Ini buku pertama hasil usaha murni dan patut mendapat pujian dari krew-krew iluvislam.com. Alfun mabrook!!Semoga segala usaha yang kalian lakukan demi memartabatkan Islam ini diterima oleh Allah s.w.t..InsyaAllah..
“Media dan Islam-Berperang atau berdamai”..buku ini adalah terjemahan daripada ceramah oleh Dr Zakir Abdul Karim Naik, “Media and Islam-War or Peace” yang telah disampaikan di WTC, Dubai, UAE pada tahun 2005..
Keseluruhannya, ceramah beliau banyak mendedahkan bagaimana media memutar belitkan dan mencetuskan persepsi negative masyarakat tentang Islam..Dr Zakir Abdul Karim Naik adalah seorang doktor perubatan yang telah meniggalkan kerjaya beliau sebagai seorang doktor demi mengabdikan diri sebagai daie.. beliau seorang penceramah dan pendebat hebat kerana pengetahuan dan gaya percakapannya sangat meyakinkan..segala fakta yang disebutkan membuatkan kita mengangguk bila membaca..kerana semua yang dikatakan adalah benar..tetapi kita tidak pernah perasan dengan perkara tersebut..apa yang mengkagumkan, beliau sangat mahir dalam membuat perbandingan agama kerana beliau mempunyai pengetahuan yang luas dan hujah yang berlandaskan dalil-dalil dari Al-Quran..juga kitab-kitab dari agama lain seperti Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad dan lain-lain..
Aku mencadangkan buku ini kepada kalian yang menuntut di luar negara terutamanya kerana kalian lebih banyak berinteraksi dengan pelajar-pelajar dari pelbagai agama dan latar belakang yang mungkin akan mempersoalkan kemusykilan mengenai agama Islam..Dr Zakir mengutarakan idea dan taktik supaya kita menggunakan hujah-hujah mereka yang mempersoalkan Islam untuk mematahkan kembali hujah-hujah tersebut..ya, memang aku akui kebenaran kata-kata beliau..untuk mengetahui contoh-contoh yang beliau gunakan..bacalah buku ini..
Aku tertarik dengan petikan dari ceramah beliau;
”Setiap umat Islam perlu menjadi daie (pendakwah). Di dalam sahih Bukhari hadis-3461, Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
”Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.”
”Kamu tidak boleh berkata, ”Tak mengapalah. Tunggulah saya jadi seperti Sheikh Ahmad Deedat dahulu. Barulah saya akan melakukan dakwah.”
”Masa itu tidak akan tiba! Jika kamu mengetahui walaupun satu ayat mengenai Islam, selagi mana kamu memahaminya secara tepat, maka kamu wajib menyampaikannya.”
Bagi yang berminat, buku ini boleh dibeli secara online dari website iluvislam...dengan harga RM 11 (termasuk kos penghantaran)..
Wallahua`lam..
No comments:
Post a Comment