Wednesday, February 11, 2009

Clerkship : Minggu 4

Pengalaman paling mencabar sepanjang attachment setakat ni..kami ke psychiatric ward minggu ni..menghadapi pesakit-pesakit yang diuji Allah s.w.t dengan ketidakstabilan emosi yang menyebabkan mereka berkelakuan tidak seperti kita yang normal..secara jujur, aku memang lemah semangat dicampur takut yang amat sangat..sebelum masuk ward tu lagi aku dah mula pucat sebab memang macam tak sanggup nak masuk..kitorng kat luar pun..diorang dah panggil2..kalau kat dalam..ntah apa diorng akan buat..itu persepsi pertama aku..persepsi dan perasaan negative yang memang patut dibuang untuk menjadi seorang ahli farmasi yang bagus..juga sebagai sesama manusia..kita tidak patut untuk takut pada pesakit-pesakit ini..tapi, setelah 2 hari disitu..meneliti perangai dan tingkah laku mereka..memahami sejarah dan latar belakang mereka..ternyata, mereka sebenarnya adalah seperti kita…tetapi mereka melihat atau mentafsir sesuatu tidak seperti kita..dan jangan cuba menafikan ada di kalangan kita yang mengaku normal ini juga kekadang sebenarnya adalah tidak normal..bezanya, mereka dirawat di dalam wad..dan memang itu persepsi masyarakat..stigma yang patut dibetulkan untuk melahirkan masyarakat yang lebih stabil..

Memahami psychiatric patients ini ternyata sangat menarik..mereka sebenarnya memerlukan perhatian dan layanan seperti mana kita melayan ahli keluarga sendiri..psychology mereka agak berbeza..tetapi, mereka mempunyai hak untuk hidup seperti kita yang normal..semuanya kerana attitude sesetengah kita atau mungkin majority dari kita yang sentiasa menganggap mereka adalah pelik dan seharusnya disisihkan..tidak!!itu tidak adil..malah dilarang dalam agama..kerana kita tiada beza disisiNya..yang membezakan kita hanyalah ketaqwaan pada Allah s.w.t..

Mereka mudah didekati, tetapi mestilah dengan cara yang betul..mereka faham arahan-arahan yang diberi..memahami physiology dan psychology mereka ternyata sangat membantu..dan apa yang penting..hubungan sesama manusia untuk terus menyokong itu yang lebih penting..tidak mudah untuk menjaga mereka tapi..itu bukan sesuatu yang mustahil..mak aku selalu pesan..segala apa yang berlaku..bukan kehendak mereka..Allah menentukan segalanya..dan mungkin itu adalah terbaik bagi mereka..so, jangan sesekali membenci, mengutuk dan jelik dengan pesakit-pesakit ini..kerana, kita tidak dapat meramal masa depan..mungkin, kita..atau saudara terdekat akan ditakdirkan berada dalam kondisi yang sama..dan semua itu semestinya berlaku kerana kehendakNya..bersyukurlah dengan setiap nikmat yang Allah beri..yang paling utama..nikmat IMAN dan keberserahan kita kepadaNya..sebuah kehidupan yang alhamdulillah selesa..akal fikiran yang sihat dan waras, keluarga yang sangat menyokong dan memahami..rezeki..ilmu..kawan-kawan yang baik..persekitaran yang sihat..dan macam-macam nikmat lagi..Ya Allah terlalu banyak kalau nak disebutkan..”maka nikmat Tuhan yang manakah yang telah engkau dustakan”?..nau`zubillah..

p/s: kalau mahu beramah mesra,diingatkan hanya boleh diaplikasikan kepada pesakit-pesakit yang dirawat di wad..bukan yang berkeliaran tu..kerana, yang diluar tu, mereka tidak dirawat oleh professional..mungkin agak merbahaya..=)

Wallahua'lam..

5 comments:

Anonymous said...

menarikkkk!! aku cam suka plak bnda psychiatric ni. aku oenah p melawat pesakit n masa pkn, punyala depa ramah sembang ngan aku, 1 of them is cikgu, jadi cikgu ada potential gila, intan, cari statistik kat hospital tu, kot kot ada, buat la entri pas ni pasal camna nak elak emosi tak stabil hehe

INTAN MASYITAH RUMLI said...

nak dapatkan statistic kat hospital bkn senang yang oii..kena ada surat..ethical approval..bla..bla..memang menarik..psychology manusia ni kan sesuatu yang complex..macamane dengan buku pasal dysclexia tu?

irshadian said...

jangan la aku malu kalau hang tanya. aku memiliki sikap tamak, semua buku aku nak beli n baca, semuanya separuh dan sayang ak habiskan, aku baca sikit2 jadi blom habis ditambah dengan kesibukan dan blom cmpur buku yang aku pow lectrer punya, buku wajib baca nak wxam aku jarang sentuh, alahai buku jangan sumpah aku, paling aku benci baca buku psycho pendidikan la, sampai masuk ward d labuan.

terima kasih ingatan terhadap buku

INTAN MASYITAH RUMLI said...

yg pnting nnti bc..ak pn cmtu skrg..asal outing, jumpa bookstore, mesti akan beli even 1..know what, aku memang tak leh p kedai buku kalau setakat nak tgk2..hehe..so, bole kan nnti hadiah brthday aku tentukan..ak nak buku jugak..byk masa nanti kalau panjang umur..b4 start keja..bole bc dgn penuh nikmat dan keselesaan tanpa gangguan..walaupun sepatutnya aku study time tu..hehe

irshadian said...

ada ka pulak, nanti aku pk aku bagi apa, demand siot minah ni. buku apa aku yg tntukan hehee