Friday, October 24, 2008

Belajarlah untuk REDHA..

Entry ni hasil cetusan idea kawan-kawan yang nak aku tulis artikel pasal ni..peringatan untuk aku dan rakan-rakan aku yang kekadang terlintas..kenapa takdir aku begini..kenapa tidak begitu..kenapa aku??ada yang mempersoalkan, kenapa Allah tak makbulkan doa-doa aku..kenapa aku tak dapat apa yang aku minta..apa lagi yang tak kena..apa yang jelas, kita manusia, sangat pelupa..mudah alpa..bila sesuatu kejayaan yang kita kecapi, ada yang dengan bongkak dan sombong berkata..”Aku dapat semua ni, sebab aku rajin..sebab aku pandai..dan sebagainya..”susah la nak dengar orang cakap..ini semua rezeki dari Allah..Allah tolong aku..” siapa kita untuk mempersoalkan ketentuan Allah Yang Maha Adil..?

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Firman Allah maksudnya : ” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah:216)

"Tidak semua yang kita ingini mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan."


Ni aku nak kongsikan apa yang aku boleh ringkaskan dari satu artikel dari majalah ’Solusi’..oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi

”TAKDIR mengatasi TADBIR”

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hambaNya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun, innallahaa`lakullisyaiinkhodir..acapkali takbir dan tadbir bersalahan..maka terjadilah apa yang kita tak impikan, kita tak inginkan..ketika itu, bila hati mula sangsi dan was-was..timbullah symptom-symptom pemberontakan dari dalam diri..mula berfikir nak menyoalkan takdir Allah..kenapa aku tak dapat..sedangkan aku dah berusaha..

Yakinlah..segala takdir Allah itu ada hikmahnya..ada asbab yang kita tak nampak atau tidak sedar..Allah bekerja dengan penuh rahsia..jangan sesekali kita mempersoalkannya..ingatlah, sesuatu yang baik untuk orang lain tidak semestinya baik untuk kita dan sesuatu yang tidak baik untuk orang lain tidak semestinya tidak baik untuk kita..kita manusia, dikurniakan akal..maka berfikirlah..carilah hikmah-hikmah yang terkandung dalam setiap ketentuan Allah..kenallah Allah..sifat-sifatnya..sebelum nak persoalkan ketentuannya..Bila kita kenal Allah itu Maha pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepadaNya dengan menganggap perkara yang kita tidak ingini itu sebagai hukuman dariNya..sama ada baik atau tidak, bukan kita yang layak menilainya..Walaupun pahit, ditelan jua..cari dan singkaplah hikmah disebaliknya..tanamkan keyakinan bahawa segalanya yang terjadi, adalah yang terbaik untuk kita tapi kita belum nampak atau mengetahuinya.. kerana KEGAGALAN ITU ADALAH KEJAYAAN YANG DITANGGUHKAN..

Dengan ujian, kita makin rapat dengan Allah..hati makin tumpu pada DIA..sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia..dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas dari ujian..bila sudah terdesak, ia akan terdidik secara langsung..ia akan tertekan dan menjadi jinak..hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan..maka, akhirnya hati kita akan dididik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada` dan Qadar Allah itu pasti berlaku..Ingatlah!!Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik, semuanya baik belaka..sentiasalah bersangka baik padaNya..

Fikir-fikirkan.."Kenapa kita perlu takut dengan TAKDIR sedangkan ALLAH memberi kita kebebasan untuk menentukan TADBIR yang boleh kita usahakan.."


Wallahua`lam..

3 comments:

hamba Allah said...

subhanallah....
Esanya Allah...
sentaiasa memberi peluang pada kita untuk memperbaiki diri tika ujianNYA menimpa...namun kt sbg hambaNYA lupa akan konsep sebenar ujianNYA..bole jadi ujianNYA itu,Allah nak meningkatkan iman kt ke tahap yg lebih tinggi(insyaAllah) @ maybe sbb Allah rindu sgt nk dgr tangisan kt krn kt terlalu asyik dgn dunia yg fana ni...padahal dunia semakin meninggalkan pergi walhal akhirat semakin dekat.
Sahabat2 marilah kt sama2 memperbaiki diri dan menerima ujianNYA dgn hati yg terbuka..krn org yg manis senyumannya ialah mereka yg redha pd ketentuan Allah apabila ditimpa musibah...
Good job ya ukhti..teruskan perjuangan..bittaufiq wannajah!!!

fazley said...

subhanallah...."Tidak semua yang kita ingini mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan."

aku lupe ayat tu selama ni...terlalu fikirkan...adakah aku tidak layak utk memiliki sesuatu...or adakah yg aku dpt ini cukup buatku...subhanallah...

thanx penulis..kerana merencanakan pemikiran kami dgn penulisan mu yg bernas...

INTAN MASYITAH RUMLI said...

Alhamdulillah andai entry ini ada memberi kebaikan..segala pujian hanya layak bg DIA..jkk..demi ALLAH dan Ad-Deen!!redhalah..