Tuesday, October 07, 2008

Beruntungnya menjadi wanita..




Beberapa hadis tentang keistimewaan menjadi wanita :

-apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya
-apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan
-apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit maka ALLAH memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH
-barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAH, akan diharamkan api Neraka ke atas tubuhnya
-barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya), maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki
-setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH memasukkan dia ke dalam Syurga lebih dahulu daripada suaminya
-perempuan apabila sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Syurga mana sahaja yang dikehendaki
-wanita yang solehah itu lebih baik dari 1000 lelaki yang soleh
-Aisyah berkata : “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w., “Ibunya”.
-Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu
-wanita yang taat akan suaminya, semua ikan di laut, burung di udara, Malaikat di langit, matahari dan bulan beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan menjaga sembahyang dan puasanya
-wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam Syurga

Betapa hebat kedudukan wanita dalam Islam..sungguh besar ganjaran yang Allah janjikan kepada para wanita yang solehah..wahai para muslimah yang disayangi..rebutlah peluang-peluang ini..sama-sama kita muhasabah diri..di mana kita..sejauh mana praktis dan label “muslimah sejati” itu pada diri kita..layak ke kita untuk dapat semua ganjaran-ganjaran tu..=)


Wallahua`lam..

2 comments:

Unknown said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

salam lebaran.

An Nahl:97
"Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan"

tak kira apa gendernya pastikan kita lakukan yang terbaik, sampaikan walaupun sebaris ayat.....

INTAN MASYITAH RUMLI said...

w`salam..
ye betul..cuma kekadang rase sedih tgk perempuan-perempuan sekarang yang bermacam ragam dan perangai..perempuan kan antara fitnah akhir zaman seorang lelaki ..perempuan yang paling ramai masuk neraka..seorang perempuan tu boleh gegarkan iman seorang lelaki walaupun sekuat mane iman dia kan..sekadar peringatan..untuk kaum hawa yang kekadang alpa..kita sebenarnya istimewa..