Friday, March 27, 2009

Memo untuk Pesakit..

Ini antara artikel yang menarik bagi aku..mungkin juga situasi ini akan berlaku terutamanya bagi kita yang bakal bergelar salah seorang ’healthcare provider’ kelak..jom baca, dan jika ada ibrah darinya, alhamdulillah…

Buat pesakit yang disayangi Allah,

Catatan ini daripadaku, seorang doktor muda yang mahukan kebaikan untuk dirimu. Secebis pengalaman daripada rutin harian, kukongsi disini, untuk renunganmu..

Pagi itu aku memasuki wad perubatan am, selepas menunaikan solat Subuh setelah bekerja semalaman on call di wad tersebut. Semalam kumenyaksikan dua orang pesakit meninggal dunia secara mengejut. Doktor hanya mampu berusaha, tiada kuasa apa-apa untuk menyembuh apalagi menahan ajal seseorang. Maha Kuasa Allah yang menghidup dan mematikan.

Aku berusaha menjadikan subuhku segar bertenaga untuk kebaikanmu pesakit, agar kalian menerima perkhidmatan berkualiti. Mana mungkin bagi seorang doktor untuk mencuaikan tugasnya yang melibatkan nyawa orang yang sangat berharga..

Bunyi ventilator dari katil 11 agak membingitkan telinga. Rutin setiap pagi doktor on call perlu mengambil darah-darah pesakit di wad. Aku menarik troli untuk melaksanakan tugas, lengkap dengan jarum, picagari, spirit, sarung tangan getah dan sebagainya..
.
“Assalamualaikum tuan doktor, pakcik solat kejap ye,” sapa salah seorang pesakit.
“Baik pakcik,” jawabku ringkas setelah menjawab salamnya. Terkesan dihatiku melihat pakcik asma kronik ini, mengenakan kopiah di kepalanya berjalan ke surau, dekat pintu masuk wad. Haji Taib namanya, seorang guru sekolah tahfiz di Kuala Krai. Sakit yang diuji padanya sedikit pun tidak melemahkan jiwanya untuk bangkit dari katil menyahut panggilan Allah.

Beruntunglah jiwa yang tetap mensyukuri Allah s.w.t walau apa ujian menimpa, sebagaimana Anas r.a meriwayatkan sebuah hadis secara marfu’ bermaksud :
“Sesungguhnya besarnya pahala bergantung bergantung kepada besarnya cubaan. Jika Allah mencintai sesuatu kaum DIA akan mengujinya dengan cubaan. Sesiapa yang reda atas cubaan tersebut maka dia mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang berkeluh-kesah maka ia akan mendapat murka Allah.”.

Aku dekati seorang pakcik yang berusia sekitar 60-an, untuk mengambil darah dari lengan kirinya, seorang pesakit radang peparu.
“Pakcik dah solat?” Aku menyapa, sekadar ingat-memperingati pada kewajipan..
Selamba beliau menjawab, ”Nak solat macam mana, doktor?Ada jarum kat lengan ni hah air wuduk tak masuk.”Muncung bibirnya menunding ke arah branula.

”Wuduklah setakat boleh. Kalau tak boleh sangat, boleh tayamum. kena solat dalam apa jua keadaan,”..ujarku.
”Lepas ni pakcik qada’ la,” sangkalnya.
Sedih ku melihat orang yang memberatkan dirinya sendiri sedangkan Islam agama yang memudahkan.

‘Kalau tak sempat qada macam mana ? ‘ Aku meninggalkannya dengan persoalan semoga dia boleh berfikir..

Katil sebelah dihuni oleh seorang pesakit kencing manis yang kronik. Kaki kanannya baru 2 hari lepas dipotong kerana bernanah. Dia sedang nyenyak tidur.
‘Assalamualaikum. tegurku sambil mengejutkannya. ‘Pakcik dah solat’ ? tanyaku sambil mengambil darahnya.

Doktor tengoklah sendiri keadaan saya ni, macam mana nak solat ? Satu badan sakit. Kaki pun baru kena potong, tak bersih lagi.’ Dia mengadu.

Simpati melihat kaki kanannya. Berbalut dengan kesan tompokan berwarna merah dan kuning, bekas darah dan ubat.

”Sakit pun kena solat pakcik, bahkan kena lebih dekat dengan Allah. Tak kira sambil duduk baring, kita boleh solat.”
Sekadar mengingatkannya.

”Pakcik taulah apa yang nak dibuat nanti,doktor. Kan tengah sakit lagi ni. Nak ambil wuduk pun tak boleh dengan kaki berbalut ni.”. Aku tersenyum dengan jawapannya.

Pagi yang ku lalui meyaksikan hampir semua pesakit tidak melaksanakan solat Subuh kecuali beberapa orang sahaja. Rata-rata memberi alasan sakit dan tidak boleh berwuduk. Ah, separah maa pun sakit itu, parah lagi kelalaian masyarakat pada hak Pencipta. Realiti didepanku membenarkan bahawa lebih 80% pesakit di hospital tidak melaksanakan solat.

Wahai pesakit yang dirahmati,

Aku tertanya-tanya adakah sakit yang menghalangmu daripada mngingati dan mentaati Allah s.w.t?Jika itu alasanmu, ingatlah, tiada yang lebih sakit melainkan Nabi Ayub a.s. Baginda diuji berupa pelbagai penyakit kulit hingga memudaratkan tubuhnya. Hingga ulat-ulat jijik merayap-rayap. Tiada satu pun daripada bahagian badannya yang bebas daripada penyakit itu. Hanya hati dan lidahnya sahaja yang tidak dijangkiti. Baginda memanfaatkan sepenuhnya untuk berzikir, disamping terus mengucap syukur ke hadrat Ilahi.

Bandingkan sakitmu dengan sakit Nabi Ayub a.s. Tiada alasan dibibirnya untuk terus menghambakan diri kepada Pencipta. Malah, Baginda banyak berdoa, ”Dan ( ingatlah kisah) Ayub, ketika dia menyeru Tuhannya, ”(Ya Rabb), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang antara semua yang Penyayang.” (Surah al-anbiyaa’:83)

::Buat kawan-kawan..aku..kita..sesiapa sahaja..juga ingatan untuk diri-sendiri terutamanya..yang bakal bergelar 'health care provider' itu..harap-harap, kita juga tidak lupa akan tanggungjawab yang lebih wajib ini..selain pharmaceutical care..medical care..nursing care..bagaimana dengan tanggungjawab mengingatkan perkara terpenting itu??InsyaAllah, moga kita tidak lupa..::

Wallahua`lam..

Tuesday, March 24, 2009

UiTM : kenapa dihatiku??

Entry ni sekadar suka-suka..menghilangkan kebosanan dan kelembapan otak aku nak menyiapkan PBL..case report..dan yang sewaktu dengannya..

Bergelar pelajar UiTM selama hampir 4 tahun..terlalu banyak yang dilalui..ade yang best..tak best..tak bole lupe..mcm2..

Aku takkan lupe..
1) Jadi budak pharmacy..tak skema mcm budak medic..haha
2) Sebab UiTM ni kat Shah Alam..so, aku kena stay hostel..dok jauh dr family..parents datang every week dulu..pengalaman paling ngeri..jadi resident Kolej Melati!!
3) Study week yang huru-hara..jugak di Melati..
4) Jd pemburu kupon masa 1st year..ntah pape..
5) Sem 4..laptop kena curi..satu rumah..7 laptop hilang..nau’zubillah..harap tidak
berulang..
6) Bilik banjir!!harap rumah je besar..cantik..tp, atap, bocor..
7) Satu rumah kecoh besar disebabkan sekor tikus..and I`m the saviour!!malam tu, satu
baldi, satu sangkar dibuang ke dalam tasik Shah Alam!!
8) Jd salah sorang ’shubee-do-bee-do’ team..what a shameful moment!
9) First time bawak motor kat jalan besar..nervous!!
10) Motor habis minyak tengah2 jalan..5 kali!
11) Merempit ke KL..balik dalam hujan lebat..sgt happening!!
12) Pengalaman clerkship di Psychiatric ward..seronok dan menginsafkan..
13) Salah naik LRT..nyaris2 sampai Seremban..then, dapat naik LRT percubaan, duduk dekat tempat pemandu..
14) Paling susah..nak tentukan tempat makan..selalu je argue..then, last2..tempat yang same..
15) Teh ais Khulafa`!!sgt addicted!
16) Masuk hutan kul 4 pg masa BTN kat Ulu Sepri..
17) Stay back kat fakulti sampai 2-3 pagi sebab siapkan keje utk program..
18) Study kat level 11 sampai kul 2 pg..pastu kena ‘kacau’..huhu ngeri
19) PBL session..sampai takde perasaan bile nak present..yg penting present je..
20) Convoi balik kampung reramai..
21) Industrial training kat Hovid..tak best!
22) Jadi part of ‘last-minute batch’..
23) Dapat jumpa ramai orang..dengan macam-macam perangai..dan karenah
24) Shah Alam bandar aman..takde cinema..takde club..alhamdulillah..
25) Taman perumahan yang aman dan damai..’makcik MyVi hijau..’Assalamualaikum..
26) UiTM selalu terlibat ngn kontroversi..
27) Severe insomnia sebab over caffeine n stress
28) Terawikh kat Masjid Negeri..sangat syahdu..
29) Bangun pagi-pagi semata-mata nak naik bas kul 7 untuk g hospital..
30) Role play yang memalukan..
31) Masa kat UiTM..tokwan meninggal..innalillahiwainnailaihirrajiu’n..
31) Kat sini..banyak majlis ilmu..alhamdulillah..
32) Jalan jam..even dlm UiTM..tension!
33) OPKIM di kampung aku!malu tau ngan makcik-makcik tu..sebab lepas hari kejadian, orang akan panggil aku 'doktor'
34) Program anak angkat kat Felda Sungai Tengi..Kuala Kubu Baru.

Bla..bla..bla...

Tak kisahlah best ke..tak best ke..gembira atau sedih..senang atau susah..
Semua itu pengalaman..suatu memori yang akan sentiasa terpahat dalam hati aku..zaman belajar memang menyeronokkan..mendewasakan..'guru' terbaik bagi aku..

Apepun,semua yang telah berlaku..sedang berlaku dan akan berlaku..segalanya dari Allah s.w.t yang pasti punya hikmah disebaliknya..yang paling terkesan adalah..kehilangan laptop kami..mungkin kifarah buat aku kerana kurang 'memberi'..subhanallah..

Ya Allah..kami lemah tanpaMu..KAU pandulah hidup kami Ya Tuhan..kurniakanlah istiqamah sebenarnya kepada kami dalam agamaMu..permudahkanlah segala urusan-urusan kami didunia dan diakhirat..sesungguhnya,hanya KAU Yang Maha Pemuranh lagi Maha Penyayang..Amiin..

Wallahua'lam..

Saturday, March 21, 2009

”Usah resah jika belum berpunya..”


Entry ini adalah hasil respon diskusi dan bual-bual kosong aku bersama kawan-kawan..
Entah siapa yang menimbulkan isu ini..

”Risaulah takde boyfriend lagi..orang lain final semester ramai yang dah ada boyfriend..” seorang kawan memulakan provokasi isu glamer itu..

”Alah, nanti dah masuk keje..sambarlah mana-mana doktor..” itu antara respon biasa yang pasti kedengaran..

"Tensionlah nak exam ni..rasa nak kahwin je.."

Release tension=kahwin?

Alahai, mudahnya kalau begitu..

Tapi, bukan begitu hakikatnya sayang..

Mungkin kerana kami berada di semester terakhir..ramai yang mula gusar soal jodoh..bila nak menamatkan zaman ’single’..’mencari’ calon suami yang sesuai..memikul tanggungjawab dan membina kehidupan berkeluarga..'tanggungjawab dan cinta'..

Jom baca artikel ni..
Oleh : Fatimah Syarha Noordin dari Majalah SOLUSI Edisi-2

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. "Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang sahaja". Sekeping hati bermonolog. Monolog itu di susuli tujahan prasangka.

"Aku tak cantik ke?"

"Aku kurang bergaya ke?"

"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"

"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya"


Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka merasa berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, DAPAT.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana CINTA. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasa PERIT nya penangan CINTA DUSTA, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari CINTA HAKIKI. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta CINTA. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal DOSA pahala.

Oh REMAJA !

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah DOSA dan ZINA. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah rumah tangga itu tak kan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman didunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri 'sana'.

Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para GADIS YANG BELUM BERPUNYA, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dahulu buat anda terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. DIA menguji anda sedikit masa lagi.


Begitu juga buat PEMUDA YANG BELUM BERPUNYA, 'first thing first'. Utamakan yang lebih penting daripada yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan terus berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha itu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkannya sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusaha menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencuri kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditembuh. Namun, apabila dia memilikinya mendapati insan yang dikejar itu dedaun kering cuma.

Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungka nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahua'alam.


Mengemis kasih
Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku


p/s: Yakinlah pada Allah s.w.t..soal jodoh, rezeki, maut..semuanya adalah urusan DIA..kita berusaha dan berikhtiar..namun, akhirannya berserah dan bertawakallah pada DIA..

Thursday, March 19, 2009

“Keterujaan”

Alhamdulillah..segala pujian dan syukur dipanjatkan pada Allah s.w.t..DIA mempermudahkan segala urusan-urusan kita..

Selayang's team-final week!

Akhirnya, sessi clerkship kami berakhir kelmarin..!
Alhamdulillah..segalanya berjalan seperti yang dirancang..terima kasih Ya Allah kerana memudahkan segalanya..

Euphoria kami seolah-olah ditahap maksimum kelmarin..sehingga kekadang terlupa yang kami sebenarnya berada di hospital..semuanya gara-gara gila lensa..semua tempat kami bergambar..termasuk dalam lif, kecuali dalam tandas!

Pasti ada mata yang memandang..telinga yang mendengar..
”Excitednya budak-budak tu nak habis attachment..”

Itu masa terakhir kami bersama di hospital..kami mula merasa aura perpisahan yang bakal berlaku..perpisahan yang entah bila akan menemukan kami semula..seperti perjanjian itu, 10 tahun nanti..insyaAllah..andai dipanjangkan umur dan ada rezeki untuk kita berjumpa..10 tahun itu pasti tiba..

Dua bulan berbaki untuk kami bersama meneruskan perjuangan..dan pejam celik..4 tahun itu dirasakan sangat singkat..selepas ini, kami bakal memasuki alam pekerjaan..melangkah ke alam pekerjaan dan alam dewasa yang lebih serius..mengatur dan menjalani hidup masing-masing..semoga hidup kita lebih terpandu dan mendekatiNya..

Hidup bukan selamanya untuk bersuka-suka..kerana, kita dijadikan untuk menjadi hamba..
Firman Allah, “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku”

..Sedih..

Namun, hakikatnya..setiap pertemuan itu pasti akan disusuli dengan perpisahan..kita tidak selamanya akan bersama..

So, ’lets cherish the friendship’!!
Kawan-kawan yang kita ada sekarang pasti berbeza dengan ‘rakan sekerja’..

Kawan, 4 tahun..segalanya kita lalui..
Kita dewasa bersama..
Kita bergembira dan berduka juga bersama..
Semuanya untuk kita menjadi seorang yang bergelar ’manusia’..

And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real cool
Stay at home talking on the telephone with me
We'd get so excited, we'd get so scared
Laughing at our selves thinking life's not fair
And this is how it feels


Petikan lagu Graduation by Vitamin C


Melayari taufan kehidupan..
Jangan cuba dikawal arah taufan,
tetapi kawallah layar kehidupan..
Tak perlu diukur dalamnya lautan,
tetapi panjangkanlah kail yang sejengkal..

Wallahua`lam..

Tuesday, March 17, 2009

My 'Abah'..

::Sebelum membaca entry ini..adalah aku ingin mengumumkan bahawa entry ini agak panjang dan mungkin mengambil masa korang::

Hari ini 17/3/2009..

Dan hari ini..abah genap 54 tahun secara perkiraan kalendar Masihi..
Abah, ::Selamat Hari Lahir yang ke-54::

“Akak, tahun depan abah dah cukup 55 tahun..”
“Abah dah tak yah keja la lepas tu..abah dah patut bersara dah..lagipun, insyaAllah, akak pulak akan keja, jaga mak ngan abah..”

Kakak aku menyampuk..

“Aah la abah, biaq dia plak sara abah..”

Abah diam..diam tanpa sebarang kata..
Entah apa abah fikir..wallahua’lam..

::Wahai anak-anak perempuan..::

Sebagai seorang perempuan, abah seorang yang gentleman pada pandangan aku..abah seorang suami dan ayah yang sangat baik bagi kami..memelihara 5 orang anak perempuan..entah bagaimana bebanannya..tanggungjawab dan amanah yang besar terbeban pada abah...kerana, menjaga seorang anak perempuan pun orang ibaratkan lebih susah daripada menjaga sekandang kambing! Aku mula belajar bagaimana hebat fitnah seseorang anak perempuan itu pada sesebuah keluarga terutamanya pada seorang ayah..nau’zubillah..segala tindakan seseorang anak perempuan itu impaknya adalah pada seorang ayah..jika seseorang anak perempuan yang belum berkahwin, segalanya adalah di bawah tanggungjawab seorang ayah..ada satu hadis dhaif (hadis dhaif; tidak boleh digunakan untuk berhujah dan mengeluarkan hukum, tetapi boleh digunakan untuk beramal), kandungannya membawa maksud ‘apabila seseorang anak perempuan itu keluar selangkah dari rumah dengan keadaan tidak menutup aurat, maka selangkah ayahnya menuju ke neraka’..
MasyaAllah..

Wahai anak-anak perempuan, sesungguhnya..setiap apa yang kita lakukan, maka ingatlah bahawa..kita masih mempunyai ibu dan ayah..sekurang-kurangnya kasihan belaslah pada mereka..perbuatan kita mencerminkan mereka..

‘Action speaks louder than words’

Mungkin ini prinsip abah..abah bukan jenis yang suka berleter..namun, bukan bererti abah diam tanpa perasaan...tetapi, diam abah diam-diam ubi berisi.. abah jarang menyampuk jika kami adik-beradik bercakap sesama sendiri..tapi, jika ada sesuatu yang kami cakap itu salah, abah betulkan..abah seorang pendengar yang sangat baik..aku memang suka bercerita tentang apa yang aku belajar..excited aku bercerita bila abah bertanya pasal pengalaman clerkship..abah mendengar dengan penuh minat walaupun aku tahu abah tidak berapa memahami apa yang aku cakap..menggunakan term-term medical dan mengeluarkan segala nama ubat..namun, abah tidak jemu..diakhirnya, abah akan bertanya..”Akak, ubat ni untuk apa..ubat itu?” Abah memang pendorong utama aku..

“Abah sensitive”

Namun, disebalik maskuliniti itu..ternyata, abah seorang yang sangat sensitive..jiwa abah mudah tersentuh dengan sesuatu yang bersifat kekeluargaan..pernah dulu kami menonton Forum Perdana Ehwal Islam bersama, tajuk perbincangan hari itu adalah “Anak Derhaka”..isi perbincangan itu menyentuh hati abah..abah menangis..kami turut menitiskan air mata kerana mungkin secara tidak sedar kami juga pernah menderhaka pada mak dan abah..abah juga mudah tersentuh jika menonton rancangan ‘Bersamamu’..abah pasti akan teremosi disaat itu..mungkin abah terasa abah bersama mereka..kekadang bila sudah lama tidak bersua muka dengan cucu-cucu abah..abah juga mudah tersentuh..rindu katanya..abah o abah..

“Jika abah ‘pergi’ dulu..”

Kematian itu adalah janji Tuhan..janji yang pasti..semua yang hidup pasti akan merasai mati..pernah abah berkata, “Kalau abah pergi dulu, akak jaga diri..jaga solat..doa selalu untuk abah..sebab doa anak solehah itu, InsyaAllah dimakbulkan Allah..”

Tiga periwayat hadis iaitu Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban menukilkan kisah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah:

“ Wahai Rasulullah, masih adakah amal bakti kepada orang tuaku selepas mereka meninggal dunia ” Lalu Rasulullah menjawab dengan sabdanya: “Ya, mendoakan mereka, meminta ampun untuk mereka, melaksanakan pesanan sesudah ketiadaan mereka, terus menyambungkan perhubungan yang telah mereka jalinkan dan memuliakan sahabat mereka.”

‘Anak solehah’..aku tersentuh mendengar ungkapan itu dari mulut abah..alhamdulillah, kerana setiap percakapan itu adalah doa..moga apa yang abah doakan itu menjadi realiti..terlalu banyak dosa dan kekurangan diri sebelum mencapai title itu..
Kekadang, aku takut menghadapi saat itu..namun, itu pasti terjadi..aku pernah terfikir, aku berlapang dada sekiranya aku yang ‘pergi’ dulu..terasa tidak sanggup menghadapi hidup tanpa abah..astaghfirullah..aku tidak boleh begitu..kerana segalanya adalah ketentuanNya.. aku cinta dan sayang abah kerana Allah.. dan kematian itu bukanlah bererti perpisahan..tetapi, kematian itu adalah perpindahan ke dunia yang lain..kita berpisah di dunia fana ini, tetapi, insyaAllah bertemu kembali di jannah sana..doa pengikat hati kita selamanya, InsyaAllah..

“Abah, terima kasih..”

Itu ucapan keramat..keramat, kerana kita sebagai anak agak susah hendak mengucapkan terima kasih kepada mak atau ayah..kerana, mungkin kita beranggapan..apa yang mereka lakukan..habiskan..luangkan..itu semua tanggungjawab mereka..namun, ucapan terima kasih itu sebenarnya mampu mengeratkan dan mengukuhkan kasih sayang sesama kita…sesama kita dan mak ayah..sekurang-kurangnya mereka mengetahui bahawa kita sebagai anak sangat menghargai segala pengorbanan mereka..

Aku mengatasi rasa malu dan segan itu..pertemuan terakhir dengan abah di stesen bas 2 minggu lepas..aku mencium tangan abah di dalam hujan..dan dengan terketar-ketar aku menyebut..
“Abah..akak mintak maaf..menyusahkan abah, sebab kena hantar dalam hujan-hujan ni..terima kasih banyak-banyak..”
“Tak dak apa abah nak maafkan..”
Abah menjawab dengan tenang..

Ya,cinta mak dan ayah itu tanpa syarat..mereka memberi tanpa mengharapkan balasan..kasih mereka tidak bertepian..mereka memaafkan dan mendoakan..

Wahai anak,
Hargailah setiap saat bersama ibu dan ayahmu..menjadi dewasa bukan bererti kita tidak memerlukan mereka..kerana, keberkatan hidup amat bergantung kepada keberkatan dari mereka..

Allah akan meredai usaha seorang anak, jika usaha itu diredai oleh ibu bapanya. Dan Allah akan murka jika ibu bapanya murka. Tirmizi meriwayatkan hadis bermaksud: ‘Keredaan Allah berdasarkan keredaan ibu bapa. Dan kemurkaan Allah juga berdasarkan kemurkaan ibu bapa.’

Jom hayati..

Lagu : Sentuhanmu
Munsyid : In team

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu
Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah, tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah, tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera
Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Wallahua'lam..

Sunday, March 15, 2009


Malam semalam, Dewan Sri Budiman,di universiti kecintaan kami bergema lagi..dan kali ini alhamdulillah..gema-gemanya adalah bertemakan pujian kepada Tuhan Pencipta Alam..kecintaan pada Kekasih Hati, Rasulullah s.a.w..suara melaungkan kebersamaan kita bersama merasai kesengsaraan saudara-saudara di Palestin..alhamdulillah..sambutannya mengharukan dan menggalakkan..dewan itu penuh..ternyata, masih ramai warga UiTM yang memilih nasyid sebagai halwa telinga dan sumber untuk berhibur sekali-sekala..

Syabas kepada pihak yang bertungkus lumus menjadikan festival itu suatu realiti..semoga usaha kalian itu akan sentiasa diteruskan selepas ini..InsyaAllah..”Festival Nasyid UiTM 2009-Piala Timbalan Naib Canselor”, bertemakan ‘Suara Kedamaian’..memang mendamaikan tatkala mendengar suara-suara itu mendendangkan bait-bait indah memuji Sang Pencipta..



Semoga apa yang diungkapkan secara lisan itu sejajar dengan apa yang ada di hati..dan dizahirkan dengan perbuatan..kerana cinta kepada Allah bukan sekadar berpuisi dan bait-bait indah..


Mari Berhibur
Album : Demi Masa
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah

Di sini kita berkumpul bersama
Menyanyikan lagu yang suci indah
Alunan pujian kepada Alloh
Alunan sholawat kepada Rosul

Di sini kita berkumpul bersama
Menyanyikan lagu yang suci indah
Alunan pujian kepada Alloh
Alunan sholawat kepada Rosul

Hiburkan hati yang masih gelisah
Obati hati yang terluka
Ikat kembali persahabatan
dengan iman dan kasih sayang

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah

Bersungguh kita dalam bekerja
Seperti hidup selamanya
Beramal sholeh sebaiknya
Seolah esok sudah tiada

Di sini kita berkumpul bersama
Menyanyikan lagu yang suci indah
Alunan pujian kepada Alloh
Alunan sholawat kepada Rosul

Hiburkan hati yang masih gelisah
Obati hati yang terluka
Ikat kembali persahabatan
dengan iman dan kasih sayang

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah


Wallahua'lam..

Saturday, March 14, 2009

PPSMI : Antara realistik dan angan-angan

Mungkin aku tidak layak untuk menulis tentang isu ini..kerana aku bukan siapa-siapa..namun, ini sekadar perkongsian pendapat mengenai isu ini..PPSMI..isu yang telah mencetuskan pelbagai pertikaian..aku, secara peribadi..tidak menyokong atau membantah..kerana, aku tidak berada dalam situasi ini sepenuhnya..tidak merasa apa yang mereka rasa..

Teringat perbualan dengan anak jiran sebelah rumah, yang memang biasanya kami sekeluarga memanggilnya dengan panggilan ‘kakak’:
“Kakak, macam mana belajaq dalam English”?
Dia menjawab dengan riak muka mencebik ;
“Tak tau, kakak ‘tak faham langsung’ apa cikgu ajaq”.

“Takkan la tak faham langsung..”..
aku sengaja memanjangkan perbualan untuk mengetahui huraian lanjut daripada kakak.
“Ha la..ntah apa benda cikgu tu cakap..cikgu tu tak pa la, dia dulu belajaq kat oversea..kami ni..last-last..kakak tidoq ja masa cikgu tu ngajaq kat depan..”

Kami tergelak..
Tapi, itu hakikat yang berlaku di sesetengah sekolah..entah bagaimana tekanannya…

Pernah juga aku dan Amalke sekolah bekas-bekas guru kami dulu jika berkesempatan sewaktu cuti semester untuk melawat mereka..dan topic perbualan kami tidak pernah lari dari membicarakan isu PPSMI..ternyata, para guru juga mempunyai pandangan tersendiri..tekanan ke atas mereka juga aku nampak semakin hebat..jika dulu, mereka perlu mencapai target melahirkan pelajar-pelajar dengan pencapaian A yang ramai, sekarang..bebanan itu bertambah..’demand’ untuk mencemerlangkan pelajar..dan juga..menyampaikan pengajaran dengan seefektif mungkin dalam Bahasa Inggeris..kami sering menjadi tempat cikgu-cikgu kami mengadu..jelas terpancar, mereka sangat risau..bukan risau pada bebanan yang terpaksa ditanggung, tetapi, risau pada nasib anak-anak murid yang berada di kelas tercorot..kekadang membaca sahaja tidak tahu..apatah lagi, untuk belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris..

“Teacher, kami tak faham la teacher ajar apa..”
Itu respon biasa selepas sesi pembelajaran kata cikgu..
“Teacher, ‘the’ tu apa?”
Dan macam-macam lagi soalan yang sebenarnya bila difikrkan bukanlah berbentuk soalan untuk memahamkan konsep sesuatu pengajaran, tetapi lebih kepada untuk memahami Bahasa Inggeris! kesian..

“Dikna, ok ke belajar dalam English?”
”Ok la..not so bad..”
“Not so bad? So, it can be bad some time?”..sengaja aku memulakan provokasi.
“Tak lah teruk sangat, dik na bole catch up lagi..sama ja cam belajar dalam BM..sebab kalau dah start dari English..tak susah la
, ”
“Alhamdulillah”..aku menambah

Dikna-panggilan untuk adik bongsu kami..sekarang berada di Tingkatan 3..belajar di salah sebuah yang terbaik di Pulau Pinang..Alhamdulillah, dia cemerlang sedari sekolah rendah.. itu bukan isunya..aku cuba membuat perbandingan pandangan antara pelajar yang berada di sekolah harian biasa dan sekolah-sekolah terpilih..bagi pelajar-pelajar yang cemerlang, mungkin PPSMI tidak menjadi masalah pada mereka..namun, kita kena sedar dan REALISTIK, tidak semua pelajar itu sama! sudah tentu tidak sama! latar belakang mereka sangat pelbagai..aku bersimpati..

Aku banyak membaca komen-komen dan pandangan dari para cerdik pandai dan ilmuwan terutamanya mereka yang bergelar ‘profesor’, ‘ Dr’..majoritinya menyokong..kerana Bahasa Inggeris itu dianggap bahasa ilmu..susah kita nak maju kalau tidak memnguasai Bahasa Inggeris..ada betulnya..kerana aku juga mempunyai pengalaman dulu sewaktu matrikulasi..selepas keluar dari kelas Biology, itu kelas pertama, yang pengajarannya adalah sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris, aku sangat down! sebab? banyak benda aku tak faham..kejutan bagi aku yang memang sedari dulu biasa belajar dalam Bahasa Melayu..tapi, peredaran masa, dorongan ibu bapa dan para pensyarah benar-benar membantu..mungkin disitu signifikannya..

Sekali lagi, aku tidak menyokong atau membantah PPSMI ini..kerana aku tidak berada dalam bidang ini..tidak merasa impak situasi ini secara langsung..ini sekadar perkongsian..=)

Allahumma robbi 'assir wa la tu'assir

Hanya ENGKAU yang Maha Mengetahui segala-galanya..

Thursday, March 12, 2009

"Kenapa nama ayah awak Rumli"?



Alhamdulillah..segala pujian dan syukur padaNya..memudahkan urusan-urusan kita setiap saat..meminjamkan segala nikmat yang tidak terkira ini..terima kasih Ya Allah..moga kita sentiasa bersyukur, InsyaAllah..

“Kenapa nama ayah awak Rumli?kenapa tak Ramli..”?
Itu soalan pertama yang ditanya masa interview untuk penempatan kerja nanti..5 saat aku berfikir..dan ini jawapan yang mampu keluar dari mulut aku;
“Mungkin zaman dulu, ejaan jawinya ro, mim, lam, ya`..jadinya registrar tu menulis Rumli, bukannya Ramli..”

Juru interview itu menjawab..
”Ya, mungkin..logik jugak..”

Pembuka bicara itu benar-benar mengurangkan kegelisahan aku..memandang muka juru interview yang agak cool dan kaya dengan senyuman itu agak memotivasikan!terima kasih…

Sessi diteruskan..beliau mula bertanya tentang butir-butir diri aku..soalan yang agak stereotype:
“Awak ni dah 23, ada plan nak kahwin tahun ni ke..tahun depan..”?
“Belum ada perancangan ke arah itu..saya mahu bekerja dan bebakti kepada kedua ibu bapa saya dulu sebelum berkahwin..” =)
“Agak-agak, umur berapa nak berkahwin”..?
“ Saya tidak menetapkan had umur..”


Dan soalan akhirnya bertukar topik..
”Apa perancangan selepas tamat belajar..”?
Aku menjawab dengan penuh imaginasi bercampur dengan gorengan yang hampir hangus!

Giliran bertanya berpindah kepada juru interview yang bergelar ahli farmasi itu..dan soalan kali ini lebih serius..
”Are you willing to work 24 hours a day in the hospital?”
“InsyaAllah..” aku menjawab dalam kesanggupan yang tidak 100%!
“Kamu mesti sanggup 100%”..
“Ye, saya sanggup..” peratusan itu meningkat..!

Juru interview itu menyambung soalannya;
You as a new pharmacist, what will you do when you get into hospital in order to make the pharmacist as a recognized profession”?
Selagi lagi aku menggoreng!

Dan sessi itu berlangsung..debaran hati makin berkurang..
Namun, aku masih berjaga-jaga sekiranya soalan-soalan fakta yang lain itu mungkin menyusul..Palestine?PPSMI?menteri cabinet?ekonomi?drugs?

“Ok, itu sahaja..”
Fuh..alhamdulillah..

Sesungguhnya Allah s.w.t memudahkan segala-galanya..ketenangan itu memang sesuatu yang ‘mahal’..

Wallahua`lam..

Monday, March 02, 2009

Media dan Islam : Berperang atau berdamai?


Ini buku pertama hasil usaha murni dan patut mendapat pujian dari krew-krew iluvislam.com. Alfun mabrook!!Semoga segala usaha yang kalian lakukan demi memartabatkan Islam ini diterima oleh Allah s.w.t..InsyaAllah..

“Media dan Islam-Berperang atau berdamai”..buku ini adalah terjemahan daripada ceramah oleh Dr Zakir Abdul Karim Naik, “Media and Islam-War or Peace” yang telah disampaikan di WTC, Dubai, UAE pada tahun 2005..

Keseluruhannya, ceramah beliau banyak mendedahkan bagaimana media memutar belitkan dan mencetuskan persepsi negative masyarakat tentang Islam..Dr Zakir Abdul Karim Naik adalah seorang doktor perubatan yang telah meniggalkan kerjaya beliau sebagai seorang doktor demi mengabdikan diri sebagai daie.. beliau seorang penceramah dan pendebat hebat kerana pengetahuan dan gaya percakapannya sangat meyakinkan..segala fakta yang disebutkan membuatkan kita mengangguk bila membaca..kerana semua yang dikatakan adalah benar..tetapi kita tidak pernah perasan dengan perkara tersebut..apa yang mengkagumkan, beliau sangat mahir dalam membuat perbandingan agama kerana beliau mempunyai pengetahuan yang luas dan hujah yang berlandaskan dalil-dalil dari Al-Quran..juga kitab-kitab dari agama lain seperti Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad dan lain-lain..

Aku mencadangkan buku ini kepada kalian yang menuntut di luar negara terutamanya kerana kalian lebih banyak berinteraksi dengan pelajar-pelajar dari pelbagai agama dan latar belakang yang mungkin akan mempersoalkan kemusykilan mengenai agama Islam..Dr Zakir mengutarakan idea dan taktik supaya kita menggunakan hujah-hujah mereka yang mempersoalkan Islam untuk mematahkan kembali hujah-hujah tersebut..ya, memang aku akui kebenaran kata-kata beliau..untuk mengetahui contoh-contoh yang beliau gunakan..bacalah buku ini..


Aku tertarik dengan petikan dari ceramah beliau;
”Setiap umat Islam perlu menjadi daie (pendakwah). Di dalam sahih Bukhari hadis-3461, Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
”Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.”

”Kamu tidak boleh berkata, ”Tak mengapalah. Tunggulah saya jadi seperti Sheikh Ahmad Deedat dahulu. Barulah saya akan melakukan dakwah.”

”Masa itu tidak akan tiba! Jika kamu mengetahui walaupun satu ayat mengenai Islam, selagi mana kamu memahaminya secara tepat, maka kamu wajib menyampaikannya.”


Bagi yang berminat, buku ini boleh dibeli secara online dari website iluvislam...dengan harga RM 11 (termasuk kos penghantaran)..

Wallahua`lam..