Tuesday, March 17, 2009
My 'Abah'..
::Sebelum membaca entry ini..adalah aku ingin mengumumkan bahawa entry ini agak panjang dan mungkin mengambil masa korang::
Hari ini 17/3/2009..
Dan hari ini..abah genap 54 tahun secara perkiraan kalendar Masihi..
Abah, ::Selamat Hari Lahir yang ke-54::
“Akak, tahun depan abah dah cukup 55 tahun..”
“Abah dah tak yah keja la lepas tu..abah dah patut bersara dah..lagipun, insyaAllah, akak pulak akan keja, jaga mak ngan abah..”
Kakak aku menyampuk..
“Aah la abah, biaq dia plak sara abah..”
Abah diam..diam tanpa sebarang kata..
Entah apa abah fikir..wallahua’lam..
::Wahai anak-anak perempuan..::
Sebagai seorang perempuan, abah seorang yang gentleman pada pandangan aku..abah seorang suami dan ayah yang sangat baik bagi kami..memelihara 5 orang anak perempuan..entah bagaimana bebanannya..tanggungjawab dan amanah yang besar terbeban pada abah...kerana, menjaga seorang anak perempuan pun orang ibaratkan lebih susah daripada menjaga sekandang kambing! Aku mula belajar bagaimana hebat fitnah seseorang anak perempuan itu pada sesebuah keluarga terutamanya pada seorang ayah..nau’zubillah..segala tindakan seseorang anak perempuan itu impaknya adalah pada seorang ayah..jika seseorang anak perempuan yang belum berkahwin, segalanya adalah di bawah tanggungjawab seorang ayah..ada satu hadis dhaif (hadis dhaif; tidak boleh digunakan untuk berhujah dan mengeluarkan hukum, tetapi boleh digunakan untuk beramal), kandungannya membawa maksud ‘apabila seseorang anak perempuan itu keluar selangkah dari rumah dengan keadaan tidak menutup aurat, maka selangkah ayahnya menuju ke neraka’..
MasyaAllah..
Wahai anak-anak perempuan, sesungguhnya..setiap apa yang kita lakukan, maka ingatlah bahawa..kita masih mempunyai ibu dan ayah..sekurang-kurangnya kasihan belaslah pada mereka..perbuatan kita mencerminkan mereka..
‘Action speaks louder than words’
Mungkin ini prinsip abah..abah bukan jenis yang suka berleter..namun, bukan bererti abah diam tanpa perasaan...tetapi, diam abah diam-diam ubi berisi.. abah jarang menyampuk jika kami adik-beradik bercakap sesama sendiri..tapi, jika ada sesuatu yang kami cakap itu salah, abah betulkan..abah seorang pendengar yang sangat baik..aku memang suka bercerita tentang apa yang aku belajar..excited aku bercerita bila abah bertanya pasal pengalaman clerkship..abah mendengar dengan penuh minat walaupun aku tahu abah tidak berapa memahami apa yang aku cakap..menggunakan term-term medical dan mengeluarkan segala nama ubat..namun, abah tidak jemu..diakhirnya, abah akan bertanya..”Akak, ubat ni untuk apa..ubat itu?” Abah memang pendorong utama aku..
“Abah sensitive”
Namun, disebalik maskuliniti itu..ternyata, abah seorang yang sangat sensitive..jiwa abah mudah tersentuh dengan sesuatu yang bersifat kekeluargaan..pernah dulu kami menonton Forum Perdana Ehwal Islam bersama, tajuk perbincangan hari itu adalah “Anak Derhaka”..isi perbincangan itu menyentuh hati abah..abah menangis..kami turut menitiskan air mata kerana mungkin secara tidak sedar kami juga pernah menderhaka pada mak dan abah..abah juga mudah tersentuh jika menonton rancangan ‘Bersamamu’..abah pasti akan teremosi disaat itu..mungkin abah terasa abah bersama mereka..kekadang bila sudah lama tidak bersua muka dengan cucu-cucu abah..abah juga mudah tersentuh..rindu katanya..abah o abah..
“Jika abah ‘pergi’ dulu..”
Kematian itu adalah janji Tuhan..janji yang pasti..semua yang hidup pasti akan merasai mati..pernah abah berkata, “Kalau abah pergi dulu, akak jaga diri..jaga solat..doa selalu untuk abah..sebab doa anak solehah itu, InsyaAllah dimakbulkan Allah..”
Tiga periwayat hadis iaitu Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban menukilkan kisah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah:
“ Wahai Rasulullah, masih adakah amal bakti kepada orang tuaku selepas mereka meninggal dunia ” Lalu Rasulullah menjawab dengan sabdanya: “Ya, mendoakan mereka, meminta ampun untuk mereka, melaksanakan pesanan sesudah ketiadaan mereka, terus menyambungkan perhubungan yang telah mereka jalinkan dan memuliakan sahabat mereka.”
‘Anak solehah’..aku tersentuh mendengar ungkapan itu dari mulut abah..alhamdulillah, kerana setiap percakapan itu adalah doa..moga apa yang abah doakan itu menjadi realiti..terlalu banyak dosa dan kekurangan diri sebelum mencapai title itu..
Kekadang, aku takut menghadapi saat itu..namun, itu pasti terjadi..aku pernah terfikir, aku berlapang dada sekiranya aku yang ‘pergi’ dulu..terasa tidak sanggup menghadapi hidup tanpa abah..astaghfirullah..aku tidak boleh begitu..kerana segalanya adalah ketentuanNya.. aku cinta dan sayang abah kerana Allah.. dan kematian itu bukanlah bererti perpisahan..tetapi, kematian itu adalah perpindahan ke dunia yang lain..kita berpisah di dunia fana ini, tetapi, insyaAllah bertemu kembali di jannah sana..doa pengikat hati kita selamanya, InsyaAllah..
“Abah, terima kasih..”
Itu ucapan keramat..keramat, kerana kita sebagai anak agak susah hendak mengucapkan terima kasih kepada mak atau ayah..kerana, mungkin kita beranggapan..apa yang mereka lakukan..habiskan..luangkan..itu semua tanggungjawab mereka..namun, ucapan terima kasih itu sebenarnya mampu mengeratkan dan mengukuhkan kasih sayang sesama kita…sesama kita dan mak ayah..sekurang-kurangnya mereka mengetahui bahawa kita sebagai anak sangat menghargai segala pengorbanan mereka..
Aku mengatasi rasa malu dan segan itu..pertemuan terakhir dengan abah di stesen bas 2 minggu lepas..aku mencium tangan abah di dalam hujan..dan dengan terketar-ketar aku menyebut..
“Abah..akak mintak maaf..menyusahkan abah, sebab kena hantar dalam hujan-hujan ni..terima kasih banyak-banyak..”
“Tak dak apa abah nak maafkan..”Abah menjawab dengan tenang..
Ya,cinta mak dan ayah itu tanpa syarat..mereka memberi tanpa mengharapkan balasan..kasih mereka tidak bertepian..mereka memaafkan dan mendoakan..
Wahai anak,
Hargailah setiap saat bersama ibu dan ayahmu..menjadi dewasa bukan bererti kita tidak memerlukan mereka..kerana, keberkatan hidup amat bergantung kepada keberkatan dari mereka..
Allah akan meredai usaha seorang anak, jika usaha itu diredai oleh ibu bapanya. Dan Allah akan murka jika ibu bapanya murka. Tirmizi meriwayatkan hadis bermaksud: ‘Keredaan Allah berdasarkan keredaan ibu bapa. Dan kemurkaan Allah juga berdasarkan kemurkaan ibu bapa.’
Jom hayati..
Lagu : Sentuhanmu
Munsyid : In team
Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu
Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu
C/O
Oh ayah, tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah, tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera
Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa
Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..
Wallahua'lam..

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
tears drop, its remind my ayah at kampung aman n abah in guar kepayang hehee. abahnya n maknya sunguh2 ajak makan mee udang malam sebelum aku balik sabah.hope to meet them again.
because of their love without limits, without terms or condition, their love ties our heart, then it really touchy when father asked his daugther to get marry, want to be with mak n ayah forever.
yes..mak dan abah aku akan bertanya setiap kali cuti semester..
"Amal dah balik ke?"
Aku agak lega since my dad never rise up or ask when i want to get marry..
hehe..
Dia tahu aku belum layak kot..hihi
But, one day, u will get marry, InsyaAllah..n your heart will no longer with ur parents since its more to your husband..
So, lets cherish the moment now, b4 u get marry..=)
Sobsobsob...entry yang megharukan dan menginsafkan. Tahniah intan.
alhamdulillah jika ada ibrah darinya..=)
Post a Comment