Saturday, July 04, 2009

Transformasi hidup..

“Akak, surat dari SPA yang ditunggu-tunggu tu dah sampai..” suara mak kedengaran ceria dari telefon hari tu..

“Alhamdulillah..terima kasih mak, nanti akak balik akak baca.”jawab aku ringkas..

Perasaan?Syukur yang amat sangat..lagi nikmat Tuhan yang mudah-mudahan aku tidak dustakan..

Balik rumah..aku membelek surat itu..membaca untuk memahami..fikir-fikir balik..ini bakal jadi saat transformasi hidup aku yang pertama..kenapa transformasi??sebab ini pertama kali aku bakal bekerja..selalunya dapat surat tawaran belajar je..tapi kali ni..tawaran untuk bekerja!!dah dewasa rupanya aku..bebanan dan tanggungjawab yang sangat besar bakal dipikul..tanggunggjawab dengan ramai orang..dan yang lebih utama, kerja itu adalah satu tanggungjawab dan amanah..dan pastinya setiap amanah itu akan ditanya kelak di hadapan Tuhan..

Isu yang sentiasa bermain dalam fikiran aku..melihat gaji yang ditawarkan..alhamdulillah..

“Boleh tahan ek gaji..tinggi untuk fresh grad..”
komen kakak aku selepas membaca surat tawaran itu.
“Kaya la nanti..” adik aku, Amy, seolah-olah memerli..
‘Alhamdulillah, rezeki..’..hanya itu yang mampu aku jawab..sejujurnya dalam hati aku sangat takut dengan ‘ujian’ yang satu ini..belum kerja, dah fikir pasal duit..nak buat itu, nak buat ini..

Duit!
Zaman sekarang, segalanya memerlukan duit..katanya; No money.No talk.sesama adik beradik pun boleh bergaduh kerana duit..kerana harta..na’uzubillahi min zaalik..semoga kita tidak termasuk dalam manusia seperti ini..amiin..

‘Duit ni, banyak mana pun tak cukup..biar sikit, tapi berkat'. itu kata mak satu hari..

Duit!Harta!

Aku takut dengan ujian yang satu ini..ujian harta..lagi banyak duit lagi hebat dugaan..kalau tak percaya, cuba korang ingat-ingat balik..time banyak duit..semua benda kita nak beli..kekadang sampai membazir..semua tempat kita nak pegi..kekadang tempat maksiat..lagho..makan pun nak yang best2..kekadang tak habis..ingatan untuk diri aku sendiri..tapi, kalau takde duit..kita lebih banyak dirumah..dan InsyaAllah banyak yang berfaedah boleh dilakukan..pembaziran pun boleh dielakkan..

Satu frasa English ada menyebut..
"Money is the root of all evil"

"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi)..

Wallahua`lam..

2 comments:

Anonymous said...

bah aku sering berpesan..kita muslim mesti kaya. pegang harta/dunia di tangan dan akhirat di hati. maka kerjakan kekayaan di dunia untuk menuai di akhirat-amal

INTAN MASYITAH RUMLI said...

insyaAllah..don`t be a slave of money..