Friday, February 20, 2009

"Orang itu.."

Hari ni aku bersantai-santai membaca buku..seronok, kerana agak lama meninggalkan buku-buku itu tanpa dibaca dengan bersungguh-sungguh..aku kembali menyambung membaca Obama-Antara Islam, Israel dan Amerika dan memulakan bacaan buku baru Detik-Detik Terakhir Kehidupan Rasulullah..ternyata, pesona kehidupan sirah hidup Nabi junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w lebih menarik perhatian aku untuk membaca tanpa henti..buku ini ada aura..!dan aku telah menghabiskan setengah daripada buku itu petang ini..InsyaAllah, akan disambung secepat mungkin..

Selepas habis kelas, aku ke bank..menguruskan beberapa hal..di sana, ada kejadian yang memberi kesan pada aku..aku beratur seperti yang lain di situ..dan dari jauh..aku terpandang satu figure manusia yang kelihatan familiar bagi aku..tapi, aku menidakkan impuls itu..”Macam Sir Andy je..”..tak mungkin lah..lagipun, dia bukannya local Shah Alam..dia stay kat Penang..mungkin salah satu manusia seiras dia kot..ternyata, bukan aku saja yang perasan..dia juga memandang aku dengan muka penuh curious dan eager..aku tunduk..supaya tidak obvious aku juga memandang dia dengan penuh minat untuk menegur..dalam hati..aku berkira-kira..tegur..tak tegur..tegur..tak tegur..ok..tak tegur..sebab takut salah orang..or kalau pun betul orang itu ex-cikgu aku waktu sekolah rendah..tak mungkin dia akan ingat aku lagi..aku berlalu meninggalkan bank..

Tiba-tiba..dalam aku berkejar-kejar menuju ke parking..terdengar satu suara dari belakang..”Excuse me..you dulu student sir masa sekolah rendah kan?Intan?”..aku terkesima seminit..memandang dia tanpa kelip kerana teguran itu..juga sebenarnya rasa malu yang sangat-sangat..”Yes..saya Intan..err..Sir Andy”?..dia mengangguk dan tersenyum...dan kami seperti berkenalan..ternyata..aku tidak salah orang!memang betul orang itu ialah Sir Andy!!aku sangat malu dengan diri sendiri..seorang guru boleh datang menegur bekas anak muridnya yang dah hampir 12 tahun tak pernah jumpa..dan dia masih boleh ingat nama aku tanpa gagap!!tapi aku?

Sir Andy tidak pernah mengajar aku sewaktu sekolah rendah..tapi, aku aktif dengan aktiviti ko-kurikulum seperti “group singing” yang selalu menyanyi-nyanyi lagu Old Mc Donald ke..One Way Ticket..My Way..Valderi Valdera..ya, zaman sekolah rendah yang memang semakin kelam-kelam samar-samar dalam fikiran..Sir Andy sebagai salah seorang guru pembimbing..dia juga membimbing aku sewaktu menjadi conductor choral speaking..debate..ternyata..ingatannya kuat dan dia masih bole cam aku dalam keadaan sekarang berbanding 12 tahun dulu..kami berborak..bertanya khabar..perkembangan masing-masing..aku diperkenalkan pada keluarganya..ternyata, mereka sangat peramah..

Kami berborak mengenai bekas-bekas guru aku dulu sewaktu sekolah rendah..kawan-kawan rapat dulu yang memang sudah lama terputus hubungan..”down memory lane”..aku sempat bergurau..”Sir, saya tak sangka sangat sir ingat lagi nama saya..”Sir menjawab..”Biasalah anak murid, you all memang..kalau nampak bekas-bekas cikgu dulu, macam nak lari je.”..aku hanya tersenyum penuh makna dalam malu yang sangat..

Pengajaran..jangan lupa diri dan cikgu yang banyak berbakti..jangan fikir cikgu tu ingat atau tidak..kenal atau tidak..yang penting kita sebagai anak murid..bertegur sapalah dengan guru-guru kamu..ternyata, terdapat berkatnya disitu..InsyaAllah..dan sekarang, aku berazam mahu menziarahi kembali bekas-bekas guru sewaktu sekolah dulu..ingat ke diorang?kenal ke?aku tak pandailah nak sapa-sapa orang tak tentu pasal ni..emm,kenalkanlah diri..itu pun susah ke Intan..

Seorang guru boleh ingat dan cam anak-anak muridnya yang sangat ramai..tapi,anak murid yang sorang..berapa ramai guru mereka yang masih diingat?

Aku akan cuba..hihi

Wallahua`lam..

8 comments:

raihan said...

salam intan...
terserempak dgn sir andy ka?hihi...xsangka nya...
km kalau dgn cikgu lain ok lg,tp kalau jumpa sir mat,rsnya mmg still ada prasaan takut2 tu kot,huhu...
dah lama xjumpak dgn cikgu2 lama...agak2nya diorg kenai lg ka?
huhu,rsnya last skali jumpak cikgu sekolah rendah,cikgu shahidan kot,ms form brapa ntah...

INTAN MASYITAH RUMLI said...

aah..memang tk sangka..lgpun, dy tegur dlu, tu yg lagi memalukan..ms borak2..sir Andy ckp.."lama tak dgr cter boyfriend lama hampa.."maksud dy sir Mat..tp kan, kalau jumpa sir Mat, rasanya seronok la nak borak ngn dy..byk cter dlu akan kluar..ingt Azian Iziani?rasanya dy UiTM..penah jumpa kt cni..tp tk tegur pn sbb tkut salah org as usual..hihi..n bru2 ni terserempak Azril kt parking moto, just say "hi" sbb terkejut gak tgk dy, yg dh besar haha

raihan said...

hihi,xtau la,x tbyg kalau jumpak sir mat,still ada rs gerun2 zaman dulu kena denda,hihi...
owh,km still kontek mun(ingat lg x?munirah,yg duk sblh km time djh 6 tu),dia smbg degree kat uitm...dia sekelas dgn azril katanya...
km pun dah lama x jumpak azril,padahal duk sebelah rumah ja pun,huhu,xtau apa cita...
ooo,km pun xtau kalau jumpak azian iziani tu bole cam atau x lg...huhu

INTAN MASYITAH RUMLI said...

ingt2..munirah..tp tak tau plak dy uitm..jom la kita buat reunion 6K dulu..jejak kasih ngn sir mat..sir Andy kte dy kat Selangor sekarang, tp tk sure ajar sekolah mana..

irshadian said...

sir mat tu kawan mak aku masa kat sekolah telok air tawar, dia tu femes.ayah azian plak aku PK d skol mak aku hehe (tadak kaitan)

buku2 hang buat aku jeles.

aku rasa sesapa pon senang recognize hang sbb character unik hang iaitu ketinggian. Ayah aku yg gtau, kalau kwn aku semua dia tak knal nama, tapi hang saja dia kenai hihi, hargai personaliti berkarisma itu

INTAN MASYITAH RUMLI said...

jgn jeles ok..haha..buku aku da byk sgt yg belum disentuh btu i still can't stop buying books..

kalau ada contact Sir Mat aku nak nak..sgt lama tk jumpa dy..dy juga unique in his own way..n apapn, dy cikgu aku..

raihan said...

eh3,bnyk pulak connection amal dgn cikgu2 sg 2...
intan,ingat x amir abu bakar?dgr cita dia dah nak kawen dah...bila xtau la pulak
nanti kalau buat reunion,ntah2 semua pun dah berdua,ataupun ber3,ber4...:-))

INTAN MASYITAH RUMLI said...

serius?da nak kawen??wah2..dah besar..btw, alhamdulillah,jodoh dy..entah bila ntah reunion tu nak jd kenyataan..da lama tk cntct kan..raihan kalau kawen..jgn lupa jemput tau =)