Friday, September 12, 2008
Erti sebuah tangisan..
“…dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis..”
(an-Najm:43)
Menurut Ibn Qayyim, terdapat 10 jenis tangis iaitu :
- menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
- menangis kerana rasa takut
- menangis kerana cinta
- menangis kerana gembira
- menangis kerana menghadapi penderitaan
- menangis kerana terlalu sedih
- menangis kerana terasa hina dan lemah
- menangis untuk mendapat belas kasihan orang
- menangis kerana terikut orang menangis
- menangis orang munafik-pura-pura menangis
Tangisan memadamkan api neraka..
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi, maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada satu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka”.
Air mata taubat Nabi Adam a.s yang menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana takut terhadap dosa yang telah dilakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air mata itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga sengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata Adam lalu berkata; “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu telah mempersendakannya, maka bertambah kuat dia menangis. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,
“ Hai Adam sesungguhnya belum pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubatmu!.”
Air mata yang tidak dituntut..
Jangan menangis jika tidak tercapai cita-cita. Jangan menangis ketika menonton filem-filem sedih yang ternyata hanya lakonan, Jangan menangis kerana cinta tidak berbalas kerana si dia mungkin bukan jodoh kita, jangan menangis kerana tidak mendapat pekerjaan yang diidamkan kerana mungkin kita kurang membuat persediaan, jangan menangis kerana kehilanhan harta dunia mungkin kerana kita kurang beramal dan bersedekah, jangan..jangan..dan jangan..
Dari situ simpanlah air mata sebagai bekalan untuk menginsafi di atas kesilapan dan kecuaian yang melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah Allah s.w.t. Serulah air mata itu dari penyembunyiannya agar menonjolkan dii bagi membersihkan hati dan agar ia dapat menyucikan dosa-dosa kita. Rasulullah bersabda yang bermaksud :
« Ada dua jenis mata yang tidak tersentuh api neraka iaitu mata yang menangis di waktu malam kerana takut kepada Allah SWT dan mata yang menjaga pasukan fi sabilillah di waktu malam »
Berkata Salman Al Farisi r.a : “ Aku menangis kerana 3 perkara :
1-Berpisah dengan Rasulullah
2-Ketakutan seseorang yang berkuasa melihat malaikat Izrail datang mencabut nyawanya
3-Aku tidak tahu sama ada aku diperintahkan untuk ke syurga atau neraka
Rasulullah s.a.w bersabda: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara berikut :
1-Apabila dahinya berpeluh
2-Air matanya berlinang
3-Hidungnya keluar cecair seperti hingus
Perkara tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mati (riwayat dari Salman al Farisi)
Wallahua`lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment