Saturday, March 21, 2009

”Usah resah jika belum berpunya..”


Entry ini adalah hasil respon diskusi dan bual-bual kosong aku bersama kawan-kawan..
Entah siapa yang menimbulkan isu ini..

”Risaulah takde boyfriend lagi..orang lain final semester ramai yang dah ada boyfriend..” seorang kawan memulakan provokasi isu glamer itu..

”Alah, nanti dah masuk keje..sambarlah mana-mana doktor..” itu antara respon biasa yang pasti kedengaran..

"Tensionlah nak exam ni..rasa nak kahwin je.."

Release tension=kahwin?

Alahai, mudahnya kalau begitu..

Tapi, bukan begitu hakikatnya sayang..

Mungkin kerana kami berada di semester terakhir..ramai yang mula gusar soal jodoh..bila nak menamatkan zaman ’single’..’mencari’ calon suami yang sesuai..memikul tanggungjawab dan membina kehidupan berkeluarga..'tanggungjawab dan cinta'..

Jom baca artikel ni..
Oleh : Fatimah Syarha Noordin dari Majalah SOLUSI Edisi-2

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. "Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang sahaja". Sekeping hati bermonolog. Monolog itu di susuli tujahan prasangka.

"Aku tak cantik ke?"

"Aku kurang bergaya ke?"

"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"

"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya"


Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka merasa berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, DAPAT.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana CINTA. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasa PERIT nya penangan CINTA DUSTA, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari CINTA HAKIKI. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta CINTA. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal DOSA pahala.

Oh REMAJA !

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah DOSA dan ZINA. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah rumah tangga itu tak kan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman didunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri 'sana'.

Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para GADIS YANG BELUM BERPUNYA, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dahulu buat anda terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. DIA menguji anda sedikit masa lagi.


Begitu juga buat PEMUDA YANG BELUM BERPUNYA, 'first thing first'. Utamakan yang lebih penting daripada yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan terus berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha itu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkannya sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusaha menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencuri kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditembuh. Namun, apabila dia memilikinya mendapati insan yang dikejar itu dedaun kering cuma.

Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungka nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahua'alam.


Mengemis kasih
Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku


p/s: Yakinlah pada Allah s.w.t..soal jodoh, rezeki, maut..semuanya adalah urusan DIA..kita berusaha dan berikhtiar..namun, akhirannya berserah dan bertawakallah pada DIA..

3 comments:

irshadian said...

ish2

sayalahfaizul said...

nice... i like this article very much. it is inspiring...

INTAN MASYITAH RUMLI said...

alhamdulillah..=)