila2..Metronidazole tu bukan antifungal!!!!sebenarnya antibiotic..memang selama ni aku ingt antifungal sebab azole group..actually bukan, salah konsep rupenye aku..kitorng abes awal 2nd day tu..kul 12..terus tekad nak balik UiTM sendiri ngan teksi..dapat pulak uncle teksi yg kaki berborak..sepanjang jalan ke Shah Alam kitorng borak2 ngn dy..uncle tu ajar kitorng berbahasa..uncle tu fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Hakka, Kantonis, Tamil, Benggali, loghat Kelantan, Siam ckit2, Jepun skit2,macam2 la..seronok dgr dy membebel..n jugak menimbulkan minat nak belajar bahasa2 lain esp Mandarin ke..bukan ape..nanti dah keje akan gune..sebab tu masa bed side counseling bile ade patient yg Chinese yg agak berumur, pharmacist tu yg buat..sebab patient tu tk paham B.Malaysia..rugi jugak sebab tk paham ape mende dyrng cakap..belajar bahasa pn kire ilmu jugak..tk rugi belajar..sebab akan gune..boleh elak dari kena tipu dgn bangsa lain..dan yg penting kite Malaysian mesti international..boleh berbahasa-bahasi..insya`Allah kalau ade peluang dan kesempatan kenapa tidak..

Monday, September 08, 2008
Ada apa dengan buku???!!
Alhamdulillah..Sekarang aku dah ade lebih kurang hampir 100 buah buku-buku bukan akademik dalam koleksi peribadi yang paling aku sayang..sebenarnya lagi banyak..tapi banyak gak yang misplace..ade yang org pinjam..pastu tak pulangkan..tapi,takpe..aku halalkan..sebab ilmu ni untuk dikongsi..boleh je kalau nak pinjam-pinjam ke..itu satu kepuasan bagi aku..sharing is caring haha..by the way..aku memang suke membaca..kekadang tahap obsess..boleh jadi ignore orang sekeliling kalau dah dapat buku yang best dan ‘berisi’..seronok membaca ni..banyak benda bole tau..banyak benda baru yang aku belajar dari setiap buku..dari setiap penulis..semua material aku baca..kecuali novel-novel cinta fantasi yang membawa kepada angan-angan tu..tak minat..sastera melayu pun minat..ade seorang kawan aku komen..”Ko mesti jiwang sebab minat baca buku-buku sastera”..tergelak aku dengar..aku kate..”Ye ke..biase je..sastera tu indah..bahasanye lembut dan tersusun..tak direct..tapi penuh makna..”..terdiam dy..hehe..ade yang pelik bile aku kate aku minat bace buku motivasi..dy kate kalau baca banyak pn..diri sendiri adalah motivasi terbaik..aku ada pendapat sendiri kenapa aku suka membaca..dan semestinya aku tak kate buku itu adalah motivasi terbaik!!
Jawapan paling tepat..Allah s.w.t adalah motivasi terbaik dan utama kita..jangan jadikan sumber-sumber lain termasuk buku ke..sebagai rujukan utama selain kembali kepada Allah dan Al-Quran dan As-Sunnah..aku membaca of course la sebab aku tak tahu banyak benda..banyak ilmu yang aku tak boleh dapat dari kuliah-kuliah lecturer dekat universiti..kalau kat u..ilmunya merangkumi ilmu-ilmu farmasi semestinya..tapi, dari segi ilmu-ilmu lain..kat mana lagi nak belajar..prinsip aku..mencari ilmu sepanjang hayat…Seperti sabda Rasulullah s.a.w..
“Tolabal i`lmu faridoh a`la kulli muslimin wa muslimat..”
(menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas orang-orang Islam baik lelaki mahupun perempuan)
Aku mengaku..masa sekarang aku memang kurang berkesempatan nak bagi full commitment pegi ke kuliah-kuliah agama ke..kuliah tafsir..majlis-majlis ilmu..mungkin kerana faktor masa yang mendesak dan terhad..jadinya,aku rasa membaca buku itu jalan yang terbaik untuk belajar sesuatu…Alhamdulillah, hampir semua hal-hal menguruskan kehidupan, pemikiran, setiap sudut ruang gerak geri kita, soal hukum-hakam, halal haram, setiap karakter-karakter manusia pilihan yang boleh dijadikan teladan dan ikutan (para nabi, para wali, para ulama`), orang-orang yang berjaya, orang-orang yg gagal tetapi tabah dan tidak mengenal putus asa, dan bermacam-macam hal..semuanya mudah didapati..membaca pun salah satu ubat hati..dengan syarat..pilihlah material-material yg berfaedah dan “berisi”..tak rugi banyak membaca..sebab ilmu itu sangat penting..ape yang penting, salah satu faedahnya..bila membaca ni..lagi banyak membaca..lagi banyak kita sedar yang kita ni sangat-sangat kerdil..sangat-sangat lemah dan hina..sekurang-kurangnya mungkin kita dapat bermuhasabah diri tentang hakikat penciptaan kita sebagai manusia ni..apa ertinya kita hidup..untuk apa..apa erti Allah cipta kita di dunia ni..siapa kita??Apa erti kita menganut Islam..at least kalau kita membaca, kita tahu apa masalah masyarakat sekeliling..apa peranan kita sebagai saudara seIslam..Allah..sangat banyak kalau nak sebut satu persatu..
Apepun, tujuan aku menulis pasal menda ni, bukan tujuan nak bangga diri atau apa..sekadar berkongsi rasa dan buah fikiran aku..mungkin ini salah satu sumbangan yang mampu aku buat..tapi, jangan terlalu taksub pulak sampai asyik baca buku je sampai ignore pulak keje2 lain..dalam ape2 pun, jangan kite melampaui batas..banyakkanlah membaca Al-Quran dan hayati terjemahannya..itu adalah sebaik-baiknya.. jom kita renung2kan dan hayati terjemahan surah Al-A`laq (ayat 1-5) ni..
“Bacalah, bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan, yang telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Mulia, yang mengajarkan kepada manusia dengan perantaraan qalam (tulisan;al-Quran), mengajarkan kepada manusia apa sahaja yang belum diketahuinya..”
p/s : try baca buku "Demi Masa" oleh Haji Abu Hassan Morad.."Haruskah Melayu terus bertongkat untuk meneruskan cabaran masa depan..atau harus ditongkatkan agar sedar daripada alpa yang panjang?"..mana satu pilihan kita?? (",)

Wednesday, September 03, 2008
Renungan Ramadhan-ke arah Ramadhan yang lebih bermakna..
…cebisan tazkirah buat renungan bersama…
Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya
maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka…
Alhamdulillah, dengan rahmatNya kita berkesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan pada kali ini.Inilah yang selalu kita mohon :
“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke
bulan Ramadhan.”
Puasa bukan sahaja bererti kita menahan lapar, dahaga dan meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa tetapi lebih dari itu. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan manfaat. Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.
Aku bertanya pada diri sendiri..mahukah aku menjadi salah seorang hamba yang mendapat keberkatan lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan lebih 83 tahun.. Hidup lagi ke aku waktu tu..Wallahua`lam..
Mari kawan-kawan..sama-sama kita rebut peluang ni..kerana..
“Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi”.
Jika sebelum ni kita berlumba-lumba mengejar nikmat dunia..apa kata bulan puasa ni kita tingkatkan komitment kita untuk rakus dan haloba mencari pahala, berlumba memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk beramal dan beribadah,kita bulatkan tekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan orang-orang yang rugi..dan diharapkan bukan hanya pada bulan ini,malahan akan berterusan selagi hayat dikandung badan..Insya`Allah..
Sesungguhnya kita manusia biasa yang penuh dengan dosa dan noda.. maka marilah kita merebut peluang untuk mendapatkan keampunan bagi dosa-dosa kita. Nabi (saw) mensyaratkan bahawa untuk mendapat pengampunan dosa yang telah lalu ialah kita bangun bersolat dengan “imaanan wah tisaaban” yang diterjemahkan sebagai kerana “
iman dan mengharapkan keredhaan Allah”. Maknanya kita memastikan ketulusan iman, keikhlasan niat, penyerahan yang redha kepada Allah..Insya`Allah..
Marilah kita berusaha dan berdo’a agar Allah swt mempermudahkan kita menjalani ibadah puasa kita dengan paling sempurna. Semoga puasa kita hari ini lebih baik dari semalam, dan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.. Semoga Allah swt menerima puasa kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan membantu kita ke arah meningkatkan kualiti puasa kita..Amiin..

Subscribe to:
Posts (Atom)