Wednesday, September 03, 2008

Renungan Ramadhan-ke arah Ramadhan yang lebih bermakna..

…cebisan tazkirah buat renungan bersama…

Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya
maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka…

Alhamdulillah, dengan rahmatNya kita berkesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan pada kali ini.Inilah yang selalu kita mohon :

“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke
bulan Ramadhan.”


Puasa bukan sahaja bererti kita menahan lapar, dahaga dan meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa tetapi lebih dari itu. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan manfaat. Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.

Aku bertanya pada diri sendiri..mahukah aku menjadi salah seorang hamba yang mendapat keberkatan lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan lebih 83 tahun.. Hidup lagi ke aku waktu tu..Wallahua`lam..
Mari kawan-kawan..sama-sama kita rebut peluang ni..kerana..

“Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi”.

Jika sebelum ni kita berlumba-lumba mengejar nikmat dunia..apa kata bulan puasa ni kita tingkatkan komitment kita untuk rakus dan haloba mencari pahala, berlumba memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk beramal dan beribadah,kita bulatkan tekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan orang-orang yang rugi..dan diharapkan bukan hanya pada bulan ini,malahan akan berterusan selagi hayat dikandung badan..Insya`Allah..

Sesungguhnya kita manusia biasa yang penuh dengan dosa dan noda.. maka marilah kita merebut peluang untuk mendapatkan keampunan bagi dosa-dosa kita. Nabi (saw) mensyaratkan bahawa untuk mendapat pengampunan dosa yang telah lalu ialah kita bangun bersolat dengan “imaanan wah tisaaban” yang diterjemahkan sebagai kerana “
iman dan mengharapkan keredhaan Allah”. Maknanya kita memastikan ketulusan iman, keikhlasan niat, penyerahan yang redha kepada Allah..Insya`Allah..


Marilah kita berusaha dan berdo’a agar Allah swt mempermudahkan kita menjalani ibadah puasa kita dengan paling sempurna. Semoga puasa kita hari ini lebih baik dari semalam, dan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.. Semoga Allah swt menerima puasa kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan membantu kita ke arah meningkatkan kualiti puasa kita..Amiin..

Wallahua`lam..

No comments: