Saturday, March 14, 2009
PPSMI : Antara realistik dan angan-angan
Mungkin aku tidak layak untuk menulis tentang isu ini..kerana aku bukan siapa-siapa..namun, ini sekadar perkongsian pendapat mengenai isu ini..PPSMI..isu yang telah mencetuskan pelbagai pertikaian..aku, secara peribadi..tidak menyokong atau membantah..kerana, aku tidak berada dalam situasi ini sepenuhnya..tidak merasa apa yang mereka rasa..
Teringat perbualan dengan anak jiran sebelah rumah, yang memang biasanya kami sekeluarga memanggilnya dengan panggilan ‘kakak’:
“Kakak, macam mana belajaq dalam English”?
Dia menjawab dengan riak muka mencebik ;
“Tak tau, kakak ‘tak faham langsung’ apa cikgu ajaq”.
“Takkan la tak faham langsung..”..aku sengaja memanjangkan perbualan untuk mengetahui huraian lanjut daripada kakak.
“Ha la..ntah apa benda cikgu tu cakap..cikgu tu tak pa la, dia dulu belajaq kat oversea..kami ni..last-last..kakak tidoq ja masa cikgu tu ngajaq kat depan..”
Kami tergelak..
Tapi, itu hakikat yang berlaku di sesetengah sekolah..entah bagaimana tekanannya…
Pernah juga aku dan Amalke sekolah bekas-bekas guru kami dulu jika berkesempatan sewaktu cuti semester untuk melawat mereka..dan topic perbualan kami tidak pernah lari dari membicarakan isu PPSMI..ternyata, para guru juga mempunyai pandangan tersendiri..tekanan ke atas mereka juga aku nampak semakin hebat..jika dulu, mereka perlu mencapai target melahirkan pelajar-pelajar dengan pencapaian A yang ramai, sekarang..bebanan itu bertambah..’demand’ untuk mencemerlangkan pelajar..dan juga..menyampaikan pengajaran dengan seefektif mungkin dalam Bahasa Inggeris..kami sering menjadi tempat cikgu-cikgu kami mengadu..jelas terpancar, mereka sangat risau..bukan risau pada bebanan yang terpaksa ditanggung, tetapi, risau pada nasib anak-anak murid yang berada di kelas tercorot..kekadang membaca sahaja tidak tahu..apatah lagi, untuk belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris..
“Teacher, kami tak faham la teacher ajar apa..”
Itu respon biasa selepas sesi pembelajaran kata cikgu..
“Teacher, ‘the’ tu apa?”
Dan macam-macam lagi soalan yang sebenarnya bila difikrkan bukanlah berbentuk soalan untuk memahamkan konsep sesuatu pengajaran, tetapi lebih kepada untuk memahami Bahasa Inggeris! kesian..
“Dikna, ok ke belajar dalam English?”
”Ok la..not so bad..”
“Not so bad? So, it can be bad some time?”..sengaja aku memulakan provokasi.
“Tak lah teruk sangat, dik na bole catch up lagi..sama ja cam belajar dalam BM..sebab kalau dah start dari English..tak susah la, ”
“Alhamdulillah”..aku menambah
Dikna-panggilan untuk adik bongsu kami..sekarang berada di Tingkatan 3..belajar di salah sebuah yang terbaik di Pulau Pinang..Alhamdulillah, dia cemerlang sedari sekolah rendah.. itu bukan isunya..aku cuba membuat perbandingan pandangan antara pelajar yang berada di sekolah harian biasa dan sekolah-sekolah terpilih..bagi pelajar-pelajar yang cemerlang, mungkin PPSMI tidak menjadi masalah pada mereka..namun, kita kena sedar dan REALISTIK, tidak semua pelajar itu sama! sudah tentu tidak sama! latar belakang mereka sangat pelbagai..aku bersimpati..
Aku banyak membaca komen-komen dan pandangan dari para cerdik pandai dan ilmuwan terutamanya mereka yang bergelar ‘profesor’, ‘ Dr’..majoritinya menyokong..kerana Bahasa Inggeris itu dianggap bahasa ilmu..susah kita nak maju kalau tidak memnguasai Bahasa Inggeris..ada betulnya..kerana aku juga mempunyai pengalaman dulu sewaktu matrikulasi..selepas keluar dari kelas Biology, itu kelas pertama, yang pengajarannya adalah sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris, aku sangat down! sebab? banyak benda aku tak faham..kejutan bagi aku yang memang sedari dulu biasa belajar dalam Bahasa Melayu..tapi, peredaran masa, dorongan ibu bapa dan para pensyarah benar-benar membantu..mungkin disitu signifikannya..
Sekali lagi, aku tidak menyokong atau membantah PPSMI ini..kerana aku tidak berada dalam bidang ini..tidak merasa impak situasi ini secara langsung..ini sekadar perkongsian..=)
Allahumma robbi 'assir wa la tu'assir
Hanya ENGKAU yang Maha Mengetahui segala-galanya..

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
CEKDET nak org melayu pandai b.i supaya boleh bersaing dalam pasaran kerja, benar.
tetapi, pengajaran sains dan matematik tidak harus dijadikan mangsa, banyak cara nak tingkatkan penguasaan bahasa inggeris. ia sangat tidak relevan.
ppsmi ialah stu program, setiap program perlu buat kajian rintis, percubaan dahulu, kemudian dinilai dan dihitung keberkesnannya kemudian baru pelaksanaan, itu secara mata kasar.
tidak relevan apabila terus diaplikasikan di seluruh negara, kemudian nak cover malu dan kroni2, pandai la kata result pmr baru ni meningkat, padahal merendahkan gred, bukankah ia satu bentuk penipuan dan penganiayaan terhadap rakyat.
pandang bijak pandai dalam bidang pendidikan seperti prof emeritus ditolak tepi, apa lagi ikhtiar bila semuanya dipolitikkan.
kerajaan gila kuasa menuju jahanam, dah lupa ada neraka jahannam sebanar gaknya.
entahlah..
::no comment::
wallahua'lam..
baik dibalas baik..terlepas didunia,diakhirat pasti kena..
Post a Comment