Wednesday, July 15, 2009

Dibunuh kerana bertudung..!


Thursday, July 09, 2009: Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkamah Jerman..

Ini lagi kisah pengorbanan seorang wanita muslimah yang tegar mempertahankan maruah dan agama Islam..

Sungguh tragis dan mengharukan!

Seorang wanita ditikam 18 kali di kamar mahkamah di Jerman kerana bertudung!

Marwa el-Sherbani, seorang ibu yang mengandung anak kedua, ibu seorang anak kecil tiga tahun ditikam di hadapan suaminya.

However last wednesday, Alex stabbed her 18 timee to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he
had to pay 2,800 Euro as a fine for his previous insults..


Tidak cukup dengan itu, suaminya yang bergelut untuk menyelamatkan muslimah itu, turut ditikam tiga kali dan kemudiannya ditembak oleh Polis!

Kisah ini bermula Ogos 2008, tatkala Marwa mengfailkan dakwaan terhadap pembunuhnya, Alex, 28, seorang penganggur Russian-German apabila lelaki tersebut menggelarnya "terrorist" kerana beliau bertudung.

Malangnya, Rabu lepas, Alex menikam wanita tidak bersalah itu 18 kali di kamar Mahkamah selepas Mahkamah mengisytiharkan mujahidah tersebut menang kes terhadap lelaki tersebut dan lelaki dikehendaki membayar 2,800 Euros sebagai denda atas penganiyaan lelaki tersebut.

Marwa, seorang warganegara Mesir 32 tahun, merupakan isteri kepada seorang ahli akademik Mesir yang ditaja ke Jerman. Suaminya, yang juga tercedera ketika kejadian dan kini berada dalam keadaan kritikal di hospital, di antara hidup atau mati.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18 kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.

Isunya..disini, jelas sudah bagaimana media Barat menyembunyikan kebenaran yang berlaku..berita ini tidak dihebihkan, mungkin kerana bagi mereka ini isu kecil?ya..mungkin kerana yang menkadi mangsa itu adalah seorang muslim..tapi, jika bangsa mereka?pasti ini akan mencetuskan perbalahan di pelbagai peringkat..pasti Islam digelar terrorist!

Seorang blogger, Sadafat menulis;
لو أن يهوديا أصيب بكلمة أو مزحة ثقيلة في ألمانيا لأقامت رئيسة الوزراء الدنيا ولم تقعدها ولتنادت فوكس نيوز وسكاي نيوز بالدفاع عن العنصر السامي واعلان الحرب على اعداء السامية، وأما الأخت المصرية هذه فلا بواكي لها.
يجب ان تعلن الحكومة الألمانية ان هذا التصرف يمس المسلمين، يجب ان تضع في دستورها للغالبية الثانية من الديانيات وهم المسلمين حقوقا تحفظهم من العداء ضد الإسلام.

Jika seorang Yahudi terguris, di Jerman, walaupun dek sebutir perkataan atau jenaka, perdana menteri akan melakukan segalanya, dan memanggil Fox News dan Sky News untuk membela Semitisme dan mungkin mengisytiharkan perang terhadap antisemitisme. Tetapi, tidak ada seorang pun akan melaungkan untuk seorang wanita Mesir yang terbunuh di sana. Kerajaan Jerman sepatutnya tahu ini akan memberi kesan kepada Muslims dan sepatutnya meletakkannya di perlembagaan untuk majoriti agama kedua di negaranya, iaitu Muslim, atas haknya atas perlindungan dari kebencian terhadap Islam.

Ternyata, masih ada seorang suami yang sanggup menggadai nyawa demi si isteri..dan yang paling utama adalah beliau sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan maruah agama Islam..

Al-fatihah untuk Allahyarhamah Marwa..semoga beliau tenang di sana di samping mereka-mereka yang soleh..amiin..

Ya Allah..hanya Engkau Yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu..

Wallahua'lam..

2 comments:

hazwanali said...

Innalillah..
tak silap aku Al sherbini ni pharmacist kot..

INTAN MASYITAH RUMLI said...

Innalillah..
tak pasti..tp pada nama beliau ada title 'Dr'..