Saturday, February 14, 2009

::Talk show:Aku dibius cinta::


Alhamdulillah..Allah s.w.t mengizinkan aku untuk turut serta menghadiri talk show “Aku dibius cinta” yang mana panelisnya terdiri daripada ustaz Hasrizal Abdul Jamil (blogger;saifulislam.com) dan juga Ustaz Mohd Uda Kasim..mendengar tajuknya sahaja..agak menarik untuk difahami dengan lebih lanjut..sebelum itu, syabas aku ucapkan pada NISA Shah Alam kerana berjaya menganjurkan program seperti itu..ternyata, sambutannya sangat menggalakkan..ramai pengunjung memenuhi show tadi..bukan tu je, aku tangok dekat aras 2 pun..ramai yang sanggup berdiri sepanjang 4 jam program ini berlangsung..semoga segalanya adalah ibadah disisiNya..InsyaAllah..

Talk show ini sebagai peringatan kepada masyarakat yang menjadikan sambutan Hari Valentine yang kononnya dilihat adalah hari berkasih sayang..meluahkan cinta masing-masing..untuk sedar dan kembali kepada ajaran Islam..ini kerana Hari Valentine adalah budaya Barat..budaya yang boleh menyesatkan dan boleh menjurus kepada zina..nau’zubillah..melihat kepada sejarah Hari Valentine itu sendiri..betapa media Malaysia sangat tidak mementingkan sensitivity dengan apa yang dilarang dalam agama Islam..ini kerana, fatwa mengharamkan umat Islam untuk menyambut Hari Valentine telah dikeluarkan oleh JAKIM pada 27 April 2008 telah diketepikan..media kita terus-terusan mempromosikan sambutan ini..Astagfirullahala`zim..dan apa yang lebih penting, Islam melarang umatnya menyambut sambutan-sambutan yang menyerupai orang Kafir dan munafik..

Aku tertarik dengan term yang digunakan oleh ustaz Hasrizal seperti ‘buayafriend’ (formerly known as boyfriend) dan ‘gelifriend’ (formerly known as girlfriend) untuk menggambarkan budaya bercouple yang menjadi trend anak-anak muda sekarang..panelis juga mendedahkan statistic penceraian rumah tangga yang mana jumlahnya menyamai dengan jumlah pasangan yang berdaftar untuk berkahwin..Astagfirullah..takut aku dengar..apepun, semua berlaku adalah dengan kehendakNya..

Talk show ini ternyata mendapat sambutan yang hebat..ramai pengunjung yang masing-masing ingin memberikan pendapat masing-masing..juga ingin bertanya soalan kepada panelis..tajuk cinta ini memang salah satu tajuk yang ‘hot’ di mana-mana..bagi aku..cinta itu adalah terlalu subjektif..cinta itu satu perasaan yang dianugerahkan kepada setiap manusia oleh Allah s.w.t..tapi, cinta itu mestilah disalurkan kepada tempat yang betul..pupuklah cinta kepada Allah s.w.t ..cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w..cinta kepada agama Islam ini..sebelum kita sibuk mencari cinta sesama manusia..terlalu banyak kalau nak cerita..

Talk show ini juga diselitkan dengan tayangan-tayangan video salah satunya bertajuk ”Pemuda Pemudi Malaysia vs Palestine..” tersa jauh beza jurang antara kita dan pemuda-pemudi Palestine yang mana..kita disini leka dan hanyut dibuai keseronokan dunia..kita tidak perlu berjuang demi meneruskan hidup seperti mereka..mereka di sana..bermandi darah mempertahankan negara..mati syahid menjadi tujuan..kita terlalu mewah disini..alhamdulillah..banyak-banyak kita panjatkan kesyukuran kepadaNya..

Majlis ini ditamatkan dengan bacaan doa Qunut Nazilah oleh ustaz Mohd Uda Kasim..semoga lebih banyak majlis-majlis ilmu seperti ini akan diadakan di masa hadapan..kita hidup di akhir zaman ini..terlalu banyak cabarannya..maka, ingat-mengingati antara satu sama lain adalah salah satu medium untuk membetulkan diri sendiri untuk menjadi seorang muslim/muslimah yang lebih baik..InsyaAllah..


Wallahua`lam..

4 comments:

raihan said...

alhamdulillah,mnarik prog tu...
psl valentine tu,rsnya bnyak yg dah didedahkan yg hrm hukum selebret valentine,tp ramai yg x amek pduli...astaghfirullah...
sggh,jgn biar diri hanyut dgn cinta manusia,bole mkn diri--(ckp dgn dri sdri)

INTAN MASYITAH RUMLI said...

betul2..tp tk ramai yg nk ambik pengajaran dr semua tu..masih ramai je yg trus bercouple..nauzubillah moga kita terhindar..

irshadian said...

macam tak cukup kupasan la intan, tak puas la, tajuk menyengat macam syringe.

kalau tak kapel, dikata ketinggalan dan dipandang slack. biarla, asal dipandang comel oleh Allah kan kan kan.

apa lagi lepas ni hang blh tulis travelog cinta hehe

INTAN MASYITAH RUMLI said...

ak nk cter sume..mcm akan pnjang je..kalau hang baca Aku Terima Nikahnya..ayat2 ustaz hasrizal lebih kurng dalam tu..aku da bole hafal hihi..cuma dikaitkan dng Valentine..cinta tanpa tanggungjawab..trend mengurangkan dosa..semua lebey kurng tu je