Thursday, October 30, 2008

MARI PEDULI : Sekilas mengenai Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa



Ni aku nak kongsikan serba sedikit fakta mengenai Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa yang aku baca dari pelbagai sumber..Kita sebagai umat Islam mesti ambil peduli..sedarkah kita bahawa Masjidil Aqsa itu adalah kiblat pertama orang Islam sebelum Allah memerintahkan Nabi s.a.w mengubah arab kiblat ke Masjidil Haram..? Ayuh, kita bantu mana yang mampu..kita kongsi nikmat rezeki yang Allah s.w.t beri ni dengan menyumbang dalam apa-apa bentuk demi menyelamatkan bumi mulia ini..sampai bila kita nak static tengok je apa Yahudi laknatullah dan musuh-musuh Islam tu terus memijak kiblat pertama kita??Hayya bil jihad!!!Ayuh peduli, jangan nanti kita ditanya apa sumbangan kita demi mempertahankan Islam dihadapan Allah disana nanti..nau`zubillah..

1) Bumi Baitulmuqaddis di Palestin mengandungi sejarah ketamadunan Islam sejak daripada nabi yang pertama, Adam a.s sehinggalah kepada nabi terakhir Muhammad s.a.w. Palestin dinobatkan sebagai bumi para anbiya yang telah diutuskan untuk menyampaikan mesej-mesej Islam.

2) Masjidil Aqsa adalah masjid kedua yang dibina, 40 tahun setelah pembinaan Masjidilharam di Mekah. Ia turut dinamakan sebagai tanah suci apabila ramai para nabi dan rasul yang dilahirkan dan diwafatkan di sana termasuk Nabi Ibrahim, Lut, Daud, Sulaiman, Musa dan Nabi Isa.

3) Palestin diperintah oleh Islam sejak zaman Umar al-Khattab. Sejak itu ia menjadi sebahagian daripada Negara Islam yang mengikut undang-undang Islam. Undang-undang ini tidak hanya dialu-alukan oleh orang Islam tetapi juga oleh orang Kristian dan Yahudi yang sebelum ini hidup di bawah kekuasaan Byzantine yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

4) Masjidil Aqsa adalah masjid kedua yang dibina setelah pembinaan Masjidilharam di Mekah. Dalam sebuah hadis, Abu Zar berkata: “Pada suatu hari aku bertanya pada Rasulullah s.a.w. mengenai apakah masjid yang pertama kali dibina di muka bumi ini. Baginda menjawab Masjidilharam;Kemudian aku bertanya lagi; Kemudian, masjid apa..? Baginda menjawab : Masjidil Aqsa; Aku bertanya lagi: Berapakah jarak masa antara pembinaan kedua-dua masjid tersebut. Baginda Rasulullah menjawab: 40 tahun.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

5) Baitulmuqaddis di Palestin adalah kiblat pertama umat Islam. Umat Islam menghadap Baitulmuqaddis pada masa keseluruhan period Mekah (13 tahun) dan 16 bulan kemudiannya selama berada di Madinah. Kemudian, Allah mengarahkan untuk menghadap Kaabah di Madinah.

6) Melakukan solat di Masjidil Aqsa adalah sama dengan 500 kali solat di tempat lain selain Masjidilharam dan Masjid Nabawi di Madinah. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda : “Solat di Masjidilharam adalah sama dengan 100 000 kali solat (di tempat lain), dan solat di masjidku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitulmuqaddis adalah sama dengan 500 kali solat .”(Riwayat at-Tabrani)

7) Sayidina Umar ibn Al-Khattab r.a semasa pertama kali memasuki wilayah ini telah mengisytiharkan bahawa keseluruhan bumi Palestin adalah sebahagian daripada tanah wakaf dan hak milik umat Islam sehingga ke generasi terkemudian.


Wallahua`lam..

Monday, October 27, 2008

KehendakNya tok wan pergi..

Jenuh jugak aku nak kumpul kekuatan terutamanya kekuatan emosi sebelum aku boleh tulis untuk entry kali ni..sebab tatkala aku menulis pasal ini..bermakna, aku mengenang kembali saat pahit manis aku dengan tok wan..salah sorang insan yang paling aku sayang di dunia ni..secara jujur, memang kenangan-kenangan itu “melemahkan” aku..tapi, memikirkan, mungkin ada yang boleh memberikan pengajaran walaupun sedikit bagi yang membacanya..Alhamdulillah aku diberikan kekuatan untuk berkongsi dengan korang..

Malam Jumaat lepas, salah seorang insan yang paling aku sayang, telah dipanggil mengadap Ilahi..mesej ringkas dari adik aku bagitau tok wan aku baru meninggal..memang terasa lemah seluruh badan..otak berhenti berfikir..tambah-tambah time tu pukul 10pm..macam mana aku nak menyempatkan diri nak sampai ke rumah sebelum pengebumian..Alhamdulillah..kepadaNya sahaja tempat aku memohon petunjuk dan pertolongan..aku dapat tiket malam tu jugak setelah sejam stand by kat stesen bas.. sepanjang perjalanan..hanya tok wan yang bermain dalam fikiran..aku mohon Allah permudahkan segalanya..aku jugak dalam keadaan terkejut dengan pemergian tok wan..tapi, kasih sayang aku pada tok wan tidak setanding kasih Allah pada tok wan..Allah tersangat sayangkan tok wan..aku sangat redha..Cuma sedikit terkilan sebab segalanya berlaku dengan pantas..aku tak sempat berbakti pada tok wan di akhir sisa-sisa hidupnya..

Berita tok wan masuk hospital lepas raya tu permulaannya..bermula dengan diarrhea dan muntah-muntah..doktor akhirnya mengesahkan tok wan mengalami masalah pada paru-paru dan jantung tok wan bengkak (cardiomegaly)..sampai sekarang aku masih mencari korelasi antara symptom-symptom tu dengan hasil diagnosis tersebut..hanya ingin tahu..apapun, itu hanya asbab pemergian tok wan..apa yang lebih pasti, semuanya telah ‘tertulis’..tok wan pergi mengadap Penciptanya pada usia 91 tahun..tepat jam 9.50 malam hari Jumaat, 24/10/2008..apa yang lebih sayu dan amat menginsafkan aku, 2 jam sebelum tok wan meninggal, jiran belakang rumah aku terlebih dahulu menghembuskan nafas terakhir..maknanya, terdapat dua kematian dalam kampung aku pada hari yang sama..Maha Suci Allah..DIA Maha Berkuasa ke atas sesuatu..sangat menginsafkan aku..Sayu sangat bila tengok dua keranda diangkat bersama ke tanah perkuburan pagi Sabtu tu..namun hanya doa yang boleh aku sedekahkan untuk mereka berdua..itulah, kita hanya mampu merancang..tetapi, segalanya Allah yang menentukan..aku memang bercadang untuk balik tengok tok wan sebelum present thesis..memandangkan selepas raya aku terus balik ke universiti..mak kata, beberapa jam sebelum tok wan meninggal, tok wan ada makan dadih..sebab mak kata dia macam teringin sangat nak makan..jadinya, mak pun suapkan..lepas makan tu, tok wan muntah-muntah dan keluar darah jugak..lepas muntah-muntah tu tok wan penat..mak kata, betapa tok wan tak nak menyusahkan anak menantu dia, bila dia muntah darah tu, tok wan cepat-cepat ambik kain nak cover mulut so that orang lain tak tahu dia muntah..tapi, sebab dah banyak dan mak tengok pun lain macam..terus lepas tu tok wan dihantar ke hospital..apa yang buat aku betul-betul terkesan..bila mak cakap..dalam tok wan muntah-muntah darah tu..tok wan sempat sebut nama aku..tok wan cakap..”Intan mesti tak sempat jumpa aku..Aku dah nak mati ni..”tok wan dihantar ke hospital..dalam beberapa ketika..tepat jam 9.50 malam..tok wan pergi buat selama-lamanya..Innalillahi wainna ilaihirrajiu’n..daripadaNya kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali..

Lepas ni takde lagi tok wan yang akan sambut aku bila aku balik rumah..takde lagi tok wan yang akan datang rumah aku cerita-cerita pasal sakit demam dia kat aku..takde lagi tok wan yang selalu duduk atas sofa depan rumah dia yang selalu tanya aku..mana aku nak pergi..bila aku nak habis belajar..bawak tok wan jalan-jalan ngan keta baru nanti..merasa duit gaji pertama aku bila aku dah keja..ubatkan tok wan kalau tok wan sakit..itu semua kenangan yang boleh “membunuh” aku..Ya Allah..kekadang aku sangat lemah dengan semua kenangan tu..KAU berikanlah aku kekuatan yang sebenar-benar kekuatan untuk aku teruskan hidup aku tanpa tok wan..hari raya haji nanti tanpa tok wan mesti terasa janggal dan tak lengkap..apapun, aku redha Ya Allah..tok wan bukan milik aku selamanya..malah aku juga pasti menyusul tok wan ke sana..cuma bila..itu hanya Allah yang Maha Mengetahui..YaRabbi, aku mohon. KAU berikanlah aku kesempatan untuk berada disisi mak dan abah dikala mereka memerlukan aku..KAU jadikanlah aku anak yang solehah dan mengenang budi..

Pengajaran disini:
-kematian itu adalah sesuatu yang pasti..maka, sentiasalah ingat akan kematian itu yang bila-bila masa sahaja akan datang menjemput
-salah satu bentuk ujian dari Allah kepada kita hambaNya adalah dengan mengambil orang-orang yang kita sayang,untuk menguji sejauh mana tahap iman kita padaNya
-sentiasalah merasakan bahawa sesuatu pertemuan itu mungkin adalah pertemuan kita yang terakhir kali dengan seseorang itu,maka sebelum berpisah,sucikanlah diri dengan memohon maaf atas segalanya
-sentiasalah berterima kasih dan mengucapkan sayang pada orang-orang yang kita sayang(yang halal bagi korang) terutamanya mak dan ayah selagi berkesempatan
-terimalah Qada` dan Qadar Allah dengan penuh rasa insaf dan takut padaNya..

Kepada yang membaca entry ini, mohon disedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Haji Saad bin Haji Awang dan Allahyarhamah Nah binti Abdul Aziz..Semoga tok dan tok wan tenang dan bahagia di sana bersama dengan mereka yang soleh dan solehah..

Antum saabiqun wa nahnu laahiqun..

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya..

Friday, October 24, 2008

Belajarlah untuk REDHA..

Entry ni hasil cetusan idea kawan-kawan yang nak aku tulis artikel pasal ni..peringatan untuk aku dan rakan-rakan aku yang kekadang terlintas..kenapa takdir aku begini..kenapa tidak begitu..kenapa aku??ada yang mempersoalkan, kenapa Allah tak makbulkan doa-doa aku..kenapa aku tak dapat apa yang aku minta..apa lagi yang tak kena..apa yang jelas, kita manusia, sangat pelupa..mudah alpa..bila sesuatu kejayaan yang kita kecapi, ada yang dengan bongkak dan sombong berkata..”Aku dapat semua ni, sebab aku rajin..sebab aku pandai..dan sebagainya..”susah la nak dengar orang cakap..ini semua rezeki dari Allah..Allah tolong aku..” siapa kita untuk mempersoalkan ketentuan Allah Yang Maha Adil..?

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Firman Allah maksudnya : ” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah:216)

"Tidak semua yang kita ingini mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan."


Ni aku nak kongsikan apa yang aku boleh ringkaskan dari satu artikel dari majalah ’Solusi’..oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi

”TAKDIR mengatasi TADBIR”

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hambaNya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun, innallahaa`lakullisyaiinkhodir..acapkali takbir dan tadbir bersalahan..maka terjadilah apa yang kita tak impikan, kita tak inginkan..ketika itu, bila hati mula sangsi dan was-was..timbullah symptom-symptom pemberontakan dari dalam diri..mula berfikir nak menyoalkan takdir Allah..kenapa aku tak dapat..sedangkan aku dah berusaha..

Yakinlah..segala takdir Allah itu ada hikmahnya..ada asbab yang kita tak nampak atau tidak sedar..Allah bekerja dengan penuh rahsia..jangan sesekali kita mempersoalkannya..ingatlah, sesuatu yang baik untuk orang lain tidak semestinya baik untuk kita dan sesuatu yang tidak baik untuk orang lain tidak semestinya tidak baik untuk kita..kita manusia, dikurniakan akal..maka berfikirlah..carilah hikmah-hikmah yang terkandung dalam setiap ketentuan Allah..kenallah Allah..sifat-sifatnya..sebelum nak persoalkan ketentuannya..Bila kita kenal Allah itu Maha pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepadaNya dengan menganggap perkara yang kita tidak ingini itu sebagai hukuman dariNya..sama ada baik atau tidak, bukan kita yang layak menilainya..Walaupun pahit, ditelan jua..cari dan singkaplah hikmah disebaliknya..tanamkan keyakinan bahawa segalanya yang terjadi, adalah yang terbaik untuk kita tapi kita belum nampak atau mengetahuinya.. kerana KEGAGALAN ITU ADALAH KEJAYAAN YANG DITANGGUHKAN..

Dengan ujian, kita makin rapat dengan Allah..hati makin tumpu pada DIA..sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia..dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas dari ujian..bila sudah terdesak, ia akan terdidik secara langsung..ia akan tertekan dan menjadi jinak..hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan..maka, akhirnya hati kita akan dididik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada` dan Qadar Allah itu pasti berlaku..Ingatlah!!Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik, semuanya baik belaka..sentiasalah bersangka baik padaNya..

Fikir-fikirkan.."Kenapa kita perlu takut dengan TAKDIR sedangkan ALLAH memberi kita kebebasan untuk menentukan TADBIR yang boleh kita usahakan.."


Wallahua`lam..

Tuesday, October 21, 2008

***** Bila Malaikat Mencabut Nyawa ******



“Allah Menghidup dan Mematikan,kepadaNya kita dikembalikan”


Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat kedalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.

Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari
arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.

Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Monday, October 20, 2008

Dialog di pintu rumah Rasulullah..

Pada suatu hari, Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a pergi berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w. Setibanya kedua-duanya di depan pintu rumah Baginda, mereka berdua saling mendorong rakannya untuk masuk terlebih dahulu.

Abu Bakar : Majulah kau,ya Ali!

Ali : Bagaimana aku akan mendahuluimu, Ya Abu Bakar, sedang Rasulullah sendiri pernah bersabda tentang engkau, ”Belum pernah matahari terbit atau terbenam atas seseorang sesudah para nabi, lebih utama daripada Abu Bakar.”

Abu Bakar : Mana mungkin aku akan mendahuluimu, Ya Ali, sedang Rasulullah juga pernah bersabda: ”Aku telah menikahkan wanita terbaik untuk lelaki yang terbaik, aku nikahkan puteriku Fatimah dengan Ali Bin Abi Talib”.

Ali : Mana mungkin aku mendahuluimu,Ya Abu Bakar,sedang Nabi s.a.w pernah bersabda: ”Kalau iman umat ini ditimbang dengan iman Abu Bakar, tentu akan lebih berat iman Abu Bakar.”

Abu Bakar : Mana mungkin aku akan mendahuluimu,Ya Ali, sedang Nabi s.a.w pernah bersabda tentang engkau ”Dikumpul Ali Bin Abi Talib di Mahsyar di hari kiamat kelak berkenderaan dengan Fatimah,Al- Hasan dan Al-Husin,lalu orang-orang bertanya, ”Nabi, siapa gerangan itu?” Lalu ada yang menjawab, ” Dia bukan Nabi, tapi Ali Bin Abi Talib dan keluarganya.”

Ali : Mana mungkin aku akan mendahuluimu, Ya Abu Bakar,sedang Nabi s.a.w pernah bersabda tentang engkau, ” Kalau aku harus mempunyai kekasih selain daripada Rabbku, tentu aku akan memilih Abu Bakar sebagai kekasihku.”

Abu Bakar : Mana mungkin aku akan mendahuluimu, Ya Ali,sedang Nabi s.a.w pernah bersabda tentang engkau, ”Pada hari kiamat aku bersama Ali, lalu Allah berfirman kepadaku, ” Wahai kekasihku, aku telah pilihkan untukmu, Ibrahim Al-Khalil sebagai ayah terbaikmu, dan aku telah pilihkan untukmu Ali sebagai saudara dan sahabat terbaikmu.”

Ali : Mana mungkin aku akan mendahuluimu, Ya Abu Bakar,sedang Allah taala telah berfirman tentang engkau, ”Dan orang yang datang membawa kebenarandan orang yang membenarkannya, mereka itu adalah orang-orang yang bertakwa.” (Azzamar 33).

Abu Bakar : Mana mungkin aku akan mendahuluimu, Ya Abu Bakar,sedang Allah taala telah mengisyaratkan engkau di dalam firmanNya: ”Dan di antara manusia yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.” (Al-Baqarah:207).


Pada kedua-duanya sedang asyik membincangkan keutamaan rakannya,malaikat Jibril alaihissalam datang berkunjung kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata, ”Ya Rasulullah s.a.w, di luar sana ada Abu Bakar dan Ali hendak menemuimu. Pergilah menjemput keduanya.....”

Maka Rasulullah s.a.w segera bangkit dari duduknya, menyambut mesra dan mempersilakan masuk kedua sahabatnya yang mulia itu. Rasulullah s.a.w menempatkan Abu Bakar di sebelah kanannya dan Ali di sebelah kirinya, seraya berkata kepada mereka, ” Demikianlah kami kelak dibangkitkan di hari kiamat.”

Saturday, October 18, 2008

FinaL exam..towards the END..

Penghujung semester 07 bakal tiba dengan bermulanya peperiksaan akhir untuk semester ni..baru je nak start study..susun nota..tapi kena bijak bahagi masa dengan nak menaip thesis jugak..sebab exactly selepas habis final exam..viva utk final project pulak akan menyusul..semoga semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan kekalutan untuk aku dan kawan-kawan..memandangkan subject ni adalah 5 jam kredit..keseluruhan pointer sangat dipengaruhi oleh grade subjek ni..peluang nak naikkan pointer hanya tinggal semester ni dan semester hadapan..nak jugak cemerlang macam orang lain..at least naik ke pentas graduasi dengan pointer 3 dan ke atas..Insya`Allah..sama-sama kita berusaha ke arahnya..mungkin pointer yang baik tu boleh jadi target untuk jangka masa pendek ni..dan selepas tu..wallahua`lam..Allah yang lebih mengetahui..ke mana arah tuju kita..

Nasihat dan peringatan keras untuk aku..FOKUS!!!gunakan study week sebaik mungkin..jangan buang masa dengan perkara-perkara yang tak penting..lagha..ingat..segala impian dan target sekarang..belajar kerana Allah..berusaha untuk cemerlangkan diri..supaya dapat memberi sesuatu kemudian hari..ustaz kata jadikan peperiksaan sebagai sesuatu yg kita suka untuk mengelakkan stress..insya`Allah..sama-sama kita usaha ke arah itu..tercabar jugak bila mentor aku challenge untuk dapatkan Dean’s List semester ni..itu bukan target utama aku..bukan tak nak..tapi, bukan target utama..kalau dapat,alhamdulillah itu kelebihan..untuk semua kawan-kawan yang membaca blog ini..selamat berjuang!!semoga segalanya Allah permudahkan..semoga kita semua sentiasa di bawah lembayung dan RahmatNya..

Sangat seronok hari ni..dari pagi bawak ke malam aku mengadap laptop..banyak jugak keje yang dah siap..semuanya dengan izin Allah s.w.t..Alhamdulillah..as a reward, malam ni nak tengok tv..hehe..cerekarama “Kehangatan Lantana”..cerita yang mungkin boleh di ambil pengajaran sedikit sebanyak..


Wallahua`lam..

Wednesday, October 15, 2008

>><<


Alhamdulillah..presentation side project untuk hospital attachment dah selesai..sejuta kesyukuran dan pujian sama-sama kita panjatkan ke hadrat DIA yang memudahkan segalanya..memang terasa lapang sikit lepas dah habis tadi..semua kawan-kawan sangat bagus dan mantap masa presentation tadi..semua terserlah kesungguhan dan determination diorang tinggi untuk memberikan yang terbaik..tu lah..kalau dah usaha sekerasnya dan bertawakal..Allah won't dismay..congratz everyone!!Lepas ni..kita sama-sama all out pulak untuk the next viva..the real thesis viva..moga terus istiqamah untuk terus berjihad menuntut ilmu keranaNya..

Wallahua`lam..

Monday, October 13, 2008

Teruskan berjuang..

Tadi dapat satu lagi assignment yang perlu kitorang present esok..takpe..dah tanggungjawab..buat je..to be positive..assignment tu for our own sake sebab assignment tu based on case study..masa lecturer tu bagi masa kitorang untuk jawab soalan assignment tu..group aku ke makmal computer..dan bile sampai rupanye ramai jugak kawan-kawan lain yang ber’kampung’ kat situ..masa tengah buat keja..aku ada dengar ada kawan-kawan yang merungut..dan mungkin sebab stress sangat dengan keje yang menimbun..dan ada satu dua yang membuatkan aku terkejut..ada yang cakap rasa nak bunuh diri..nak terjun bangunan..nak kena langgar dengan kereta..dengan harapan biar masuk hospital atau pun mati..dan semua masalah akan setel!!??Yeke..??kawan, kalau pun nak bergurau atau nak lepas perasaan..bila dah selalu cakap..bukan ke jadi doa tu..setahu aku kalau dah terdetik walaupun sikit dalam hati..nak bunuh diri tu..hukumnya dah jatuh..

Kawan..banyakkan bersabar ye..jangan ikutkan hati..itu semua ujian Allah yang tak seberapa..lagipun, kita kan pelajar..dah memang begitu la tanggungjawabnya..sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan..betulkan niat masing-masing..kalau rasa nak marah..stress..give up..istighfar banyak-banyak..ingat Allah..kalau nak menangis ke..meraung..mengadulah pada Yang Maha Esa..DIA kekasih kita yang Maha Hebat..Pendengar Yang Maha Setia..segala pujian hanya layak bagi DIA..kawan-kawanku..kita dah makin hampir..kita dah lebih dari ¾ nak grad..jangan putus asa..jangan menyesal memilih jalan ini..percaya pada Allah dan diri sendiri..bittaufiq wannajah..


Wallahua`lam..

Thursday, October 09, 2008

Kita kan KAWAN..

Banyak yang aku belajar minggu ni..belajar dalam erti kata menilai keperibadian seseorang tu jangan hanya pada luaran..sebab memang penilaian luaran tu tidak semua yang betul.. memang susah nak puaskan hati semua orang..entah, bila difikirkan..kenapa perasaan hasad dengki dan tidak puas hati tu boleh wujud sesama kita yang dalam satu kapal..semuanya menuju ke satu destinasi yang sama..kenapa boleh terfikir nak menjatuhkan orang lain..sedangkan hal diri sendiri tidak terjaga..kenapa perlu gelisah dan cemburu dengan apa yang orang ada..tapi tak pernah nak bersyukur dengan apa yang kita ada..mungkin memang sikap manusia..tidak mudah puas hati tengok orang lain di atas..mungkin itu salah satu sebab kenapa kita susah nak maju ke depan..sebab kejayaan orang lain seolah-olah ‘membunuh’ ..!

Betul-betul menghairankan..disaat-saat sekarang..dikala tekanan yang bertimpa-timpa..keja yang menggila..segalanya adalah tanggungjawab..tapi, masih ada segelintir yang lebih suka mengambil sikap tak puas hati dengan kejayaan orang lain…hasad dengki..cemburu..bukan ke sepatutnya kita meraikan kejayaan sesama kita.. ?saling memberikan semangat dan galakan untuk lebih maju ?sesungguhnya ini adalah dugaan dari Allah..bagi menguji sejauh mana kesabaran dan toleransi kita sesama manusia..jagalah hubungan sesama manusia (hablulminannas)..kerana kita sesama Islam..kalau saling mendengki dan nak menjatuhkan..sampai bila ??kembalilah pada ajaran agama..sesungguhnya Islam itu agama yang syumul..segalanya diajar..buang yang keruh..ambil yang jernih..hidup ni terlalu singkat untuk saling membenci dan bermusuhan..

Tip menolak permusuhan..

1)maafkan tanpa mengira pihak siapa yang benar atau salah
2)jika tidak mampu memaafkan, cepat berlalu dan diam, tanpa membalas
3)kenangkan detik-detik manis atau kebaikan yang pernah dilalui bersama
dengan 'musuh' kita tu
4)muhasabah hubungan kita dengan Allah.Mungkin Allah mendidik kita melalui
karenah musuh kita tu
5)sedarlah, kita hanya hamba,penuh kekurangan dan kesalahan.Kita layak
disakiti,disalahtafsirkan dan sebagainya..

Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu)dengan cara yang lebih baik;apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu,dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
(Surah Fussilat : 34)

Wallahua`lam..

Perkongsian..

Hari ni agak stress..salah satunya hari ni bermula dengan kuliah yang agak berat bagi aku..kuliah klinikal..yang memang biasanya menuntut supaya aku ingat semuanya..ditambah-tambah..semalam insomnia yang agak teruk..aku hanya tido 2 jam..mungkin penangan pengambilan caffeine yang salah satu CNS stimulant tu..so, bangun pagi dalam keadaan mengantuk dan penat ke kelas..memang serik..sebab bila dah penat..semua yang aku buat tak jadi..fikiran tak berapa rasional..entahla..burden kerja kot yang buat aku jadi macam tu..macam biasa..Amal antara tempat aku mengadu..mintak nasihat dan peringatan..dia cakap..kalau betul aku seorang yang matang..aku tidak akan mudah stress..pada benda-benda yang boleh diselesaikan..dan orang yang matang akan mudah release dari stress..ada benarnya..tetiba teringat intipati buku “La Tahzan” oleh Dr Aidh..hidup ini terlalu singkat untuk bersedih..la tahzan..innallahama`anaa..antara kalam Allah yang sentiasa menjadi motivasi aku..
Tatkala keserabutan dan ke’blur’an yang kekadang menyerang..emosi kekadang sukar dikawal..tapi, hakikatnya..kita mampu dan boleh cemerlang dengan mengawal emosi..sebagai memetik apa yang ditulis oleh Dr Danial Zainal Abidin dalam bukunya..”Tip-tip Cemerlang dari Al-Quran”..salah satu sifat orang yang bertakwa adalah dapat mengawal emosi..dapat mengawal perasaan ketika marah dan memaafkan kesalahan orang lain..salah satu emosi negative dan yang kekadang sukar dikawal adalah perasaan marah..sebenarnya, kita adalah gagah apabila mampu mengawal marah..Nabi bersabda..”Manusia yang gagah bukanlah dia yang mampu menjatuhkan lawannya. Sebaliknya, yang gagah adalah yang mampu mengawal perasaan marahnya.”
Bila fikir-fikir balik..memang kalau sunnatullah tu kita langgar..memang tunggang terbalik hidup..Allah dah tetapkan..bila nak ibadat..bila nak makan..bila nak tidur..bila nak belajar..everything..semuanya ada panduan yang lengkap..dan bila tiba-tiba panduan itu diketepikan..macam tu lah jadinya..tambah-tambah disaat-saat genting macam sekarang..semua benda nak kena buat..good time management tu sangat penting..bak kata Ustaz Zahazan..”Masa itu kehidupan”..Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi..seperti disebutkan dalam Surah Al-Asr..

“Demi masa!Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”


Wallahua`lam..

Tuesday, October 07, 2008

Beruntungnya menjadi wanita..




Beberapa hadis tentang keistimewaan menjadi wanita :

-apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya
-apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan
-apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit maka ALLAH memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH
-barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAH, akan diharamkan api Neraka ke atas tubuhnya
-barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya), maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki
-setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH memasukkan dia ke dalam Syurga lebih dahulu daripada suaminya
-perempuan apabila sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Syurga mana sahaja yang dikehendaki
-wanita yang solehah itu lebih baik dari 1000 lelaki yang soleh
-Aisyah berkata : “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w., “Ibunya”.
-Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu
-wanita yang taat akan suaminya, semua ikan di laut, burung di udara, Malaikat di langit, matahari dan bulan beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan menjaga sembahyang dan puasanya
-wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam Syurga

Betapa hebat kedudukan wanita dalam Islam..sungguh besar ganjaran yang Allah janjikan kepada para wanita yang solehah..wahai para muslimah yang disayangi..rebutlah peluang-peluang ini..sama-sama kita muhasabah diri..di mana kita..sejauh mana praktis dan label “muslimah sejati” itu pada diri kita..layak ke kita untuk dapat semua ganjaran-ganjaran tu..=)


Wallahua`lam..

Monday, October 06, 2008

Get well soon tok wan!!

“Akak, tok wan masuk hospital..mak baru nak g tgk cmna..”

Mesej ringkas mak aku semalam. Belum sempat bertanya lanjut, sesungguhnya aku memang brittle..terus berlinang air mata..dalam fikiran aku hanya ingat tok wan..macam-macam soalan berputar ligat dalam kepala..kenapa tok wan masuk hospital? Bila? Teruk ke? Ahh..nak balik!! Aku terus dail number mak..tak angkat..number abah..jugak menghampakan..aku mesej kakak2 aku..sorang pun tak berjawab..mane pegi semua orang??Ape yang jadi sebenarnya?Diorang tak ingat ke aku kat sini?Terkontang-kanting sensorang dengan penuh tanda tanya..Ya Allah..kuatkan hati aku untuk menerima segala ketentuanMu..

Setelah berpuluh-puluh call dan mesej..baru la mak aku reply..mak cakap tokwan mengadu cirit-birit masa hari raya kedua..bile dah banyak kali keluar masuk toilet..kesannya..dehydrate..tp itu diagnosis sendiri..bukan dari doktor yang bertauliah..sebabnya doktor masih dalam mood cuti raya..esok baru tahu apa sebenarnya sakit tok wan..Aku salahkan diri sendiri!!sebelum balik kampung mak sebelum raya hari tu..mak njang cakap tok wan demam..tak larat..so, tok wan tak puasa hari tu..sempat aku jenguk tok wan sekejap..masa nak bertolak balik ke Pahang tu..kitorang adik-beradik pegi rumah dia..niatnya nak beraya ngan tok wan..tapi, masalah pendengaran tok wan buat mesej sebenar tak sampai..tok wan ingat kitorang nak keluar jalan-jalan je..sedaya mungkin aku cakap..”Wan, kami dah nak balik Pahang..”tapi tok wan nampak blurr bile kitorang salam ngan dia..jangkaan aku tepat..tok wan memang tak expect kitorang nak balik Pahang..

Memang menjadi kebiasaan pagi-pagi raya tok wan akan singgah rumah aku sebelum pegi sembahyang raya..tok wan akan bagi duit raya kat kitorang adik-beradik..memang terbalik..sepatutnya kitorang yang pegi rumah tok wan dulu..tapi itulah tok wan..sebelum kitorang pegi dia yang datang dulu.. dan yang sedihnya..memang tok wan pegi rumah aku pagi raya tu..tapi..kitorang takde..memang terasa janggal beraya tanpa tok wan kat Pahang..selalu yang memeriahkan keadaan..tok wan..yang suka makan..tok wan..yang banyak bersembang..tok wan..emmm..aku masih menunggu dengan penuh sabar apa doktor nak cakap..apepun, doa aku, tok wan baik-baik je..alhamdulillah tok wan dikurniakan anak-anak yang baik..mak kata semalam anak-anak dia semua ada kat hospital..Wallahua`lam..

Sunday, October 05, 2008

Idulfitri..insafkah kita??



Hari ni dah masuk 5 Syawal..aku semalam lagi dah kena balik ke Shah Alam dari kampung..sedih memang sedih sebab entah bila pulak dapat berkumpul ramai-ramai lagi dengan family besar macam tu..rasenya dah beberapa tahun tak macam tu..alasan masing-masing,busy..tak dapat cuti..then tak dapat balik kampung..aku nampak kesungguhan tok ngan wan nak kami anak cucu dia seronok beraya kat kampung..terima kasih tok..wan..insya`Allah ada rezeki..panjang umur dan diizinkan Allah kita jumpa lagi..sesungguhnya keluarga adalah harta yang paling berharga di dunia ni..duit boleh dicari..tapi keluarga tiada ganti..

Alhamdulillah..Aidilfitri tahun ni diberi kesempatan untuk berkumpul ramai-ramai..memang meriah sebab semua pakcik dan makcik balik beraya kat kampung sebelah mak..rasanya ada la 4 tahun tak jumpe..bile sekali2 jumpe tu..memang banyak la ceritenye..tapi paling sedih dan terasa..raya tahun ni tak dapat beraya ngan anak-anak buah aku..Aleeia ngan Adam..semoga kalian berdua membesar menjadi anak yang soleh dan solehah..Amiin..

Paling seronok bila pepagi raya tu..dengar takbir raya membesarkan Allah s.w.t.. setelah kita berpuasa, bertarawih, berqiamullail, bersedekah, berzikir sepanjang Ramadan, Allah menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya..sentiasalah bertakbir, bertahmid dan bertasbih kepada Yang Maha Esa..segala nikmat ini semuanya adalah dari DIA..tunduklah padaNya..sesungguhnya tiada yang lebih baik dari bersyukur dan mengingatiNya selalu..

Apa yang tak berapa kena sepanjang raya ni yang aku nampak..mungkin kerana terlalu seronok dan ghairah nak meraikan bulan kemenangan ni..memandangkan perasaan ingin berseronok tu memang fitrah manusia..program dan rancangan tv yang macam kurang sesuai ditayangkan..rancangan-rancangan yang tak kena masa kalau nak tayang sekali pun..rasanya janganla dilabelkan “bersempena” hari raya Aidilfitri..tapi yang ditayangkan cerite2 yang ntah pape..kalau nak cakap dari segi moral values..memang takde!kalau nak berseronok sekalipun..biarla berpada-pada..at least respect la..jangan dibulan mulia ni..lagi banyak pulak dosa yang kite kumpul kan..=)