Thursday, March 12, 2009

"Kenapa nama ayah awak Rumli"?



Alhamdulillah..segala pujian dan syukur padaNya..memudahkan urusan-urusan kita setiap saat..meminjamkan segala nikmat yang tidak terkira ini..terima kasih Ya Allah..moga kita sentiasa bersyukur, InsyaAllah..

“Kenapa nama ayah awak Rumli?kenapa tak Ramli..”?
Itu soalan pertama yang ditanya masa interview untuk penempatan kerja nanti..5 saat aku berfikir..dan ini jawapan yang mampu keluar dari mulut aku;
“Mungkin zaman dulu, ejaan jawinya ro, mim, lam, ya`..jadinya registrar tu menulis Rumli, bukannya Ramli..”

Juru interview itu menjawab..
”Ya, mungkin..logik jugak..”

Pembuka bicara itu benar-benar mengurangkan kegelisahan aku..memandang muka juru interview yang agak cool dan kaya dengan senyuman itu agak memotivasikan!terima kasih…

Sessi diteruskan..beliau mula bertanya tentang butir-butir diri aku..soalan yang agak stereotype:
“Awak ni dah 23, ada plan nak kahwin tahun ni ke..tahun depan..”?
“Belum ada perancangan ke arah itu..saya mahu bekerja dan bebakti kepada kedua ibu bapa saya dulu sebelum berkahwin..” =)
“Agak-agak, umur berapa nak berkahwin”..?
“ Saya tidak menetapkan had umur..”


Dan soalan akhirnya bertukar topik..
”Apa perancangan selepas tamat belajar..”?
Aku menjawab dengan penuh imaginasi bercampur dengan gorengan yang hampir hangus!

Giliran bertanya berpindah kepada juru interview yang bergelar ahli farmasi itu..dan soalan kali ini lebih serius..
”Are you willing to work 24 hours a day in the hospital?”
“InsyaAllah..” aku menjawab dalam kesanggupan yang tidak 100%!
“Kamu mesti sanggup 100%”..
“Ye, saya sanggup..” peratusan itu meningkat..!

Juru interview itu menyambung soalannya;
You as a new pharmacist, what will you do when you get into hospital in order to make the pharmacist as a recognized profession”?
Selagi lagi aku menggoreng!

Dan sessi itu berlangsung..debaran hati makin berkurang..
Namun, aku masih berjaga-jaga sekiranya soalan-soalan fakta yang lain itu mungkin menyusul..Palestine?PPSMI?menteri cabinet?ekonomi?drugs?

“Ok, itu sahaja..”
Fuh..alhamdulillah..

Sesungguhnya Allah s.w.t memudahkan segala-galanya..ketenangan itu memang sesuatu yang ‘mahal’..

Wallahua`lam..

4 comments:

irshadian said...

wahai jiwa yang tenang, dl surah alfajr.

hehe kawan aku pnh kna tny, kalau kamu ditempatkan btugas di pedlaman, dan ada masa yang sama nak kawin macam mana,

dia jawab= saya akan kawin dengan org kat situ

huhuhu

INTAN MASYITAH RUMLI said...

interviewer tu ada tnya..kalau hospital Gerik awak nak tak?

mcm takut je dgr Gerik tu..

Amal, hang pn ada mintak kan Perak..best gile kalau hang dapat Perak, aku dapat Perak, kita akan menyewa bersama

irshadian said...

cepatnya dah tau dapat perak, doakan aku

INTAN MASYITAH RUMLI said...

blm tao lg lah..

maaf,sbb cr penulisan aku mengelirukan..

Gerik?kalau ditakdirkan aku perlu ke sana, insyaAllah aku redha..

::no shopping complex,no jam,nice and polite people, what a peaceful place::

doakan aku jugak..