Wednesday, February 25, 2009

“Manners maketh man (and woman too)”


Erti hidup hari ini..”manners maketh man (and woman too)..”respect others as you want others to respect you..InsyaAllah menjaga hubungan sesama manusia itu boleh menyumbang kepada kesejahteraan bersama..

“To be on top, you have to know everything..but, to know everything doesn’t mean you can step down on the others..”

One of the most marked tests of character is the manner in which we conduct ourselves toward others.. A graceful behavior toward superiors, inferiors, and equals, is a constant source of pleasure…to be nice..its a pleasure!

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan.
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong betulkan..


Hidup bukan selalunya di atas..suatu hari, kita pasti berada di bawah..

sesungguhnya ujian Tuhan itu pelbagai..

Walau di tahap mana pun kita..kita masih ada yang DI ATAS itu..

Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan membanggakan diri. Luqman;18

Moga kita sentiasa terpelihara dari sikap-sikap begini..

Wallahua'lam..

Monday, February 23, 2009

Mengenal “Si Pedang Allah”


Buku ini adalah sebuah novel Sejarah Islam..tajuk : “Khalid Memburu Syahid”, hasil tulisan kreatif oleh Abdul Latip Talib..buku ini keseluruhannya menceritakan perjalanan hidup pejuang agung fii sabilillah Khalid Al-Walid bermula dari saat beliau memeluk Islam sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir tetapi dengan keadaan yang tidak beliau cita-citakan..

“Saya bercita-cita mahu mati syahid. Disebabkan itulah saya menyertai semua peperangan yang melibatkan tentera Islam. Di tubuh saya ini penuh dengan parut-parut luka akibat senjata musuh, tetapi saya masih hidup. Impian saya untuk gugur syahid tidak kesampaian. Akhirnya saya mati atas katil. Hanya orang pengecut sahaja yang mati begini..” Khalid Al-Walid..

Bagi kalian yang mahu mula ‘peduli’ dengan membaca rentetan peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah..para sahabat baginda..bagaimana cabaran menyebarkan ad-deen Agung ini..mereka sanggup syahid di medan perang..!syahid itu tujuan..tiada istilah lari dari medan perang..Aku mencadangkan, mungkin kita boleh bermula dengan novel-novel sebegini..sebab, tidak semua yang boleh “cope” dengan cerita sejarah..apatah lagi jika buku itu ditulis dengan penuh skema dan tidak berapa menarik perhatian dengan ilustrasi kulit muka hadapan yang tidak berapa menarik..hehe..novel ini menarik bagi aku..menambahkan pengetahuan aku mengenai “Si Pedang Allah” ini..Khalid al-Walid..beliau panglima perang yang sangat hebat dan berani..digeruni musuh dalam setiap peperangan yang disertainya..

Walaupun begitu, sifat zuhudnya patut dicontohi..terutamanya bagaimana beliau sangat merendah diri walaupun beliau hebat..beliau sentiasa menjadi ketua dalam misi-misi menyebarkan Islam..namun, baginya tanggungjawab itu bukan satu kebanggaan..tetapi satu amanah yang bakal dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan..

Next, Salahudin Al-Ayubi Penakluk Jerusalem bakal menyusul..


Wallahua'lam..

Friday, February 20, 2009

"Orang itu.."

Hari ni aku bersantai-santai membaca buku..seronok, kerana agak lama meninggalkan buku-buku itu tanpa dibaca dengan bersungguh-sungguh..aku kembali menyambung membaca Obama-Antara Islam, Israel dan Amerika dan memulakan bacaan buku baru Detik-Detik Terakhir Kehidupan Rasulullah..ternyata, pesona kehidupan sirah hidup Nabi junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w lebih menarik perhatian aku untuk membaca tanpa henti..buku ini ada aura..!dan aku telah menghabiskan setengah daripada buku itu petang ini..InsyaAllah, akan disambung secepat mungkin..

Selepas habis kelas, aku ke bank..menguruskan beberapa hal..di sana, ada kejadian yang memberi kesan pada aku..aku beratur seperti yang lain di situ..dan dari jauh..aku terpandang satu figure manusia yang kelihatan familiar bagi aku..tapi, aku menidakkan impuls itu..”Macam Sir Andy je..”..tak mungkin lah..lagipun, dia bukannya local Shah Alam..dia stay kat Penang..mungkin salah satu manusia seiras dia kot..ternyata, bukan aku saja yang perasan..dia juga memandang aku dengan muka penuh curious dan eager..aku tunduk..supaya tidak obvious aku juga memandang dia dengan penuh minat untuk menegur..dalam hati..aku berkira-kira..tegur..tak tegur..tegur..tak tegur..ok..tak tegur..sebab takut salah orang..or kalau pun betul orang itu ex-cikgu aku waktu sekolah rendah..tak mungkin dia akan ingat aku lagi..aku berlalu meninggalkan bank..

Tiba-tiba..dalam aku berkejar-kejar menuju ke parking..terdengar satu suara dari belakang..”Excuse me..you dulu student sir masa sekolah rendah kan?Intan?”..aku terkesima seminit..memandang dia tanpa kelip kerana teguran itu..juga sebenarnya rasa malu yang sangat-sangat..”Yes..saya Intan..err..Sir Andy”?..dia mengangguk dan tersenyum...dan kami seperti berkenalan..ternyata..aku tidak salah orang!memang betul orang itu ialah Sir Andy!!aku sangat malu dengan diri sendiri..seorang guru boleh datang menegur bekas anak muridnya yang dah hampir 12 tahun tak pernah jumpa..dan dia masih boleh ingat nama aku tanpa gagap!!tapi aku?

Sir Andy tidak pernah mengajar aku sewaktu sekolah rendah..tapi, aku aktif dengan aktiviti ko-kurikulum seperti “group singing” yang selalu menyanyi-nyanyi lagu Old Mc Donald ke..One Way Ticket..My Way..Valderi Valdera..ya, zaman sekolah rendah yang memang semakin kelam-kelam samar-samar dalam fikiran..Sir Andy sebagai salah seorang guru pembimbing..dia juga membimbing aku sewaktu menjadi conductor choral speaking..debate..ternyata..ingatannya kuat dan dia masih bole cam aku dalam keadaan sekarang berbanding 12 tahun dulu..kami berborak..bertanya khabar..perkembangan masing-masing..aku diperkenalkan pada keluarganya..ternyata, mereka sangat peramah..

Kami berborak mengenai bekas-bekas guru aku dulu sewaktu sekolah rendah..kawan-kawan rapat dulu yang memang sudah lama terputus hubungan..”down memory lane”..aku sempat bergurau..”Sir, saya tak sangka sangat sir ingat lagi nama saya..”Sir menjawab..”Biasalah anak murid, you all memang..kalau nampak bekas-bekas cikgu dulu, macam nak lari je.”..aku hanya tersenyum penuh makna dalam malu yang sangat..

Pengajaran..jangan lupa diri dan cikgu yang banyak berbakti..jangan fikir cikgu tu ingat atau tidak..kenal atau tidak..yang penting kita sebagai anak murid..bertegur sapalah dengan guru-guru kamu..ternyata, terdapat berkatnya disitu..InsyaAllah..dan sekarang, aku berazam mahu menziarahi kembali bekas-bekas guru sewaktu sekolah dulu..ingat ke diorang?kenal ke?aku tak pandailah nak sapa-sapa orang tak tentu pasal ni..emm,kenalkanlah diri..itu pun susah ke Intan..

Seorang guru boleh ingat dan cam anak-anak muridnya yang sangat ramai..tapi,anak murid yang sorang..berapa ramai guru mereka yang masih diingat?

Aku akan cuba..hihi

Wallahua`lam..

Thursday, February 19, 2009

"::::"


Aku pening dan confius..nanti lepas grad keje kitorng diagnos ke..?kami mengalami split identity and job crisis..hihi..ini semua gara-gara case presentation yg kurang relevan ini..!!maaf, bukan melepas perasaan tapi, kami mahu kan job scope yg lebih jelas dan reliable..kami manusia, dan daya tahan kami juga kekadang tercabar kerana pelbagai faktor..selagi lagi,maaf..ini bukan berbentuk protes..tapi, aku dah salah buat slide..patutkah aku tukar kesemua termasuk slide org lain jugak..alamak, tak tido la nampaknya..mata sudah semakin steam..otak hampir jam..tapi, solusinya masih samar-samar..

Ya Robbi..aku perlukan petunjukMu..

Hanya KAU Yang Maha Mengetahui..

Wednesday, February 18, 2009

Aku ada kerna kalian ada..!


Terima kasih untuk semua yang ingat hari lahir aku..pada aku, tidak berapa penting..namun, ingatan kalian tetap dihargai..terima kasih..ucapan hari lahir yang pertama sudah tentu dari mak, abah dan keluarga..pagi-pagi sebelum Subuh mak dan abah dah mesej..terima kasih mak..abah..kerana melahirkan dan membesarkan akak sampai sekarang..sungguh, tiada satu pun yang akak dapat balas..hanya doa yang akak selalu titipkan untuk mak dan abah..maaf jika kelalaian dalam mengingati mak dan abah dalam doa-doa selepas solat..InsyaAllah anakmu ini sedang memperbaiki diri..

23 tahun sudah aku hidup..umur ini orang kata seperti permulaan memasuki alam dewasa..tapi, bagi aku,,”age is just a number”..berapa pun umur kita..itu tidak penting..kerana jika faktor umur menjadi ukuran..itu yang menimbulkan frasa glamer yang tak berapa relevan bagi aku di kalangan lelaki..”Life begin at 40”..kot ye hidup sampai 40 tahun..kalau tak?tanya dan jawab sendiri la ye..

Apa yang penting..semakin umur meningkat..semakin hampir kita kepada kematian..kerana kematian itu sangat pasti..masanya juga tidak akan berubah..yang berubah kita..setiap hari..kita menapak sehari lebih hampir pada kematian..mudah-mudahan aku sentiasa ingat janji Tuhan ini..

Teringat sewaktu berborak dengan mak tentang kisah kami sewaktu dulu..mak kata aku paling susah nak ‘keluar’..puas mak bidan tu pusing-pusing rumah beberapa kali (aku tidak tahu apa signifikannya aksi ini secara medical)..mak bertarung nyawa sewaktu itu..dan sampai sekarang perkara itu sentiasa tersemat dalam jiwa aku..seorang ibu bertarung nyawa kerana hendak menghadirkan kita ke dunia ini..seorang ibu yang sentiasa setia mendengar keluhan rasa dan resah jiwa seorang anak..seorang ibu yang sentiasa menerima anaknya walau dalam apa keadaan sekalipun..kita sebagai anak?memang takkan sama..pengorbanan kita pada mereka memang takkan sama..apa yang kita dah buat untuk membahagiakan mak dan ayah kita?tanya dan jawab sendiri..

Dato Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata.."Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ mati ) ".........InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka buat kamu...


Mak..abah..Aku ada kerna kalian ada..

Wallahua`lam…

Saturday, February 14, 2009

::Talk show:Aku dibius cinta::


Alhamdulillah..Allah s.w.t mengizinkan aku untuk turut serta menghadiri talk show “Aku dibius cinta” yang mana panelisnya terdiri daripada ustaz Hasrizal Abdul Jamil (blogger;saifulislam.com) dan juga Ustaz Mohd Uda Kasim..mendengar tajuknya sahaja..agak menarik untuk difahami dengan lebih lanjut..sebelum itu, syabas aku ucapkan pada NISA Shah Alam kerana berjaya menganjurkan program seperti itu..ternyata, sambutannya sangat menggalakkan..ramai pengunjung memenuhi show tadi..bukan tu je, aku tangok dekat aras 2 pun..ramai yang sanggup berdiri sepanjang 4 jam program ini berlangsung..semoga segalanya adalah ibadah disisiNya..InsyaAllah..

Talk show ini sebagai peringatan kepada masyarakat yang menjadikan sambutan Hari Valentine yang kononnya dilihat adalah hari berkasih sayang..meluahkan cinta masing-masing..untuk sedar dan kembali kepada ajaran Islam..ini kerana Hari Valentine adalah budaya Barat..budaya yang boleh menyesatkan dan boleh menjurus kepada zina..nau’zubillah..melihat kepada sejarah Hari Valentine itu sendiri..betapa media Malaysia sangat tidak mementingkan sensitivity dengan apa yang dilarang dalam agama Islam..ini kerana, fatwa mengharamkan umat Islam untuk menyambut Hari Valentine telah dikeluarkan oleh JAKIM pada 27 April 2008 telah diketepikan..media kita terus-terusan mempromosikan sambutan ini..Astagfirullahala`zim..dan apa yang lebih penting, Islam melarang umatnya menyambut sambutan-sambutan yang menyerupai orang Kafir dan munafik..

Aku tertarik dengan term yang digunakan oleh ustaz Hasrizal seperti ‘buayafriend’ (formerly known as boyfriend) dan ‘gelifriend’ (formerly known as girlfriend) untuk menggambarkan budaya bercouple yang menjadi trend anak-anak muda sekarang..panelis juga mendedahkan statistic penceraian rumah tangga yang mana jumlahnya menyamai dengan jumlah pasangan yang berdaftar untuk berkahwin..Astagfirullah..takut aku dengar..apepun, semua berlaku adalah dengan kehendakNya..

Talk show ini ternyata mendapat sambutan yang hebat..ramai pengunjung yang masing-masing ingin memberikan pendapat masing-masing..juga ingin bertanya soalan kepada panelis..tajuk cinta ini memang salah satu tajuk yang ‘hot’ di mana-mana..bagi aku..cinta itu adalah terlalu subjektif..cinta itu satu perasaan yang dianugerahkan kepada setiap manusia oleh Allah s.w.t..tapi, cinta itu mestilah disalurkan kepada tempat yang betul..pupuklah cinta kepada Allah s.w.t ..cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w..cinta kepada agama Islam ini..sebelum kita sibuk mencari cinta sesama manusia..terlalu banyak kalau nak cerita..

Talk show ini juga diselitkan dengan tayangan-tayangan video salah satunya bertajuk ”Pemuda Pemudi Malaysia vs Palestine..” tersa jauh beza jurang antara kita dan pemuda-pemudi Palestine yang mana..kita disini leka dan hanyut dibuai keseronokan dunia..kita tidak perlu berjuang demi meneruskan hidup seperti mereka..mereka di sana..bermandi darah mempertahankan negara..mati syahid menjadi tujuan..kita terlalu mewah disini..alhamdulillah..banyak-banyak kita panjatkan kesyukuran kepadaNya..

Majlis ini ditamatkan dengan bacaan doa Qunut Nazilah oleh ustaz Mohd Uda Kasim..semoga lebih banyak majlis-majlis ilmu seperti ini akan diadakan di masa hadapan..kita hidup di akhir zaman ini..terlalu banyak cabarannya..maka, ingat-mengingati antara satu sama lain adalah salah satu medium untuk membetulkan diri sendiri untuk menjadi seorang muslim/muslimah yang lebih baik..InsyaAllah..


Wallahua`lam..

Wednesday, February 11, 2009

Clerkship : Minggu 4

Pengalaman paling mencabar sepanjang attachment setakat ni..kami ke psychiatric ward minggu ni..menghadapi pesakit-pesakit yang diuji Allah s.w.t dengan ketidakstabilan emosi yang menyebabkan mereka berkelakuan tidak seperti kita yang normal..secara jujur, aku memang lemah semangat dicampur takut yang amat sangat..sebelum masuk ward tu lagi aku dah mula pucat sebab memang macam tak sanggup nak masuk..kitorng kat luar pun..diorang dah panggil2..kalau kat dalam..ntah apa diorng akan buat..itu persepsi pertama aku..persepsi dan perasaan negative yang memang patut dibuang untuk menjadi seorang ahli farmasi yang bagus..juga sebagai sesama manusia..kita tidak patut untuk takut pada pesakit-pesakit ini..tapi, setelah 2 hari disitu..meneliti perangai dan tingkah laku mereka..memahami sejarah dan latar belakang mereka..ternyata, mereka sebenarnya adalah seperti kita…tetapi mereka melihat atau mentafsir sesuatu tidak seperti kita..dan jangan cuba menafikan ada di kalangan kita yang mengaku normal ini juga kekadang sebenarnya adalah tidak normal..bezanya, mereka dirawat di dalam wad..dan memang itu persepsi masyarakat..stigma yang patut dibetulkan untuk melahirkan masyarakat yang lebih stabil..

Memahami psychiatric patients ini ternyata sangat menarik..mereka sebenarnya memerlukan perhatian dan layanan seperti mana kita melayan ahli keluarga sendiri..psychology mereka agak berbeza..tetapi, mereka mempunyai hak untuk hidup seperti kita yang normal..semuanya kerana attitude sesetengah kita atau mungkin majority dari kita yang sentiasa menganggap mereka adalah pelik dan seharusnya disisihkan..tidak!!itu tidak adil..malah dilarang dalam agama..kerana kita tiada beza disisiNya..yang membezakan kita hanyalah ketaqwaan pada Allah s.w.t..

Mereka mudah didekati, tetapi mestilah dengan cara yang betul..mereka faham arahan-arahan yang diberi..memahami physiology dan psychology mereka ternyata sangat membantu..dan apa yang penting..hubungan sesama manusia untuk terus menyokong itu yang lebih penting..tidak mudah untuk menjaga mereka tapi..itu bukan sesuatu yang mustahil..mak aku selalu pesan..segala apa yang berlaku..bukan kehendak mereka..Allah menentukan segalanya..dan mungkin itu adalah terbaik bagi mereka..so, jangan sesekali membenci, mengutuk dan jelik dengan pesakit-pesakit ini..kerana, kita tidak dapat meramal masa depan..mungkin, kita..atau saudara terdekat akan ditakdirkan berada dalam kondisi yang sama..dan semua itu semestinya berlaku kerana kehendakNya..bersyukurlah dengan setiap nikmat yang Allah beri..yang paling utama..nikmat IMAN dan keberserahan kita kepadaNya..sebuah kehidupan yang alhamdulillah selesa..akal fikiran yang sihat dan waras, keluarga yang sangat menyokong dan memahami..rezeki..ilmu..kawan-kawan yang baik..persekitaran yang sihat..dan macam-macam nikmat lagi..Ya Allah terlalu banyak kalau nak disebutkan..”maka nikmat Tuhan yang manakah yang telah engkau dustakan”?..nau`zubillah..

p/s: kalau mahu beramah mesra,diingatkan hanya boleh diaplikasikan kepada pesakit-pesakit yang dirawat di wad..bukan yang berkeliaran tu..kerana, yang diluar tu, mereka tidak dirawat oleh professional..mungkin agak merbahaya..=)

Wallahua'lam..

Saturday, February 07, 2009

Dwi Travelog..


Alhamdulillah..aku diberi kesempatan waktu dan kelapangan minda untuk menghabiskan 2 buah buku berbentuk travelog hasil tulisan Muhd Kamil Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Prof kamil di kalangan warga UiTM…buku ini bagi aku..sangat simple..sangat mudah difahami..tetapi, aku benar-benar terasa ketulusan dan kesungguhan penulis ini untuk menyampaikan dakwah..aku betul-betul tabik dengan prof, sebab..beliau seorang yang dikenali ramai..seorang berpangkat “Profesor”..menjawat jawatan besar..hidup dengan penuh selesa dan cukup serba-serbi dari aspek duniawi..namun, beliau tidak malu untuk menceritakan bagaimana kejahilan beliau dalam mengenal agama dan PenciptaNya sebelum ini..ini kerana, tidak semua orang sanggup mengaku begitu..tidak ramai yang mampu mengaku kejahilan diri..kerana itu hakikatnya..manusia..kita terlalu mencari kesempurnaan dalam hidup..Astagfirullah..



Tajuk diberi..”Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman” dan Travelog Dakwah:Meniti Hari Esok”..buku ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar Prof Kamil..bagaimana perjalanan beliau semasa mengerjakan haji..perjalanan yang penuh keindahan nikmat bersamaNya..yang ternyata menjadi titik permulaan kepada sesuatu perubahan dan hijrah besar dalam hidupnya..membaca pengalaman beliau membuatkan aku meremang..sifat Maha Kuasa Allah itu di mana-mana..jangan pernah kita sangsi..Subhanallah..

Ternyata..dakwah beliau berterusan selepas pulang mengerjakan haji..beliau terus dengan usaha-usaha dakwah terutama pada diri sendiri dan mereka-mereka yang hampir dengannya..ini semua diceritakan dalam Travelog Dakwah:Meniti Hari Esok..banyak cabarannya..kerana, kehidupannya yang sebelum ini..agak sukar mengajak orang lain kea rah kebaikan..tapi, alhamdulillah..Allah s.w.t memudahkan segalanya bagi hamba-hambanya yang sentiasa yakin pada kekuasaanNya..

Membaca cerita-cerita dalam buku ini..sedikit sebanyak aku dapat membuat perbandingan dengan diri sendiri..alhamdulillah..aku mendapat pendidikan agama sedari awal..sejak zaman kanak-kanak..sudah start kelas fardhu ain..dihantar ke sekolah agama..kelas tajwid..mengaji Al-Quran..habis sekolah rendah..aku sudah khatam Al-Quran..namun, sejauh mana aku faham isi Al-Quran?Setakat mana aku mengamalkan isi-isi Al-Quran?Sudah berapa banyak surah yang aku hafal?Astagfirullahala`zim..ampunkan aku Ya Allah..aku perlukan bimbinganMu selamanya..

Ya ALLAH, Sungguh kami memohon telaga rahmatMU
Dan berharap luasnya ampunanMU
Dan mendapat bahagian dari setiap kebaikan
Dan keselamatan dari setiap dosa
Dan kebahagiaan dengan (mendapatkan) Syurga dan diselamatkan dari api Neraka
..

Wallahua`lam..

Thursday, February 05, 2009

Renungkan bersama..

"Hadis 19 dari Hadis 40 oleh Imam Nawawi"

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku:

Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).


Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:

Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Menjaga Hak Allah, Allah akan menjaga kamu:
melaksanakan segala suruhan, meninggalkan semua larangan.
Allah akan menjaga kemaslahatan duniawi - kesihatan/anak/keluarga/harta.
dipelihara din & iman dari syubhat yang menyesatkan/perkara-perkara haram.
2) Pertolongan & bantuan Allah kepada Orang yang bertaqwa:
jaga hak Allah pada diri dan keluarganya - menepati Quran dan Sunnah.
dalil bantuan/Allah bersama (an-Nahl : 128),(at-Taubah : 40),
(al-Mujadalah : 7 ).
3) Meminta pertolongan hanya pada Allah:
memohon pertolongan dalam melakukan ketaatan/ meninggalkan maksiat.
bersabar atas takdir/ tetapkan pendirian pada hari bertemu Allah.
4) Beriman kepada Qadho’ dan Qadar :
- dalil (at-Taubah : 51) (Aali Imran : 154).
5) Mengingati Allah ketika senang, Allah akan mengingati kamu ketika susah .
6) Kemenangan bersama kesabaran: (a-Baqarah : 249) (al-Anfal:66).
7) Bersama Bala(karb) itu ada jalan keluar(farj) : (al-Baqarah:214).
8) Bersama kepayahan ada kesenangan (al-Asr) .

Pengajaran hadis:

Seorang mukmin mesti menjaga dan memelihara hak kewajipan terhadap Allah setiap masa dan tempat, lebih-lebih lagi ketika dia dalam kesenangan. Dengan ini dia akan dijaga dan dipelihara Allah sepanjang masa, terutamanya ketika ditimpa kesusahan hidup.
Segala permintaan, mohon pertolongan dan perlindungan hendaklah hanya ditujukan kepada Allah SWT semata-mata. Tidak ada makhluk atau Tuhan lain yang mampu menolong dan melindungi manusia kecuali Allah SWT jua.
Segala apa yang berlaku dan menimpa manusia adalah ketetapan Allah SWT, bukannya kerana sebab dan usaha manusia. Manusia tidak berkuasa untuk memberi manfaat atau memberi mudharat kepada mana-mana hamba, walaupun seluruh manusia dan jin berhimpun untuk bergotong royong melakukannya.Umat lslam mestilah yakin bahawa kemenangan akan tercapai dengan adanya kesabaran, setiap keperitan hidup pasti ada penyelesaiannya dan setiap kesusahan ada bersamanya kesenangan.


Sekadar teguran untuk diri sendiri..tika sekarang, motivasi diri yang kian menurun..pada siapa harus diceritakan keluh-kesah ini..hanya DIA..sesungguhnya, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..usah serabutkan fikiran dengan kata-kata orang lain yang mungkin menjatuhkan motivasi diri..kerana, mereka juga manusia..mungkin itu ujian bagi mereka..teruskan perjuangan kawan-kawan!


Wallahua`lam..

Sunday, February 01, 2009

Cogito Allah sum!


Ini Novel Inspirasi bagi Pencari Tuhan..Cogito Allah sum!~Kalau Begitu Allah Lebih Mengetahui dan Maha Besar~ Novel pertama hasil tulisan saudara Lalu Mohammad Zaenudin, seorang penulis dari tanah seberang seusiaku..Alhamdulillah bakat menulis anugerah Allah kepadanya dimanfaatkan untuk berdakwah dan menyeru masyarakat mengenal Tuhan..ini antara buku terbaru yang sempat aku beli cuti kali ni..sebenarnya terbeli tanpa niat..setengah hari aku berjaya menghabiskan buku ni..tajuk buku ni unik!

Buku ini bagi aku macam drama kat tv..ceritanya mengisahkan seorang pemuda bernama Rayyan yang dulunya seorang yang kuat beribadah, mengaji, ke surau..tetapi, tiba-tiba setelah bergelar mahasiswa universiti..apabila diri mula mengenal dunia luar..berilmu pengetahuan..dirinya menjadi seorang atheist!mula menafikan kewujudan Tuhan..sungguh..iman tidak dapat diwarisi..walaupun ayahnya ialah seorang yang kuat agama..bergelar agamawan..bijaksana dan kuat beribadah..namun, Rayyan tidak begitu..dia lebih cenderung kepada pegangan rasionalism..falsafahnya tentang keTuhanan lebih memandu jiwanya ketika itu..dia hidup dalam dunia tanpa Tuhan..dan dia juga berusaha mempengaruhi orang lain dengan prinsip tidak berTuhannya..dia menggunakan logic akal semata-mata..lebih mengagungkan kata-kata dan falsafah pemikir-pemikir Barat tentang asal kewujudan manusia..bagaimana agama itu sebenarnya tidak wujud baginya..dia bangga dengan diri sendiri..bangga kerana pemikirannya yang menafikan kewujudan Tuhan itu telah diterima ramai..

Begitu mahal hidayah Allah..DIA mengurniakan hidayah pada yang DIA kehendaki..maka bersyukurlah dengan hidayah itu..kerana di luar sana..masih ramai yang terumbang-ambing hidup mereka tanpa pegangan dan tujuan hidup..

Teringat terjemahan Surah Al-Baqarah : 105 ;

”..Dan Allah menentukan sesiapa yang dikehendakinya (untuk diberi) rahmatnya dan Allah mempunyai kurnia yang besar.”

Hidup Rayyan semakin bercelaru..pelbagai masalah bertimpa-timpa..dia hidup dalam kemaksiatan semuanya demi membebaskan diri dari masalah yang membelengu diri. Arak menjadi minuman harian…dan apabila mabuk..dia merasakan semua masalah itu bebas dari dirinya..namun, itu bukanlah ketenangan abadi dan hakiki..perjalanan hidupnya dalam mencari Tuhan menemukannya dengan beberapa orang yang seperti diutus Tuhan untuk memberikan jalan padanya..mereka membimbingnya..dia kerap bertanya..berdiskusi..berdiskusi mengenai Tuhan..bagaimana kekuasaan Tuhan itu..dan janji Rayyan..dia tidak akan sujud selagi dia tidak yakin bahwa Tuhan itu benar-benar wujud..dia hampir berputus asa dalam pencarian itu..dia hampir berpaling pada jalan yang terang salah itu..itulah, betapa Allah sayang padanya…dia menemui Tuhannya dalam saat dia benar-benar memerlukanNya..dalam ketika dia mencariNya..

Akhirnya hidayah itu datang..Rayyan akhirnya menemui apa yang dicari selama itu..dan hari itu dia benar-benar yakin dengan kewujudan Tuhan Maha Pencipta..”Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untukMu.”..

Novel ini sungguh tepat dijadikan kompas jiwa oleh mereka yang meragukan eksistensi Allah, agar boleh segera kembali menemui jalan-Nya, kembali mencari benang-benang Cinta-Nya..

Ke mana hendak dibawa ego itu wahai manusia..sesungguhnya dari DIA kita datang..dan hanya kepada DIA sahaja kita pasti akan kembali..


Wallahua`lam..