Sunday, August 24, 2008

Welcome back..!!

Cuti seminggu dah pun abes..pejam celik..terase sangat sekejap..cuti kali ni agak manfaat bagi aku..assignment takdela siap..bole la..bukan kuantiti yang penting tapi kualiti..hehe..paling best..cuti ni Alhamdulillah, aku berjaya habiskan 2 buah buku..tajuknya “10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga” dan sebuah novel islami pembangun jiwa “Salju Sakinah”. Puas hati jugak..dah lame aim nak baca..tp faktor masa menghalang..

Buku “10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga”; buku ni menceritakan kisah 10 sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang telah baginda janjikan balasan syurga semasa mereka masih hidup lagi. Dalam buku ni diceritakan tentang peribadi sahabat-sahabat tersebut, riwayat hidup, ketokohan mereka, pengislaman mereka, sumbangan, cabaran yang dihadapi, juga dihighlightkan perang-perang yang melibatkan sahabt-sahabat ini dan sebagainya yang amat bermanfaat dan sangat patut diteladani..semua sahabat-sahabat Rasulullah ni sangat hebat dari segi ibadah dan semangat nak pertahankan Islam...sangat banyak ilmu yang aku dapat dari buku ni..gaya bahasanya simple dan mudah dipahami..apa yang mengkagumkan,sahabat-sahabat ni walaupun mereka dah dijanjikan syurga oleh Rasulullah, keimanan mereka tidak pernah berkurang ,malah bertambah takut dan gerun mereka pada Allah s.w.t..kita yang belum tentu nasib disana ni macam mana ya tahap keimanan kita??sehebat mana ibadah dan amalan kita sebagai bekalan untuk menghadap yang Maha Kuasa nanti??aku bertanya pada diri sendiri…

10 sahabat tersebut ialah :

- Abu Bakar As-Siddiq
- Umar Al-Khattab
- Uthman bin Affan
- Ali bin Abi Talib
- Abdul Rahman bin Auf
- Said bin Zaid
- Talhah bin Ubaidullah
- Saad bin Abi Waqqas
- Zubair bin Al-Awwam
- Abu Ubaidah bin Al-Jarrah

Sebagai memetik beberapa ucapan Saidina Uthman Radiallahu anhu :

1. Barang siapa yang benar-benar mencintai dunia sepenuhnya, bencilah ia

2. Orang yang cinta Allah cinta beruzlah (bersunyi diri)

3. Janganlah kamu membuatkan org lain memikul tanggunjawab kamu, ringan atau berat

4. Sedekah adalah buah kepada kekayaan, amalan salih adalah hasil daripada ilmu dan
keredhaan Allah dan ganjaran keikhlasan
5. Iman yang paling cemerlang adalah orang yang bertemman dengan orang salih

6. Sia-sialah masjid yang tidak dikerjakan solat di dalamnya dan tidak berpahala solat yang tidak dikerjakan di dalam masjid.

7. Janganlah seseorang tunduk kepada keadaan betapa melarat sekalipun

8. Dosa membawa kepada kebingungan


Ketokohan para sahabat sebagai pemimpin dan khalifah tiada tolok bandingnya..sesungguhnya mereka adalah sebenar-benar pemimpin yang amanah dan dipercayai..segala yang dilakukan adalah demi kepentingan rakyatnya..walaupun ditawarkan dengan kekayaan dan kedudukan istimewa sebagai pemimpin, mereka tidak pernah terpedaya dengan nikmat tersebut..
Adalah baiknya jika pemimpin kita hari ini menjadikan sahabat-sahabat Rasulullah ini sebagai sumber rujukan demi menjadi seorang pemimpin yang barulah layak digelar “berjiwa rakyat”..jangan nanti masing-masing sibuk nak menjatuhkan satu sama lain,kebajikan rakyat terabai dan amanah yang diberikan tidak dilaksanakan sebaik mungkin..

Rasulullah bersabda:

“ Para sahabatku seumpama bintang, sesiapa sahaja (antara mereka) yang kamu ikuti, maka kamu akan mendapat hidayah”


Wallahua`lam..

No comments: