Thursday, October 30, 2008

MARI PEDULI : Sekilas mengenai Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa



Ni aku nak kongsikan serba sedikit fakta mengenai Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa yang aku baca dari pelbagai sumber..Kita sebagai umat Islam mesti ambil peduli..sedarkah kita bahawa Masjidil Aqsa itu adalah kiblat pertama orang Islam sebelum Allah memerintahkan Nabi s.a.w mengubah arab kiblat ke Masjidil Haram..? Ayuh, kita bantu mana yang mampu..kita kongsi nikmat rezeki yang Allah s.w.t beri ni dengan menyumbang dalam apa-apa bentuk demi menyelamatkan bumi mulia ini..sampai bila kita nak static tengok je apa Yahudi laknatullah dan musuh-musuh Islam tu terus memijak kiblat pertama kita??Hayya bil jihad!!!Ayuh peduli, jangan nanti kita ditanya apa sumbangan kita demi mempertahankan Islam dihadapan Allah disana nanti..nau`zubillah..

1) Bumi Baitulmuqaddis di Palestin mengandungi sejarah ketamadunan Islam sejak daripada nabi yang pertama, Adam a.s sehinggalah kepada nabi terakhir Muhammad s.a.w. Palestin dinobatkan sebagai bumi para anbiya yang telah diutuskan untuk menyampaikan mesej-mesej Islam.

2) Masjidil Aqsa adalah masjid kedua yang dibina, 40 tahun setelah pembinaan Masjidilharam di Mekah. Ia turut dinamakan sebagai tanah suci apabila ramai para nabi dan rasul yang dilahirkan dan diwafatkan di sana termasuk Nabi Ibrahim, Lut, Daud, Sulaiman, Musa dan Nabi Isa.

3) Palestin diperintah oleh Islam sejak zaman Umar al-Khattab. Sejak itu ia menjadi sebahagian daripada Negara Islam yang mengikut undang-undang Islam. Undang-undang ini tidak hanya dialu-alukan oleh orang Islam tetapi juga oleh orang Kristian dan Yahudi yang sebelum ini hidup di bawah kekuasaan Byzantine yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

4) Masjidil Aqsa adalah masjid kedua yang dibina setelah pembinaan Masjidilharam di Mekah. Dalam sebuah hadis, Abu Zar berkata: “Pada suatu hari aku bertanya pada Rasulullah s.a.w. mengenai apakah masjid yang pertama kali dibina di muka bumi ini. Baginda menjawab Masjidilharam;Kemudian aku bertanya lagi; Kemudian, masjid apa..? Baginda menjawab : Masjidil Aqsa; Aku bertanya lagi: Berapakah jarak masa antara pembinaan kedua-dua masjid tersebut. Baginda Rasulullah menjawab: 40 tahun.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

5) Baitulmuqaddis di Palestin adalah kiblat pertama umat Islam. Umat Islam menghadap Baitulmuqaddis pada masa keseluruhan period Mekah (13 tahun) dan 16 bulan kemudiannya selama berada di Madinah. Kemudian, Allah mengarahkan untuk menghadap Kaabah di Madinah.

6) Melakukan solat di Masjidil Aqsa adalah sama dengan 500 kali solat di tempat lain selain Masjidilharam dan Masjid Nabawi di Madinah. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda : “Solat di Masjidilharam adalah sama dengan 100 000 kali solat (di tempat lain), dan solat di masjidku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitulmuqaddis adalah sama dengan 500 kali solat .”(Riwayat at-Tabrani)

7) Sayidina Umar ibn Al-Khattab r.a semasa pertama kali memasuki wilayah ini telah mengisytiharkan bahawa keseluruhan bumi Palestin adalah sebahagian daripada tanah wakaf dan hak milik umat Islam sehingga ke generasi terkemudian.


Wallahua`lam..

No comments: