Wednesday, February 18, 2009
Aku ada kerna kalian ada..!
Terima kasih untuk semua yang ingat hari lahir aku..pada aku, tidak berapa penting..namun, ingatan kalian tetap dihargai..terima kasih..ucapan hari lahir yang pertama sudah tentu dari mak, abah dan keluarga..pagi-pagi sebelum Subuh mak dan abah dah mesej..terima kasih mak..abah..kerana melahirkan dan membesarkan akak sampai sekarang..sungguh, tiada satu pun yang akak dapat balas..hanya doa yang akak selalu titipkan untuk mak dan abah..maaf jika kelalaian dalam mengingati mak dan abah dalam doa-doa selepas solat..InsyaAllah anakmu ini sedang memperbaiki diri..
23 tahun sudah aku hidup..umur ini orang kata seperti permulaan memasuki alam dewasa..tapi, bagi aku,,”age is just a number”..berapa pun umur kita..itu tidak penting..kerana jika faktor umur menjadi ukuran..itu yang menimbulkan frasa glamer yang tak berapa relevan bagi aku di kalangan lelaki..”Life begin at 40”..kot ye hidup sampai 40 tahun..kalau tak?tanya dan jawab sendiri la ye..
Apa yang penting..semakin umur meningkat..semakin hampir kita kepada kematian..kerana kematian itu sangat pasti..masanya juga tidak akan berubah..yang berubah kita..setiap hari..kita menapak sehari lebih hampir pada kematian..mudah-mudahan aku sentiasa ingat janji Tuhan ini..
Teringat sewaktu berborak dengan mak tentang kisah kami sewaktu dulu..mak kata aku paling susah nak ‘keluar’..puas mak bidan tu pusing-pusing rumah beberapa kali (aku tidak tahu apa signifikannya aksi ini secara medical)..mak bertarung nyawa sewaktu itu..dan sampai sekarang perkara itu sentiasa tersemat dalam jiwa aku..seorang ibu bertarung nyawa kerana hendak menghadirkan kita ke dunia ini..seorang ibu yang sentiasa setia mendengar keluhan rasa dan resah jiwa seorang anak..seorang ibu yang sentiasa menerima anaknya walau dalam apa keadaan sekalipun..kita sebagai anak?memang takkan sama..pengorbanan kita pada mereka memang takkan sama..apa yang kita dah buat untuk membahagiakan mak dan ayah kita?tanya dan jawab sendiri..
Dato Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata.."Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ mati ) ".........InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka buat kamu...
Mak..abah..Aku ada kerna kalian ada..
Wallahua`lam…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
aku ada kerana kalian ada...mak abah, sejuta penghargaan buat dirimu..
intan, selamat menyambut hari lahir ke 23... Semoga berjaya di dunia dan akhirat!
terima kasih.."age is just a number" hehe..
birthday yang kena bagi hadiah hehe, aku hadiahkan hang qulhu.
qulhu+buku..aku nak the splendid sun hehe =P
Post a Comment