Friday, March 27, 2009

Memo untuk Pesakit..

Ini antara artikel yang menarik bagi aku..mungkin juga situasi ini akan berlaku terutamanya bagi kita yang bakal bergelar salah seorang ’healthcare provider’ kelak..jom baca, dan jika ada ibrah darinya, alhamdulillah…

Buat pesakit yang disayangi Allah,

Catatan ini daripadaku, seorang doktor muda yang mahukan kebaikan untuk dirimu. Secebis pengalaman daripada rutin harian, kukongsi disini, untuk renunganmu..

Pagi itu aku memasuki wad perubatan am, selepas menunaikan solat Subuh setelah bekerja semalaman on call di wad tersebut. Semalam kumenyaksikan dua orang pesakit meninggal dunia secara mengejut. Doktor hanya mampu berusaha, tiada kuasa apa-apa untuk menyembuh apalagi menahan ajal seseorang. Maha Kuasa Allah yang menghidup dan mematikan.

Aku berusaha menjadikan subuhku segar bertenaga untuk kebaikanmu pesakit, agar kalian menerima perkhidmatan berkualiti. Mana mungkin bagi seorang doktor untuk mencuaikan tugasnya yang melibatkan nyawa orang yang sangat berharga..

Bunyi ventilator dari katil 11 agak membingitkan telinga. Rutin setiap pagi doktor on call perlu mengambil darah-darah pesakit di wad. Aku menarik troli untuk melaksanakan tugas, lengkap dengan jarum, picagari, spirit, sarung tangan getah dan sebagainya..
.
“Assalamualaikum tuan doktor, pakcik solat kejap ye,” sapa salah seorang pesakit.
“Baik pakcik,” jawabku ringkas setelah menjawab salamnya. Terkesan dihatiku melihat pakcik asma kronik ini, mengenakan kopiah di kepalanya berjalan ke surau, dekat pintu masuk wad. Haji Taib namanya, seorang guru sekolah tahfiz di Kuala Krai. Sakit yang diuji padanya sedikit pun tidak melemahkan jiwanya untuk bangkit dari katil menyahut panggilan Allah.

Beruntunglah jiwa yang tetap mensyukuri Allah s.w.t walau apa ujian menimpa, sebagaimana Anas r.a meriwayatkan sebuah hadis secara marfu’ bermaksud :
“Sesungguhnya besarnya pahala bergantung bergantung kepada besarnya cubaan. Jika Allah mencintai sesuatu kaum DIA akan mengujinya dengan cubaan. Sesiapa yang reda atas cubaan tersebut maka dia mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang berkeluh-kesah maka ia akan mendapat murka Allah.”.

Aku dekati seorang pakcik yang berusia sekitar 60-an, untuk mengambil darah dari lengan kirinya, seorang pesakit radang peparu.
“Pakcik dah solat?” Aku menyapa, sekadar ingat-memperingati pada kewajipan..
Selamba beliau menjawab, ”Nak solat macam mana, doktor?Ada jarum kat lengan ni hah air wuduk tak masuk.”Muncung bibirnya menunding ke arah branula.

”Wuduklah setakat boleh. Kalau tak boleh sangat, boleh tayamum. kena solat dalam apa jua keadaan,”..ujarku.
”Lepas ni pakcik qada’ la,” sangkalnya.
Sedih ku melihat orang yang memberatkan dirinya sendiri sedangkan Islam agama yang memudahkan.

‘Kalau tak sempat qada macam mana ? ‘ Aku meninggalkannya dengan persoalan semoga dia boleh berfikir..

Katil sebelah dihuni oleh seorang pesakit kencing manis yang kronik. Kaki kanannya baru 2 hari lepas dipotong kerana bernanah. Dia sedang nyenyak tidur.
‘Assalamualaikum. tegurku sambil mengejutkannya. ‘Pakcik dah solat’ ? tanyaku sambil mengambil darahnya.

Doktor tengoklah sendiri keadaan saya ni, macam mana nak solat ? Satu badan sakit. Kaki pun baru kena potong, tak bersih lagi.’ Dia mengadu.

Simpati melihat kaki kanannya. Berbalut dengan kesan tompokan berwarna merah dan kuning, bekas darah dan ubat.

”Sakit pun kena solat pakcik, bahkan kena lebih dekat dengan Allah. Tak kira sambil duduk baring, kita boleh solat.”
Sekadar mengingatkannya.

”Pakcik taulah apa yang nak dibuat nanti,doktor. Kan tengah sakit lagi ni. Nak ambil wuduk pun tak boleh dengan kaki berbalut ni.”. Aku tersenyum dengan jawapannya.

Pagi yang ku lalui meyaksikan hampir semua pesakit tidak melaksanakan solat Subuh kecuali beberapa orang sahaja. Rata-rata memberi alasan sakit dan tidak boleh berwuduk. Ah, separah maa pun sakit itu, parah lagi kelalaian masyarakat pada hak Pencipta. Realiti didepanku membenarkan bahawa lebih 80% pesakit di hospital tidak melaksanakan solat.

Wahai pesakit yang dirahmati,

Aku tertanya-tanya adakah sakit yang menghalangmu daripada mngingati dan mentaati Allah s.w.t?Jika itu alasanmu, ingatlah, tiada yang lebih sakit melainkan Nabi Ayub a.s. Baginda diuji berupa pelbagai penyakit kulit hingga memudaratkan tubuhnya. Hingga ulat-ulat jijik merayap-rayap. Tiada satu pun daripada bahagian badannya yang bebas daripada penyakit itu. Hanya hati dan lidahnya sahaja yang tidak dijangkiti. Baginda memanfaatkan sepenuhnya untuk berzikir, disamping terus mengucap syukur ke hadrat Ilahi.

Bandingkan sakitmu dengan sakit Nabi Ayub a.s. Tiada alasan dibibirnya untuk terus menghambakan diri kepada Pencipta. Malah, Baginda banyak berdoa, ”Dan ( ingatlah kisah) Ayub, ketika dia menyeru Tuhannya, ”(Ya Rabb), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang antara semua yang Penyayang.” (Surah al-anbiyaa’:83)

::Buat kawan-kawan..aku..kita..sesiapa sahaja..juga ingatan untuk diri-sendiri terutamanya..yang bakal bergelar 'health care provider' itu..harap-harap, kita juga tidak lupa akan tanggungjawab yang lebih wajib ini..selain pharmaceutical care..medical care..nursing care..bagaimana dengan tanggungjawab mengingatkan perkara terpenting itu??InsyaAllah, moga kita tidak lupa..::

Wallahua`lam..

7 comments:

Ibnurashidi said...

Salam...

Suatu memo yang bagus...moga ada manfaatnya.

nor hafiza husain said...

Subhanallah...nice entry...
insyaAllah kt dpt menjadi pharmacist yg diberkati Allah yg sering nasihat-menasihati...amin.

khoirul isti said...

Assalamu'alaikum......
Saudariku....aku sangat terharu dengan apa yang aku baca.Teruslah berjuang"ALLAHU AKBAR", aku hanya bisa berdoa semoga engkau diberi kekuatan dan kesabaran....SELAMAT BERJUANG!!!

INTAN MASYITAH RUMLI said...

@ibnu rashidi
w`salam..insyaAllah..moga ada ibrah darinya..

@fiza
mudah-mudahan..amiin..

@khoirul isti
waalaikumussalam..terima kasih doanya..moga2 kita sntiasa di bawah rahmatNya dan dikurniakan istiqamah yang berterusan di atas jalan ini..InsyaAllah..=)

irshadian said...

sebagai doctor, bukan setakat kita ingatkan, sekiranya boleh dan sanggup berkorban kita boleh offer kat pesakit nak tolong amikkan wudhuk atau mintak nurse atau waris tolong, takut nanti kena soal juga kita yg sihat ni

INTAN MASYITAH RUMLI said...

yes..so true..=)

楊承琳yaya said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,a片,AV女優,聊天室,情色