Sunday, August 03, 2008

Asal 4 buah sungai di Syurga..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Bersabda Nabi s.a.w: "Semasa aku Isra' dan naik ke langit yang tinggi,Malaikat Jibril a.s telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah.Aku lihat di dalamnya terdapat 4 buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam.Ada airnya dari susu,ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan,ada airnya dari madu dan ada airnya yang tidak masin.

Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti firman Allah di dalam Al-Quran," Di dalam Syurga itu ada 4 sungai yang airnya tidak masin.Ada sungai yang airnya dari susu dan tidak pernah berubah rasanya.Ada sungai dari arak yang lazat bagi yang meminumnya dan ada sungai dari madu pilihan".

Aku bertanya kepada Jibril a.s " Wahai Jibril a.s,dari manakah asalnya sungai-sungai ini dan ke manakah akhirnya?"
JIbril a.s menjawab,"Ya Rasulullah s.a.w,aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga Al-Kausar,asalnya tidak aku ketahui."

Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang Malaikat dengan memberi salam. Setelah aku menjawa salamnya,dia menyuruh aku memejamkan mataku.Lalu,aku pejamkan.Apabila aku bukakan mataku semula,aku berada dekat sepohon pokok yang besar.Aku lihat ada sebuah kubah yang amat besar diperbuat daripada permata yang putih berkilauan dan kunci-kuncinya daripada emas.

Dan aku lihat mengalir 4 batang sungai dari bawahnya.Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh Malaikat dengan bertanya,"Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?"
Aku pun bertanya,"Bagaimana dapat aku masuk sedangkan pintunya berkunci?Di manakah kuncinya?"
Jawab malaikat itu, "Kuncinya di dalam tanganmu"
Tanyaku.."Di mana?"
Jawabnya,"Cukuplah engkau ucapkan Bismillah hirrahmaanir rahim".

Lalu aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalamnya.Sungguh amat menakjubkan ciptaan Allah azzawajalla,sungai-sungai itu memancutkan airnya dari 4 buah liang yang besar-besar.

Melihat aku mahu keluar,Malaikat itu bertanya lagi kepadaku, "Apakah engkau sudah cukup puas melihat permandangan ini?Sesungguhnya masih ada yang engkau belum lihat.Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik-baik dari apakah sungai itu memancutkan airnya?"

Lalu,aku perhatikan sekali lago.Aku lihat terdapat kalimah Bismillah hirrahmaanir rahim di antara 4 batang tiangnya.Dari huruf mim perkataan Bismillah,keluar air sungai tawar.Dari lubang huruf ha` perkataan Allah,keluar air sungai susu.Dari lubang huruf mim perkataan Arrahman,keluar air sungai arak.Dan,dari lubang huruf mim perkataan Arrahiim,keluar air sungai madu.

Dari itu,barangsiapa dari umatku yang membaca Bismillah hirrahmanir rahiim,pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak..


Subhanallah..sangat hebat ganjaran untuk kita hanya dengan menyebut Bismillah hirrahmaanir rahiim..jom kita sama-sama biasakan diri dengan membaca Bismillah sebelum memulakan sesuatu kerja..nak belajar ke..nak makan..sebelum tido..sebelum naik kenderaan..apa-apa je lah..semoga Allah memudahkan segala pekerjaan yang kita nak lakukan tu..Insya`Allah..

Wallahua`lam..

No comments: