Friday, August 08, 2008

Kematian yang Indah..

Kematian itu..sesuatu yang pasti..pasti berlaku..pasti dilalui oleh semua makhluk yang bernyawa..tiada yang kekal melainkan DIA..zat yang Maha Agung dan Maha Berkuasa menentukan segalanya..Bila masanya kita akan dipanggil menghadap Allah swt dan bagaimana bentuk kematian yang akan menimpa kita?Kematian yang bagaimana yang kita inginkan?Apakah persediaan kita agar kita dipanggil Allah swt dalam keadaan yang indah?

1) Berlumba melakukan amal soleh,jangan menangguh niat berbuat baik.Dalam satu hadis ada menyebut, "Apabila kamu mempunyai niat untuk berbuat baik di pagi hari maka jangan kamu tunda untuk dilakukan di petang hari,dan apabila kamu mempunyai niat berbuat baik di petang hari jangan kamu tunda hingga esok hari."

2) Luangkan banyak masa dalam beribadah

3) Jangan terlena dengan keindahan dan kemegahan dunia,hingga lupa tujuan penciptaan manusia,lupa kepada Pencipta,hari akhir dan lupa kepada hari yang dijanjikan iaitu hari kematian dan hari kebangkitan

4) Mempunyai jiwa yang khusyuk

5) Berdoa bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kematian dalam keadaan Husnul Khatimah

Wallahua`lam..(",)

No comments: