Saturday, February 07, 2009

Dwi Travelog..


Alhamdulillah..aku diberi kesempatan waktu dan kelapangan minda untuk menghabiskan 2 buah buku berbentuk travelog hasil tulisan Muhd Kamil Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Prof kamil di kalangan warga UiTM…buku ini bagi aku..sangat simple..sangat mudah difahami..tetapi, aku benar-benar terasa ketulusan dan kesungguhan penulis ini untuk menyampaikan dakwah..aku betul-betul tabik dengan prof, sebab..beliau seorang yang dikenali ramai..seorang berpangkat “Profesor”..menjawat jawatan besar..hidup dengan penuh selesa dan cukup serba-serbi dari aspek duniawi..namun, beliau tidak malu untuk menceritakan bagaimana kejahilan beliau dalam mengenal agama dan PenciptaNya sebelum ini..ini kerana, tidak semua orang sanggup mengaku begitu..tidak ramai yang mampu mengaku kejahilan diri..kerana itu hakikatnya..manusia..kita terlalu mencari kesempurnaan dalam hidup..Astagfirullah..



Tajuk diberi..”Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman” dan Travelog Dakwah:Meniti Hari Esok”..buku ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar Prof Kamil..bagaimana perjalanan beliau semasa mengerjakan haji..perjalanan yang penuh keindahan nikmat bersamaNya..yang ternyata menjadi titik permulaan kepada sesuatu perubahan dan hijrah besar dalam hidupnya..membaca pengalaman beliau membuatkan aku meremang..sifat Maha Kuasa Allah itu di mana-mana..jangan pernah kita sangsi..Subhanallah..

Ternyata..dakwah beliau berterusan selepas pulang mengerjakan haji..beliau terus dengan usaha-usaha dakwah terutama pada diri sendiri dan mereka-mereka yang hampir dengannya..ini semua diceritakan dalam Travelog Dakwah:Meniti Hari Esok..banyak cabarannya..kerana, kehidupannya yang sebelum ini..agak sukar mengajak orang lain kea rah kebaikan..tapi, alhamdulillah..Allah s.w.t memudahkan segalanya bagi hamba-hambanya yang sentiasa yakin pada kekuasaanNya..

Membaca cerita-cerita dalam buku ini..sedikit sebanyak aku dapat membuat perbandingan dengan diri sendiri..alhamdulillah..aku mendapat pendidikan agama sedari awal..sejak zaman kanak-kanak..sudah start kelas fardhu ain..dihantar ke sekolah agama..kelas tajwid..mengaji Al-Quran..habis sekolah rendah..aku sudah khatam Al-Quran..namun, sejauh mana aku faham isi Al-Quran?Setakat mana aku mengamalkan isi-isi Al-Quran?Sudah berapa banyak surah yang aku hafal?Astagfirullahala`zim..ampunkan aku Ya Allah..aku perlukan bimbinganMu selamanya..

Ya ALLAH, Sungguh kami memohon telaga rahmatMU
Dan berharap luasnya ampunanMU
Dan mendapat bahagian dari setiap kebaikan
Dan keselamatan dari setiap dosa
Dan kebahagiaan dengan (mendapatkan) Syurga dan diselamatkan dari api Neraka
..

Wallahua`lam..

No comments: