Monday, February 23, 2009
Mengenal “Si Pedang Allah”
Buku ini adalah sebuah novel Sejarah Islam..tajuk : “Khalid Memburu Syahid”, hasil tulisan kreatif oleh Abdul Latip Talib..buku ini keseluruhannya menceritakan perjalanan hidup pejuang agung fii sabilillah Khalid Al-Walid bermula dari saat beliau memeluk Islam sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir tetapi dengan keadaan yang tidak beliau cita-citakan..
“Saya bercita-cita mahu mati syahid. Disebabkan itulah saya menyertai semua peperangan yang melibatkan tentera Islam. Di tubuh saya ini penuh dengan parut-parut luka akibat senjata musuh, tetapi saya masih hidup. Impian saya untuk gugur syahid tidak kesampaian. Akhirnya saya mati atas katil. Hanya orang pengecut sahaja yang mati begini..” Khalid Al-Walid..
Bagi kalian yang mahu mula ‘peduli’ dengan membaca rentetan peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah..para sahabat baginda..bagaimana cabaran menyebarkan ad-deen Agung ini..mereka sanggup syahid di medan perang..!syahid itu tujuan..tiada istilah lari dari medan perang..Aku mencadangkan, mungkin kita boleh bermula dengan novel-novel sebegini..sebab, tidak semua yang boleh “cope” dengan cerita sejarah..apatah lagi jika buku itu ditulis dengan penuh skema dan tidak berapa menarik perhatian dengan ilustrasi kulit muka hadapan yang tidak berapa menarik..hehe..novel ini menarik bagi aku..menambahkan pengetahuan aku mengenai “Si Pedang Allah” ini..Khalid al-Walid..beliau panglima perang yang sangat hebat dan berani..digeruni musuh dalam setiap peperangan yang disertainya..
Walaupun begitu, sifat zuhudnya patut dicontohi..terutamanya bagaimana beliau sangat merendah diri walaupun beliau hebat..beliau sentiasa menjadi ketua dalam misi-misi menyebarkan Islam..namun, baginya tanggungjawab itu bukan satu kebanggaan..tetapi satu amanah yang bakal dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan..
Next, Salahudin Al-Ayubi Penakluk Jerusalem bakal menyusul..
Wallahua'lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment