Wednesday, November 12, 2008
Mesti baca..
Dua watak comel dalam The Kite Runner
Waiting list buku-buku yang bakal aku hadam cuti nih..InsyaAllah jika berkesempatan..tapi, tak semua yang aku dah beli..mostly memang tak jumpa kat kedai-kedai buku biasa..kalau korang tahu or penah nampak mana-mana satu out of this books, please, respon..thanks..
Antaranya..
1) The Kite Runner oleh Khaled Hosseini..tertarik dengan synopsis oleh Ustaz Hasrizal ( blogger;saifulislam.com) dan ada jugak baca dari blog-blog lain pasal buku ni..dengarnya dah difilemkan naskah ni..kalau berminat bole bc sinopsisnya di blog ni.. http://jimi-wiser.blogspot.com/2008/01/kite-runner.html
2) Al-Raheeq al-Makhtum (edisi Bahasa Melayu) oleh Al Saifur Rahman al-Mubarakpuri..buku ni banyak versi..diterjemahkan ke banyak bahasa..sebelum ni aku dah download yang edisi Bahasa Inggeris, The Sealed Nectar.. tapi, disebabkan ini adalah buku sirah, adalah lebih berkesan kalau boleh baca yang Bahasa Melayu..sebelum ni, penah mencari di semua bookfair yang aku pergi, tp tak jumpa..
3) Falsafah Ketuhanan oleh Prof Dr Hamka... ”Kehidupan manusia itu sendiri tidak dapat diceraikan dengan Alam itu”...buku ni pun belum penah terjumpa kat mana-mana kedai buku..Prof Dr Hamka atau pun Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah adalah ulama besar Nusantara yang sangat terkenal. Lebih-lebih lagi beliau berasal dari tanah Minangkabau yang mempunyai pertalian dengan masyarakat adat perpatih di Negeri Sembilan..hasil tulisannya memang tak pernah mengecewakan..aku baru nak berjinak-jinak dengan hasil tulisan Pak Hamka ni sejak banyak baca hasil tulisan beliau dalam majalah..
4) Setitis Embun Semarak Api oleh Shahnon Ahmad..aku tertarik dengan buku ni sebab subtopic dalam buku ni macam kelakar..ada satu tu..’Gelongnya Terpokah’..lagi..’Cacingku Bukan Cacingmu’..’ Intelektual, Belacan Bakar Dan Jiwa Raga Tuah ’..ape ntah...so, kena baca dulu baru bole tahu apa..
5) Haji Muda oleh Ridzuan Bakar..nama Ridzuan Bakar agak asing bagi aku..tapi, tajuk buku ni memang menarik..mesti baca jugak buku nih..thanks untuk kawan yang rekemen..ilmu untuk dikongsi..~
6) Salahudin-Penakluk Jerusalem oleh Abdul Latip Talib..Panglima Islam, Salahuddin Al-Ayyubi, seorang tokoh Perang Salib..aku agak buta sejarah..banyak yang tak tahu..sekadar tahu, sejarah Perang Salib secara umum..so, harap-harap dapat menambahkan ilmu sejarah Islam selepas baca buku ni.. ”Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai Dunia..”- Salahuddin Al Ayubi
7) Ku Warnakan Salji Hitam Kerana Aku Takut Pada Hari-Hari Mendatang oleh Alijah Gordon..buku keluaran 2001, macam susah je nak jumpa..tapi, aku takkan putus asa..!!Amal, jom jelajah buku cuti nih..buku ni more or less pasal Palestin..ada kisah-kisah pelarian-pelarian di kem Lebanon..bagi yang pernah membaca Dari Beirut ke Jerusalem oleh Dr Ang Swee Chai..mungkin juga patut membaca buku ni..
Wah2..tinggi betul cita-cita nak habiskan semuanya..hanya perancangan aku sebagai manusia yang lemah dan hina ini..segalanya Allah yang tentukan..ntah2 tak sempat pun nak baca..sebab cutinya 3 minggu je..keja-keja lain juga sedang menunggu....apapun, aku sekarang sedang belajar to put the first thing first..salah satu dari 10 muwasofat tarbiyah adalah pengurusan masa yang tepat dan betul..ayuh, Demi masa!! terasa lambatnya nak cuti hmm..mak, abah..tunggu kepulangan anakmu!!
Wallahua`lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
humm..boleh tahan banyak waiting list buku ko..InsyaAllah jumpa lah tu nanti..aku pause jap membuat waiting list..kene habiskan yang mana ada dulu..huhu
InsyaAllah..harap2 jumpe even tak semua..aku mesti mula dengan Haji Muda sebab itu je baru jumpa..
apsal namaku sesat dalam tu? yang teruja nak baca tu aku bjaya habiskan, yang kena suruh baca dek naqibah 10 kali buka buku, 10 kali aku tido...
Amal tu kan maknanya HARAPAN..itu maknanya nama hang sentiasa dihati aku..hihi..ak dah abiskan satu buku dlm list2 tu..yang lain tnggu cuti nih..kita akan membaca sambil bersantai di tepi pantai..hehe..insyaAllah..buku apa naqibah hang suruh bc?raheeq makhtum?
perbandingan sains sosial sains tulen dan raheeq makhtum..adoi boghat mato den
wah2..berat tuh..selamat beranalisis..!
Post a Comment